Wednesday 7 June 2017

[Video Zakaria tiba jumpa SPRM] Pengerusi FGV perlu ambil tanggungjawab penuh babit kerugian.

Rabu, 7 Jun 2017
Foto Suara Rakyat.
APA TUJUAN bayar RM9.5 juta kpd pendakwaraya kes Anwar ??!

HINGGA KINI Najib & pendakwaraya tersebut terus bisu, KENAPA?

Tidak heranlah jika kes2 lain cepat jer bertindak, TETAPI skandal RM9.5 juta SPRM mahu "lihat dulu". Walhal ini skandal yang sangat besar sehingga jadi berita & siasatan satu dunia yg sudah lama menghantui rakyat.

Pengerusi FGV perlu ambil tanggungjawab penuh babit kerugian

 | DALIA ISMAIL
Wan Mohd Shahrir
Tan Sri Mohd Isa Samad perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya dalam kemelut membabitkan kerugian Felda Global Ventures Hoding Berhad (FGV) kata,Pengerusi Task Force Felda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Wan Mohd Shahrir Wan Abd Jalil.
Beliau berkata, arahan bercuti terhadap empat pengurusan kanan FGV itu semalam, membuktikan dakwaan sebelum ini wujudnya kelemahan dalam pengurusan FGV yang telah berlaku selama ini.
"Sepatutnya Tan Sri Isa yang harus bercuti dan mengambil tanggungjawab sepenuhnya mengenai kemelut dalaman FGV," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Semalam Pengerusi FGV Tan Sri Mohd Isa Samad mengarahkan empat pengurus kanannya termasuk Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Zakaria Arshad bercuti serta-merta bagi membolehkan siasatan dalaman dijalankan berhubung dakwaan salah laku urus niaga syarikat.
Selain Zakaria, tiga lagi individu terlibat ialah Ketua Pegawai Kewangan FGV, Ahmad Tifli Mohd. Talha; Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman Omar dan Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Sdn Bhd Kamarzaman Abd Karim.

Zakaria dalam satu kenyataannya berkata beliau sedia disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung urus niaga yang melibatkaan unit FGV, Delima Oil Products  dan beliau perlu mendepani perkara ini dengan terbuka dan mempertahankan dirinya sendiri.
Dalam situasi ini, Wan Shahrir yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MPT) Bersatu berkata, sewajarnya SPRM menjalankan siasatan kerana kesediaan Zakaria untuk berbuat demikian bagi mempertahankan kredibilitinya yang sudah berkhidmat selama 33 tahun.
"Sudah pasti SPRM perlu menyiasat. Kita mahu tahu jika urus niaga dilakukan oleh anak syarikat Delima Oil Products itu sebenarnya tidak dipersetujui oleh Zakaria sama ada beliau berpandangan ia akan merugikan Felda atau sebenarnya berlaku penyelewengan yang beliau sendiri mengetahuinya," ujarnya yang mendakwa mungkin wujud situasi di mana Zakaria 'dikambing hitamkan' oleh pihak tertentu untuk menutup kepincangan pengurusan dalaman FGV itu sendiri.
Semalam Pengerusi FGV, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad ketika mengumumkan keputusan Lembaga Pengarah FGV tersebut berkata, keempat-empat individu terbabit diarah bercuti sehingga siasatan selesai dengan syarikat tidak menetapkan sebarang tempoh.
Mohd. Isa dipetik berkata, keputusan memberi cuti kepada keempat-empat individu bagi memberi laluan kepada siasatan dan langkah itu adalah sebahagian daripada proses biasa dalam mana-mana organisasi besar.

Siasatan itu membabitkan isu pembayaran kepada syarikat Afghanistan, Safitex dan anak syarikat FGV, Delima Oil Products Sdn. Bhd.
SPRM dalam kenyataan juga bersedia untuk membuat siasatan dalam isu membabitkan FGV.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki dipetik berkata SPRM terlebih dahulu perlu meneliti laporan yang dibuat jika ada berlaku salah guna kuasa atau rasuah.
Hari ini dilaporkan Zakaria akan hadir ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk memberi keterangan.

1 comments:

THE ILLUMINATI said...

ANDA PERLU PINJAMAN A TODAY
Memerlukan pinjaman yang cepat, mudah, selamat dan terjamin?
Anda berada satu langkah lagi untuk Wang anda!
pinjaman cepat dan fleksibel!
Permohonan diterima 24 jam sehari, 7 hari seminggu.
Ia mengambil masa hanya tiga langkah mudah
1) Pilih jumlah dan tempoh pinjaman anda
2) Lengkapkan permohonan anda
3) Dapatkan wang anda dalam beberapa minit!
Kami boleh memberi jaminan perkhidmatan kewangan yang terbaik berpengalaman & profesional!
Mesej ini ditujukan untuk anda!
Peti masuk saya jika anda berminat
Jika anda memerlukan pinjaman, sila hubungi kakitangan yang bertanggungjawab untuk pinjaman
pemprosesan melalui hubungan di bawah
Whatsapp +13176681073
atau sila membalas e-mel
idaghehernadez@gmail.com

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena