“Hutang 1MDB semakin meningkat kata nya nak di kurangkan”
KAHKAHKAH...BARU DICALONKAN DAN BELUM PUN TUN M JADI PM LAGI, DAH KELAM-KABUT UMNO DIBUATNYA!!!
Sejak semalam, seronok sekali kita melihat gelagat dan telatah beberapa pemimpin UMNO, laskar maya upahan Najib Razak dan golongan sampah yang sudah keluar daripada Bersatu berhubung keputusan Pakatan Harapan menamakan Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri selepas gabungan itu memenangi pilihanraya akan datang.
Antara komen yang kedengaran ialah:-
Menteri A - pemilihan Tun Mahathir adalah suatu tragedi dan memalukan bagi Pakatan Harapan serta akan memudahkan lagi BN menang pilihanraya akan datang.
Menteri B - negara akan hancur sekiranya Pakatan Harapan memerintah negara ini kerana tiada parti yang dominan dalam gabungan itu.
Menteri C - politik Malaysia akan jadi tidak stabil kerana rakyat tidak tahu berapa lama Tun Mahathir boleh menjadi Perdana Menteri.
Komen laskar maya upahan pula, antaranya ialah Tun Mahathir didakwa memungkirinya janjinya tidak mahu menjadi Perdana Menteri semula, penghalang reformasi sebelum ini, cakapnya tidak pernah konsisten dan pelbagai gambaran negatif yang lain lagi.
Golongan sampah, seperti biasa dah jadi macam cacing kepanasan dibuatnya dengan komen yang antara lain, pencalonan Tun Mahathir membuktikan golongan muda diketepikan, adakah 52 kerusi yang diperuntukkan kepada Bersatu itu merupakan kerusi selamat atau kerusi akan kalah dan adakah pasangan suami isteri, Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah Wan Ismail akan menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri selepas pengunduran Tun Mahathir nanti.
Apa yang nyata, semua komen dan reaksi itu tidak lain ialah menggambarkan ketakutan dan kelam-kabutnya mereka berhubung keputusan yang dibuat oleh Pakatan Harapan semalam dan ia benar-benar di luar jangkaan mereka.
Kahkahkah....ini baru Tun Mahathir dinamakan sebagai calon Perdana Menteri, belum betul-betul jadi Perdana Menteri lagi.
Bagaimana agaknya kelam-kabut dan lintang-pukangnya mereka nanti selepas Pakatan Harapan memenangi PRU 14 dan sebaik Tun Mahathir mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri?
Mungkinkah ada yang akan terjun bangunan, lari ke luar negara dan jadi meracau tak henti-henti?
Sebagai bekas Perdana Menteri selama 22 tahun yang sentiasa menang dua pertiga setiap kali pilihanraya ketika eranya, mempunyai pengaruh kuat di kalangan rakyat pembagai kaum, diterima baik oleh dunia antarabangsa sebagai pemimpin hebat, bukan kleptokrat, penyamun atau pencuri, tidak pernah dalam akaun bank peribadinya ada wang beribu-ribu juta ringgit, mempunyai isteri yang sederhana dan tidak pernah bermewah, semua itu adalah kelebihan yang nyata antara Tun Mahathir berbanding dengan Najib.
Oleh kerana matlamat PRU 14 ialah untuk menumbangkan Najib yang sudah terlalu kotor sebelum memulakan proses pemulihan dan seterusnya menyerahkan kepada pimpinan muda mengambil alih pentadbiran negara, watak yang kuat, kukuh, dihormati dan berwibawa adalah amat diperlukan.
Inilah sebenarnya yang amat menakutkan semua pemimpin UMNO, laskar maya upahan dan golongan sampah tersebut setelah Tun Mahathir dipersetujui sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan.
Selain itu, keputusan Pakatan Harapan berjaya mencapai konsensus berhubung calon Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri serta pembahagian kerusi yang seimbang juga menunjukkan gabungan itu sedang berada dalam keadaan yang kukuh dan bersatu untuk menghadapi pilihanraya akan datang yang sasaran utamanya ialah menjatuhkan Najib, UMNO dan BN.
Jangkaan UMNO bahawa Pakatan Harapan akan bercakaran dan berbalah sesama sendiri berhubung calon Perdana Menteri dan pembahagian kerusi nyata tidak menjadi kenyataan.
Keputusan Pakatan Harapan semalam juga membunuh dengan sendirinya mainan isu oleh media-media kerajaan selama ini berhubung dominasi DAP dalam gabungan itu dan kononnya Lim Kit Siang adalah bakal Perdana Menterinya.
JASA, Tunku Aziz Tunku Ibrahim dan Annuar Musa tentu sekali kecewa sekarang ini kerana hilanglah modal untuk terus menakut dan memperbodohkan rakyat sambil tujuan utama mereka ialah untuk mengampu Najib.
Isu itu ternyata tidak laku lagi dan pemikir-pemikir UMNO kini terpaksa berhempas pulas mencari isu lain untuk memesongkan fikiran rakyat bagi memastikan kleptokrasi tidak tumbang kepada demokrasi.
Kalaulah dalam pembahagian kerusi Pakatan Harapan semalam, Bersatu hanya mendapat 35 kerusi, manakala DAP 52, PKR 51 dan Amanah 27, meskipun Tun Mahathir kekal dinamakan sebagai calon Perdana Menteri, maka sudah tentu seronok dan bertempik soraklah seluruh pimpinan UMNO menghangatkan lagi isu berkaitan dominasi DAP dan bagaimana Bersatu digambarkan sebagai alat semata-mata.
Oleh kerana jangkaan itu tidak menjadi kenyataan, malah dominasi Melayu tetap unggul, calon Perdana Menteri yang ditonjolkan tidak dipertikaikan wibawanya dan Pakatan Harapan terlihat berada dalam keadaan kukuh dan bersatu, tiada sebab lagi Najib, UMNO dan BN yang selama ini menyusahkan hidup rakyat dengan penarikan subsidi, beban GST, kenaikan kos sara hidup serta rasuah berleluasa dalam semua peringkat, tidak boleh ditumbangkan dan digantikan dengan kerajaan baru yang lebih berwibawa. (ShahbudinHusin 08/01/2018)
0 comments:
Post a Comment