Tuesday 1 August 2017

[Video PAS Sudah Tidak Relevan Lagi?] Apa Sudah Jadi, KENAPA 1MDB TAK BAYAR LAGI? Sukar dipercayai bahawa 1MDB tiada wang!

Selasa, 1 Ogos 2017

Foto Suara Rakyat.
TEMPOH AKHIR #1MDB bayar RM2.6 bilion kpd IPIC itu luput pada hari ini..

Ayohder Najib Razak dah bayar ka belum !!!

KANTONG DANA MANA yg bakal jadi mangsa nak bayar semua tu ??!

Inilah penangan #1MDB yg dicipta oleh Najib Tun Razak..

Akhirnya perjanjian telah dicapai antara semua pihak pada prosiding timbang tara di Mahkamah Timbangtara Antarabangsa London baru2 ini.

Di bawah syarat Penyelesaian, IPIC akan menerima sejumlah AS $ 602,725,000 menjelang 31 Julai 2017 dan jumlah selanjutnya sebanyak AS $ 602,725,000 menjelang 31 Disember 2017.

KENAPA BERITA INI LANGSUNG TIADA KELUAR DI MEDIA MASSA DI MALAYSIA ??!

KENAPA kerajaan BN cuba nak sorok pendedahan ini daripada tatapan rakyat..?

JANGAN RISAU.. Hasil kutip cukai GST dah lebih RM40 bilion setahun. Bijak tak Najib.. Sbb itulah cukai GST tergesa2 nak diluluskannya sblom terbongkarnya Skandal Kewangan Terbesar Dunia 1MDB itu !!

https://www.malaysiakini.com/news/390485

Banyak misteri timbul berhubung laporan kegagalan 1MDB membayar AS$602 juta atau RM2.6 bilion kepada IPIC sebagaimana yang dipersetujui dalam penjanjian penyelesaian antara kedua-dua syarikat itu sebelum ini. 

Berhubung terbitan bon AS$3.5 bilion yang menjadi pertikaian antara 1MDB dan IPIC selama ini, syarikat pelaburan kerajaan itu akhirnya bersetuju dengan penyelesaian di luar mahkamah dan membayar AS1.205 bilion  atau kira-kira RM5.2 bilion kepada IPIC, selain menebus kembali bon yang diterbitkan itu.

Separuh daripada jumlah itu iaitu RM2.6 bilion sepatutnya dibayar kepada IPIC sebelum lewat malam 31 Julai atau sebelum 12 tengahari tadi waktu Malaysia, tetapi dilaporkan tiada pembayaran dibuat oleh 1MDB kepada IPIC sehingga tempoh yang ditetapkan itu berakhir.
Sudah tentu kegagalan 1MDB membuat pembayaran itu menimbulkan banyak persoalan?

Apa jadi sebenarnya?

Apakah 1MDB tiada wang atau tidak cukup wang untuk membuat bayaran?

Jika tiada wang dan tidak mampu membayar hutang, bagaimana 1MDB boleh menghantar ribuan jemaah haji ke Mekah setiap tahun?

Bukankah juga Najib Razak selalu mengatakan 1MDB berada di landasan pemulihan yang betul, ada banyak wang serta ada aset dalam perniagaan?

Maka, seperti sukar dipercayai bahawa 1MDB tiada wang, lebih-lebih lagi bagi penyokong tegar UMNO dan pengampu setia Najib.

Kalau demikian, bilakah sebenarnya 1MDB mahu membuat pembayaran kepada 1PIC?

Adakah  keadaan ini memperlihatkan 1MDB sedang dalam proses memohon penangguhan untuk membuat pembayaran atau sengaja mengengkari perjanjian?

Akhirnya, bila sebenarnya wang mahu dibayar?

Apakah 1MDB akan disaman atau dihadapkan ke proses timbangtara sekali lagi? (ShahbudinHusin 01/08/2017)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena