Saturday 5 August 2017

[Video "Saya satukan orang, Khairy takutlah tu & kita kesian kat dia", kata Tun Mahathir] ISYARAT AWAL KEJATUHAN BN?

Ahad, 6 Ogos 2017

ISYARAT AWAL KEJATUHAN BN?

Sepuluh hari lalu, Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli memohon sumbangan orangramai untuk membayar ganti rugi dan kos lain berjumlah RM300 ribu berhubung saman fitnah berkaitan NFC terhadap dirinya.

Dalam kes berkenaan, Rafizi telah didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi dan sedang dalam proses rayuan ke Mahkamah Rayuan yang ditetapkan pada Oktober depan.

Meskipun dalam proses rayuan, beliau tetap dikehendaki membayar denda itu terlebih dahulu dan kegagalan berbuat demikian memungkinkan tindakan muflis diambil terhadapnya.

Mengakui tidak selesa memohon sumbangan orangramai, tetapi Rafizi tiada pilihan lain kerana wang simpanannya sudah habis dibelanjakan untuk menubuhkan Invoke dan menggerakkan programnya jelajah ke seluruh negara dengan harapan rakyat mempunyai peluang yang lebih baik untuk mendapatkan kerajaan baru selepas pilihanraya akan datang.

Lantaran itu, beliau yang mungkin tidak bertanding lagi dalam PRU 14 berikutan sekatan undang-undang kerana turut dijatuhi hukuman dalam kes lain, tetapi kekal gigih membantu Pakatan Harapan, telah memuat-naik rayuan memohon sumbangan tersebut di laman Facebook miliknya.

Setelah sepuluh hari, sungguh mengejutkan, sumbangan orangramai yang diterimanya melebihi jangkaan iaitu lebih RM1.5 juta, berbanding cuma RM300 ribu yang diperlukannya. Turut memberi sumbangan kepadanya ialah beberapa Ahli Parlimen Pas.

Sokongan dan simpati orangramai dengan sedia memberi sumbangan itu bukan saja tanda mereka mengiktiraf serta menghargai peranan Rafizi mendedahkan beberapa penyelewengan selama ini, bahkan merupakan isyarat nyata bahawa rakyat tidak sabar-sabar lagi untuk mendapatkan kerajaan baru bagi mengggantikan kerajaan lama yang penuh masalah dan nanah ini.

Rafizi, selain mendedahkan mengenai skandal NFC berkaitan keluarga Shahrizat Jalil, turut membuat pendedahan mengenai pembelian hartanah oleh MARA di Australia, masalah kewangan Tabung Haji, penyelewengan dana YAPIEM, pembelanjaan mewah Najib dan Rosmah, beberapa perkara berkaitan skandal 1MDB dan banyak lagi.

Jika tiada keghairahan untuk memberi sokongan kepada Pakatan Harapan dan menukar kerajaan, tentulah tidak mungkin sumbangan yang diminta Rafizi hanya RM300 ribu, tetapi perolehannya mampu melebihi RM1.5 juta iaitu lima kali ganda daripada apa yang disasarkan.

Sebelum ini, Pas ketika muktamarnya di Kedah pada April lalu pernah melancarkan tabung untuk membiayai saman parti itu terhadap Sarawak Report yang dianggarkan berjumlah RM200 ribu.

Bagaimanapun, hanya pada 28 Jun lalu, Pas mengumumkan kejayaan mengutip sumbangan yang mereka terima telah hampir RM200 ribu sebagaimana yang disasarkan itu.

Namun, berapa jumlah sebenar atau maksud hampir RM200 ribu yang berjaya dikutip itu tidak pula diumumkan. 

Ada sumber lain memberitahu, jumlah kutipan yang berjaya dikutip Pas sebenarnya tidak pun melebihi RM100 ribu, meskipun matlamatnya ialah RM200 ribu.

Berbanding ahli Pas yang dikatakan hampir 1 juta dan hanya sedikit yang sanggup menderma, sebaliknya sumbangan berganda yang diterima Rafizi dilihat melangkaui sempadan parti, kaum atau agama.

Mereka menyumbang kepada Rafizi itu tidak lain dengan keinginan memberinya semangat agar terus berkhidmat dan menjadikan perubahan kerajaan benar-benar menjadi kenyataan.

Cuba pemimpin UMNO seperti Annuar Musa, Bung Mokhtar Radin, Salleh Said Keruak, Jamal Mohd Yunus atau Ahmad Maslan misalnya, meskipun mereka diketahui ada banyak wang,  memohon sumbangan orangramai seperti dilakukan Rafizi andainya mereka didakwa di mahkamah, dijatuhi hukuman dan perlu membayar ganti rugi.

Berapa agaknya sumbangan yang akan mereka perolehi, meskipun diketahui jumlah ahli UMNO melebihi 3 juta?

Mampukah mereka memperolehi lima kali ganda daripada yang disasarkan atau kutipannya akan lima kali kurang daripada yang diperlukan?

Cubalah kalau ada pemimpin UMNO yang berani? (ShahbudinHusin 04/08/2017)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena