Umno tak ada hak undang-undang saman wakil rakyat keluar parti
Umno tidak ada hak perundangan untuk mengambil tindakan terhadap wakil rakyat yang keluar parti itu, kata Ahli Jawatankuasa DAP Selangor Dr Abdul Aziz Bari.
Menurut pakar Perlembagaan itu, buat masa ini tiada peruntukan undang-undang yang menyekat mana-mana ahli yang meninggalkan atau melompat parti.
“Itu adalah hak seseorang untuk keluar atau tinggalkan parti. Apa locus standi kalau mahu saman?
“Saman antara siapa, kalau dimalukan, difitnah bolehlah saman tapi dalam isu ini apa hak yang dilanggar atau dinafikan?” katanya seperti dipetik Bernama.
Menurut Aziz Bari yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar Perak, usaha Umno itu bertentangan dengan prinsip demokrasi berparlimen selain menunjukkan ia semakin lemah atau berdepan kekalahan.
Beliau berkata demikian ketika mengulas ucapan dasar Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam yang menegaskan tindakan undang-undang terhadap wakil rakyat yang meninggalkan parti itu sudah diambil, malah writ saman sudah dihantar kepada mereka. – Roketkini.com
Sorang kata UMNO ada berbilion ringgit lagi wpon kira-kira 900 akaun Umno dibekukan pada Jun lalu kerana siasatan skandal 1MDB.
TIBA-TIBA Zahid menafikannya pula..?
SIAPA SEBENARNYA PEMBOHONG ??!
900 Akaun Umno Dibekukan, Ini Penjelasan Pihak SPRM
Dalam foto fail diambil pada 21 Oktober 2016, kapal pemusnah peluru berpandu berpandu USS Decatur (DDG 73) beroperasi di Laut China Selatan. - Foto AFP
WASHINGTON: Kapal pemusnah Tentera Laut Amerika Syarikat belayar menghampiri kepulauan yang dituntut China di Laut China Selatan semalam, tindakan yang bakal membangkitkan kemarahan Beijing ketika hubungan kedua-dua negara semakin tegang.
Beijing dan Washington terperangkap dalam perang perdagangan yang menyaksikan dua negara itu mengenakan tarif tinggi ke atas bahan import kedua-dua pihak.
Pegawai AS, yang enggan dikenali, berkata kapal pemusnah Decatur belayar pada jarak 12 batu nautika dari Terumbu Karang Gaven dan Johnson di Kepulauan Spratly.
Operasi itu adalah cubaan terbaru untuk menangani apa yang dilihat Washington sebagai usaha Beijing untuk mengehadkan kebebasan belayar di perairan strategik itu.
Tuntutan China ke atas Laut China Selatan, yang dilalui kapal dagang membawa barangan bernilai AS$5 trilion (RM20 trilion) setiap tahun, turut dicabar Brunei, Malaysia, Filipina, Taiwan dan Vietnam.
“Kami melakukan operasi kebebasan belayar rutin dan biasa, seperti dilakukan pada masa lalu dan akan terus melakukannya pada masa depan,” katanya.
Perbalahan antara dua kuasa ekonomi dunia itu kini berlarutan melebihi soal perdagangan, dengan Presiden Donald Trump menuduh Beijing cuba campur tangan dalam pilihan raya Kongres, menandakan fasa baru kempen Washington untuk menekan China. — Reuters
Dalam ISLAM.. Angka atau nombor tidak ada dalam kepercayaan dalam agama... Kepercayaan (Beriman) hanya ada pada 6 perkara.. Tapi dalam PAS ada kepercayaan mereka sendiri...
Manakala kepercayaan bangsa cina 4 itu adalah mati... Suwey atau tak kita tunggu selepas keputusan PRK di Port Dickson nanti... Lebai.... Lebai....
Isytihar harta awak dulu, kata ahli akademik kepada Zahid
Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi diminta mengisytiharkan harta beliau dahulu secara terbuka jika benar serius untuk mencapai sifar rasuah.
Bekas Naib Canselor Universiti Malaya Datuk Seri Ghauth Jasmon berkata, langkah itu yang patut dibuat Zahid.
“Kalau Zahid benar benar serius untuk capai sifar rasuab, minta Zahid isytihar harta beliau dahulu secara terbuka,” kata Ghauth menerusi facebook beliau.
“Sila isytihar aset anda secara terbuka dahulu jika mahu bersihkan Umno,” katanya.
Semalam, Presiden Umno, Dr Ahmad zahid Hamidi ketika ucapan perasmian Perhimpunan Agung Umno 2018 berikrar akan menjadikan parti itu sifar rasuah.
Menurutnya, politik wang hanya akan menghancurkan parti Melayu itu.
“Sebagai presiden, saya komited menjadikan Umno sebagai sebuah parti sifar rasuah.
“Politik wang boleh menghancurkan parti, juga akan menyebabkan ahli salah memilih pemimpin. Politik wang juga meracuni kita menjadi individu yang gemarkan rasuah dan habuan,” kata beliau.
Logo Harapan. Paling Best. Logo Pas. Dah biasa. Logo Spek Mata. Padan dengan Calon. Logo Arnab. Emmmm kenapa ek rabbit. Logo Pen. Sesuai Sebab dia Dalam Penulisan. Logo Kerusi. Memang dia Gila Kerusi. Logo Kunci. Nak bukak Bilik Hotel kot. Keh Keh Keh Keh. #PRKPortDickson
Sebaknya .. Kering sudah siair mata.... Lumrah dunia . Mana penyokong tegar Najib nih sampai hati ko orang lupakan pendekar Bugis macam tu je ..
Seorang perwakilan Pemuda Umno hari ini menyamakan kekalahan Umno pada pilihan raya umum ke-14 (PRU) dengan kejatuhan jenama gergasi telefon bimbit, Nokia.
Ketua Umno bahagian Batu Sapi, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata seperti Nokia, Umno cepat berpuas hati dengan parti itu dan tidak mencipta inovasi baru.
"Nokia adalah serupa Umno, dahulu begitu popular tapi kerana mereka gagal disebabkan pengurus produk mereka sentiasa berkata kepada bos don't worry semua okey, don't need to evolve, consumer dah selesa orang akan (tetap) beli," Khairul Firdaus memberitahu perwakilan di Perhimpunan Agung hari ini.
Sebaliknya beliau menyamakan Pakatan Harapan (HARAPAN) seperti jenama Samsung, manakala Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pula seperti Apple yang kini menguasai pasaran.
"Pakatan Harapan adalah Samsung. Ia bermula dengan model satu dua telefon sahaja, tapi ia lihat Nokia terlalu selesa tak mahu perubahan
"Samsung lakukan pelbagai penyelidikan untuk tambah baik, sekarang Samsung berkuasa ambil alih telefon
"Mahathir adalah Apple. Apple ni sudah lama, Apple 1, Apple 2, Mac (Macintosh) ada wawasan visi yang luas. Apple pernah mengalami masalah, Mac terlalu elit, Apple berehat seketika. Selepas Steve Jobs (Pengasas Apple) berehat beliau berjaya wujudkan pelbagai produk, Apple juga adalah satu produk yang kuasai pasaran," katanya.
Sementara itu, beliau berkata Pemuda Umno cuma ibarat seperti powerbank, yang hanya digunakan apabila perlu.
Apakah hak Hadi untuk menyuruh Mahathir kekal satu penggal sedangkan Mahathir sendiri berulang-kali mahukan Anwar menggantinya? Apakah tujuan Hadi menyelar Anwar sebagai tidak sabar sedangkan 20 tahun rakyat dan negara sengsara kerana tersilap memilih pemimpin? Kalau Mahathir dan Anwar bersedia melupakan sengketa lama demi menyelamatkan negara dan rakyat daripada kemusnahan, kenapakah Hadi terus memandang hina kepada Anwar?
Apakah ini sifat seorang Ulama? Kalaupun tidak ulama apakah ini sikap seorang pemimpin sebuah parti Islam? Hadi tidak mempunyai hak untuk mengatur perjalanan PH. Beliau sendiri tahu Mahathir dan Anwar tidak akan mendengar teguran beliau.
Keputusan PAS meletakkan calon di PRK Port Dickson adalah keputusan Hadi. Pada mulanya Hadi meminta bekas MB Selangor Khalid Ibrahim menjadi calon tetapi Khalid masih siuman dan menarik diri.
Sepanjang 60 tahun PAS berjuang di Negeri Sembilan parti itu cuma menang satu kerusi DUN saja di Paroi dalam PRU12. Hadi sedar calonnya di PD akan kalah tetapi kerana marah dan takut kepada Anwar, dengan bongkak dan sombong beliau memaksa PAS meletakkan calonnya. Ini satu pembaziran.
Walaupun tidak bergelar ulama, Anwar tidak pernah memandang jijik kepada Hadi Awang dan pimpinan PAS. Anwar tidak pernah memusuhi Hadi walaupun Hadi dalam banyak perkara mengenepikan Anwar. Anwar tidak dikelilingi oleh lebai tetapi beliau bersahabat dengan lebih ramai ulama daripada Hadi.
Hadi marah kerana Anwar menyertai UMNO tahun 1982 dan merampas Parlimen Permatang Pauh, kerusi tradisi Pas. Kemasukan Anwar dalam UMNO menyaksikan kekalahan teruk PAS dalam PRU 1982. Semua pemimpin tertinggi PAS termasuk Hadi tewas. Hadi terpaksa mengeluarkan Amanat mengkafirkan UMNO untuk selamatkan PAS. Terbukti tindakan Hadi bertentangan dengan ajaran Islam.
Sebenarnya Hadi lebih takut kepada Anwar daripada marah. Hadi pernah memberitahu beberapa orang kuatnya bahawa jika Anwar menjadi PM maka tidak ada harapan untuk PAS menawan kerajaan Pusat.
Hadi amat faham bahawa Anwar membawa pendekatan Islam yang progresif dan inklusif. Dengan jaringan persahabatannya di seluruh dunia Anwar berkemampuan membuka tirai feudalistik dan conservatif ummat Melayu.
Anwar memilih PD dengan komposisi pengundi 48 peratus Melayu, 30 peratus Cina, 22 peratus India dan kaum lain, kerana beliau bakal menjadi Perdana Menteri untuk seluruh rakyat Malaysia. Anwar memilih PD bagi membuktikan Islam yang progresif dan inklusif merentasi kaum dan agama.
Anwar faham Nabi diutuskan untuk membangunkan ummah dan mengeluarkan mereka daripada kegelapan kesukuan dan kejumudan. Sedangkan Hadi mahu membangunkan Islam dan membiarkan ummah dalam kejahilan dan kemiskinan. Sesungguhnya Islam sudah terbangun sejak Adam hingga khiamat. Allah tidak menyuruh kita membangunkan Islam kerana Islam tidak pernah mundur dan maju.
Yang mundur dan maju dan perlu dibangunkan ialah ummahnya. PAS perlu mengkaji semula arah tuju dan pendekatan parti untuk terus relevan dalam politik Malaysia era baru. - f/bk
UMNO Dah Tunggang Langgang !! Orang kuat Umno pon bertelagah, tak sependapat..
HAR.. HAR.. HAR.. Bila parti keramat karat Umno dah nak karam, cepat2 nak selamatkan diri dgn cubaan nak bergabung dgn Pakatan Harapan..
SEDARLAH DIRI TU ZAHID !!!
Apa gunanya nk bergabung dgn PH. Bukankah hari tu Umno dah masuk meminang PAS. Malah secara rasminya telah bekerjasama dgn PAS secara terang-terangan.. Kata dah jadi pakatan pembangkang yang kuat !!!
Dah jadi pembangkang yang kuat, kenapa nak 'joint' PH.. atau nak perbodohkan PH..
Adalah lebih baik kamu kemudi jer kapal karam tu elok2..
Dia di atas ini kata dia yakin Kerajaan Harapan tidak melakukan kecurangan untuk haramkan Umno. Tetapi saya nak kata kepada dia ni jika parti itu didapati melanggar undang undang seumapamanya menggunakan wang hasil aktivi pengubahan wang haram jangan rasa mustahil kalau parti itu akan diharamkan sekali lagi.
Dalam negara ini banyak perkara yang berlaku dua kali atau berulang, antaranya;
1. Orang sama jadi PM dua kali.
2. Orang sama dijail dua kali.
3. Orang sama jadi Agong dua kali.
4. Pas penah bersama Umno pernah bergaduh dan kini berbaik semula.
5. Anwar pernah bertanding dalam Pirake kini bertandung sekali lagi.
Banyak lagi perkara berulang begitu juga dengan pengharaman Umno. Bukan itu sahaja perbalahan kedua antara antara Dr Mahathir dan Anwar juga boleh terjadi. - MSO
Tumpang sekole.
Air mata Najib tumpah di sesi penutup PAU Ng Xiang Yi | Diterbitkan 30 Sep 2018, 8:05 malam
Bekas Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak nampaknya tidak dapat menahan rasa sebak ketika sesi penggulungan Perhimpunan Agung Umno tahun ini.
Berkongsi rasa sebaknya di Facebook malam ini, Najib berkata, beliau sabar dan menerima ujian yang diberikan padanya.
"Maafkan saya tak dapat nak tahan sebak dan air mata tadi. Saya sabar, saya redha. Ini semua ujian oleh Allah.
"Dan kini saya tahu saya tidak keseorangan, saya ada saudara-saudari semua di sisi saya memberi kekuatan dan sokongan. Moga Allah merahmati kita semua," katanya.
Dalam kiriman berasingan pula, Najib menegaskan tekadnya untuk terus bersama Umno.
"Selagi hayat dikandung badan, selagi masih bernafas dan roh dalam jasad, berjuanglah. Saya akan terus tetap bersama rakyat dan UMNO dulu, kini dan selamanya," katanya.
Najib mula kelihatan sebak sebaik selepas ucapan penggulungan Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika semua perwakilan diminta berdiri untuk menyanyikan Teman Sejati - lagu yang dipopularkan kumpulan nasyid Brothers.
Ketika itu Najib yang kini hanya berjawatan ketua bahagian dalam parti mula mengeluarkan air mata ketika berdiri di barisan ketiga bersama para perwakilan lain.
Namun bekas perdana menteri masih mampu tersenyum di saat para perwakilan meminta untuk berswafoto bersama-samanya.
Tidak sedikit perwakilan yang berkata "teruskan perjuangan" kepadanya.
Zahid dalam ucapan penggulungan memberi penghormatan kepada Najib yang menurutnya berjiwa besar untuk hadir ke perhimpunan kali ini.
"Beliau sanggup duduk di barisan ketiga bersama-sama wakil bahagian Pekan. Inilah semangat bekas pemimpin yang berjiwa besar dan tetap bersama Umno," katanya disambut tepukan gemuruh perwakilan.
Najib menerima sambutan hangat sepanjang perhimpunan. Semalam, ketika speaker Tan Sri Badruddin Amiruldin menyebut namanya, hadirin berdiri dan memberi tepukan penghormatan kepada beliau.
Ada tuduhan mengatakan Tun Dr Mahathir hanya baca teks di PBB, pegawai yang menuliskan untuk Tun M. Kalau nak banding dengan pemimpin sebelum ni boleh la... ini Tun M kot.
Ini ha, saya tunjuk sedikit tulisan Tun. Itu kalau you all faham la. Tun M hanya akan cakap apa yang dia tulis. Sekurangnya 7 kali tulisan ni biasanya ditaip dan dihantar balik kepada beliau dan akan diperbaiki. Pegawai beliau hanya cross check fakta-fakta sahaja. Kadangkadang nak cakap last minit pun baiki lagi.
Pernah juga dia boleh baca tanpa prompter sama dengan apa dia tulis. Ada satu kali tu prompter keluar benda tak sama apa beliau tulis "Eh saya tak tulis benda ni" masa tgh berucap. He will remember!
Kalau ada pegawai yang tulis, kadangkala dia akan potong hampir semua kali dan buat balik. Yang mungkin tinggal "Sekian Terima Kasih". - f/bk
Tumpang sekole.
UNGA: Keberanian ‘Si Tua’ 93 Tahun, 'Ya, akhirnya saya menitiskan air mata'MOHD NAZRI ABDULLAH
Penulis (dua dari kanan) bersama sebahagian delegasi Malaysia ke Persidangan Agung PBB di New York.
Hujan lebat di hari-hari awal musim luruh dan penurunan suhu bawah 20°C di New York tidak mampu membendung kehangatan UNGA kali ini.
Saya mula merasai bahang UNGA sejak hari pertama kami tiba ke kota raya ini. Media-media utama memaparkan pertelagahan Presiden Trump dengan Hassan Rouhani. Trump mendakwa Presiden Iran itu kononnya ‘merayu’ mahu bertemu beliau sebelum dimalukan apabila Hassan Rouhani tampil menafikan bahawa Iran tidak pernah meminta sebarang pertemuan dengan Presiden Amerika itu.
Kemudian penampilan awal Trump di UNGA yang dilihat hanya sebagai bahan jenaka di kalangan deligasi. Hassan Rouhani berucap kemudian daripada itu dan turut mendapat perhatian umum.
Selain tokoh Iran itu, kehadiran Tun Mahatir ke UNGA kali ini juga adalah antara yang ditunggu-tunggu. Pada usia 93 tahun, beliau yang mencipta sejarah apabila kembali menerajui kerajaan Malaysia selepas bersama PH berjaya menewaskan BN selepas 60 tahun, menarik perhatian banyak pihak.
Dalam forum awal sebelum berucap di UNGA, Tun M telahpun mendapat perhatian ketika menyatakan pandangan dan pendirian terhadap persoalan dasar luar dengan China, isu keamanan di Laut China Selatan dan Rohingya.
Apatah lagi, kehadiran beliau ke PBB kali ini adalah selepas 15 tahun tampil di pentas dunia itu pada 2003. Lebih kritikal, kali ini dalam suasana ekonomi dan demografi politik dunia yang semakin mencabar.
Tarikh 28 September 2018 mungkin tiada apa-apa bagi sesetengah orang. Di Sulawesi, kita doakan kekuatan buat mereka yang ditimpa gempa serta tsunami sehingga menelan ratusan korban nyawa. Sekali lagi ujian tuhan menjengah kita.
Namun tarikh ini juga punya sejarah tersendiri bagi saya. Saya mungkin antara yang bertuah apabila menjadi sebahagian sejarah negara, terlibat dan bertugas bersama deligasi Malaysia ke UNGA kali ini.
Jujurnya saya hampir menangis melihat susuk sang pemimpin seusia 93 tahun, tampil di pentas dunia dengan lantang mengkritik kezaliman negara kuasa besar dan membela yang tertindas, secara terbuka.
Isu kedaulatan negara Palestin dan penghapusan etnik Rohingya misalnya, secara jelas menggambarkan betapa pemimpin yang pernah digelar ‘Mahafiraun’ oleh sesetengah pihak ini, cukup mengambil berat isu umat Islam dan kemanusian sejagat.
Pagi 28 September, deligasi Malaysia mula bergerak memasuki Dewan Perhimpunan Umum PBB kira-kira jam 9.30 pagi di mana Tun Mahathir dijadual menyampaikan perbahasan pada 11.30 pagi. Sementara itu, beberapa pemimpin negara anggota mengisi slot perbahasan. Keadaan hanya biasa-biasa dan tenang sekadar memenuhi perjalanan acara.
Sehinggalah tiba giliran Tun M pada jam 11.45 pagi. Apabila pengerusi menjemput beliau untuk mengambil pentas, sorakan mula kedengaran. Orang berdiri memberi penghormatan. Bukan sahaja dari deligasi Malaysia tetapi juga dari perwakilan negara-negara anggota.
Saya mula teruja. Satu perasaan yang sukar digambar. Sekalipun berada di tempat duduk bahagian atas dewan dan di belakang, wajahnya yang bersemangat jelas kelihatan di paparan skrin besar dalam dewan.
Satu-persatu isu disentuh beliau. Dewan memberi perhatian penuh. Tepukan mengiringi setiap kali kritik dan saran terhadap isu-isu kritikal dilontarkan. Sekali lagi sorakan gemuruh mengiringi beliau sejurus habis berucap. Deligasi bangun berdiri memberi penghormatan. Perjalanan beliau turun pentas dan keluar dewan dikerumuni pemimpin negara-negara anggota yang lain dan orang ramai.
Ya, akhirnya saya menitiskan air mata. Teruja dan bangga menjadi rakyat Malaysia yang punya pemimpin sepertinya. Begitu besar penghormatan dunia terhadap ‘orang tua’ ini. Tentunya atas kebijakan dan keberanian beliau di pentas dunia. Tidak keterlaluan saya katakan beliau adalah antara arkitek berpengalaman politik dunia yang ada ketika ini.
Apapun tidak lupa untuk saya rakamkan penghargaan terhadap semua pihak yang terlibat menjayakan UNGA kali ini khususnya kepada pihak sekretariat Malaysia termasuk Wisma Putra, Jabatan Perdana Menteri, Perwakilan Tetap Malaysia ke PBB, Kementerian Pertahanan, Kementerian Kesihatan, Kedutaan Malaysia di Washington, PDRM dan pihak media yang bertungkus lumus bertugas sehingga tidak tidur malam. Saya menyaksikan kesungguhan, semangat kerjasama dan kebersamaan antara semua yang terlibat. Dan, terima kasih juga buat seluruh rakyat Malaysia yang telah membuat keputusan pada Mei lalu. Saya yakin Malaysia akan kembali hebat semula.
Aku tak go trough news dalam seminggu cuma terbaca hanya beberapa... Antaranya Trumph tak nak jumpa Tun?! Big story ke? Tun request nak jumpa ke? Atau Tun yang tak nak jumpa? Bagi aku pertemuan mesti ada sebab dan hasil, kalau setakat nak selfi, tak perlulah...
Setakat nak... merapu cakap nak bantu ekonomi amerika, tak perlulah.