Monday 29 February 2016

Tun Dr Mahathir..."Jgn plok lps ni masuk balik UMNO".

Isnin, 29 Februari 2016
Like This Page · 3 hrs 
 
TERKINI !!!.. Tun Dr Mahathir isytihar keluar UMNO hari ini...
Kami di SR berharap Tun M kekal dgn keputusan tersebut sampai bila2... Jgn plok lps ni masuk balik UMNO sptmana beliau telah lakukan keluar UMNO pada 19 Mei 2008 & masuk Umno balik pada 2009 selepas Abdullah berundur...

LAWAN TETAP LAWAN.. kebobrokan UMNO..!!!

MAHATHIR UMUM KELUAR UMNO

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengumumkan penarikan diri dari parti UMNO berkuatkuasa serta-merta hari ini.

Pengumuman itu dibuat di satu sidang media yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Ahli politik veteran itu mengumumkan penarikan dirinya disebabkan  rasa kecewa beliau terhadap parti itu.

Dr Mahathir memberi jaminan beliau tidak akan menyertai mana-mana parti politik dan tiada hasrat untuk menubuhkan parti politik baharu.


"Tidak. Dalam hati, saya tetap ahli UMNO," katanya.

Ditanya sama ada beliau sudah menyerahkan surat rasmi kepada setiausaha agung parti berhubung keputusannya itu, Dr Mahathir berkata beliau belum berbuat demikian dan hanya membuat kenyataan pada sidang media hari ini.

Mahathir dalam satu sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Beliau turut mengumumkan penarikan diri isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dari parti tertua di negara ini.

Wartawan yang menghadiri sidang media berkenaan menerima dua keping kenyataan media yang beberapa mengandungi dakwaan Dr Mahathir terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Namun, sumber dari mana kenyataan media itu diperolehi tidak dapat dikenal pasti.

Baru-baru ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan polis akan memulakan siasatan ke atas Dr Mahathir berkenaan kandungan blognya yang dilaporkan mempunyai unsur fitnah. 

Polis Diraja Malaysia minggu lalu telah merakam keterangan Dr Mahahir berhubung laporan terhadap kandungan laman blognya yang didakwa memiliki unsur fitnah terhadap Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali.

Ini adalah kali kedua beliau keluar dari parti yang diketuainya dari 1981 to 2003.

Dr Mahathir keluar dari UMNO buat pertama kalinya pada tahun 2008 semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Menurut Dr Mahathir tindakan beliau keluar parti pada ketika itu kerana tidak yakin dengan kepimpinan Abdullah.

Semasa membuat pengumuman itu beliau berkata hanya akan kembali menjadi anggota UMNO selepas Abdullah meletak jawatan atau tidak lagi menjadi pemimpin utama negara.

Beliau menyertai UMNO kembali sehari selepas Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-enam pada 4 April, 2009.

Dr Mahathir juga pernah dipecat keanggotaannya dalam UMNO pada 26 Sept 1969 atas sebab-sebab disiplin semasa pentadbiran Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj dan kembali ke pangkuan UMNO pada 7 Mac, 1972 di era pentadbiran Tun Abdul Razak Hussein.
BLM.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena