Monday, 8 January 2018

[Video Aku Akan Pergi Tak Lama Lagi & Ini kisah sebuah 'pekan' hantu] SUMBANGAN SANG OREN untuk perubahan & Konvensyen PH kejayaan besar tarik pengundi Melayu luar bandar.

Isnin, 8 Januari 2018




Related image

Related image

Pengundi Hantu sedang beratur


Foto Parti Amanah Negara.

SUMBANGAN SANG OREN UNTUK PERUBAHAN

Salurkan sumbangan Anda ke Akaun Maybank "Tabung Pilihanraya Amanah Perak". No Akaun : 558024321812

atau Hubungi kami di no Whatsapp 019-6528905

"AYUH BERSAMA KAMI, LAKUKAN PERUBAHAN!"

Terima Kasih atas sumbangan

Konvensyen PH kejayaan besar tarik pengundi Melayu luar bandar

Konvensyen PH kejayaan besar tarik pengundi Melayu luar bandar
Dr Mazlan Ali

Keputusan Konvensyen Pakatan Harapan (PH) semalam dilihat sebagai satu kejayaan PH keluar dari kemelutnya dan bakal berjaya menarik segmen pengundi Melayu luar bandar yang sangat diperlukan, kata penganalisis.
Pensyarah Kanan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali berkata, pemilihan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri telah meningkatkan peluang PH untuk menang.
“Saya menilai hari ini PH telah berjaya keluar dari kemelut dan ketidakpastian yang berpanjangan. Ia satu formula menang-menang,” katanya selepas keputusan konvensyen itu semalam.
Bagi penganalisis politik UTM itu, pemilihan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri meningkatkan peluang PH kerana:
1. Rakyat melihat hala tuju jelas PH.
2. Kewibawaan Tun Dr. Mahathir dapat menarik segmen pengundi Melayu luar bandar.
3. Pemilihan Tun juga menarik sokongan bukan Melayu kerana sejak 2006, kaum Cina begitu kecewa dengan polisi-polisi ekonomi dua pengganti Tun (Pak Lah dan Najib).
Katanya, sejak PRU 1982, 1986, 1990, 1995 dan 1999, sokongan bukan Melayu tidak pernah mengecewakan.
“Malah pada PRU 1999, berikutan isu Mata Lebam, 70% pengundi Melayu beralih kepada pembangkang, undi Cina tetap setia kepada BN (Mahathir).
“Malah tidak keterlaluan jika dikatakan “orang Cina” menjadi penyelamat BN tahun 1999,” katanya.
Oleh itu, katanya, keputusan dari konvensyen hari ini permulaan baik bagi PH.
Konvensyen PH hari ini mengumumkan Mahathir sebagai bakal calon PM manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai calon timbalan perdana menteri.
Mereka juga bersetuju dengan pembahagian kerusi Bersatu (56), PKR (55), DAP (36) manakala Amanah (27).
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena