Friday, 8 February 2019

[Video PERAK FA vs KEDAH FA 1-1] Nik Abduh, Husam & Nasharudin dipanggil SPRM, tetapi SPRM pulak terlupa kat Husam! Tok Lebai, TAK LARI LAH GUNUNG DIKEJAR biasherrr biasherrr aje.

Sabtu, 9 Februari 2019

Nik Abduh, Husam & Nasharudin Dipanggil SPRM

No photo description available.
Image may contain: text
TAK LARI GUNUNG DIKEJAR
SPRM terlupa kat Husam kot... 
Ada orang tertanya-tanya kenapa Husam Musa tidak hadir ke pejabat SPRM hari ini. Kenapa, sudah kepanasan dan mahu Husam ditarik samakah? Pagi-pagi tadi saya juga ditanya oleh kawan jam berapa Husam akan hadir ke pejabat SPRM. 

Saya jawab tidak tahu, dan tidak pun mendapat apa-apa maklumat daripadanya.Selalunya jika ada apa-apa yang penting, saya dimaklumkan sama ada oleh beliau sendiri atau rakan lain. Misalnya perbicaraannya di Kota Bharu yang saman pemimpin Pas dibertahu akan berlangsung 16hb ini. 

Apabila tiada maklumat saya menganggap, ia tidak isu penting. Laporan media massa, bukan tepat dan ia hanya andaian sahaja. Dengar boleh tetapi jangan mudah percaya. Sebaiknya kita menghadam maklumat gunakan akal dan etika kita sendiri. 

Mengenai Husam ada keperluan untuk dia dipanggil kerana dia ada maklumat mengenai isu RM90 juta. Bukan sahaja Husam sesiapa ada maklumat akan dipanggil membantu siasatan. 

Satu perkara yang perlu difahami, apabila SPRM membuka kertas siasatan bermakna pihaknya sudah bersedia. Sudah ada bukti-bukti awal. SPRM tidak akan melakukan kerja sia-sia seperti menanam pisang pucuk ke bawah. Proses menyiasat diteruskan sampai ke akar umbi. Dan mana-mana penting akan dicari hingga ke lubang cancing. 

Seperti mana kata Husam dalam Facebooknya, SPRM sudah tentu dibekalkan dengan maklumat mencukupi untuk memulakan siasatan. Ingat kes ini bukan baru selama tetapi sudah lebih dua tahun. 

Soal mereka terbabit akan didakwa atau tidak bergantung kepada hasil siasatan. Dan tidak bermakna mereka yang dipanggil hari ini tidak dipanggil untuk seterusnya. Bila ada maklumat baru SPRM akan memanaggil mereka dan juga yang lain termasuk presiden dan timbalan presiden Pas. 

Harap semua boleh faham prosuder ini apa lagi orang bernama pemimpin. Kalau pemimpin kanan pun tidak cerdik, macam mana mereka hendak diharap memimpin parti. - mso 
TS.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena