Dia datang!
1. Media lapor ada seorang penimpin parti ehem berkata parti itu tidak tertekan dengan isu RM90 juta. Beliau juga dilapor berkata selamat datang SPRM.
2. Saya percaya beliau atau parti tidak tertekan sama sekali. Yang mungkin tertekan adalah ahli bawah parti ehem yang berhempas pulas derma jihad bagi bantu presiden parti mereka untuk berjuang di London. Lagi tertekan bila kes ditarik balik.
3. Saya juga percaya beliau mengucapkan selamat datang pada SPRM. Lepas ini andaikata mungkin didakwa mungkin akan cakap pula pada AG "selamat datang Peguam Negara!"
4. Jika katakan didakwa di mahkamah mungkin akan kata "wahai mahkamah kami datang". Andaikata dibicarakan tak cukup nak bayar duit jamin mungkin derma jihad lagi kot.
5. Jika bicara lps tu katakan kalah mungkin akan kata pula "penjara, kami datang." Apa ada hal. Agaknya lah.
YB Sepang.
8-02-2019.
8-02-2019.
Nik Abduh: Pengadu salah orang
Anggota parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menyifatkan, mereka yang membuat laporan terhadapnya berhubung isu penerimaan dana RM90 juta daripada Umno itu tersalah orang.
Menurut ahli jawatankuasa pusat PAS itu, pada pertemuan dengan pegawai SPRM itu beliau memberi keterangan beberapa perkara.
"Saya memberi keterangan beberapa perkara dan saya dipanggil kerana ada laporan pasal RM90 juta itu.
“Jadi saya fikir mereka yang buat laporan terhadap saya itu tersalah orang kot.
"Saya buat kenyataan (saya) tak ada maklumat. Panjang sikit (soal siasat)m sejam lebih sebab mereka (pegawai SPRM) duduk menulis," katanya kepada media selepas memberi keterangan kepada SPRM di Kota Bharu, hari ini.
Terdahulu, Nik Abduh kelihatan keluar daripada pejabat SPRM Kelantan pada jam 12.30 tengah hari selepas masuk ke bangunan itu pada jam 10.20 pagi tadi.
Beliau dipanggil susulan isu dana RM90 juta dan audio rakaman suara pengakuan terima duit Umno yang didakwa suaranya.
Isu tersebut timbul semula selepas Presiden PAS Abdul Hadi Awang menyelesaikan di luar mahkamah samannya terhadap Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brow 2 Februari lalu.
Ditanya mengenai audio rakaman suara itu katanya, beliau menjawab sedikit soalan yang ditanya pegawai SPRM.
"Ada saya jawab sikitlah, pasal rakaman itu saya jawab pendek tiada kaitan dengan saya dan saya dah jawab sebelum ini benda itu adalah karut, fitnah.
"Terima kasihlah kepada yang melapor.
Saya dapat ziarahlah bangunan ini. Lama tengok tapi tak pernah masuk," katanya.
Sementara itu, bekas ketua pemuda PAS itu berkata, beliau bersedia memberi kerjasama kepada SPRM jika diperlukan.
"Saya tak fikir nak panggil lagi. Salah orang, bukan saya. Mana-manalah SPRM kawan saya, kawan kepada PAS," ujarnya.
Malaysiakini.
Percayalah bila nanti didakwa di mahkamah akan bergemalah kata2 yang mengatakan 'ini adalah kerja-kerja orang kafir ingin jatuhkan Islam' dan 'DAP mahu jatuhkan PAS'. Perkara ini sudah berulang kali dimainkan, harap semua bersedia dengan perkara ini.
ReplyDelete