Saturday 20 February 2016

Kadar Dividen...Tabung Haji SUSUT, KWSP pun SUSUT? Apa sebenarnya dah terjadi?

Ahad, 21 Februari 2016
Tabung Haji catat untung tertinggi dlm sejarah TETAPI pemberian dividen susut.

KWSP pula pendapatan kasar meningkat TETAPI pemberian dividen juga susut.

Apa sebenarnya dah terjadi ?


KWSP umum dividen 6.40% bagi 2015

Peningkatan dividen tahunan seiring dengan pertumbuhan aset pelaburan KWSP kepada RM684.53 bilion setakat 31 Disember 2015 manakala pendapatan kasar tumbuh 13.18% kepada RM44.23 bilion berbanding RM39.08 bilion pada 2014, kata Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 Februari, 2016.

Sebanyak RM5.98 bilion diperlukan untuk membayar setiap 1% kadar dividen bagi tahun berkenaan, iaitu peningkatan 10.13% berbanding RM5.43 bilion pada 2014, katanya dalam satu kenyataan.
Peningkatan itu seiring dengan pertumbuhan aset pelaburan KWSP kepada RM684.53 bilion setakat 31 Disember 2015 manakala pendapatan kasar tumbuh 13.18% kepada RM44.23 bilion berbanding RM39.08 bilion pada 2014.
"Pendapatan pelaburan kasar yang dicapai adalah menerusi strategi kepelbagaian merentasi kelas aset di beberapa negara dan pasaran.
"Walaupun kolerasi dalam kalangan pasaran-pasaran global adalah tinggi, strategi kepelbagaian ini membuka peluang kepada kami untuk menjana keuntungan dan mengenal pasti pelaburan berpotensi pada penaksiran menarik," kata Pengerusinya Tan Sri Samsudin Osman.
Beliau berkata langkah kepelbagaian dalam pasaran modal dan mata wang membolehkan KWSP mengaut pulangan signifikan daripada sumber bukan ringgit yang merangkumi 48% daripada jumlah pendapatan pelaburan kasar KWSP sepanjang tahun berkenaan.
"Sebagai dana simpanan persaraan, pelaburan kami sentiasa bertumpu kepada usaha untuk mendapatkan pulangan pendapatan jangka panjang yang mampan berbanding pulangan jangka pendek, dan kami berbesar hati mengumumkan kadar dividen 6.40% yang menunjukkan prestasi membanggakan sekalipun berdepan cabaran," katanya.
Lebih penting lagi katanya, KWSP berupaya mencapai dua sasaran pelaburan strategik iaitu sekurang-kurangnya 2.5% dividen nominal setiap tahun seperti yang diperuntukkan di bawah Akta KWSP 1991, dan sekurang-kurangnya dua peratus dividen sebenar untuk purata 3 tahun berturut-turut.
Bagi 2015, Samsudin berkata dividen sebenar untuk purata 3 tahun berturut-turut ialah 4.05% iaitu 205 mata asas lebih tinggi daripada sasaran.
Bagi tahun dalam semakan, ekuiti terus menjadi penyumbang utama kepada pendapatan pada 58.81%, iaitu sebanyak RM26.01 bilion atau peningkatan 13.54 peratus daripada RM22.91 bilion pada 2014.
Menurut kenyataan itu portfolio ekuiti luar negara memainkan peranan utama dengan menyumbang lebih 50% kepada pendapatan pelaburan ekuiti 2015.
Sementara itu, pelaburan KWSP dalam instrumen tetap terus memberi pendapatan yang stabil dengan aset kelas ini yang merangkumi sekuriti kerajaan Malaysia (MGS) dan bon sama taraf, serta pinjaman dan bon, menyumbang 35.40% daripada RM44.23 bilion pendapatan pelaburan kasar pada tahun berkenaan.
Hartanah dan infrastruktur menyumbang RM1.70 bilion, naik 22.23% daripada 2014, manakala portfolio luar negara bagi kelas aset ini yang diceburi sejak 2010, menunjukkan prestasi memberangsangkan dari tahun ke tahun.
"Program pelaburan luar negara KWSP berstruktur yang dilaksanakan secara rasmi pada 2006, menyumbang 48% kepada jumlah keseluruhan pendapatan pelaburan sebanyak RM44.23 bilion untuk tahun ini walaupun pendedahan hanya 25% daripada jumlah aset pelaburan, sekali gus mengatasi prestasi aset domestik," kata Samsudin.
Selaras perancangan pelancaran skim simpanan patuh syariah pada 2017, pendedahan KWSP dalam pelaburan patuh syariah yang meliputi pelbagai kelas aset setakat ini melebihi 40% daripada aset keseluruhan.
KWSP juga memastikan semua pelaburan termasuk aset bukan syariah, adalah beretika dan tidak terlibat dengan sebarang pelaburan yang berkaitan antaranya sektor perjudian, alkohol/arak, dan senjata ketenteraan.
Mengulas iklim ekonomi pada 2016, Samsudin berkata tahun ini akan lebih mencabar.
"Kombinasi ketidakpastian kadar pertumbuhan dan kemerosotan harga komoditi menyaksikan kejatuhan indeks utama termasuk FBM KLCI sejak awal tahun.
"Ini merupakan iklim yang sangat berbeza dengan separuh pertama 2015 dengan pelaburan global kami mampu mengimbangi kesan kelembapan pasaran domestik," katanya.
Ketidaktentuan pasaran mata wang juga bermakna akan menyukarkan KWSP untuk mengulangi prestasi cemerlang aset global 2015.
"Bagaimanapun, kami akan terus melindungi dan meningkatkan nilai simpanan ahli dengan memberi pulangan yang stabil dan konsisten dalam jangka panjang, selaras dengan had risiko yang bersesuaian," katanya. – 20 Februari, 2016.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kwsp-umum-dividen-6.40-bagi-2015#sthash.LZ9zNylS.dpuf

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena