KPDNKK Pahang mengesahkan kedai yang mengenakan bayaran RM100 untuk dua pinggan nasi campur yang tular di media sosial seminggu lalu, tidak melakukan kesalahan. Siasatan mendapati bahawa gambar yang tular itu menunjukkan dua ekor udang galah, sedangkan jumlah sebenar yang diambil ialah empat ekor, di samping lauk lain termasuk sayur dan sotong. – Gambar Twitter, 31 Oktober, 2017. KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pahang mengesahkan kedai yang mengenakan bayaran RM100 untuk dua pinggan nasi campur yang tular di media sosial seminggu lalu, tidak melakukan kesalahan.
Pengarahnya Sharuddin Jali berkata siasatan terhadap pemilik kedai makan itu mendapati harga yang dikenakan adalah berpatutan dan harga udang galah mengikut gred juga jelas dipamerkan di bahagian hadapan kedai.
"Siasatan mendapati bahawa gambar yang tular itu menunjukkan dua ekor udang galah, sedangkan jumlah sebenar yang diambil ialah empat ekor, di samping lauk lain termasuk sayur dan sotong.
"Bagi harga udang galah telah dinyatakan bahawa perkiraan adalah mengikut gred iaitu A, B dan C pada harga antara RM50 ke RM100 mengikut hidangan," katanya semasa dihubungi di Kuantan, hari ini.
Sharuddin menambah siasatan juga mendapati tiada tindakan boleh diambil ke atas pemilik kedai kerana tiada kesalahan dilakukan.
Sehubungan itu, Sharuddin menasihatkan orang ramai untuk bertanya kepada pemilik kedai atau menyemak senarai harga yang dipamerkan sebelum mengambil makanan, untuk mengelakkan masalah itu daripada berlaku.
Pada minggu lalu, seorang wanita memuat naik kenyataan di Twitter kerana perlu membayar RM100 semasa makan bersama suaminya di sebuah kedai makan di tepi jalan Leban Chondong, Kuala Rompin.
Wanita itu memuat naik resit bayaran dan gambar nasi campur bersama dua ekor udang galah bersama kenyataan “weh memang gini ke kedai ni? ke laki aku makan ikan duyung” dan status itu mendapat pelbagai reaksi netizen. – Bernama, 31 Oktober, 2017.
PLUS kata perjanjian konsesi TOL Batu 3 & Sg Rasau akan berakhir 2038, dan bukan 2018. Rupa2nya perjanjian konsesi telah disambung sblm ini. !!
Maksudnya disini, dgn pengumuman dlm Bajet 2018 berkenaan pemansuhan bayaran TOL Batu3 & Sg Rasau... ia membawa maksud perjanjian akan ditamatkan sebelum habis tempoh - disini ada implikasi pampasan yg perlu di berikan kpd PLUS.
Persoalannya, brpkah Jumlah pampasan tersebut dan tentu sekali rakyatlah yg perlu membayar pampasan tersebut kpd UEM yg juga merupakan satu syarikat milik UMNO. Haa kena tipu hidup2 rakyat !
Kem belum siap, tapi lebih seribu anggota tentera sudah didaftar sebagai pengundi
KUALA LUMPUR, 31 OKT: DAP Johor hari ini mendedahkan terdapat 1,051 anggota tentera didaftarkan sebagai pengundi di sebuah kem yang masih belum siap dibina di Segamat.
Adun Jemantah, Tan Chen Choon berkata, pendaftaran meragukan itu dikenalpasti selepas pihaknya menyemak Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Ketiga 2017.
“Adakah ini satu manipulasi untuk memenangkan Barisan Nasional (BN)?” soalnya dalam sidang media di ibu Pejabat DAP, di sini, hari ini.
“Ini yang harus dijawab oleh Kementerian Pertahanan,” tegasnya.
Beliau yang juga Naib Pengerusi DAP Johor berkata, pihaknya akan membuat bantahan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selewat-lewatnya pada 6 November minggu hadapan.
“Jika (bantahan) tidak dibuat, pendaftaran tersebut akan diwartakan,” ujarnya.
Untuk rekod, bayaran sebanyak RM10 dikenakan oleh pihak SPR bagi setiap bantahan yang dibuat.
Manakala maksimum RM200 perlu dibayar kepada pihak yang kena bantah sekiranya bantahan tersebut dibuktikan tidak berasas.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong menyeru agar semua rakyat Malaysia memberikan sumbangan bagi memudahkan proses bantahan tersebut.
“Isu ini adalah melibatkan kepentingan nasional dan corak ini dapat dilihat di mana-mana, seperti contoh kem tentera yang dibina hanya untuk pilihan raya semata-mata.
“Ini adalah kes yang terang-terang nampak salahnya, ada dua lagi kem di Johor yang mana diwujudkan khusus untuk tujuan pilihan raya,” ujar Pengerusi DAP Johor itu.
Beliau turut menggesa agar Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Subramaniam yang juga Ahli Parlimen Segamat menjawab dakwaan tersebut.
“Adakah beliau ada maruah sebagai seorang ahli Parlimen? Adakah beliau begitu terdesak sehingga perlu bergantung dengan pengundi hantu untuk menang pilihan raya?” soalnya.
Dalam pada itu, Adun Mengkibol, Tan Hong Pin turut menggesa agar Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein agar tampil memberi penjelasan berhubung perkara berkenaan.
“Adakah BN terlalu terdesak ingin mempertahankan kuasanya?
“Sebab kita tahu tentera berperanan untuk mempertahankan negara kita daripada anasir luar, tetapi sekarang apa yang dikesalkan adalah BN melalui Menteri Pertahanan telah menggunakan undi tentera untuk menyelamatkan tampuk kuasa mereka,” ujarnya. – Roketkini.com
SUBANG JAYA, 31 OKT: “Kalau kita tidak menggunakan otak, satu hari nanti otak kita akan hilang. Dan inilah yang sedang terjadi kepada UMNO!”
Demikian hamburan peguam, Azhar Harun ketika mengulas langkah kerajaan pimpinan UMNO-BN menghalang kebebasan berfikir serta mengharamkan penerbitan sesetengah buku atas pelbagai alasan.
“Ia menutup minda kita kepada wacana dan pemikiran. Ini adalah satu masalah.
“Teori evolusi menyatakan, sesuatu mekanisme boleh hilang sekiranya tidak digunakan oleh sesuatu makhluk untuk suatu masa yang panjang, ia akan hilang,” ujarnya mengulas sindrom ‘tiada otak’ yang telah berlaku kepada parti pemerintah itu.
“Inilah sebabnya kenapa UMNO tidak ada bijak pandai, kerana mereka membungkam kebijaksanaan selama ini,” ujarnya disambut tepukan gemuruh hadirin.
Azhar berucap di forum anjuran pejabat Adun Subang Jaya, di sini semalam; dengan tajuk ‘Buku Sumber Kebijaksanaan atau Penggugat Keharmonian’.
Forum tersebut diberitahu semalam bahawa kerajaan telah mengharamkan lebih seribu penerbitan melalui penyalahgunaan undang-undang yang ditafsir dengan sesuka hati melalui kuasa yang diberikan kepada menteri.
Akta Mesin Cetak memberi kuasa luas kepada Menteri Dalam Negeri untuk mengharamkan apa sahaja penerbitan, mengikut budi bicaranya sendiri.
Forum semalam turut menampilkan Sasterawan Negara, Datuk Seri A. Samad Said, intelektual awam, Dr Farouk Musa, serta penterjemah tersohor, Al-Mustaqeem Mahmod Radhi.
Pak Samad terlebih dahulu mengeluh bagaimana Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta Institut Terjemahan Buku Negara (ITBM) sudah tidak peduli dengan karyanya.
“Semenjak menyertai gerakan kiri, Dewan Bahasa, ITBM, tidak terbitkan lagi karya saya,” ujar beliau sambil menambah bahawa naskhah-naskhah karyanya kini diterbitkan melalui usaha bersama rakan-rakan dan anak muda.
Pak Samad menyertai DAP dua tahun lalu, setelah aktif dalam gerakan masyarakat sivil termasuk dilantik pengerusi bersama Bersih 2.0.
“Saya rasa sejarah negara ini ditulis melalui buku-buku Lim Kit Siang.
“Malangnya ramai orang Melayu tidak membaca (buku Lim Kit Siang) kerana beliau dari DAP, dan saya pun dari DAP. Orang Melayu sentiasa percaya bahawa DAP itu orang jahat,” tambahnya.
Lim Kit Siang terlebih dahulu menyampaikan ucaptama di forum tersebut yang dipengerusikan Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh. – Roketkini.com
Hadi sanggup korban kemenangan PAS demi Najib, kata Dr Mahathir
PRESIDEN PAS, Abdul Hadi Awang cuba melindungi rasuah dan penyelewengan Perdana Menteri Najib Razak dengan memastikan Umno menang pilihan raya akan datang.
Dan beliau akan terus melakukannya walaupun PAS kalah, kata bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menerusi tulisan di blognya chedet.cc hari ini.
Untuk mencapai matlamatnya, PAS akan menggunakan Islam walaupun perjuangan untuk melaksanakan hudud sudah terhenti.
"Tuntutan terhadap hudud PAS sudah digugur. Sekarang kononnya PAS akan bawa usul RUU 355. Berkali-kali usul ini ditangguh. Tetapi PAS masih mengguna usul ini untuk menarik sokongan politik bagi dirinya," kata pengerusi Bersatu itu.
"Inilah PAS. Sebelum adanya PAS orang Melayu bersatu dan bersaudara sebagai dituntut oleh agama mereka – agama Islam.
"Perpecahan dan permusuhan sesama orang Islam di Malaysia bermula dengan penubuhan parti PAS. Dianya tidaklah begitu buruk sehingga Hadi keluar Amanatnya."
"Hadi suruh saya bertaubat. Sebenarnya yang mesti bertaubat ialah Hadi sendiri," kata Dr Mahathir.
Hadi sebelum ini memberitahu pengerusi Bersatu itu agar bertaubat atas segala kerosakan yang berlaku di bawah pemerintahannya.
Beliau berkata Dr Mahathir tidak pernah mengakui atau meminta maaf kepada mereka yang terjejas ketika itu.
Dr Mahathir juga mempersoalkan apa hak pihak parti Islam itu untuk mengutuk mereka yang tidak menyertai parti itu sebagai kafir.
"Di mana dalam Quran atau hadis yang berkata hanya dengan menjadi ahli PAS sahaja barulah seseorang itu beragama Islam.
"Apakah 1.7 billion orang Islam diseluruh dunia bukan Islam kerana mereka tidak masuk parti PAS?" kata Dr Mahathir.
Beliau juga mendakwa "Amanat Hadi" menjadi faktor kepada kematian empat pegawai polis yang diserang penyokong Ibrahim Libya dalam tragedi Memali kerana amanat itu menganggap perjuangan menentang kerajaan sebagai "jihad" dan mereka yang meninggal dunia dalam memerangi pihak berkuasa akan dianggap sebagai mati syahid.
"Sesunguhnya Hadi melakukan banyak kerosakan terhadap agama Islam dan orang Islam di Malaysia. Perpecahan yang disebabkan Hadi telah melemahkan orang Islam.
"Saya sedar ramai pengikut Hadi telah bai’ah kepadanya. Mereka taksub kepadanya sehingga ajaran al-Quran dan hadis yang sahih pun diketepikan. Mereka sudah jadi puak assabiah yang terima sahaja apa yang didakwa oleh Hadi tanpa soal," katanya.
Pengerusi Pakatan Harapan itu sebelum ini mengatakan beliau mengalu-alukan suruhanjaya siasatan diraja terhadao insiden Memali pada 1985, yang berlaku semasa beliau menjadi perdana menteri tetapi ia perlu memberi tumpuan kepada "Amanat Hadi".
Tragedi Memali di Baling, Kedah, menyaksikan pertentangan antara pihak berkuasa dan orang awam, yang mengorbankan nyawa di kedua-dua pihak, termasuk polis dan pemimpin militan. – 31 Oktober, 2017.
Pakatan Harapan janji akan bersihkan negara dari rasuah
Pakatan Harapan (PH) hari ini mengumumkan manifesto anti Rasuah yang bertekad menjadikan Malaysia di antara 10 negara paling bersih di dunia menjelang 2030.
Ia adalah antara tindakan dalam 100 hari pertama sekiranya Pakatan Harapan berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN) dan membentuk kerajaannya kelak.
Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi PH Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PH Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail di Parlimen hari ini yang turut dihadiri pimpinan utama parti gabungan AMANAH dan DAP.
Terdapat lima teras kepada memerangi rasuah ini diberikan tumpuan dalam usaha untuk memperkasakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
1. Mereformasi SPRM menjadi sebagai badan bebas yang melapor dan bertanggungj awab kepada Parlimen.
2.Memberi kuasa pendakwaan kepada SPRM dalam kes-kes rasuah
3.Menbuhkan Suruhanjaya Perkhidmatan Pegawai Pencegahan Rasuah (SPPPR) untuk membolehkan SPRM membuat pilihan sendiri pegawai dalam perkhidmatan SPRM.
4.Memastikan peruntukan tahunan SPRM mencukupi dan SPRM diberi autonomi menguruskan kewangan mereka dan
5. Menjamin hak pelantikan tetap bagi Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk memastikan beliau melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan tegas dan tanpa takut. Pelantikan Ketua Pesuruhjaya akan dibuat oleh Yang Dipertuan Agung atas nasihat jawatankuasa parlimen.
Selain itu turut melalui reformasi berkaitan dengan sumbangan Politik dan reformasi meningkatkan ketelusan.
Kiranya editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown sudah memasukkan nama S Ambiga sebagai sumbernya berhubung dana yang didakwa diterima Pas daripada Najib Razak berdasarkan maklumat boleh dipercayai yang ada padanya, bermakna beliau bukan saja bersetuju namanya dimasukkan dalam kenyataan pembelaan, bahkan juga bersedia untuk memberi keterangan serta disoal balas di mahkamah.
Sabarlah, tak perlu UMNO dan Pas terburu-buru mendesak S Ambiga mendedahkan apa yang diketahuinya sekarang.
Lagi pula, apa perlunya S Ambiga mendedahkan sekarang, sedangkan ada tempat yang lebih sesuai iaitu mahkamah untuk belaiu berbuat demikian?
Hari yang mendebarkan di mana beliau akan mendedahkan segala-galanya pasti akan tiba akhirnya.
Jadi, tunggu sajalah dengan sabar. (ShahbudinHusin 31/10/2017)
Salah satu teknik santau nak doktrin supaya benci cina DAP.
Mengaku duduk Shah Alam, rumah dikelilingi sebuah masjid DAN dua surau, TAPI TAK DENGAR AZAN ??..
TAK PASAL2 tak dengar azan NAK KAITKAN DENGAN PULAU PINANG & S'PORE ??.. untuk apa ??
Dulu UMNO yg tanam kebencian pada DAP. Kini tugas UMNO disandang pula oleh rakan dari PAS. Kerja mendoktrin kebencian pada DAP diteruskan PAS dengan teknik santau 355.
TAHUKAH ANDA.. beliau juga adalah mantan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor.
Pagi ni bersarapan bersama seorang ahli politik yang aktif di kawasan . Dalam bersembang dia menyatakan melayu perlu bersatu . Tapi bersatu bagaimana dan atas landasan apa. Menurut dia jika melayu tidak bersatu , melayu akan hilang kuasa dan DAP akan mentadbir negara. PAS dan UMNO juga sekarang akan bersatu.
Cina tidak akan mengundi UMNO. Aku setuju itu kerana UMNO akan bertanding atas tikit BN.Ekonomi cina dah kuasai , politik juga cina akan kuasai. Aku tertanya tanya jika PM sejak dari merdeka adalah melayu hingga penjawat utama kerajaan juga melayu kenapa masih lagi melayu yang mundur di negara ini .
Masih dengan fahaman bahawa DAP mirip fahaman kominis dan cina akan terus menyokong DAP dalam PRU14. Jika bergitu kenapa UMNO bersama MCA jika cina terus menyokong DAP. Adakah PAS akan berunding dengan UMNO berkaitan kerusi PRU14. Dengan alasan undi melayu berpecah dalam PRU14 , adakah PAS tidak meletakan calon dalam PRU 14 juga PH tidak meletakan calon baru undi melayu tidak berpecah.Cuma biar UMNO menerusi BN meletakan calon melayu dalam PRU14.
Adakah cina DAP yang menjadi broker tanah melayu felda sungai buaya ....aku bertanya . Ini membuat dia duduk tak selesa. Adakah PRU rakyat menentang kerajaan?. Dalam PRU tidak ada kerajaan mutlak kecuali kerajaan sementara. Rakyat menjadi penentu dalam memilih pihak yang akaan mentadbir negara. Kenapa masih memperolokan minda melayu jika benar sudah merdeka fikiran.... Pemimpin melayu menjaja cerita lapok membodohkan rakyat dengan nyanyian merdu tetapi pentadbiran di hantui dengan penyelewengan dan rasuah.
Bersatu berjaya tarik sokongan besar pengundi Melayu – Muhyiddin
Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa masa telah membuktikan yang partinya membuat keputusan tepat dalam mengehadkan keahlian penuh kepada kaum Bumiputera sahaja.
Bercakap pada forum di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini semalam, bekas timbalan perdana menteri berkata, beliau tidak ragu-ragu PPBM telah menarik banyak sokongan daripada kalangan Melayu untuk Pakatan Harapan.
“Ia 1 strategi yang telah berjaya,” kata beliau.
“Kami kini melihat orang Melayu yang bertali arus menyokong PPBM dan akhirnya menyokong Pakatan.”
Pakatan Harapan dianggotai PPBM, PKR, Amanah dan DAP.
Beliau mendakwa keadaan itu menyebabkan Umno rasa terancam dan ia juga merupakan faktor Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membentangkan “bajet populis” kelmarin.
Menjelaskan bagaimana barisan pengasas PPBM mengambil keputusan untuk menggunakan sistem keahlian yang unik itu, Muhyiddin memberitahu:
“Pada PRU13, Pakatan Rakyat berjaya memenangi 52% undi popular tetapi Barisan Nasional mengekalkan kuasa walaupun dengan hanya 48% undi popular kerana kedudukan kawasan-kawasan berstruktur.
“Dalam perbincangan awal di kalangan ahli-ahli pengasas, kami melihat aspek ini dan kami melihat Pakatan Rakyat memenangi undi popular kerana sokongan utama yang mereka dapat daripada orang Cina dan India. Tiada tsunami Melayu.
“Bersatu (PPBM) mendapati sebab bagi (keadaan) ini adalah ketakutan yang Umno telah tanam di kalangan orang Melayu sejak bertahun-tahun yang lalu bahawa satu-satunya parti yang akan menjaga mereka adalah Umno.”
Justeru, kata Muhyiddin, tidak masuk akal untuk berfikir bahawa orang Melayu akan menderita sekiranya Pakatan Harapan menang pada pilihan raya umum akan datang.
“Majoriti ahli Pakatan Harapan adalah orang Melayu,” katanya, sambil menambah, DAP adalah parti yang terlalu kecil untuk mempengaruhi keputusan mengenai penubuhan sebuah kerajaan persekutuan Pakatan walaupun ia mahu.
“Pada PRU13, DAP bertanding di 50 kerusi,” katanya.
“Untuk memenangi PRU14, kita memerlukan sekurang-kurangnya 112 kerusi.
“Tidak mungkin (pemimpin veteran DAP) Lim Kit Siang akan menjadi perdana menteri yang akan datang. Perdana menteri adalah seorang Muslim Melayu.”
Pakatan Harapan Negeri Perak akan membuat laporan serta menyerahkan bukti kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung pembayaran oleh Perbadanan Menteri Besar (MB Inc) Negeri Perak dalam isu anugerah Ikon Brandlaureate yang diterima Menteri Besar, di Pejabat SPRM Perak di Persiaran Meru Utama, Bandar Meru Raya pagi esok pada jam 10 pagi.
Menurut Setiausaha Politik kepada Pengerusi AMANAH Negeri Perak, Safarizal Saleh, laporan dan serahan bukti itu akan dibuat oleh Angkatan Muda Pakatan Harapan negeri itu.
“Siaran langsung penyerahan laporan dan bukti itu juga boleh diikuti secara langsung melalui: https://www.facebook.com/amanahnegeriperak.net/,” katanya dalam kenyataan media semalam.
HARAPAN bawa ROS ke mahkamah jika enggan respon permohonan pendaftaran
KUALA LUMPUR, 30 OKT: Pakatan Harapan (HARAPAN) mempertimbang untuk membawa Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) ke mahkamah ekoran kegagalan agensi terbabit untuk memberi respon tentang pendaftaran gabungan pembangkang itu.
Dalam respon kepada jawapan Kementerian Dalam Negeri mengenai pendaftaran terbabit, Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo menegaskan bahawa pihak ROS tidak boleh terus membisu.
“Sudah ada Pendaftar Pertubuhan yang baharu, Puan Surayati Ibrahim. Beliau sepatutnya membalas surat-surat kami dan memberitahu perkembangan terkini pendaftaran tersebut,” tegasnya dalam kenyataan.
“Kita tidak mahu melihat apa yang terjadi dalam kes DAP berulang kembali.
“Empat tahun baru ROS beri respon. ROS mesti menjawab notis kami. Jika tidak, mungkin kami perlu pertimbangkan mengambil langkah undang-undang untuk memaksa mereka memberi respon,” katanya yang juga Pengerusi Biro Guaman HARAPAN.
HARAPAN telah mengemukakan permohonan kepada pihak ROS pada 28 Julai lalu, disusuli surat memohon untuk berbincang pengenai pendaftaran tersebut pada 21 Ogos.
25 Oktober lalu, HARAPAN memberi notis kepada ROS supaya memberi maklumbalas dalam tempoh 14 hari berkenaan pendaftaran gabungan empat parti DAP, PKR, Amanah dan PPBM.
14 Julai lalu, HARAPAN mengumumkan struktur kepimpinan utamanya yang dipengerusikan Tun Dr Mahathir Mohamad, selain logo gabungan terbabit. Ia dilihat sebagai langkah proaktif dan mendapat respon positif pelbagai peringkat. – Roketkini.com
Seorang penunggang motosikal di Kedah melewati bendera Bersatu, parti yang diterajui anak kelahiran negeri itu dan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamed. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 30 Oktober, 2017.
WALAUPUN sudah lebih 18 bulan sejak bekas menteri besar Kedah Mukhriz Mahathir dipaksa meletakkan jawatan, MB baharu yang menerajui negeri itu pada masa ini masih berdepan masalah untuk memenangi hati pengundi muda.
Dan selain Mukhriz, MB daripada Barisan Nasional (BN), Ahmad Bashah Md Hanapiah terpaksa berdepan dengan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad yang juga anak jati Kedah dan kini mengetuai Bersatu dan gabungan pembangkang, Pakatan Harapan (PH).
Tidak cukup dengan faktor penolakan itu, Umno juga tidak boleh bergantung harap kepada perpecahan undi pembangkang jika berlaku pertandingan tiga penjuru – antara BN, PH dan PAS kerana penyokong parti Islam itu cenderung mengundi Amanah dan Bersatu, dua parti yang membentuk PH bersama PKR dan DAP.
Pengundi muda negeri Jelapang Padi itu yang ditemui oleh The Malaysian Insight baru-baru ini mengeluh kerana Umno Kedah kini ketandusan pemimpin yang berwibawa dan boleh mereka percaya.
"Siapa pemimpin BN dan Umno yang boleh diharapkan," kata seorang anak muda yang hanya mahu dikenali sebagai Bob.
Beliau menyebut beberapa nama pemimpin Umno negeri dan menceritakan satu demi satu dakwaan salah laku dan skandal serta gaya hidup yang mencolok mata dan jadi buah mulut orang di Kedah.
“Pemimpin begini yang kita nak pilih sedangkan rakyat hidup susah.
"BN kalau letak calon apa sekali pun tidak akan dapat memenangi hati rakyat di Kedah lagi. Memang sekarang sangat jelas dan nampak pemberontakan dalaman ini," katanya yang ditemui di sebuah gerai di Kampung Langgar, Bedong, Kedah, baru-baru ini.
Protes senyap
Bob, 30, yang membuka perniagaan komputer, berkata protes dalaman senyap-senyap terhadap Umno ini bermula sejak Mukhriz tersingkir daripada jawatan menteri besar pada Februari 2016.
Katanya, rasa tidak puas hati itu semakin memuncak dari hari ke hari selepas rakyat melihat perbezaan antara Mukhriz dengan penggantinya, Ahmad Bashah.
"Kita boleh tengok jurang yang ditinggalkan Mukhriz semasa beliau jadi menteri besar dan kemudian diganti Ahmad Bashah, terlalu besar.
"Tengok pembangunan di Kedah. Masa Mukhriz dulu walaupun cuma pegang jawatan sekejap tapi pelbagai program dan pembangunan dilakukan. Beliau sangat pandang ke depan," katanya memberikan contoh projek tebatan banjir semasa pentadbiran Mukhriz.
"Tapi ketika Ahmad Bashah, beliau tahu masalah pemuda di sini ialah untuk membeli rumah, tapi mana skim rumah pertama yang dijanjikan untuk rakyat Kedah?
"Ia tidak pernah berlaku," kata anak jati Kedah itu.
Mukhriz menjawat menteri besar Kedah antara 2013 hingga 2016. Beliau dicalonkan sebagai menteri besar Kedah dalam strategi Umno menawan semula Kedah selepas kalah kepada PAS pada PRU12.
Selepas bapanya, Dr Mahathir lantang menyerang Perdana Menteri Najib Razak bersabit skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Mukhriz didesak meletak jawatan kerana beliau juga cenderung tidak mempertahankan perdana menteri.
Kemuncaknya, Ahmad Bashah mengetuai sekumpulan pemimpin Umno Kedah menyatakan secara terbuka hilang percaya kepada kepimpinan Mukhriz pada 20 Januari, 2016. Dua minggu kemudian, Mukhriz letak jawatan selepas sah beliau hilang kawalan terhadap Adun.
Apa kata kaji selidik?
Ilham Centre, sebuah badan yang membuat kajian politik, mengakui adanya sentimen protes dalaman terhadap Umno di Kedah, berdasarkan kajian lapangan yang dibuat di negeri itu.
" Umno negeri lemah dan menteri besarnya, Ahmah Bashah tidak popular dalam kalangan rakyat Kedah mahupun orang Umno.
"Protes dalaman Umno akan berlaku, dan ia akan menguntungkan PH," kata Pengerusi Eksekutif Ilham Center Hisomudin Bakar kepada The Malaysian Insight.
Menerusi kaji selidik di Kedah yang dijalankan pada Mei, Ilham Centre mendapati antara kawasan di mana Umno berdepan protes dalaman ialah Langkawi, Jerlun, Kubang Pasu, Alor Setar, Pokok Sena, Kuala Kedah dan Merbok.
Katanya, protes turut berlaku di Sik, Baling dan Padang Terap tetapi pada tahap minimum. Manakala di Sungai Petani, Padang Serai dan Kulim Bandar Baru di daerah selatan Kedah, rekod menunjukkan pengundian ditentukan oleh pengundi kaum Cina.
"Saya rasa (Umno dan BN) ada penilaian tersendiri untuk mengukur keupayaannya di Kedah. Kalau mereka tidak dapat kesan sentimen ini, maknanya memang Umno bermasalah," katanya.
Bagaimanapun, katanya sentimen menolak BN saja bukan jaminan yang selesa untuk PH kerana ia mesti memberikan tawaran yang lebih baik kepada rakyat.
PAS pun sokong Mukhriz
Di Kampung Langgar, Bedong, dalam kawasan Parlimen Pokok Sena, Umno berdepan cabaran yang lain juga. Kawasan itu majoriti penduduknya penyokong tegas PAS.
Namun ada dalam kalangan penyokong PAS itu, apabila ditanya tentang Mukhriz, berkata anak Dr Mahathir itu seorang pemimpin yang baik semasa jadi menteri besar.
Muhammad Nasri, 53, berkata Mukhriz tidak pilih bulu dan menjaga kebajikan rakyat walaupun mereka tidak menyokong Umno dan BN.
"Saya rasa kalau Mukhriz bertanding, kalau dia yang gerakkan PH di Kedah, kemungkinan mereka menang adalah besar sebab kawasan sini semua ahli Umno dah hilang arah.
"Saya ini kalau benda betul, saya cakap betul, saya tak sorok," katanya. – 30 Oktober, 2017.