Bekas calon BN dijangka umum sertai AMANAH malam ini
Seorang bekas calon BN dalam pilihan raya umum ke 14 lalu dijangka akan mengumumkan penyertaan beliau ke dalam AMANAH malam ini di Kuala Terengganu.
Menurut sumber, pakar motivasi itu dijangka akan berbuat demikian dalam Majlis Makan Malam Amal Pemuda AMANAH Terengganu di Terengganu Equestrian Resort.
Beliau dijangka akan menyerahkan borang permohonan menjadi ahli AMANAH itu kepada Timbalan Presiden, Datuk Salahudin Ayub.
Penyertaan bekas calon parlimen BN dari Umno itu dijangka akan menjadi satu lagi motivasi kepada AMANAH di Terengganu yang tidak memenangi sebarang kerusi dalam PRU 14 lalu.
Salahudin mula turun ke negeri-negeri ekoran keputusan pemukiman pemimpin AMANAH pusat di Bangi pada 4 dan 5 November lepas yang memutuskan semua pemimpin perlu turun menemui ahli, penyokong dan pengundi.
Ia bertujuan untuk menjelaskan segala tindakan, keputusan dan halatuju parti selepas menjadi kerajaan.
Pengerusi AMANAH Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah dilantik sebagai senator dan seterusnya Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan selepas Pakatan Harapan menang dalam PRU 14 lalu.
Ketua Pemuda AMANAH Terengganu, Hasbie Muda pula dilantik sebagai Pegawai Tugas-tugas Khas (PTTK) beliau.
Md.
Suapan RM5juta: Polis akan panggil Farid Kamil
Polis akan memanggil pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil Zahari berhubung laporan polis mengaitkannya dengan dakwaan pernah disogok wang RM5juta oleh kerajaan terdahulu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata Farid akan dipanggil dalam masa terdekat bagi merekodkan keterangannya.
Menurutnya, polis menerima satu laporan di Balai Polis Kota Damansara semalam daripada seorang lelaki berusia 43 tahun yang menjadi wakil kepada Presiden Pemantau Malaysia Baharu, Datuk Lokman Noor Adam.
“Laporan itu mengatakan bahawa Farid sengaja mereka cerita untuk menjatuhkan imej Perdana Menteri ketika itu (Datuk Seri Najib Razak).
MD.
0 comments:
Post a Comment