Tuesday 25 July 2017

[Video Forum Hala Tuju Politik Melayu Bersama Tun Mahathir & Husam Musa] Orang Melayu bakal hilang kuasa menjelang 2050? Kezaliman dan kefasadan ekonomi 'KLEPTOKRASI' mestilah dihapuskan!

Selasa, 25 Julai 2017

Orang Melayu bakal hilang kuasa menjelang 2050, kata Dr Mahathir

Orang Melayu akan hilang kuasa dan keistimewaan Melayu menjelangnya tahun 2050 sekiranya orang Melayu tidak bersatu dalam memperjuangkan nasib kaum sendiri, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata, hari ini orang Melayu sudah berpecah kepada kumpulan tertentu terutama dalam menyokong pertubuhan politik yang diasaskan orang Melayu.
"Sejak merdeka walaupun kita dapat kekalkan keamanan pelbagai kaum namun jelas hari ini kita dapati dalam bidang ekonomi masih ada golongan yang miskin dan kaya.
"Ini berlaku kerana dahulu orang Melayu yang miskin percaya dengan menyokong pemimpin yang mengamalkan sistem demokrasi dan  60 % adalah kaum Melayu. Ada dikalangan mereka yakin dan percaya dalam sistem demokrasi orang Melayu akan terus berkuasa sepanjang masa.
"Apa yang mereka tidak fikirkan dikalangan pemimpin negara dahulu berkemungkinan berlaku perpecahan orang Melayu  kerana berselisih faham sesama mereka.
"Di waktu ini orang Melayu sudah hancur tiada lagi 60% mungkin 30% yang sebenarnya sudah menjadi kaum minoriti," ujarnya merujuk kepada parti yang dikuasai orang Melayu seperti Pas, PKR dan Bersatu yang telah ditubuhkan selain Umno.
Beliau bercakap dalam Dialog Tokoh Politik Bersama Cendiakawan Melayu anjuran Gabungan Intelektual Melayu di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini.
Dalam dialog ini Tun Dr Mahathir dan Naib Presiden Amanah Datuk Husam Musa sebagai panelis  dan majlis ini Pengerusikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri  Batu Burok,  Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.
Justeru kata Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ini lagi, untuk menang pilihan raya dalam sebuah negara demokratik, Umno-BN telah terpaksa terus mendapatkan sokongan dikalangan bukan Melayu di negara ini untuk kekal berkuasa.
"Jika menjadi minoriti untuk menang pilihan raya secara demokratik untuk mendapatkaan sokongan sudah tentu amat penting mendapat sokongan bukan Melayu untuk terus kekal berkuasa.
"Dasar asal sewaktu capai kemerdekaan kita berpegang kepada bahasa, budaya, pendidikan tetapi kini ia telah beransur diketepikan untuk dapat sokongan, berasas kepada perasaan ketakutan.
"Kelemahan orang Melayu dalam bidang ekonomi tetapi berapa lama mereka dapat bertahan dengan kekuatan politik. Walaupun kini di lihat satu kaum mempunyai kekuatan dari segi ekonomi dan satu kaum lagi dari segi politik yang dikira dapt menyelamatkan orang Melayu dengan adanya kekuatan politik itu.
"Ada pendapat untuk selamatkan orang Melayu hanya Umno sahaja boleh lakukan. Buat beberapa lama Umno berjaya memberi pelindungan pada orang Melayu.
"Tetapi semakin lama semakin kurang tetapi masih lagi boleh memberi  pelindungan kepada Melayu ..orang Melayu senang hati jika orang Melayu lindungi mereka. Umno tidak sama ketika pada masa pengasasnya dan pendirian pemimpin terkemudian yang menyusul tidak lagi sama," ujarnya di hadapan lebih kurang 60 cendiakawan yang terdiri dikalangan  pimpinan politik, pensyarah dan profesor di negara ini.
Manakala Datuk Husam Musa dalam ucapan pendahuluannya berkata, sudah tiba masanya rakyat menerima perubahan dalam politik tanahair.
Ini kerana perubahan politik tidak dapat dielakkan kerana tidak ada dalam pemerintahan sesebuah negara pemerintah selamanya kekal berkuasa.
"Begitu juga perubahan dalam rejim kerajaan hari ini, yang mana di Tanah Melayu ini sudah berlaku perubahan, yang mana kita perlu laluinya secara teratur.
"Tidak pernah dalam sejarah Malaysia moden melihat kepada kekuatan Pakatan Harapan yang terdiri daripada kepimpinan yang telah diuji dari segi polisi dan personaliti kepimpinan yang sebenarnya, kita boleh sesuaikan pada masa ini," ujarnya.
Beliau yang juga Adun Salor berkata, dengan kehadiran Dr Mahathir dengan parti baharu Bersatu, ujarnya, tidak bermakna rakan dalam Pakatan Harapan tidak dapat menerima kehadiran mereka.
"Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin daripada regim yang ada hari ini tidak semestinya mereka tidak boleh diberikan peluang dalam negara kita.
"Ancaman yang ada lebih besar amat penting iaitu  'leadership'. Ini kerana kepimpinan Melayu yang ada hari ini bermasalah hingga terdesak mendapatkan bantuan asing. Isu keselamatan moden bukan daripada luar bandar tetapi dalam bandar.
"Isunya kini regim yang ada hari ini siapa selepas Najib? Dalam Pakatan Harapan kita dan kekuatan pemimpinnya. Dalam Umno tidak lagi mempercayai Zahid (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) sejauhmana pula kekuatan Hisham (Datuk Seri Hishamuddin Hussein)," soalnya.
Avatar


YANG BISA MENYELAMATKAN ORANG MELAYU DAN BANGSA LAIN. Hanyalah Islam " Rahmatan lil'alamin " . Bukan sahaja orang Melayu bisa selamat dengan izin Dia kerna beramal dengan sistem Islam sebagai penyelamat ! Namunkaum lain juga bisa selamat dan sejahtera dengan izin Dia . Negara dan rakyat tiada akan sejahtera dan harmoni jika penguasa peintah negara secra zalim dan kleptokrasi .
Kezaliman dan kefasadan ekonomi " KLEPTOKRASI " mestilah dihapuskan demi untuk menyelamatkan negara dan rakyat yang pelbagai kaum . Rakyat mahukan keadilan . Islam memberikan keadilan kepada semua ! " JUSTICE 4 ALL " ; Regardless of religion ,race n ethnic ! .
Tiada ertinya bangsa sendiri yang kekal memerintah negara ' jika penguasa kaum sendiri itu bisa konsisten dan berkesinambungan melakukan kezaliman kepada rakyat pelbagi bangsa sepeti GST umpamanya ! .Menyokong penguasa kaum sendiri melakukan kezaliman dan kefasadan ekonomi ( " Kleptokrasi " ) ; semata-mata kerana penguasa itu adalah kaum sendiri yang mesti dipertahankan dan jangan letak jawatan PM . Adalah " ASSOBIYYAH " namanya ; yang samasekali diharamakan Nabi !
Tiada hidup " Melayu " ; melainkan " HIDUP ISLAM " berdasarkan Kitabullahu dan Assunnah Nabi ! . Naiknya Islam ; naiklah Melayu jika orang Melayu ; menjadi " MUKMIN " dan beramal dengan Islam ' bukannya rasis Melayu atau Nasionalis sekular Assobiyyah Jahiliyyah sesat itu ! .Naiknya Melayu ; belum tentu Islam naik ! Bahkan merosakkan agama ,bangsa dan negara ! Seperti jual negara kepada China dalam projek mega " Forest City " di Johor ; tanah " Freehold Title " bukannya : Lease Hold Titile ' : 33 thn , 60 atau 99 thn tanah Pajakan !
Untuk mempertempatkan seramai 700 ribu hingga satu juta warga asing ( China ) !! . " Melayu bunuh Melayu " seperti di Memali dan " Melayu tipu Melayu " seperti skandal Felda , Tabung Haji , Mara dsn . Inilah yang sebenarnya berlaku ! .
Justeru itu , kembalilah kepada sistem Islam ; " micro dan makro " ; Hudud yang makro ; yang meliputi semua ; termasuklah basmi rasuah ! lamalan kronisma , monopoli dan keleptokrasi dalam erti kata yang luas ; mewujudkan " AL HISBAH " . Demi untuk " CHECK N BALANCE " PENGUASA !! . Yakni, Addin waddaulah wa sharia " ; ' Good Governance ; menegakkan negara berkebajikan untuk semua ! " .; Regardless or religion , race n ethnic " ! with " UNIVERSAL JUSTICE " AND " HUMANITARIAN LOVES , PEACE N HARMONY 4 ALL ! . Sepertimana yang bisa berlaku dalam bantuan " CPR " dan " BLOOD TRANSFUSION " ! Mana ada " CHAUVINISM " samasekali !! dan " The Rule of Law " bukannya ; amalan " Parliamentary Dictatorship " atau " The Law of the rulers " !!. Fikirkanalah .
SELAMATKAN AGAMA BANGSA DAN NEGARA DAN HAPUSKAN KEZALIMAN , RASIS DAN KEFASADAN KLEPTOKRASI PADA PRU 14 NANTI DENGAN TUMPASKAN " PASNO " ( GABUNGAN " SATU ENTITI POLITIK " ; KERIS TELANJANG -PARTI 2H ( " D" WANG HASHIM ) DAN SOKONGAN PADU KEPADA KESEPADUAN POLITIK BARU UNTUK BINA SEMULA NEGARA . IAITULAH DENGAN MENGUNDI HARAPAN UNTUK PUTRAJAYA PADA PRU 14 NANTI ! DENGAN IZIN DIA ! ....... Nasharrawy/25.7.17
" SAYANGI MALAYSIA, HAPUSKAN KLEPTOKRASI DAN RASIS ! "
" ALLA HU AKBAR ! "

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena