Tuesday 17 November 2015

[Video] Ratib UG meresahkan Pas?

Selasa, 17 November 2015

UG: Ratib Pilihan Raya Umum 14 kata Nasrudin 

PEMERHATIAN teliti daripada perkembangan politik tanah air, Kita menyedari bahawa "Ratib UG" yang didendang oleh musuh politik dan musuh perjuangan PAS, akan terus diulang-ulang hingga PRU 14. 

Usaha menjawab bagi pihak PAS bahawa UG telah disalahertikan maksudnya atau penegasan bahawa PAS tidak akan masuk Umno atau BN, akan tidak diendahkan oleh mereka walaupun Presiden PAS sudah puluhan kali menjelaskannya dalam ucapan atau dokumen rasmi parti. Apapun yang dihujahkan oleh PAS, mereka ini akan tetap meratib UG. 

Mereka tetap tidak peduli, bukan kerana mereka tidak faham atau pekak, tetapi kerana mereka sangka ratib UG adalah senjata sulit mereka untuk mendapatkan pertolongan ghaib bagi memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 sekaligus bertujuan untuk melemahkan PAS. 

Justeru, tindakan yang perlu oleh seluruh saf kepimpinan PAS di pelbagai peringkat ialah meneruskan perjuangan ini dengan optimis, yakin dan berani mendepani arus persepsi yang direka dan dicipta oleh musuh. 

Usah bimbang dan apologetik untuk meneruskan agenda suci perjuangan Islam yang didukung dengan prinsip dakwah yang efektif (berkesan), konstruktif (membina) dan inklusif (terbuka untuk semua). 

Teruskan merangka strategi tanpa ralat untuk menghasilkan "blue ocean strategy" ke arah mewujudkan pasaran baharu dalam membina luas rangkaian sahabat atau rakan juang PAS. Lantas bertindak mengikut pelan tindakan yang telah ditetapkan tanpa terganggu dengan persepsi palsu, patuhi disiplin jamaah, usah sibukkan diri menjawab persoalan yang sengaja dicipta untuk mengalih perhatian kita. 

Kebebalan mereka tidak akan berkesudahan dengan jawapan demi jawapan yang diberi. Pastinya mereka akan terus meratib sampai PRU 14 tanpa jemu. 

Kita sedar, mereka mahu kita rasa takut dan gelisah dengan ratib UG yang mereka lakukan. Mereka mahu kita rasa lemah dan terikat dengan ratib UG yang berterusan. Lebih jelas mereka mahu supaya kita teragak-agak untuk melebarkan risalah perjuangan kita kepada pasaran baru di luar lingkungan sedia ada. 

Mereka tidak mahu kebenaran yang kita bawa memasuki sempadan baru dan akhirnya memulangkan pengaruh yang lebih luas kepada PAS. Ternyata ada pihak yang sangat cemburu melihat umat Islam dapat bersatu dan bangkit dengan semangat persaudaraan dan kesedaran yang berpaut kepada Amal Islami. 

Tegasnya, jangan sibuk dan asyik dengan kemuncup. Kita punya tugas dan tanggungjawab besar untuk membina Malaysia Sejahtera berlandaskan pembangunan tamadun sama ada sosial, ekonomi dan politik yang patuh syariah. Meskipun perit dan getir, akan terus meredah cabaran ini dengan tabah dan cekal. Kita diajar oleh Allah SWT: 

وَلَا تَهِنُوا فِي ابْتِغَاءِ الْقَوْمِ إِن تَكُونُوا تَأْلَمُونَ فَإِنَّهُمْ يَأْلَمُونَ كَمَا تَأْلَمُونَ وَتَرْجُونَ مِنَ اللَّهِ مَا لَا يَرْجُونَ وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا 

“Dan janganlah kamu lemah (hilang semangat) dalam menghadapi musuh itu; kerana kalau kamu menderita sakit (luka atau mati) maka sesungguhnya mereka pun menderita sakitnya seperti penderitaan kamu; sedang lebihnya kamu ialah mengharapkan daripada Allah SWT apa yang mereka tidak harapkan (iaitu balasan yang baik pada hari akhirat kelak). Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (Surah An Nisa' : Ayat 104)

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

2 comments:

Unknown said...

Haramjadah pukimak velfire !!!!!!

Anonymous said...

ratib UG ni berdasarkan pertuturan dan perbuatan.kalau mulut kata tidak tapi perbuatan yang sebaliknya,mka sukar untuk org mempercayainya.betul macam kata dato husam,terusterang saja untuk buat ug,lagi senang utk bekerja...masalah yg tak nak ikut itu jgnlah difikirkan sangat sebab satu pergi seribu akan mari.Kan kita kata pas kuat dan berada dijalan yg benar,insyaAllah ramai yg akan mngikut atau pas dah tak yakin tentang kekuatan diri sendiri..jgn bimbang yg benar pasti benar...yg salah pasti menemui kegagalan..Allah maha mengetahui.....

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena