Tuesday 1 August 2017

[Video AMANAH Bukan Calang-calang Parti Serpihan!] Felda RUGI: ANAK gesa rombak ahli lembaga pengarah FGV.

Selasa 1 Ogos 2017

Felda rugi: Anak gesa rombak ahli lembaga pengarah FGV

Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) mengulangi gesaan agar rombakan dilakukan terhadap Ahli Lembaga Pengarah Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) dengan 'membuang' mereka yang sudah statik dan tiada pengalaman dalam sektor perladangan.
Gesaan ini susulan pengumuman Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim bahawa Felda mengalami kerugian RM2.064 bilion melalui pegangan sahamnya berjumlah 21.25 peratus dalam FGV setakat 30 Jun 2017 lalu.
Mazlan Aliman ANAKPresiden Anak Mazlan Aliman (gambar kanan)mempersoal kemampuan 11 orang ahli lembaga pengarah FGV untuk memulihkan FGV.
Beliau berkata, walaupun sesetengah mereka dilantik dari awal penubuhan FGV tetapi gagal berperanan.
"Kerugian yang dicatat belum termasuk pegangan saham oleh Felda Asset Holding Company Sdn Bhd berjumlah 12.42 peratus, yang menjadikan pegangan saham Felda berjumlah 33.67 peratus.
"Dalam situasi tidak menentu di FGV, Koperasi Permodalan Felda (KPF) telah menambah pegangan saham mereka sebanyak 400,000 saham pada 17 Julai lalu, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM204.56 juta saham atau 5.6 peratus ekuiti dalam FGV.
"Dalam masa yang sama, dividen yang dibayar oleh FGV kepada Felda sehingga 31 Disember 2016 hanya RM 328.33 juta sahaja. Hingga semalam (31 Jul), saham FGV hanya tinggal RM1.63," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Mazlan, tiada gunanya pegangan saham yang besar jika tidak membantu meningkatkan pendapatan Felda dan KPF, sebaliknya kerugian teruk dan memberi impak khususnya peneroka Felda.
Untuk rekod, sebelum penyenaraian FGV di Bursa Malaysia, keuntungan melalui Felda Plantation yang memiliki keluasan tanah 360,000 hektar adalah antara RM1 bilion hingga RM1.5 bilion.
Ia menyumbang hampir 70 peratus pendapatan Felda pada setiap tahun.
"Anak difahamkan, antara kejayaan syarikat perladangan terkemuka seperti IOI, Sime Darby dan KLK, adalah memiliki ahli lembaga pengarah yang berpengalaman dan pengurusan yang cekap.
"Tan Sri Raja Mohd Alias yang membawa kegemilangan dalam Felda misalnya, adalah ahli lembaga pengarah KLK (Kuala Lumpur Kepong) yang dilantik sejak tahun 1978 lagi," katanya.
Justeru Anak mendesak beberapa tokoh Felda seperti bekas Timbalan Pengarah Urusan Felda Holding Datuk Kasah Ahwal, bekas Pengarah Felda Plantation Tuan Mohd Said Jonit, yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam sektor perladangan, dibawa masuk dalam FGV untuk membantu memulihkan FGV yang diibaratkan keretapi yang tergelincir dari landasan.
"Walaupun FGV dilihat terumbang ambing pada ketika ini, pelan pemulihan meliputi penanaman sawit, pengilangan, pemerosesan minyak, pemasaran, logistik, penyelidikan dan pembangunan; mesti digerakkan segera, namun memerlukan penglibatan mereka yang pakar dalam industri perladangan.
"Datuk Zakaria Arshad, telah berusaha memulihkannya. Namun, beliau disingkirkan, hanya dalam tempoh setahun sebagai Presiden dan CEO FGV," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena