Kecewa pemimpin Pas dibeli Umno, Mohamad Sabu nyaris lempar mikrofon
Meskipun dikenali sarat humor ketika lantang berceramah tetapi Presiden AMANAH, Mohamad Sabu dilihat tidak dapat menyembunyikan rasa kecewanya apabila menyebut tentang adanya pemimpin Pas menerima duit daripada Umno.
Spontan berkata mahu melempar mikrofon yang sedang diguna, beliau tidak menyangka sebahagian pemimpin Pas telah dibeli oleh Umno ketika ahli parti ditekankan tentang nilai perjuangan.
“Kita semua bertungkus-lumus menderma kepada parti, berjuang menang atau kalah kita ditarbiyahkan untuk sentiasa istiqamah dalam perjuangan.
“Rupa-rupanya, sebahagian pemimpin Pas mentekedarah duit Umno. Hey, aku lempar mikrofon ni karang!” tegasnya dalam ceramah sempena Jelajah Pakatan Harapan Kedah di Parlimen Jerai malam tadi.
Lautan penduduk Jerai membanjiri tapak ceramah Jelajah PH di Guar Chempedak malam tadi.
Menurut bekas Timbalan Presiden Pas itu, penyebaran rakaman suara dipercayai Nik Abduh Nik Aziz yang sedang tular pada masa ini amat mengecewakannya yang berjuang dalam parti tersebut selama 38 tahun.
“Rupa-rupanya, Umno memainkan peranan memecahkan Pas dengan menggunakan wang. Inilah pendedahan yang dibuat oleh Nik Abduh bila dia bertengkar dengan menantu Presiden Pas.
“Menantu Presiden Pas datang bertanya kepadanya. Dia (Nik Abduh) jelaskan. Dalam tape yang panjangnya 20 minit, Nik Abduh menerangkan memang sebahagian pemimpin Pas terima duit Umno.
“Terang-terang diulang tiga kali dalam tape itu. Kita guna duit Umno untuk halau ‘jebo’n dari Pas,” katanya.
Timbalan Presiden Pakatan Harapan (PH) berkenaan memberitahu gelaran ‘jebon’ itu merujuk kumpulan yang antaranya terdiri daripada dirinya sendiri, Datuk Mahfuz, Dr Hatta, Husam Musa, Khalid Samad dan Hanipa Maidin
“Ertinya, projek memecahkan Pas datang daripada duit Umno. Inilah tape yang sedang beredar di seluruh negara sekarang.
“Kami ke sana ke mari pergi Johor, Negeri Sembilan. Johor dulu nak kembangkan Pas (amat payah). Kadang penceramah lima orang, yang dengar tiga orang.
“Tapi kita sabar, kita terus sehinggalah Pas berkembang. Bila Pas berkembang nak kalahkan Barisan Nasional, ada pemimpin-pemimpin Pas dibeli oleh Umno,” ucapnya lantang.
Mengulas penafian Nik Abduh, beliau menggesa Ahli Parlimen Pasir Mas tersebut supaya tampil mengaku dan bertaubat memandangkan rakaman audio itu sedang dianalisa di luar negara.
“Tunggu. Tape ini sedang dianalisa pusat suara antarabangsa. Kemungkinan tape ini akan digunakan dalam perbicaraan saman Sarawak Report yang akan berjalan di London nanti.
“Lebih baik kamu mengaku dan bertaubat. Senang,” ujarnya di hadapan lebih 5,000 peserta di Dataran Guar Chempedak.
Sehubungan itu,Mohamad menyeru ahli Pas walaupun kekal dalam parti itu supaya tidak lagi mengundi parti mereka sendiri selain tentunya Umno-BN.
“Oleh itu, ahli-ahli Pas di Jerai, di seluruh Kedah duduk dalam Pas tak mengapa. Jangan undi Pas. Jangan undi Barisan Nasional,” katanya lagi.
Lautan rakyat Kedah hadir ceramah Jelajah Pakatan Harapan
Lebih 5,000 rakyat Kedah membanjiri ceramah perdana Jelajah Pakatan Harapan (PH) di Guar Chempedak malam tadi dengan kemuncak pidato oleh calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pada masa sama, siaran langsung menerusi Facebook PH juga menarik perhatian seluruh negara apabila mencatatkan jumlah mencecah lebih 7,000 tontonan ketika giliran Tun Mahathir berucap.
Lautan kehadiran masyarakat setempat pada malam cuti bagi negeri di utara tanah air itu sekali gus menyaksikan sambutan paling menggalakkan selepas berlangsungnya enam siri jelajah yang sama ke negeri-negeri lain sebelum ini.
Gelanggang ceramah perdana didahului bacaan doa dan tahlil ringkas untuk bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Sanusi Junid yang meninggal dunia pada 9 Mac lalu yang dipimpin Ustaz Mohamad Hassan dari Bersatu.
Lautan rakyat Kedah hadiri ceramah Jelajah PH di Guar Chempedak malam tadi.
Pengerusi PH Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir seterusnya membuka gelanggang pidato pada ketika hujan sedikit renyai sebelum diikuti aktivis Bersih, Hishamuddin Rais.
Selepas nyanyian lagu Negaraku dan lagu PH, slot ceramah diteruskan dengan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP.
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Timbalan Presiden PH seterusnya mengambil giliran dalam ceramah perdana yang dipengerusikan Ketua Bahagian Kulim-Bandar Baharu, Datuk Azimi Daim.
Pentas ceramah di belakang Pasaraya Long Wan itu selanjutnya dihangatkan dengan penampilan Presiden AMANAH, Mohamad Sabu. Ceramah tokoh pidato yang hanya 14 minit seperti rata-rata pemidato lain bagaimanapun dilihat tidak memuaskan hati penonton.
Mereka bersorak seketika mahukan Timbalan Presiden PH yang berceramah disulami nada humor dalam fakta itu diberi tempoh lebih lama.
Suasana ceramah kemudiannya bertukar sedikit hiba apabila rakaman video amanat Datuk Seri Anwar Ibrahim bersiaran sebelum diceriakan kembali dengan dendangan lagu ‘Kamilah Penyamun’ dari filem P.Ramlee yang melatari bingkisan grafik berkenaan skandal rompakan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kemuncak ceramah PH tentunya penampilan yang paling dinantikan negarawan Tun Dr Mahathir. Ceramah Pengerusi PH berkenaan yang selama 32 minit itu dimulai dengan status Umno dan Pas pada masa ini.
“Saya hentam Umno nak bagi runtuh Umno. Sebab apa? Umno sudah mati. Yang ada itu bukan Umno, tapi Parti Najib.
“Begitulah juga dengan Pas. Ini bukan Pas (zaman) dulu. Bukan Pas Burhanuddin Al-Helmy, bukan Pas (pimpinan) Datuk Asri, bukan Pas Nik Aziz.
“Ini Pas lain. Saya tidak payah sebut nama. Dah tukar. Sebab itu saya keluar Umno dan Mohamad Sabu keluar Pas.
“Kita tubuh parti bukan nak jawatan. Kita mahu buat kebaikan kepada negara kita,” katanya dalam program yang mendapat liputan rasmi Media Oren itu.
Ceramah berakhir kira-kira jam 11.30 malam dengan diakhiri laungan “Pakatan Harapan” oleh Tun Mahathir sebanyak tiga kali.
Jangan menang datang dari niat awal, cara dan bentuk penipuan.. Jangan bina sokongan kerana ada sogokan.. Menang secara beretika, berakhlak... Bukan tekan, ugut dan zalim. Jangan menang tapi dekat dengan pintu neraka..nau'uzubillah. Bila tipu.. Jangan rasa smart, bijak, hebat dan bangga.. Kemungkaran tidak ada perlindungan, jaminan dan keberkatan.. Kebenaran hak Allah.. Kot mana pun hujungnya kemungkaran dan kezaliman - sesat, buntu dan lingkup. Yang menyokong pun ada lubang kubur sendiri, masing². # Di dalam Islam, sudah termaksud dengan jelas kita harus memelihara, berkawan dengan anjing atas maksud keselamatan dan perburuan. Dalam satu kesah, direngkaskan.. Seorang wanita diampuni kesalahannya sekadar kerana memberi air pada seekor anjing yang kehausan. http://www.indahnyaislam.my/2016/03/soal-jawab-agama-kisah-wanita-dan-anjing/
Pakar sedang analisa audio suara Nik Abduh, akan bawa ke mahkamah London
Naib Presiden AMANAH Husam Musa berkata, rakaman audio percakapan Nik Abduh Nik Aziz berhubung kerjasama politik Pas-Umno dan dana diterima pemimpin Pas daripada Umno kini sedang dianalisa di makmal sebuah universiti dan bakal dijadikan bukti di mahkamah London pada April depan.
Pendedahan perkembangan audio suara yang dipercayai milik Ahli Parlimen Pasir Mas itu, dimaklumkan Husam, ketika menyampaikan ceramah di Dun Tanjong Mas, Kelantan malam tadi.
Menurut Husam, beliau difahamkan secara saintifik suara audio yang dipercayai menyamai suara Nik Abduh itu telah dihantar ke makmal di City University, London.
“Saya difahamkan audio Nik Abduh di hantar kepada seorang pensyarah bahagian fonetik (suara) Profesor Allen Hirson.
“Saya tengok dalam google beliau telah kendalikan 1,100 kes di mahkamah berkaitan mengecam suara orang. Insya Allah kita tidak
perlu berbalah di Kelantan ini.
“Saya difahamkan suara Nik Abduh ini akan dibawa ke makmal City UniversitY dan akan dibawa ke mahkamah London pada 30 April
akan datang.
“Bukan saya yang nak bawa, orang lain suruh saya cakap…saya tengok dalam internet jer (mencari sumber nama Allen Hirson)…takut tiba 30 hari bulan, tak seorang pun naik mahkamah di London,” ujarnya yang tidak mahu beliau dipersalahkan sekiranya apa yang disampaikan itu tidak berlaku.
Pencarian di google menemui laman sesawang Expert Witness Institute yang mencatatkan latarbelakang kerjaya dan pengalaman Allen Hirson.
Carian di Google mendapati Allen Hirson ialah seorang pensyarah kanan fonetik di City University di London.
Beliau telah mengendalikan sebanyak 1,100 kes yang melibatkan rakaman percakapan dan berpengalaman selama 23 tahun sebagai seorang pakar di bidang tersebut.
Pensyarah di bidang fonetik dan Pengarah Makmal Akustik Ucapan itu juga merupakan pengasas makmal di institusi tersebut.
Beliau juga merupakan ahli pengasas persatuan profesional di dalam Fonetik Forensik di peringkat antarabangsa (IAFPA) dan
ahli Lembaga pakar di Witness Institute.
Beliau pernah mengendalikan 21 bahasa selain bahasa Inggeris di mana beliau telah bekerjasama dengan pakar bahasa yang sesuai.
Pada 1 Mac lalu, Nik Abduh menafikan audio rakaman berdurasi 18 saat yang didakwa mengandungi ucapannya mengenai penyaluran wang dari Umno kepada Pas.
Penyebaran audio yang tular itu disifatkan Nik Abduh sebagai sampah di kalangan pemfitnah.
Beliau turut mendakwa AMANAH bertanggungjawab mendedahkan audio itu sebelum menjadi viral di media sosial dan mendapat liputan media.
Bagaimanapun sehingga kini Nik Abduh tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan rakaman audio beliau itu.
Husam Musa ketika menyampaikan ceramahnya di Dun Tanjong Mas malam tadi, mendedahkan perkembangan terkini berkaitan dakwaan audio suara yang menyamai suara Nik Abduh.
Husam yang juga Adun Salor berkata, walaupun Nik Abduh membuat penafian dan disokong oleh beberapa pemimpin Pas, Husam secara peribadi mendakwa yakin rakaman audio itu adalah suara Nik Abduh.
“Ada orang kata bukan suara dia, ada kata suara dia. Suara dia…dia tidak ngaku lagi.
“Kalau nak harapkan dia, dia tidak akan mengaku jadi macam mana kita nak tentukan perkara ini?
“Kenapa perkara ini penting khususnya ahli Pas nak menentukan perkara ini.
“Jika kandungan audio itu betul, Nik Abduh kata ustaz Hadi terima duit dari Umno, dia dan ayahnya terima duit daripada
Umno, dia berhubung dengan CIA, Pas dan umno bekerjasama, dalam pilihan raya Dun Sarawak Pas kerjasama dengan Umno jatuhkan DAP, terima duit Umno RM2juta.
“Jadi perkara ini kena ditentukan khususnya rakyat Kelantan yang nak mengundi sebulan lagi.
“Nak undi Pas jika betul terima duit dari Umno nak ke undi Pas? Ini yang mustahak kena tahu. Jika tak betul, undilah Pas.
“Tetapi jika Pas ambil pitih (duit) dari Umno patutkah kita nak undi Pas?…serupa kita undi Umno. Jadi kita rakyat kena tahu
audio ini betul ke tidak.
“Nik Abduh ambil jalan mudah kata bukan suara dia.Saya dengar suara dia masa dia kecik lagi…suara dia tu,” ujar Husam dihadapan lebih kurang 300 hadirin.
Sesuai sangatlah PRU kali ini kubur pas dan umno bersebelahan - berjiran. Dulunya kapir mengkapir, sembahyang dua imam, cerai berai, kenduri kendara dipulaukan..
Cukuplah saling berusaha kerana menang kalah bukan kerana atau bukan ditentukan oleh king of the cash atau king maker atau joker. Komsep berpakat, bergotong royong jauh lebih baik dari konsep keakuan dan sengaja khianat.
Benarlah seperti kata pecacai, PH hanya diminati golongan bertongkat sahaja..
Parti Amanah Negara (AMANAH) menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan segera berhubung rakaman audio dikaitkan dengan salah seorang pemimpin kanan PAS yang mendakwa dia mempunyai akses langsung dengan ejen Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat.
Pengerusi Biro Antarabangsa AMANAH Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata dakwaan yang terkandung dalam rakaman audio itu - jika benar - boleh membawa implikasi serius kepada keselamatan negara.
"Ia dibimbingan membuktikan wujud unsur pengkhianatan terhadap kedaulatan negara.
"AMANAH minta ia disiasat. Kalau suara itu terbukti milik Nik Abduh, ia adalah pengakuan yang amat serius oleh anggota jawatankuasa tinggi PAS," katanya kepada Malaysiakini hari ini.
Isu rakaman audio yang didakwa melibatkan penjelasan Nik Abduh Nik Abdul Aziz itu mula tersebar di media sosial pada akhir Feb lalu.
Bagaimanapun rakaman keseluruhan audio itu hanya didedahkan di Facebook sebulan kemudian.
Antara petikan rakaman audio itu ialah: "Ana (saya) boleh bercakap dengan CIA. CIA Amerika tu ana kenal orang dia yang sentiasa berhubung dengan ana."
Biasanya melalui kerajaan
Bagaimanapun Nik Abduh sudah membuat penafian mengenainya sehari kemudian. Menurut anggota parlimen Pasir Mas tuduhan itu "karut, mengarut dan fitnah" terhadap dirinya serta PAS.
"Ia hanya sampah yang tak layak dimakan kecuali pelahap fitnah seperti PAN (Parti Amanah Negara) dan sekutunya. Saya menafikan sekeras-kerasnya," kata Nik Abduh pada 28 Feb lalu.
Kata Datuk Dr Khairuddin Aman Razali ada ramai orang yang boleh meniru suara individu lain, termasuk menyerupai Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta bapa Nik Abduh, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Malaysiakini hari ini juga melaporkan Ketua Polis Negara Tan Sri Fuzi Harun sebagai berkata pihaknya tiada butiran berkaitan rakaman audio berkenaan.
Menurut Raja Bahrin kebiasaannya agensi kerajaan asing - seperti CIA - hanya akan menjalin kerjasama dengan pihak berkuasa negara.
Namun katanya pengakuan terkandung dalam rakaman audio itu mencetuskan tanda tanya jika kerjasama itu turut melibatkan parti tertentu dalam kerajaan Malaysia.
"PAS sendiri pernah kata mereka tidak pernah merestui campur tangan luar dalam apa isu sekali pun," katanya.
Raja Kamarul Bahrin berkata, dalam rakaman audio itu juga ada disebut mengenai pengambilan wang daripada Umno dan ia sekali gus kemungkinan merujuk kepada hubungan CIA dan PAS melalui Umno.
"Mungkinkah mereka ada hubungan dengan CIA kebelakangan ini sejak ada kerjasama dengan Umno?
"Ini satu lagi kemungkinan yang lebih teruk! Jika ia berlaku, kenapa Umno perlu kerjasama dengan CIA, dan PAS pula merestuinya?" katanya.
Namun anggota parlimen Kuala Terengganu itu yakin jika maklumat terkandung dalam rakaman audio itu sahih, hubungan CIA dengan PAS tidak berlaku secara langsung.
"Adakah ini secara kebetulan atau terancang?" katanya.
Mahkamah Tinggi Shah Alam mengenepikan hukuman bon berkelakuan baik dengan jaminan RM20 ribu yang dikenakan terhadap seorang yang dipercayai bergelar Datin, Rozita Mohamad Ali oleh Mahkamah Syesen Petaling Jaya sebelum ini atas kes kesalahan mendatangkan kecederaan parah terhadap seorang pembantu rumah warga Indonesia.
Sebaliknya, beliau hari ini dijatuhi hukuman penjara selama lapan tahun atas kesalahan tersebut.
Dalam waktu yang sama, mahkamah juga memerintahkan hukuman itu berkuatkuasa pada hari ini dan menolak perlaksanaannya ditangguhkan sehingga menunggu rayuan.
Keputusan ini berikutan Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan semakan kehakiman yang dibuat oleh pihak pendakwaan berhubung hukuman Mahkamah Sesyen Petaling Jaya sebelum ini.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan denda.
Hukuman bon berkelakuan baik yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya sebelum ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati pelbagai pihak, malah blog ini juga ada membangkitkan perkara yang sama dalam postingnya pada 17 Mac lalu.
Serentak dengan rasa tidak puas itu, sebuah petisyen yang mendesak hukuman berat dijatuhkan terhadap Datin berkenaan juga diwujudkan dalam talian dan telah mendapat sambutan hangat daripada pelbagai pihak yang cintakan keadilan.
Dengan hukuman oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam ini, seluruh rakyat Malaysia tentunya berasa lega dan lapang dada bahawa sekurang-kurangnya keadilan telah ditegakkan dengan sewajarnya.
Tahniah kepada Mahkamah Tinggi Shah Alam dan Pesuruhjaya Kehakiman, Tun Abd Majid Tun Hamzah atas atas keputusan yang melegakan ini. (ShahbudinHusin 29/03/2018)
CUBAAN MELUMPUHKAN OPERASI INVOKE, MENAKUTKAN SUKARELAWAN DAN FITNAH JAHAT NAIB KETUA PEMUDA UMNO DAN TV3
Selasa lalu (27 Mac 2018), Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun semasa berucap di Dewan Negara telah membuat beberapa fitnah jahat terhadap operasi INVOKE, seperti berikut:
1. INVOKE telah melanggar undang-undang kerana menelefon orang ramai untuk membuat kaji selidik
2. INVOKE menerima dana asing untuk meracun pemikiran rakyat Malaysia
3. INVOKE ada hubungan dengan pemimpin Israel melalui badan-badan yang memberi bantuan kewangan kepadanya
Sebahagian ucapan itu telah dijadikan bahan berita oleh TV3 dan disiarkan di dalam berita-berita rangkaian Media Prima, selain dimuatnaik di laman Facebook TV3 sebagai buletin berita, seperti berikut:
Ucapan Khairul Azwan Harun itu turut dilaporkan oleh Bernama dan disiarkan di laman-laman berita, seperti laporan Malaysiakini: https://www.malaysiakini.com/news/417380
Semalam (Rabu, 28 Mac 2018), Pemuda Umno telah membuat laporan polis dan kepada pihak berkuasa berkenaan agar INVOKE disiasat, berdasarkan ucapan yang dibuat oleh Khairul Azwan Harun (rujuk laporan Utusan mengenai laporan polis Pemuda Umno: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/invoke-malaysia-ceroboh-data-peribadi-17-juta-rakyat-malaysia-1.636819)
Berikut adalah maklum balas INVOKE mengenai tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh Naib Ketua Pemuda Umno itu dan laporan-laporan media perdana yang dikawal Umno/Barisan Nasional:
i. INVOKE tidak pernah menerima satu sen pun dari mana-mana badan baik dari dalam dan luar negara. INVOKE dibiayai sepenuhnya oleh ribuan rakyat Malaysia yang melanggan khidmat kami atau membeli tiket-tiket/barang kempen yang dijual untuk membiayai operasi INVOKE
ii. INVOKE telah pun menyiarkan secara terperinci senarai pelanggan dan pembeli yang telah menyumbang kepada INVOKE, yang secara jelas menunjukkan ribuan rakyat Malaysia yang membiayai operasi INVOKE
iii. INVOKE telah mematuhi segala peraturan dan undang-undang berhubung operasi kami, seperti mana yang juga diamalkan oleh badan-badan kaji selidik yang lain di Malaysia seperti Merdeka Centre, Centre for Strategic Engagement (CENSE yang diketuai Rita Sim) dan lain-lain
iv. INVOKE tidak pernah ada sebarang hubungan dengan mana-mana pihak yang ada hubungan dengan rejim Israel, seperti yang didakwa oleh Khairul Azwan Harun
Saya mencabar Khairul Azwan Harun mengulangi tuduhannya di luar Dewan Negara supaya saya boleh mengambil tindakan saman terhadap beliau dengan segera.
Sebelum ini, beliau telah pun kalah di mahkamah berkenaan isu pembabitan Pemuda Umno di dalam skandal pembelian hartanah MARA di Australia, apabila mahkamah mengiyakan kenyataan saya yang menunjukkan perkaitan di antara pemimpin Pemuda Umno dengan individu yang terbabit di dalam skandal tersebut. Salah seorang dari individu itu menjadi pemegang saham yang besar di dalam syarikat yang diketuai Khairul Azwan sendiri.
Oleh kerana beliau hanya berani berucap di bawah perlindungan Dewan Negara, saya telah meminta pasukan peguam saya meneliti ruang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau.
Saya juga telah mengarahkan pasukan peguam untuk mengkaji mengambil tindakan undang-undang terhadap TV3 yang secara jelas telah memfitnah INVOKE dengan membuat laporan palsu kononnya ia dibiayai badan asing.
Saya percaya serangan ke atas INVOKE adalah satu rancangan tersusun menjelang pilihanraya bertujuan untuk melumpuhkan operasi kami.
Jika INVOKE dituduh melanggar undang-undang kerana menjalankan kaji selidik, bagaimana pula ratusan kaji selidik yang dilakukan oleh Umno untuk mengukur tahap sokongan ke atas calon-calonnya? Saya dimaklumkan sendiri oleh beberapa orang Ahli Parlimen Umno mengenai kaedah yang digunakan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak yang menggunakan kaji selidik melalui telefon untuk mengenal pasti tahap sokongan setiap wakil rakyatnya.
Jika INVOKE ingin disiasat kerana menjalankan kaji selidik, kenapa pula Umno tidak disiasat secara besar-besaran kerana jumlah kaji selidik melalui telefon yang dibuat oleh Umno adalah jauh lebih tinggi berbanding kaji selidik oleh INVOKE?
Sebab itu, rakyat dapat membaca ini adalah senjata Umno untuk melumpuhkan INVOKE yang kini sudah mempunyai 25,000 orang sukarelawan yang giat dilatih untuk menjadi ejen kira undi bagi calon-calon PH.
Ugutan ke atas INVOKE adalah untuk menakut-nakutkan rakyat supaya tidak terus tampil menjadi sukarelawan kerana Umno bimbang dokongan rakyat yang menjadi sukarelawan INVOKE akan menyukarkan sebarang usaha penipuan pilihanraya.
Oleh itu, saya menggesa seramai mungkin rakyat untuk terus tampil mendaftar menjadi sukarelawan dengan mendaftar di pautan bit.ly/JOMJOININVOKE
Lebih ramai rakyat yang mendaftar menjadi sukarelawan, lebih sukar Umno mengugut untuk melumpuhkan operasi INVOKE.
Tanah Ijok: Kerana kroni Umno diam, sudah selesai baru kecoh
SAYA mengikuti dengan penuh minat tindak-tanduk pimpinan Umno/BN serta penyokong-penyokong mereka dalam usaha mereka untuk mengelirukan rakyat berhubung isu tanah Ijok yang kononnya ‘berskandal’.
Dalam usaha untuk mengelirukan rakyat, dengan hujah dan soalan yang jauh tersasar, akhirnya diri mereka sendiri turut keliru! Saya sekarang faham mengapa masalah yang menimpa lebih kurang 1,000 keluarga peneroka, sejak tahun 2000, tidak mampu diselesaikan Umno/BN. Bagaimana mereka akan mampu menyelesaikan masalah ini apabila mereka tidak faham apa masalahnya yang sebenar dan apa pula penyelesaian yang diinginkan!
Begitu parah kekeliruan mereka sehingga apabila masalahnya berjaya diselesaikan, mereka tidak sedar ianya sudah diselesaikan. Dan bukan sekadar selesai tetapi selesai dengan cara yang sebaik-baiknya namun mereka terus membuat kecoh. Sedangkan sebelum ini, khususnya sejak dari tahun 2000, mereka mendiamkan diri.
Mungkin pada ketika itu mereka menganggap ‘tiada masalah’ dan mereka lebih suka ianya kekal sedemikian rupa! Persoalan peneroka ditipu kroni bukan masalah bagi mereka, ianya perkara biasa. Apabila peneroka mendapat apa yng dijanjikan, barulah ianya ‘bermasalah’ maka barulah mereka bersuara.
kroni BN
Bagi saya kisah tanah Ijok adalah contoh klasik bagaimana ahli bawahan UMNO, MCA dan MIC dikorbankan demi kroni BN. Tanah yang diserahkan kepada mereka telah diserah pula kepada beberapa syarikat kroni dan pampasan yang dijanjikan, iaitu wang tunai sebanyak RM180,000 dan sebuah rumah setiap satu keluarga, terus dinafikan.
Pada ketika itu, apabila peneroka bersuara meminta bantuan, tiada walaupun seorang yang membantu. Kenapa nak bantu? Korbankan peneroka demi kroni bukankah ianya budaya BN? Ianya tidak merupakan ‘masalah’. Ianya biasa. Yang anggap ianya masalah, pasti dituduh tertipu dengan ‘persepsi’ yang dibawa pembangkang.
Sedangkan peneroka yang ditipu itu, mengikut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak penduduk, Tuan Haji Omar, 98% dari mereka ialah ahli Umno. Bakinya ahli MCA atau MIC. Namun walaupun begitu, mereka terus dikorbankan tanpa pembelaan. Sedangkan setelah tanah mereka diserah, mereka kehilangan kesemuanya. Wang tidak dapat, rumah pula jauh sekali.
Tanah-tanah mereka telah dipindah milik ke syarikat kroni dan tidak seperti tanah Felda di Jalan Semarak, tiada ‘magic’ untuk kembalikan tanah tersebut kepada mereka. Tanah-tanah itu dicagar kepada bank untuk mendapat pinjaman demi membangunkan tanah-tanah berkenaan. Membina perumahan, termasuk rumah-rumah untuk peneroka, tetapi terbengkalai dan terbiar begitu sahaja sekian lama.
tindakan pembelaan
Akhirnya pada 2008, selepas jatuhnya kerajaan BN Selangor, barulah ada tindakan pembelaan bagi golongan peneroka ini. MB Pakatan Rakyat, Tan Sri Khalid Ibrahim telah mengambil tindakan untuk memperbetulkan keadaan. Malangnya, tindakan beliau, yang mengambil bentuk pengambilalihan tanah berkenaan, telah menghasilkan tindakan undang-undang oleh bank, pemaju kroni dan juga peneroka.
Puluhan kes saman terpaksa dihadapi kerajaan Selangor dan dalam kes yang dimenangi sekalipun, kerajaan negeri terpaksa membayar ganti rugi pada pemaju kroni yang juga pemilik tanah-tanah tersebut dan bank-bank, yang telah memberi pinjaman apabila tanah-tanah berkenaan dicagarkan oleh pemaju-pemaju kroni berkenaan. Pampasan ini dianggarkan berjumlah ratusan juta.
Sambil itu, kes-kes ini akan mengambil masa yang panjang sedangkan peneroka sudah lanjut usia. Dalam tempoh hampir 20 tahun, menunggu kes ini selesai, sudah hampir 300 dari 1,000 peneroka terlibat meninggal. Walaupun waris-waris mereka boleh menuntutnya, namun adalah diinginkan supaya peneroka sendiri menerimanya. Oleh itu wakil-wakil peneroka telah datang memohon pendekatan yang lebih berkesan dan pantas dalam usaha menyelesaikan masalah mereka ini.
pendekatan baru
Peluang untuk melakukan pendekatan baharu tiba apabila MB Selangor ditukar pada tahun 2014. Satu pendekatan yang mampu mencapai penyelesaian menyeluruh telah dikemukakan oleh pakar runding tertentu dan setelah dikemukakan dan dibahas, maka cadangan mereka diterima oleh kerajaan Negeri Selangor. Pendekatan ini berpaksikan prinsip bahawa janji-janji kepada peneroka mesti ditunaikan. Wang pampasan dan rumah mesti diberikan kepada setiap keluarga peneroka yng terlibat seperti yang dijanjikan semasa mereka menyerahkan tanh-tanah mereka.
Maka menyelesaikan ‘masalah’ yang dianggap sebagai tiada masalah oleh BN, diutamakan. Pakatan Rakyat dahulu, dan Pakatan Harapan sekarang mengutamakan peneroka dan rakyat biasa.
Ke arah ini sebuah syarikat pemaju yang besar dan terkenal dibawa masuk sebagai pemaju penyelamat untuk mengambil-alih dari pemaju-pemaju kroni. Ini perlu dilakukan kerana tanah-tanah berkenaan adalah dimiliki mereka dan telah dicagar kepada bank. Maka apa-apa penyelesaian mesti melibatkan mereka.
Untuk meringkaskan cerita, setelah berbulan berunding, akhirnya harga yang ditawarkan oleh pemaju penyelamat ini dipersetujui pemaju-pemaju kroni. Dengan duit itu maka diselesaikan hutang mereka di bank, dibayar kreditor atau pembekal, dibayar peneroka wang pampasan dan dibiayai kos pembinaan rumah-rumah peneroka dan sebagainya. Pemaju penyelamat mengambil-alih projek tersebut dan akan membangunkan kawasan seluas 2,200 ekar yang di dalamnya turut terletak rumah-rumah peneroka.
Kerajaan Negeri Selngor pula bebas dari segala jenis saman serta tidak perlu membayar apa-apa pampasan kepada mana-mana pihak. Tambah pula, hasil dari kebijaksanaan dalam berunding, tanah seluas 1,000 ekar yang telah diserahkan oleh kerajaan BN Selangor kepada pemaju kroni pada tahun 1998 diperolehi kembali secara percuma, tanpa perlu membayar 1 sen!
soalan BN
Ada pengkritik pro-BN bertanya, “Apa yang selesai?” Hanya yang dibutakan perasaan cemburu ingin menafikan kejayaan Kerajaan Negeri Selangor dalam kes ini. Akan tetapi, mungkin juga soalannya ikhlas. Kerana bagi mereka, sememangnya tiada masalah untuk diselesaikan dari awal lagi. Maka kalau tiada masalah, apa perlunya penyelesaian?
Dan dihebohkan persoalan harga yang dibayar oleh pemaju penyelamat tadi. Terpulang pada dialah dia nak bayar berapa. Bukan duit kerajaan pun. Duit dia. Kalau dianggap pojek itu bernilai sedemikian, maka apa masalahnya. Duit dia, risiko dia. Dan ditimbulkan pula bayaran kepada pakar runding. Saya tak tahu sama ada jumlahnya tepat atau tidak tetapi ianya tiada kena-mengena dengan kita. Bukan duit kerajaan pun. Mereka yang bayar, terpulang pada mereka berapa mereka nak bayar pakar runding mereka, apa kita nak kisah?
Yang terpenting bagi kita, peneroka dapat apa yang dijanjikan. Kerajaan Selangor untung kerana mendapat 1,000 ekar secara percuma dan bebas dari apa-apa saman serta keperluan untuk membayar apa-apa pampasan. Ianya sudah pasti satu kejayaan yang cemerlang bagi kerajaan Pakatan Harapan. Kejayaan yang tercapai setelah mengambil-alih dari kegagalan memalukan Umno/BN. ______________________ Khalid Samad ialah Ahli Parlimen Shah Alam dan Pengarah Komunikasi AMANAH.
Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
*Jawapan 1* : (Diam)
Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
*Jawapan 2* : Akaun itu tidak wujud.
Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
*Jawapan 3* : Ejaan nama Najib Razak oleh Wall Street Journal adalah silap.
Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
*Jawapan 4* : Saya tak guna duit itu untuk kegunaan peribadi.
Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
*Jawapan 5* : Penulisan Wall Street Journal adalah berunsur fitnah.
Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
*Jawapan 6* : Saya akan saman WSJ pada hari Selasa.
Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
*Jawapan 7* : Yahudi sedang menyerang Malaysia.
Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
*Jawapan 8* : Adalah bodoh jika Najib Razak guna akaun sendiri untuk terima wang.
Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
*Jawapan 9* : RM2.6 bilion itu tak wujud.
Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
*Jawapan 10* : RM2.6 bilion itu adalah derma.
Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
*Jawapan 11* : Penderma RM2.6 bilion itu adalah adalah dari Timur Tengah.
Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
*Jawapan 12* : Najib berhak untuk merahsiakan derma.
Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
*Jawapan 13* : Pembangkang perlu isytihar penderma.
Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
*Jawapan 14* : Tun Mahathir cemburu tak dapat duit derma sebanyak itu.
Soalan: Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
*Jawapan 15* : Duit itu guna untuk pilihan raya & kerja kebajikan.
Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
*Jawapan 16* : Duit itu guna untuk melawan IS.
Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
*Jawapan 17* : Duit itu guna untuk melawan DAP YAHUDI.
Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
*Jawapan 18* : Duit itu bukan duit rakyat, jangan dengki dengan rezeki seseorang.
Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
*Jawapan 19* : BERSIH juga menerima duit derma.
Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
*Jawapan 20* : Jangan ganggu pentadbiran Najib, zaman Tun sudah berlalu.
Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
*Jawapan 21* : Saya sudah berjumpa dengan keluarga penderma.
Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
*Jawapan 22* : Bank Negara tahu, saya tidak melakukan apa-apa kesalahan.
Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
*Jawapan 23* : Ada plurals penderma, bukan seorang penderma.
Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
*Jawapan 24* : Ye ke? Mungkin Zahid Hamidi lebih tahu dari apa yang kami tak tahu.
Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
*Jawapan 25* : Saya telah membelanjakan kesemua RM 2.6B untuk kegunaan UMNO.
Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
*Jawapan 26* : Hentikan fitnah. Wang itu wang derma bukan rasuah. (Isu fitnah kembali berkumandang)
Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
*Jawapan 27* : Aishah RA juga difitnah. Tapi sudi memafkan penfitnah. Aishah RA berjiwa besar.
Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
*Jawapan 28* : SPRM jumpa penderma tunggal, bukan lebih dari seorang.
Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
*Jawapan 29* : RM 2.03B telah dipulangkan kembali kepada keluarga diraja arab.
Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
*Jawapan 30* : Tiada kesalahan jenayah di lakukan oleh PM. Minta SPRM mengugurkan kertas siasatan dan kes di tutup kerana tiada fakta jelas dan tiada bukti.
*BERAPA BANYAK TIPU DAAA.......
Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
*Jawapan 30* : Tiada kesalahan jenayah di lakukan oleh PM. Minta SPRM mengugurkan kertas siasatan dan kes di tutup kerana tiada fakta jelas dan tiada bukti.