Pages

Tuesday, 9 January 2018

[Video Pakatan Tiada Masalah Tadbir Negara] Umno BN menggelabah, panik dan meroyan HARAPAN calon Tun Mahathir sebagai PM.

Rabu, 10 Januari 2018

BN menggelabah HARAPAN calon Tun Mahathir sebagai PM


Sebaik sahaja Tun Dr Mahathir Mohamad dipilih sebagai calon Perdana Menteri mewakili Pakatan Harapan (PH) semalam, saya sememangnya menunggu reaksi dan maklumbalas yang dikeluarkan oleh pihak lawan terutamanya dari pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN).
Ternyata dengan pencalonan Tun Dr Mahathir, rata-rata pemimpin parti komponen BN menjadi begitu panik. Cuma saya tidak menyangka mereka begitu panik seperti terkena sakit demam kuskus sehingga mereka terpaksa menghentam Tun Dr Mahathir dan PH secara berjemaah.
Sehingga semalam, seramai 8 orang pemimpin parti komponen BN tampil dengan reaksi begitu panik. Mereka menyerang orang tua berumur 92 tahun itu dari segenap sudut dan dimensi. Serangan secara berjemaah itu seperti sudah dirancang dari awal lagi oleh pihak lawan.
Antara yang memberi reaksi panik adalah Dato’ Sri Ahmad Shabery Check, Dato’ Seri Mohd Nazri Aziz, Dato’ Abdul Rahman Dahlan, Khairy Jamaluddin, S.  Vell Paari, Dato’ Seri Dr Hilmi Yahya, Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak dan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.
Ada beberapa sebab mengapa pemimpin-pemimpin parti komponen ini panik dan meroyan.
Pertama, mereka menjangkakan bahawa pertelagahan dan perselisihan pendapat di antara pemimpin dan ahli parti komponen PH berhubung dalam soal pemilihan calon perdana menteri akan membawa kepada perpecahan kepada PH. Ternyata dengan pengumuman Tun Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri semalam memberi isyarat kepada pihak lawan bahawa PH masih utuh dan bersatu padu dalam satu pemuafakatan. Justeru, kesepakatan di kalangan pemimpin PH telah mematahkan serangan dan menambahkan kebuntuan kepada pihak lawan yang selama ini memandang rendah kepada kekuatan PH.
Kedua, mereka iri hati kerana PH berjaya menambat dan melembutkan hati insan bernama Tun Dr Mahathir sehingga beliau diangkat sebagai calon perdana menteri. Dahulu, mereka ini mempergunakan pengaruh Tun Dr Mahathir sebagai senjata ampuh mereka setiap kali berkempen, tetapi kali ini, BN terpaksa berkhalwat dengan PAS dan menghadapi pilihanraya umum kali ini tanpa Tun Dr Mahathir di sisi mereka. Bahkan bersikap seperti orang yang gila talak.
Ketiga, serangan dan propaganda yang dibuat oleh pemimpin BN terutamanya menerusi Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin dilihat sebagai membalas dendam kepada Tun Dr Mahathir. Hal ini kerana Tun Dr Mahathir yang pernah menjadi aktor terpenting dalam mengkritik dan menurunkan bapa mertua beliau, Tun Abdullah Ahmad Badawi, sebagai perdana menteri sehingga menyebabkan pengaruh Khairy dalam pentadbiran negara jatuh mendadak. Jadi, saya melihat reaksi Khairy ini sebagai amarah yang menggelodak dan tindakan untuk membalas dendam kepada Tun Dr Mahathir, bukannya kerana rakyat dan negara.
Keempat, kebanyakkan pemimpin BN ibarat melepaskan anjing yang tersepit kerana tidak mengenang budi dan jasa yang telah diberikan oleh Tun Dr Mahathir. Kalau tidak kerana Tun Dr Mahathir, rata-rata di kalangan tidak diangkat menjadi menteri 8 timbalan menteri. Malah, bapa mereka dan bapa mertua mereka seperti Tun S. Samy Vellu dan Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi menteri kerana Tun Dr Mahathir. Seharusnya, mereka memberikan pandangan dan kritikan yang matang dan bukannya menghentam secara berjemaah dan semborono tanpa memikirkan jasa Tun Dr Mahathir kepada mereka selama ini.
Kelima, mereka takut dan gentar kerana pencalonan Tun Dr Mahathir sebagai perdana menteri telah menyebabkan sokongan kepada PH di kalangan orang Melayu melonjak naik secara mendadak terutamanya di kawasan Felda dan luar bandar. Bahkan, mereka terpaksa mencari formula untuk membersihkan imej Presiden UMNO yang semakin ditolak oleh rakyat disebabkan terpalit dengan pelbagai isu seperti Felda, 1MDB, MARA,  Tabung Haji dan banyak lagi.
Jadi, saya ingin menasihatkan kepada pemimpin BN supaya melapangkan dada menerima Tun Dr Mahathir yang kini sudah diangkat sebagai calon perdana menteri mewakili PH.  
Hal ini kerana pihak lawan terutamanya BN harus ingat bahawa dalam PH, tidak ada yang lebih dominan daripada yang lain. Segala perbezaan pendapat sesama parti komponen PH hanyalah suatu proses demokrasi untuk mematangkan parti komponen. Bahkan segala keputusan dilakukan atas dasar permuafakatan. Ini sangat berbeza dengan BN yang biarpun dianggotai oleh 13 komponen parti namun segala keputusan hanya ditentukan oleh UMNO sahaja manakala parti komponen yang lain cuma pak turut dan ibarat pasu bunga sebagai perhiasan ssemata-mata.
Akhir kata, BN boleh nikmati hari-hari terakhir sebagai kerajaan kerana Tun Dr Mahathir sudah kembali dan akan Perdana Menteri Malaysia Ke-7 bersama-sama dengan PH untuk menubuhkan kerajaan di Putrajaya.
Abdul Aziz Isa merupakan Setiausaha Publisiti Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Sarawak, Pembantu Khas Naib Presiden Pakatan Harapan Kebangsaan dan Pengerusi Pakatan Harapan Sarawak YB Chong Chieng Jen (Ahli Parlimen Bandar Kuching)

No comments:

Post a Comment