Thursday 26 October 2017

[Video LUAHAN PRESIDEN!~MAT SABU ucapan Pergulungan Konvensyen Amanah Nasional 2017] Apakah warna baju PM semasa Pembentangan Bajet 2018 petang ni? Mansuh GST: Rakyat untung, kerajaan tidak terbeban.

Jumaat, 27 Oktober 2017
Image may contain: 11 people, text

Tumpang Sekole ( Posted by ali allah ditla).

Mansuh GST: Rakyat untung, kerajaan tidak terbeban


KUALA LUMPUR, 25 OKT: Penghapusan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak akan menyebabkan kerugian sebanyak RM42 bilion kepada kerajaan seperti yang didakwa kerajaan UMNO-Barisan Nasional (BN).
Sebaliknya, ia mampu diseimbangkan dengan pengurangan perbelanjaan berdasarkan dua komponen belanjawan iaitu pendapatan dan perbelanjaan.
Ia termasuk penjimatan kerajaan daripada pembaziran dan rasuah sebanyak RM20 bilion selain menurunkan peruntukan RM20.80 bilion Jabatan Perdana Menteri kepada RM8.40 bilion.
Dalam ucaptamanya, Presiden HARAPAN, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, GST merupakan cukai regresif yang mengakibatkan kenaikan kos mendadak.
“Kalau dulu cukai hanya untuk golongan yang layak dicukai sahaja tetapi dengan GST tiada yang terkecuali termasuk golongan fakir miskin penerima zakat.
“GST juga merupakan antara punca utama kenaikan kos sara hidup rakyat selain kenaikan caj tol serta harga petrol dan diesel. Akibatnya harga barangan dan perkhidmatan naik melambung yang membebankan rakyat khasnya golongan berpendapatan rendah,” kata beliau.
Menurut Belanjawan Alternatif 2018 Pakatan Harapan (HARAPAN), meskipun penghapusan GST menyebabkan kerugian bersih sebanyak RM25.50 bilion, HARAPAN mampu mengembalikan sebanyak RM16.50 bilion berdasarkan kaedah percukaian sebelum pelaksanaan GST.
Penghapusan GST juga akan mampu menyuntik semula RM25.50 bilion secara langsung melibatkan tiga komponen hasil iaitu peningkatan aktiviti perniagaan dan kepenggunaan; peningkatan pembelian konservatif pengguna dan pemilikan item bernilai tinggi seperti hartanah dan kenderaan.
1)      Peningkatan aktiviti perniagaan dan kepenggunaan menyumbang kepada hasil pendapatan Cukai Pendapatan Syarikat (CITA) akan meningkat dengan anggaran perolehan RM2.81 bilion.
2)      Penghapusan GST akan menyebabkan peningkatan perbelanjaan sebanyak 20 peratus dengan pendapatan sebanyak RM1.46 bilion hasil duti import dan eksais untuk semua barangan – tidak termasuk kenderaan bermotor.
3)      Penggunaan item bernilai tinggi seperti hartanah dan kereta juga dijangka pulih dengan unjuran pertumbuhan sebanyak 20 peratus menghasilkan perolehan Cukai Keuntungan Hartanah (RPTG) tambahan sebanyak RM0.20 bilion, menjadikan jumlah perolehan RTPG meningkat kepada RM1.82 bilion.
Belanjawan Alternatif ini turut mengunjurkan peningkatan penjualan kereta sebanyak 20 peratus yang bakal menyumbang kepada tiga kategori pendapatan iaitu import, eksais dan lesen kenderaan bermotor.
“Peningkatan 20 peratus akan meningatkan duti import sebanyak RM0.13 bilion kepada RM0.77 bilion; kenaikan duti eksais meningkat sebanyak RM1.30 bilion kepada RM7.82 bilion manakala lesen kenderaan bermotor meningkat sebanyak RM0.50 bilion kepada RM3.01 bilion.
“Oleh itu, jualan kereta lebih baik daripada paras rendah kebelakangan ini yang didorong oleh penghapusan GST akan menyumbang hasil tambahan sebanyak RM1.93 bilion,” memetik belanjawan tersebut.
Dalam masa yang sama, perolehan duti setem akan meningkat sebanyak RM1.20 bilion dan menjangkakan melalui tadbir urus yang baik- kerajaan HARAPAN mampu merealisasikan tambahan RM3.8 bilion hasil pendapatan pelaburan daripada syarikat GLC, GLIC dan institusi kewangan pembangunan (DFI). – Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena