Pages

Friday, 29 March 2019

[Video Samseng Umno didakwa & AKHIRNYA Najib dibicarakan] RPK pembohong, kata Dr M.

Sabtu, 30 Mac 2019

RPK pembohong, kata Dr M.
Image may contain: 1 person, text
Tulisan blogger Raja Petra antara rujukan utama parti2  UMNO/PAS  di Malaysia dalam membuat tuduhan terhadap pemimpi2  kerajaan sekarang. 

Raja Petra juga mempertahankan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak yang mendakwa menjadi mangsa ketidakadilan sistem perundangan negara. Hak-hak ini adalah selaras dengan prinsip asas undang-undang jenayah iaitu tidak bersalah sehingga terbukti bersalah (innocent until proven guilty). 

Awal bulan ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah memanggil Raja Petra sebagai “pendusta” atas dakwaan rasuah projek Terowong bawah laut Pulau Pinang yang dikaitkan dengan Guan Eng ketika menjawat jawatan ketua menteri Pulau Pinang. - MD 
TS.
Image may contain: 5 people, people sitting, text and indoor
Image may contain: 1 person, eyeglasses and text

[Video Isu Tabung Haji TIADA KAFIR HARBI Dalam Lembaga Pengarah SPV] 'Kecut teloq' juga rupanya RPK pujaan macai dan walaun..

Sabtu, 30 Mac 2019
Image may contain: 5 people, people sitting, text and indoor
Kecut teloq juga rupanya RPK  pujaan macai dan walaun..
Penulis blog Raja Petra Kamaruddin telah menarik keluar artikel berjudul “Jack Ma slash Pakatan Harapan” yang disiarkan pada Selasa selepas menerima notis rasmi daripada Alibaba Group Holding Ltd semalam. 

Syarikat yang berpengkalan di China itu menerusi  surat yang ditandatangani Timbalan Presidennya Albert Liu berkata,, Raja Petra berbohong dan merosakkan reputasi Pengerusi syarikat itu Jack Ma berhubung pertemuannya dengan Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan Pegawai Khasnya Tony Pua di Hong Kong baru-baru ini. 

Beliau memberi tempoh sehingga 1 April untuk Raja Petra memberikan jawaban atau akan berhadapan dengan tindakan undang-undang. 

Dengan pantas Raja Petra menjawab, "Saya telah mengeluarkan artikel itu dan berjanji tidak akan mengulangi cerita itu."  

Dalam artikel tersebut  Raja Petra mendakwa,  jutawan China  itu memberitahu Lim dan Pua bahawa China tidak lagi mempercayai Malaysia kerana kerajaan dikatakan tidak menghormati perjanjian. 

Beliau juga menambah dengan membuat kenyataan mengutuk aktivis peguam Datuk Ambiga Sreenevasan dan Clare Rewcastle-Brown dalam artikel barunya , merujuk kepada penyelesaian luar mahkamah antara editor Sarawak Report dan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 
TS.

[Video Siapalah saya nak bagi nasihat pada Izzah- Azmin] Amaran Saman Ali Baba Group kpd Raja Petra! Walaun dah usung cerita ni merata, menjaja dan menepek di setiap komen di status media sosial pemimpin PH!

Sabtu, 30 Mac 2019
Alibaba Jack Ma - Raja Petra Kamarudin RPK - Lawsuit Letter
Raja Petra “Kowtow” To  Jack Ma,  Removes Article After Lawsuit Threat..
TS
Alibaba Lawsuit Letter To Raja Petra Kamarudin RPK - Malaysia Today
Alibaba Group executive chairman Jack Ma and Finance Minister Lim Guan Eng at the opening of the group’s first South-east Asian office in Bangsar South, Kuala Lumpur June 18, 2018. — Picture by Hari Anggara
Jack Ma sudah bagi saman ka? Pro jib yg dah duk huha huha isu ni tak nak ikut apa yg Raja Putra buat ka? Percaya sangat kat makhluk macam tu...haha ..
"Fugitive blogger Raja Petra Kamaruddin has removed his article titled “Jack Ma slaps Pakatan Harapan” after receiving an official notice to cease and desist from China-based Alibaba Group Holding Ltd yesterday."
Kelab Che Det
"Saya telah menarik keluar tulisan itu dan berjanji tidak akan mengulangi cerita itu,” ujar Raja Petra penulis blog kontroversi Malaysia Today seperti dipetik Malaymail hari ini ekoran amaran tindakan saman oleh Ali Baba Group.
Tulisan yang itu walaun Pas usung merata menjaja dan menepek di setiap komen di status media sosial pemimpin PH (termasuk di status FB dan twitter aku juga).
Kata mengaji agama.. Kata baca quran, konon tabayyanu..
Podah! Hangpa tu kan walaun, mangkok hayun! bukan tabayyun tau dak..!!

[Video NGO2 Saudara Islam Semalaysia mahu perbicaraan kes Najib disiar secara langsung] Tender terbuka, PH terbaik! Ketua Ranting PKR Rantau ditetak, Streram salahkan MIC.

Sabtu, 30 Mac 2019
KiniTV
NGO-NGO Saudara Islam Semalaysia menggesa Mahkamah Persekutuan supaya membenarkan perbicaraan bagi kes melibatkan Datuk Seri Najib Razak disiar secara langsung di stesen televisyen tempatan. Penasihat NGO tersebut, Shafik Abdullah berkata ia adalah bagi mengelakkan spekulasi dari mana-mana pihak dan mengelak laporan yang tidak tepat oleh segelintir media.
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks

Ketua Ranting PKR Rantau ditetak, Streram salahkan MIC

Ketua Ranting PKR di Rantau cedera lengan kiri akibat ditetak seorang lelaki hari ini.
Susulan itu, calon PKR Rantau Dr S Streram menyalahkan MIC atas serangan itu.
Menurut Harian Metro, Ketua Ranting PKR Taman Cempaka K Suresh diserang ketika sedang membersihkan belukar bersama rakan di kawasan berkenaan.
Mangsa dikatakan didatangi lelaki yang dikenalinya berusia 40-an yang tiba-tiba memarahinya dan mempersoalkan kenapa dia membersihkan belukar kawasan itu.
Lelaki berkenaan kemudian dikatakan pulang rumah sebelum kembali semula memegang parang lalu mengejar mangsa.
Tambah laporan itu, kekecohan itu dileraikan rakan mangsa sebelum laporan dibuat di Balai Polis Rantau selepas kejadian.
Polis sedang menyiasat kejadian berkenaan.
Dalam ceramahnya malam ini, Streram mendakwa MIC bertanggungjawab ke atas serangan itu kerana takut BN akan kalah dalam pilihan raya kecil (PRK) Rantau.
"Kita yakin kita (boleh) menang. Hari ini ada dua kejadian di Taman Cempaka dan di Kuala Sawah
"Ketua Ranting Taman Cempaka diserang oleh orang-orang BN dari MIC," katanya.
Sementara itu, kata Streram, di Kuala Sawah, ketua kampung Kampung Station dan Sega Hilir dikejar oleh orang-orang Umno ketika membuat kunjungan.
"Sebab apa? Sebab mereka takut kita pengaruh pengundi-pengundi di kampung dan taman-taman yang kita duduk sekarang," katanya.
Ketika dihubungi untuk menjelaskan dakwaan itu kemudian, Streram berkata, individu yang menyerang Suresh adalah "disyaki anggota MIC".
Malaysiakini sudah menghubungi Presiden MIC SA Vigneswaran dan Timbalan Presiden MIC M Saravanan untuk mendapatkan ulasan berhubung dakwaan Streram.
*Laporan tambahan oleh Zikri Kamarulzaman

[Video Najib..Duduklah Diam2] Ikut PASNO, CEO TH pun Cina DAP juga!.Azeez Rahim Sorok Kerugian RM 4.1 Billion tahun 2017: Takkan Pengurusan baru TH Nak Duduk Diam.

Jumaat, 29 Mac 2019
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, teks
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
Tak Nak BN
Azeez Rahim Sorok Kerugian RM 4.1 Billion tahun 2017: Takkan Pengurusan baru TH Nak Duduk Diam
Imej mungkin mengandungi: 6 orang, orang senyum, orang berdiri
Kuala Lumpur, 28 Mac: Kerugian yang dialami Tabung Haji (TH) seperti yang telah dibangkitkan pelbagai pihak termasuk Bank Negara sejak 2014 telah disorok Azeez. Kerugian ini berlaku sejak dia menjadi pengerusi Tabung Haji (TH) pada tahun 2013. Dengan angkuh, semua peringatan diabaikan.
Apabila pengurusan baru masuk pada pertengahan tahun 2018, ternyata kerugian ini adalah nyata. Dalam masa yang singkat, tindakan segera dan drastik perlu diambil untuk menangani masalah yang semakin meruncing. Jika tidak, bagaimana TH hendak memberi hibah?
Takkan lubang akibat kerugian ini hendak diabaikan dan teruskan sahaja beri hibah seperti pengurusan lama. Ini boleh menyebabkan TH jadi seperti skim Pak Man Telo!
Tindakan TH memindahkan aset-aset rugi kepada Kerajaan sebab nak selamatkan TH. Nilai aset cuma RM10 bilion, tapi Kerajaan beli pada harga RM19.9 bilion untuk tutup kerugian TH. Dan bagi membantu proses ini, tentulah Kementerian Kewangan (MOF) yang membantu, takkan Kementerian Kerja Raya.
Cuma ia menjadi isu hangat dek kerana MOF diterajui pemimpin DAP.
Ramai lagi pendeposit yang tak faham mengapa TH menjual aset-aset, dan semua ini hanyalah kerana kerakusan orang-orang UMNO yang menarah selagi boleh sehingga TH terpaksa menanggung kerugian yang sangat besar.
TH perlu diselamatkan. Wang pendeposit perlu diselamatkan. Ia amanah yang besar.
Menjual aset kepada syarikat tujuan khas (SPV) yang dimiliki penuh Kerajaan, dikenali sebagai Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB), adalah untuk membantu mengambilalih aset-aset TH yang mengalami kejatuhan nilai bagi menutup jurang diantara aset dan liabiliti yang dialami oleh TH.
Hakikat TH telah mengalami kerugian menjangkau RM10 billion begitu pahit untuk ditelan. Dan TH tak boleh nak berdiam diri kerana ramai pendeposit akan menjadi mangsa.
Jadi, bagaimana untuk TH ‘overcome’ kerugian yang dialami?
Itu lah peranan SPV ni. Dalam bahasa mudah SPV adalah unit pemulihan bagi syarikat yang mengalami kerugian.
Dalam kes kerugian TH ni, aset-aset yang dijual kepada SPV adalah aset-aset yang memerlukan masa yang lama untuk kembali pulih kerana kerugian ini telah disorok sekian lama oleh Azeez Rahim.
Dan mengapa MOF terlibat dalam SPV ni?
Ia adalah kerana, hanya MOF yang boleh buat SPV ni. Bukan kerana Guan Eng menterinya, dan jika pemimpin lain jadi Menteri Kewangan pun SPV ni akan tetap melibatkan MOF.
Apa pula peranan Prokhas Sdn Bhd yang kecoh dikatakan milik orang cina untuk menjaga aset-aset TH yang dijual pada SPV?
Untuk pengetahuan, wujudnya syarikat Prokhas ni bukan tiba-tiba lepas PH memerintah. Syarikat ni memang dah wujud lama, malah masa zaman Najib pun dah ada.
Prokhas ni berperanan sebagai entiti untuk menjaga aset kerajaan yang perlu dipulihkan. Prokhas pon hanyah menjaga aset berkenaan buat sementara waktu sahaja.
Kalau nak isu cina adalah ceo syarikat tu. Patutnya kita malu sebab, mereka lebih amanah dari melayu Islam yang dok sakau duit-duit TH sampai rugi.
TH rugi disebabkan Azeez Rahim seorang melayu dan Islam. Kalau dia jujur, dia perlu jelaskan kenapa kerugian selama ini disorok. Jangan salahkan usaha untuk memulihkan TH.

[Video PAS jangan politikkan isu Komunis & Hudud] Jika ada sesiapa bertanya! Adakah PAS itu mirip kepada Taliban? Benarkah DAP itu Komunis? Apakah Umno dot dot dot? "Ah persetankanlah Umno, merekalah menindas, merompak serta menzalimi orang2 Melayu.

Jumaat, 29 Mac 2019
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks
「Gambar Umno Pas sekelambu」的圖片搜尋結果
Jika ada sesiapa yang datang bertanya?
Jika ada sesiapa orang2 yg bukan beragama Islam datang dan bertanya kepadaku.."adakah PAS itu mirip kepada Taliban?". Jawab aku.."ya...malah lebih jahat dan ganas daripada itu!".
Jika mereka bertanya lagi..."adakah PAS mewakili suara Islam?". Jawab aku..."tidak, bahkan mereka2 lah yang menyesatkan orang2 Islam. Mereka lah syaitan yang nyata!"
Mereka pun bertanya lagi kepadaku.."Apakah UMNO itu mewakili suara dan kehidupan orang2 Melayu?". Jawabku "Ah...persetankan lah mereka itu semua!. Kerana mereka itu sendirilah yang menindas, merompak serta menzalimi orang2 Melayu. Apakah itu yang di panggil MELAYU?".
Di tanya lagi kepadaku "Benarkah DAP itu Komunis?". Mudah pulak jawapan ku..."Tidak...mereka tidak Komunis. Tidak pernah lagi kita mendengar bahawa org2 DAP itu di tangkap kerana mengamalkan atau menyebarkan idealogi Komunis. Malah...hampir 60% orang2 Melayu...bekerja dengan mereka. Komunis kah mereka?".
Kalau di tanya lagi soalan2 lain kepadaku seperti begini.."Untuk apa persundalan antara PAS dan UMNO itu harus berlaku, dan kenapa kamu menentangnya?..Maka ringkas sahaja jawapanku.."mereka boleh sahaja menjadi sebahagian daripada pengganas. Satu parti itu...suka menjual, melacurkan dan memperdagangkan agama. Manakala satu parti lagi suka menipu, merompak dan melakukan kejahatan terhadap rakyat dan negara..bagaimana mungkin mereka menjadi penyelamat kepada kita (rakyat) atau umat Islam/Melayu khasnya?.
Aku pun beredar dari kedinginan Gunung BIJAN...ketika siur2 burung menyinggahi serban seorang lelaki yang di penuhi sotong2 yang busuk, hanyir lagi meloyakan.
"andai ku tahu....kapan tiba ajalku! ku akan bermohon, Allah Tolong panjang umurku!!!".

[Video Jebat Derhaka dibiayai oleh PH, Polis, DAP dan Cina?] Bila lidah rasmi walaun Pas jadi batu api, kesian! Hari Rabu minggu depan bermula perbicaraan kes SRC, kes 2.6billion dan lain² belum lagi..Mereputlah bosskur!

Jumaat, 29 Mac 2019
Bila lidah rasmi Walaun Pas jadi batu api...kesian!
Imej mungkin mengandungi: 12 orang, orang senyum, teks
Otai BERSIH
Hari Rabu minggu depan bermula perbicaraan kes SRC, kes 2.6billion dan lain² belum lagi. 
Mereput penyamunkur dalam penjara.


Pendakwa minta perbicaraan 1MDB ditangguh, beri laluan kes SRC

Pihak pendakwa kes SRC International bekas perdana menteri Najib Razak akan menulis kepada Ketua Hakim Negara Richard Malanjum untuk memohon kes tersebut diberi keutamaan berbanding perbicaraan 1MDB, kata sumber.
Sumber itu memberitahu Malaysiakini yang pihak pendakwa perlu mendapatkan keputusan Malanjum sebelum kes SRC International mula didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu ini.
"Ini bermakna kami perlu menghantarnya (surat) tepat pada masanya untuk ketua hakim membuat keputusan," katanya.
Beliau berkata pihak pendakwa berharap Malanjum dapat menangguhkan tarikh kes 1MDB untuk "memberi laluan" kepada perbicaraan SRC International.
Semalam, Mahkamah Tinggi memutuskan perbicaraan kes itu akan dimulakan Rabu ini susulan keputusan Mahkamah Persekutuan mengenepikan arahan penangguhannya.
Bagaimanapun tarikh perbicaraan selanjutnya belum ditetapkan kerana Najib juga dijadual hadir ke mahkamah bagi pertuduhan berkaitan 1MDB dari 15 April hingga 3 Mei ini.
Pendengaran kes SRC International pada asalnya dijadual bermula 12 Februari lalu tetapi ditangguhkan ekoran beberapa rayuan yang difail Najib.
Minggu lalu, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan peguam bela Harvinderjit Singh untuk menangguhkan pendengaran kes SRC International.
Ia selepas mahkamah menolak tiga daripada empat rayuan Najib, iaitu perintah larangan untuk media membincangkan kes itu (gag order), permintaan dokumen berkaitan kes, dan berkenaan pemindahan kes tersebut dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.
Najib berdepan tujuh pertuduhan pengubahan wang haram, pecah amanah jenayah dan salah guna kuasa membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.
Malaysiakini.

[Video AZMIN ALI MULA KHIANATI PENEROKA FELDA?] Najib menikus di Parlimen, hanya berani di media sosial.

Jumaat, 29 Mac 2019

Najib menikus di Parlimen, hanya berani di media sosial

Siapa tidak kenal dengan Najib Razak yang kini terkenal dengan gelaran “bossku” oleh pengikutnya yang setia, termasuk yang berbayar.
Sejak akhir-akhir ini, Najib begitu popular dengan siri trollnya di Facebook.
Gebang Najib di platform tersebut tidak langsung mencermin perwatakannya sebelum Pilihan Raya Umum ke-14.
Ini sedikit sebanyak mengesahkan dakwaan orang ramai bahawa yang menulis di media sosial Najib itu bukan dia, sebaliknya askar siber upahan.
Lebih pelik, kita tidak jumpa perwatakan troll Najib ini di luar ruang lingkup alam maya. Di luar, Najib masih Najib yang dulu, bezanya sekarang terpalit tuduhan rasuah dan salah guna kuasa.
Pemimpin yang ditolak oleh majoriti rakyat Malaysia pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu itu tidak pula membawa seni trollnya ke Dewan Rakyat.
Semalam, dia diberi peluang untuk berbahas, untuk menggunakan senjata seni yang ada padanya, tapi malangnya Najib hanya mampu menikus.
Tetapi ada lah sedikit cit cit nya, itupun hanya cit cit yang lemah, malu-malu alah. Di hujung dewan, Najib didengari mencit cit “terowong”. Macam kena pula tikus dengan terowong dan Najib.
Kisahnya, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bagi ruang pada Najib untuk jelaskan mengapa pentadbiran Barisan Nasional sebelum ini menjual Bangunan Malaysia di Hong Kong secara rundingan terus.
Cerita penjualan Bangunan Malaysia ini dibangkitkan sendiri oleh Najib, tapi dia sendiri terlupa yang dia lah yang memulakan rundingan jualan aset tersebut, tapi tup tup salahkan kerajaan Pakatan Harapan.
Sudahlah guna kaedah rundingan terus yang tak menguntungkan rakyat Malaysia, apabila kerajaan Pakatan Harapan cuba mengambil cara tender terbuka yang dibuktikan mengaut untung yang lebih untuk negara tiba-tiba dia mahu kritik pula.
Bila diberi ruang untuk pertahankan diri, menikus. Itulah Najib, itulah perwatakannya yang sebenar. Panglima di media sosial, tetapi tikus di hadapan kebenaran. – Roketkini.com

Thursday, 28 March 2019

[Video Akaun bapa dibeku, Jho Low 'bersuara'] Najib, bergumbiralah sebelum masuk penjara.

Jumaat, 29 Mac 2019
KiniTV
Ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau juga dikenali sebagai Jho Low mendakwa langkah kerajaan membekukan akaun bank bapanya adalah bukti bahawa dia sendiri tidak akan dibicarakan secara adil di Malaysia. Dalam satu kenyataan menerusi jurucakapnya yang dikeluarkan oleh pasukan peguamnya hari ini, Jho Low, yang dipercayai tinggal di China sekarang, secara konsisten menegaskan beliau tidak akan menerima "perbicaraan yang adil" di Malaysia. Dilaporkan semalam kerajaan telah memfailkan tindakan pelucutan hak sivil untuk membekukan tujuh akaun bank kepunyaan bapa Jho Low, Larry Low Hock Peng, yang dikatakan bernilai RM48 juta. Wang yang cuba dibekukan oleh kerajaan dan didapatkan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pembiayaan Anti-Keganasan dan Perolehan Akta Kegiatan Undang-undang 2001 itu dipercayai dari 1MDB. Langkah kerajaan itu menurut jurucakap Jho Low, ia menunjukkan "strategi gigih gangguan dan penganiayaan politik terhadap pihak lawan" pentadbiran Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan apa jua cara yang diperlukan. Jho Low berkata demikian selepas selepas polis merampas "rumah mewah" keluarganya di Pulau Pinang awal minggu ini. Hartawan yang dikehendaki polis itu juga sebelum ini mengutuk notis penyitaan rumah tersebut, menggelarnya cubaan Mahathir untuk memperolehi keuntungan politik. Dilaporkan pada bulan Januari bahawa polis juga sedang mencari Hock Peng dan isterinya Goh Gaik Ewe. Pada bulan Ogos tahun lepas, Jho Low dan Hock Peng didakwa tanpa kehadiran di Mahkamah Sesyen Putrajaya berhubung dengan penyalahgunaan wang 1MDB, yang mana Jho Low dikenakan lapan tuduhan pengubahan wang haram manakala bapanya menghadapi satu pertuduhan.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum

Najib, bergembiralah sebelum masuk penjara

Semenjak 9 Mac 2018, hidup Najib Razak tidak lagi seindah seperti semasa sembilan tahun menjadi perdana menteri Malaysia.
BN pimpinannya buat kali pertama dalam sejarah kalah dalam pilihan raya umum.
Dunia memerhatikan segala skandal yang ditutupnya ketika berkuasa terbongkar. Rumahnya digeledah polis. Ratusan juta ringgit ditemui dan pelbagai barang kemas miliknya dan isteri dirampas polis.
Semua ini tidak pernah disangka Najib akan berlaku kepada dirinya. Maklumlah, Najib lahir daripada keluarga bangsawan.
Ayahnya, Abdul Razak Hussein merupakan perdana menteri kedua selain orang kuat Istana Pahang.
Selepas hilang kuasa, setiap hari media melaporkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melibatkan Najib yang ditutup ketika beliau berkuasa.
Media arus perdana yang sebelum ini dikawal BN merasa bebas sebebas-bebasnya.
Semuanya sudah boleh dilaporkan berbanding ketika zaman Najib menjadi perdana menteri.
Ketika Najib menjadi perdana menteri, wartawan dimasukkan ke dalam lokap. Portal atas talian disekat dan ditutup. Permit akhbar digantung.
Hari ini di zaman pemerintahan Pakatan Harapan (PH) Najib bernasib baik kerana media tidak lagi dikawal kerajaan.
Maka Najib masih lagi mendapat liputan. Disebabkan itu Najib memperkuatkan pasukan media sosialnya.
Tentera upahan
Sebaik sahaja selepas kalah PRU14, akaun bank Najib dibekukan. Maka Najib tidak dapat bergerak. Akaun banknya disiasat sama ada berkait dengan 1MDB atau tidak.
Akan tetapi pada Julai, kerajaan pimpinan Dr Mahathir Mohamad tidak lagi membekukannya selepas mendapati ia tidak berkaitan dengan 1MDB.
Sebaik sahaja akaunnya tidak dibekukan, maka Najib pun menyusun pasukan sibernya.
Salah seorang ahli Majlis Tertinggi Umno ditugaskan untuk menggepalainya.
Jutaan ringgit dihabiskan untuk menguatkan pasukan sibernya yang terdiri daripada antaranya wartawan-wartawan yang bertugas dengan pelbagai agensi media.
Malahan ada wartawan daripada portal media yang kerjanya hanya menulis berita Najib dan mengikut segala aktiviti bekas perdana menteri itu.
Maka tidak hairanlah dalam satu hari, akaun Facebook Najib akan mempunyai empat lima posting menghentam kerajaan PH.
Semuanya akan mendapat liputan media kerana kerajaan hari ini tidak mempunyai dasar untuk mengawal media.
Ini semua menjadi hiburan baru kepada Najib. Pada masa sama, pasukan peguamnya terus menerus cuba untuk menangguhkan perbicaraan rasuah dihadapinya.
Disebabkan itu kerajaan pimpinan Dr Mahathir bakal menubuhkan mahkamah khas untuk menguruskan kes-kes berkaitan dengan rasuah.
Perdana menteri berkata penubuhan mahkamah itu nanti tidak akan menjejaskan mahkamah biasa.
“Ini cadangan baharu kerana kita perlu menentukan kes-kes rasuah diberi masa oleh mahkamah khusus yang tertumpu semata-mata kepada kes rasuah.
“Ia memerlukan undang-undang kerana ia akan mengubah ciri-ciri asas mahkamah, jadi perlu ada kesungguhan untuk melawan rasuah.
“Kerajaan dalam proses akhir penilaian cadangan ini dan akan diwujudkan secepat yang mungkin,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) baru-baru ini.
Selagi bebas, bergembiralah Najib dengan pasukan media sosialnya. Lambat laun beliau akan ke penjara juga.

AMIN ISKANDAR berkicau menggunakan akaun Twitter @aminiskandar. Tulisan beliau merupakan pandangan peribadi atas kapasiti sebagai seorang penulis dan tidak ada kena mengena dengan sebarang jawatan yang “mungkin” beliau pegang.
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

[Video Jack Ma Tidak Mahu Lagi Melabur Di Malaysia?] Raja Petra penulis bagi Ulama Hadi pun bimbang ke? Rantau - Mujarab RM90 joterr! Bekas MB Negeri Sembilan sebelum PRU14 ada beri apa?

Jumaat, 29 Mac 2019
「Gambar Jack Ma」的圖片搜尋結果
Imej mungkin mengandungi: teks
Raja Petra Penulis bagi Ulama Hadi pun bimbang ke?
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, orang ramai
Bekas MB Negeri Sembilan sebelum PRU14 ada beri apa? Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan bantuan kepada pelajar IPTA RM100/sebulan sepanjang 2019.
Pakatan Harapan Supporters

[Video Untuk Jufazli. Jadi Pengecam Yang Bijak Dan Playsafe!] 'Kereta Terbang' ni cita2 PM kleptokrat rupanya? Anwar: Usahlah laga-lagakan lagi.

Jumaat, 29 Mac 2019
Image may contain: 2 people, people smiling, hat
Tumpang sekole.
Image may contain: text
Cita2 PM kleptokrat rupanya..

Anwar: Usahlah laga-lagakan lagi

Perbezaan pendapat dalam PKR ketika ini hanyalah isu kecil dan tidak akan menggugat kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, kata Presiden PKR Anwar Ibrahim.
“Benda kecil, kita tumpu pada pilihan raya, perbezaan pendapat kecil boleh, diizinkan... beza pendapat sikit ok tetapi sekarang perlu tumpu PRK Rantau dan ekonomi, saya konsisten bab ini.
“Semua pun sudah setuju datang berkempen, usahlah laga-lagakan lagi, yang penting adalah untuk menyelesaikan masalah rakyat, pastikan ekonomi berkembang dan bekerja sebagai satu pasukan,” katanya selepas program Pertemuan Bersama Jentera PRK DUN Rantau di Rembau, semalam.
Pada 22 Mac, Anggota Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar meletakkan jawatan dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan peletakan jawatannya itu dibuat susulan ketidaksefahaman Pakatan Harapan mengenai pemilihan kepimpinan PAC.
Terdahulu Anwar dalam ucapannya berkata penyakit ‘over confident’, sombong, rasa sudah kuat dan tidak perlu banyak bekerja apabila sudah berjawatan hanya akan menyebabkan sesebuah parti ‘terlungkup’.
PRK DUN Rantau 13 April ini diadakan selepas Mahkamah Persekutuan menolak petisyen difailkan Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban, pada 16 November lepas yang mengisytiharkan kemenangan beliau bagi DUN berkenaan pada PRU14, terbatal dan tidak sah.
- Bernama
Malaysiakini.

[Video Tunggu jelah, sabar sikit] Janji PH Ditepati! Hakikat yang ramai tak tahu, Azeez Rahim Sorok Kerugian TH RM4.1B tahun 2017.

Jumaat, 29 Mac 2019
Hakikat yang ramai tak tahu, Azeez Rahim Sorok Kerugian TH RM 4.1B tahun 2017
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang berdiri dan teks
Hakikat yang ramai tak tahu, Azeez Rahim Sorok Kerugian TH RM 4.1B tahun 2017
相關圖片

Kerugian yang dialami Tabung Haji (TH) seperti yang telah dibangkitkan pelbagai pihak termasuk Bank Negara sejak 2014 telah disorok Azeez. Kerugian ini berlaku sejak dia menjadi pengerusi Tabung Haji (TH) pada tahun 2013. Dengan angkuh, semua peringatan diabaikan.
Apabila pengurusan baru masuk pada pertengahan tahun 2018, ternyata kerugian ini adalah nyata. Dalam masa yang singkat, tindakan segera dan drastik perlu diambil untuk menangani masalah yang semakin meruncing. Jika tidak, bagaimana TH hendak memberi hibah?

Takkan lubang akibat kerugian ini hendak diabaikan dan teruskan sahaja beri hibah seperti pengurusan lama. Ini boleh menyebabkan TH jadi seperti skim Pak Man Telo!
Tindakan TH memindahkan aset-aset rugi kepada Kerajaan sebab nak selamatkan TH. Nilai aset cuma RM10 bilion, tapi Kerajaan beli pada harga RM19.9 bilion untuk tutup kerugian TH. Dan bagi membantu proses ini, tentulah Kementerian Kewangan (MOF) yang membantu, takkan Kementerian Kerja Raya.

Cuma ia menjadi isu hangat dek kerana MOF diterajui pemimpin DAP.
Ramai lagi pendeposit yang tak faham mengapa TH menjual aset-aset, dan semua ini hanyalah kerana kerakusan orang-orang UMNO yang menarah selagi boleh sehingga TH terpaksa menanggung kerugian yang sangat besar.

TH perlu diselamatkan. Wang pendeposit perlu diselamatkan. Ia amanah yang besar.
Menjual aset kepada syarikat tujuan khas (SPV) yang dimiliki penuh Kerajaan, dikenali sebagai Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB), adalah untuk membantu mengambilalih aset-aset TH yang mengalami kejatuhan nilai bagi menutup jurang diantara aset dan liabiliti yang dialami oleh TH.

Hakikat TH telah mengalami kerugian menjangkau RM10 billion begitu pahit untuk ditelan. Dan TH tak boleh nak berdiam diri kerana ramai pendeposit akan menjadi mangsa.
Jadi, bagaimana untuk TH ‘overcome’ kerugian yang dialami?
Itu lah peranan SPV ni. Dalam bahasa mudah SPV adalah unit pemulihan bagi syarikat yang mengalami kerugian.

Dalam kes kerugian TH ni, aset-aset yang dijual kepada SPV adalah aset-aset yang memerlukan masa yang lama untuk kembali pulih kerana kerugian ini telah disorok sekian lama oleh Azeez Rahim.

Dan mengapa MOF terlibat dalam SPV ni?
Ia adalah kerana, hanya MOF yang boleh buat SPV ni. Bukan kerana Guan Eng menterinya, dan jika pemimpin lain jadi Menteri Kewangan pun SPV ni akan tetap melibatkan MOF.

Apa pula peranan Prokhas Sdn Bhd yang kecoh dikatakan milik orang cina untuk menjaga aset-aset TH yang dijual pada SPV?
Untuk pengetahuan, wujudnya syarikat Prokhas ni bukan tiba-tiba lepas PH memerintah. Syarikat ni memang dah wujud lama, malah masa zaman Najib pun dah ada.

Prokhas ni berperanan sebagai entiti untuk menjaga aset kerajaan yang perlu dipulihkan. Prokhas pun hanyah menjaga aset berkenaan buat sementara waktu sahaja.

Kalau nak isu cina adalah ceo syarikat tu. Patutnya kita malu sebab, mereka lebih amanah dari melayu Islam yang dok sakau duit-duit TH sampai rugi.

TH rugi disebabkan Azeez Rahim seorang melayu dan Islam. Kalau dia jujur, dia perlu jelaskan kenapa kerugian selama ini disorok. Jangan salahkan usaha untuk memulihkan TH.

[Video Najib: Butir Beras Yang Dimakan Hasil Perjuangan Umno, Tapi Najib Makan Quinoa] Butir beras perjuangan Umno? Umno dah karam, namun kita masih makan nasi lagi? Walaun mengeluh CEO TH bagi kat Cina! Apa nak heran depa akan kata Menteri Agama sekarang pun Cina bernama Mu Ja Hid.

Jumaat, 29 Mac 2019
「Gambar Butir beras dari BN」的圖片搜尋結果
「Gambar Butir beras dari BN」的圖片搜尋結果
Teringat saya kata kata captain UMNO tak lama dulu, "Setiap nasi yang kamu suap dalam mulut kamu itu adalah kerana UMNO."
Kini UMNO dah karam, namun kita masih makan nasi lagi. Dari mana nasi tu datang, dari UMNO ke nasi tu datang?
Ingatlah, Allah lah yang memberi kita rezeki, bukan nya UMNO. Sebab Allah maha berkuasa, sedangkan UMNO langsung tiada kuasa...
「Gambar Najib makan Quinoa」的圖片搜尋結果

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, teks
Ana Tahu
Ana jumpa seorang ahli parti ana tadi mengeluh CEO Tabung Haji dah bagi kat Cina. Biasanya cerita-cerita begini sentiasa meleret (rujuk balik isu BSKL jadi DBKL). Jangan terkejut satu masa ada ahli parti ana kata menteri agama sekarang adalah cina bernama Mu Ja Hid...
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, dalaman
Lawatan Muafakat. Lepas ni kita pakat tengok ahli parti ana pakat puji pemimpin MIC...Ana Tahu
「Gambar Pemimpin Icerd duduk atas lori」的圖片搜尋結果
Pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad bersama-sama pemimpin kanan gabungan itu meraikan kemenangan mereka menakluk Putrajaya.

「Gambar Pemimpin Icerd duduk atas lori」的圖片搜尋結果

「Foto Umno Tersungkoq」的圖片搜尋結果