TAK LARI GUNUNG DIKEJAR
Semua urusan ada masa ada ketika. Bagi yang cepat meracau, bukan semua laporan media tepat belaka.
Saya tidak pernah dipanggil oleh SPRM hingga kini, seperti mana laporan media. Petang ini, saya sendiri telah menghubungi SPRM Putrajaya menerusi pegawainya bernama Encik Azrai untuk mengesahkan saya belum dipanggil.
Namun, seperti mana saya telah sebutkan dalam posting saya, sudah pasti saya akan menyampaikan info dalam pengetahuan saya sebagai tugas negara saya.
Bah kan, saya kira sebahagian dokumen berkenaan sudah pun ada dalam pengetahuan SPRM. Jangan lupa, pihak mana yang disiasat.
Jangan beraya salah tempat, salah haribulan. Idris Ahmad harap bersabar.
Husam Musa
8 Februari 2019
TS.
0 comments:
Post a Comment