Beliau amat mahir membersihkan longkang tersumbat.
JANGAN BERLEBIH-LEBIHAN MENONJOLKAN AZMIN, PASTIKAN MENANG DI SELANGOR DULU SEBELUM MAHUKANNYA JADI PERDANA MENTERI
Tiga suara berbeza, tapi tujuannya adalah sama.
Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin melahirkan rasa sedih dan kecewa dengan keputusan Pakatan Harapan menamakan Tun Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri sekiranya gabungan itu menang pilihanraya akan datang.
Katanya, setelah 20 tahun berjuang, gabungan itu masih tidak mampu memilih calon sendiri sedangkan kemenangan pembangkang di Selangor dan Pulau Pinang sebelum ini dicapai tanpa bantuan daripada Bersatu.
pan memilih Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menterinya sebagai langkah tidak tepat dan mengundur ke belakang.
Sebaliknya kata beliau, Pakatan Harapan mempunyai ramai calon muda berwibawa yang boleh diketengahkan bagi mengisi jawatan tersebut.
PKR Selangor melalui Ketua Biro Komunikasinya, Hizwan Ahmad pula menegaskan, zaman baru memerlukan tokoh segar untuk membawa keluar Malaysia daripada kepompong kerosakan oleh UMNO dan BN.
Sehubungan itu, PKR Selangor menarik kembali pendirian terhadap pencalonan Tun Mahathir dan Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sebagaimana yang diumumkan oleh Pakatan Harapan semalam.
Daripada ketiga-tiga suara itu, baik yag berterus-terang atau berselindung, yang nyatanya mereka lebih mahukan Azmin Ali dinobatkan sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan berbanding Tun Mahathir.
Memang tidak dinafikan bahawa Azmin ada kelayakan untuk menjadi Perdana Menteri, selain pemimpin yang sudah lama berjuang bersama PKR, tetapi harus diakui juga beliau belum cukup kekuatan untuk menumbangkan Najib Razak, UMNO dan BN.
Masanya untuk beliau menjadi Perdana Menteri bukanlah sekarang, tetapi mungkin dalam tempoh lima atau sepuluh tahun akan datang.
Itu pun, prasyarat untuk Azmin boleh diletakkan sebagai Perdana Menteri pada masa depan ialah Najib, UMNO dan BN mesti dikalahkan terlebih dahulu.
Di sinilah pentingnya peranan dan ketokohan Tun Mahathir sebagaimana yang sudah dipersetujui oleh Pakatan Harapan, bukan saja memilihnya sebagai pengerusi gabungan pembangkang, malah sebagai calon Perdana Menteri bagi membuah dan membuakkan keyakinan di kalangan pengundi pelbagai kaum.
Dalam keadaan sekarang, oleh kerana Anwar belum bebas daripada penjara, hanya Tun Mahathir watak yang sesuai dan digeruni oleh Najib.
Oleh kerana Pakatan Harapan benar-benar mahu melihat Najib ditumban
gkan, itulah sebabnya mereka akhirnya membuat keputusan memilih Tun Mahathir dan kemudian semua parti sedia bertolak ansur dari segi pembahagian kerusi.
Kalau dikirakan, banyak pihak termasuk Anwar Ibrahim dan keluarganya juga tentu lebih tidak setuju dengan pencalonan Tun Mahathir itu, tetapi di sebalik bekas Timbalan Perdana Menteri itu terkesan dengan derita secara langsung selama hampir 20 tahun, beliau juga pastinya menyedari hanya Tun Mahathir yang sesuai dan mampu menumbangkan Najib.
Lagi pula, dalam persetujuan Pakatan Harapan semalam, selepas Tun Mahathir memegang jawatan Perdana Menteri, jawatan itu akan diserahkan pula kepada Anwar untuk menggantikannya.
Apakah dengan timbulnya suara-suara menolak Tun Mahathir dan mahukan Azmin itu, ia bermakna Menteri Besar Selangor tidak lagi menghormati Anwar sebagai bossnya, malah mahu mencantasnya untuk lebih dulu meniadi Perdana Menteri?
Selain itu, ketidaksesuaian Azmin untuk menjadi calon Perdana Menteri juga adalah disebabkan beliau masih ada tugas lain yang lebih penting iaitu untuk memastikan Pakatan Harapan kekal berkuasa di Selangor.
Sudah terjaminkah Pakatan Harapan dapat mengekalkan kuasanya di Selangor, di sebalik kempen agresif UMNO dan BN serta belakunya lakaran baru kawasan-kawasan pilihanraya?
Bagaimana jika Selangor terlepas ke tangan Noh Omar, UMNO dan BN dalam pilihanraya akan datang ini?
Adakah Azmin masih mahu diangkat menjadi Perdana Menteri, andai kata kalau Pakatan Harapan menang di Pusat berikutan kebencian rakyat kepada Najib, tetapi Selangor pula jatuh ke tangan UMNO dan BN?
Dengan yang demikian, selain masih muda dan tidak perlu terlalu gopoh-gapah, adalah lebih wajar Azmin menumpukan tenaga dan usahanya di Selangor terlebih dahulu, sebelum beliau sendiri dan penyokongnya memasang angan-angan yang berlebihan untuk menjadi Perdana Menteri.
Jatuhkan Najib, kekalkan kuasa di Selangor dan kenal pasti penggantinya sebagai Menteri Besar, dengan Tun Mahathir sudah berusia 93 tahun dan Anwar hampir 70 tahun, masa Azmin untuk menjadi Perdana Menteri pasti tiba suatu masa nanti.
Kepada yang menyokong, mengampu dan membodek atau cuba berbuat demikian, sedar-sedarlah juga bahawa kadangkala sokongan mereka lebih membawa rebah kepada masa depan Azmin.
Tindakan mereka menimbulkan apa yang disebut “rumah siap pahat berbunyi” ini tidak saja memungkinkan Najib terus kekal berkuasa, malah dengan kekalnya lagi beliau akan menyebabkan Azmin tidak dapat langsung menjadi Perdana Menteri, selain kerajaan negeri Selangor mungkin terlepas ke tangan UMNO dan BN. (ShahbudinHusin 08/01/2018)
No comments:
Post a Comment