Pages

Thursday, 8 March 2018

[Video Dewan Rakyat jadi riuh, Hanipa-Ehsanuddin 'bertengkar'] AMANAH dapat paling banyak kerusi di Kelantan, kata Husam.

Khamis, 8 Mac 2018


AMANAH dapat paling banyak kerusi di Kelantan, kata Husam

AMANAH mendapat paling banyak kerusi dalam agihan yang dibuat oleh Pakatan Harapan (PH) di Kelantan, kata Naib Presiden AMANAH Husam Musa.
Bagaimanapun kata Husam (foto), beliau tidak mahu mengumumkan jumlah kerusi yang diperuntukkan kepada AMANAH dan menyerahkan soal itu kepada Majlis Presiden untuk diumumkan.
“Saya tidak mahu membesar-besarkan apa yang AMANAH dapat, fokus kita kepada kemenangan secara berpasukan,” kata beliau ketika ditanya media mengenai agihan kerusi dalam kalangan parti komponen Pakatan Harapan (PH) di Kelantan.
Kata beliau, AMANAH Kelantan memegang konsep tolak ansur dalam politik dan memberi ruang pada parti rakan bertanding secara selesa.
Kata Husam, AMANAH adalah ‘leading parti’ (parti yang menerajui) di Kelantan di samping Melaka dan Terengganu.
Namun tidak semestinya parti yang menerajui mendapat paling banyak kerusi sebagaimana di Melaka, kata Husam.
Sehubungan itu, memandangkan kerajaan Kelantan diterajui Pas, AMANAH diberi peluang untuk menembusi kubu-kubu Pas dan ia adalah atas kerelaan AMANAH, tambah Husam.
Di Kelantan jelas Adun Salor itu, AMANAH akan bertanding di kerusi-kerusi pemimpin utama Pas dan yang dimenangi parti itu dengan majoriti besar, bukan di kerusi-kerusi marginal sahaja.
“Dan itu adalah konsep kami (AMANAH) di Kelantan, bertanding di kerusi-kerusi Pas menang dengan majoriti besar,” kata beliau dalam sidang media di Wisma AMANAH di Kuala Lumpur semalam.
Sehubungan itu katanya, AMANAH akan bertanding di kerusi Pasir Pekan yang disandang oleh Menteri Besar.
“AMANAH akan bertanding di kerusi Panchor (timbalan menteri besar Datuk Mohamad Amar Abdullah), kerusi Meranti (Datuk Nasruddin Daud, Exco kerajaan negeri) dan kerusi Tanjung Mas.
“Itu kerusi-kerusi Pas menang besar. Di situ AMANAH akan bertanding,” katanya.

No comments:

Post a Comment