Dalam satu wawancara, ketika ditanya kemungkinan penggantinya selepas ini, Dr Mahathir Mohamad menjawab, apabila berundur dari jawatannya, Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri dan ia adalah muktamad. Menurutnya, penggantinya akan mentadbir cara tersendiri dan tidak perlu mengikut jejak langkahnya. Dr Mahathir juga berkata, tanggungjawabnya sekarang adalah menyedia dan memastikan negara berada dalam keadaan baik dan diambil alih oleh penggantinya.
Bayar bunga saja RM8.6 bilion?
Siapa yg kena tanggung bayar semua hutang2 1MDB?.. Najib ka?
Sudah tentu duit2 negara & rakyat jadi mangsa.
Bayangkan jika UMNO/BN terus berkuasa, agak berapa hutang 1MDB bakal bertambah..
Tak heranlah kenapa PAS masih sokong gila melekat dgn UMNO. Nak nampak halal perguna alasan 'perpaduan ummah'.
Itupun Umno & PAS bermati-matian berusaha untuk memastikan BN kembali berkuasa selepas PRU15, kenapa?
Pelucutan hak barangan Najib & keluarga & 14 individu serta syarikat.
Tiba² terkeluar lah pulok coretan simpati pjg lebar kononnya harta yg dirampas itu bukan hasil rompakan guna duit rakyat.
Walau bagaimanapun sama²lah kita tunggu mahkamah mana yg akan dipilih utk membicarakan harta rampasan Najib-Rosmah itu. Selagi tak dibicarakan di mahkamah selagi itu kita tidak akan tahu kebenaran harta rampasan tersebut.
Lihat sahaja bila Najib diheret ke mahkamah dlm kes SRC skrg, satu persatu bukti terkeluar bagaimana Najib perhabih gunakan RM42 juta duit SR itu dikerjakan wpon sebelum ini beliau menafi sekerasnya2 tiada wang masuk berjuta2 ke dlm akaun peribadi beliau. Malah Najib mnengatakan bhw tuduhan skandal SRC RM42 juta itu adalah fitnah.
Umno dalam bahaya jika DAP dapat pujuk Melayu - Azwan Bro
Umno dalam bahaya sekiranya tidak mereformasikan parti itu menjelang tahun hadapan, kata Anggota Dewan Negara, Senator Khairul Azwan Harun.
Bekas naib ketua pemuda Umno itu memberikan amarannya berkata ini kerana partinya mungkin akan tertinggal dalam keadaan PH dan DAP yang semakin baik.
"Jangkaan saya menjelang tahun hadapan, PH mungkin akan semakin baik.
"DAP dengan segala (tindak-tanduk) kurang cerdiknya akan dapat belajar bagaimana untuk memujuk pengundi Melayu.
"Dan apabila keadaan itu berlaku, Umno dalam keadaan bahaya. Pada ketika itu semuanya telah terlambat buat kami," katanya pada suatu kenyataan hari ini.
Menurut Azwan yang juga kini pengarah Pusat Kajian Pentadbiran dan Pengajian Politik (Cent-GPS) sejak kekalahan pada 9 Mei lalu, Umno masih tidak banyak berubah.
Katanya, Umno lebih sebagai pembangkang berbanding PH (dahulu) tetapi komponen BN itu terlalu bergantung kepada kegagalan PH sebagai kerajaan berbanding menjenamakan semula parti sebagai pilihan yang boleh diyakininya orang ramai tanpa mengambil kira pencapaian Putrajaya.
Seterusnya, Azwan berkata meski pun kerja sama Umno dan PAS itu baik tetapi ia tidak mencukupi untuk merebut kembali kerajaan persekutuan.
"Secara asasnya, Umno perlu terus distruktur semula, menghapuskan politik wang, kesetiaan membuta-tuli dan pandangan-pandangan pelampau.
"Banyak yang perlu dilakukan untuk menangani hal ini. Masih terdapat empat tahun lagi. Banyak yang boleh terjadi," jelasnya lagi.
Malaysiakini.
Itupun Umno & PAS bermati-matian berusaha untuk memastikan BN kembali berkuasa selepas PRU15, kenapa?
ReplyDeletepasai hasad dengki, ujub, angkuh dan perasan boleh la jadi menteri dan timb menteri kut kut nanti umunu menang dlm pru akan datang. tu yg dok besungguh sangat tu bekawan dgn penyamun.