Thursday 13 August 2015

DAMAK sana juga ada 'kudisnya'? Ingatkan Kota Damansara dan Sg Acheh aje...

Jumaat, 14 Ogos 2015

Ingatkan Kota Damansara dan Sg Acheh sahaja, rupa-rupanya DAMAK sana juga ada sejarahnya!!

Farid Faraid
Mesyuarat Pakatan Rakyat telah memutuskan calon PKR yang bertanding di situ sebagai menghormati orang-orang PAS yang ramai di kawasan itu, pihak PKR telah memilih orang PAS sebagai calon mereka.

Sepatutnya tidak ada masalah, sebab semuanya dalam PR tapi ruoa-rupanya pihak PAS telah menaja seorang calon Bebas untuk bertanding melawan calon PKR di Dun Damak. Hadi Awang sebagai Presiden PAS dan Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Pesuruhjaya PAS Pahang telah datang berceramah di Damak, dan berkempen kepada orang kampung supaya mengundi calon Bebas cap Bunga Raya.

Penyokong PAS di peringkat bawah menjadi keliru, sebahagiannya menyokong calon PKR kerana akur dengan ketetapan mesyuarat Pakatan Rakyat, malah calon PKR itu sendiri adalah orang PAS, manakala sebahagian yang lain lebih walak kepada Hadi Awang dengan menyokong calon Bunga Raya.

Bila orang kampung bertanya perkara itu kepada Tuan Ibrahim Tuan Man kenapa boleh berlaku begini? Maka Tuan Ibrahim menjawab kononnya dia dan Hadi Awang hanya sebagai tetamu, jadi terpaksa akur kepada kehendak tuan rumah, iaitu Dr Hamzah selaku YDP PAS Kawasan yang menjadi calon PAS bagi Parlimen Jerantut.

Apabila perkara itu ditanyakan kepada Dr Hamzah lain pula jawapannya, dia beritahu siapalah ana, hanya seorang YDP bila Presiden dan Pesuruhjaya Negeri mahukan kita sokong calon Bebas takkan ana nak bantah kehendak boss?

Menurut abang Husin kelah, dia percaya Dr Hamzah bercakap jujur, dan Tuan Ibrahim yang berbohong. Wallahu'alam. Dun Damak telah dimenangi oleh Lau Lee, calon BN dengan majoriti 64 undi sahaja dan calon PKR tumpas.

Sebenarnya bergaduhlah dalam mesyuarat baru keluaq keputusan sapa nak bertanding dan bila dah buat keputusan jadi pakat patuh itu yg sebaiknya.

Kesimpulannya...aku ingatkan Kota Damansara dan Sg Acheh sahaja rupa-rupanya sampai ke Damak sana....
Kedah Lanie

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena