Sunday, 1 April 2018

[Video Adakah saya juga 'penyamun'? soal Dr M] Dua doktor PAS ramal keadaan berbeza di Johor.

Isnin, 2 April 2018

Hasil carian imej untuk Gambar tun mahathir

Dua doktor PAS ramal keadaan berbeza di Johor

Sehelai bendera PAS yang besar tergantung di atas tiang kayu di hadapan sebuah rumah di Taman Desa, Muar - berkibar megah di tiup angin.
Duduk di atas kerusi kayu di anjung rumah berkenaan adalah seorang pemimpin veteran PAS Johor, Dr Sheikh Ibrahim Salleh.
Sheikh Ibrahim bersama-sama seorang lagi doktor dari PAS, Dr Mohamad Taslim pernah tewas pada pilihan raya umum 1999 dan 2004.
Namun mereka berjaya memenangi kerusi masing-masing di DUN Sungai Abong dan DUN Maharani pada PRU 2008 dan 2013.
Ketika Malaysiakini bertemu Sheikh Ibrahim pada petang 3 Mac lalu, beliau meramalkan nasib yang suram buat parti Islam itu di Johor - sama seperti cuaca mendung pada hari itu juga.
"Secara peribadi, kita harus realistik, PAS Johor tidak boleh bertanding dalam pertandingan tiga penjuru di mana pengundi Melayu hanya sekitar 50 (hingga 60) peratus. Peluang PAS menang di kawasan ini adalah tipis," katanya.
Sheikh Ibrahim berkata bukan Melayu di kawasan itu terdiri daripada lebih 40 peratus pengundi.
Oleh itu pertandingan tiga penjuru serta perpecahan dalam undi Melayu akan memberikan kelebihan kepada Pakatan Harapan (HARAPAN), walaupun PAS sendiri pernah memenangi empat kerusi Dewan Undangan Negeri Johor pada tahun 2013.
Sheikh Ibrahim (gambar) sendiri tidak akan mempertahankan kerusi Sungai Abong kerana mahu berehat daripada politik dan atas alasan peribadi.
Beliau menafikan spekulasi akan menyertai parti serpihan PAS - Parti Amanah Negara (AMANAH).
"Saya masih dengan PAS," katanya.
Sementara itu, ramalannya bagi kerusi majoriti Melayu, terutamanya di kawasan Felda juga suram buat PAS dan HARAPAN. Di kerusi-kerusi itu, katanya, Umno akan mempunyai kelebihan dan oleh itu akan berjaya mengekalkan kedudukannya di Johor.
Hari berikutnya, Malaysiakini mendengar pula cerita yang lebih positif mengenai nasib PAS di Johor ketika melawat sebuah klinik kecil yang terletak di bandar Muar.
Doktor Mohammad (gambar) yang juga ADUN Maharani optimis terhadap sokongan bukan Melayu kepada partinya.
"Mungkin sokongan bukan Melayu kepada kita telah menurun, tetapi kita melihat dengan apa yang ditawarkan PAS, bagaimana kita bersama Islam dalam menjalankan tugas kita, InsyaAllah masyarakat akan melihat, mereka akan menilai kerja baik kita.
Beliau berkata PAS juga aktif di tiga kerusi negeri yang dimenangi pada 2013 - DUN Sungai Abong, Puteri Wangsa dan Parit Yaani.
Ini termasuklah kerja-kerja amal yang dijalankan dengan kerjasama pihak masjid, seperti memberikan beras kepada golongan miskin.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena