Friday 18 March 2016

Ayuh turun! #Undur Najib Mansuh GST di Dataran Merdeka 2 April... PM tidak boleh terima wang berbilion – Mahathir

Sabtu, 19 Mac 2016
Page Liked · 6 hrs 
 
Ayuh turun suarakan bantahan kita terhadap kerajaan zalim UMNO BN!

PM tidak boleh terima wang berbilion – Mahathir

 | March 18, 2016
Beliau mengingatkan rakyat bahawa sasaran utama untuk dijatuhkan bukan pembangkang tetapi Najib kerana menyebabkan negara pincang dan menanggung hutang 1MDB lebih RM50 bilion.

mahathir_najib_1mdb_600_2

PETALING JAYA: Sebagai Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak tidak boleh menerima wang berbilion atau terima wang sebegitu banyak, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas Perdana Menteri merujuk wang derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib selain dana RM42 juta yang didakwa disalurkan anak syarikat 1MDB, SRC International.
“Tiba-tiba dilaporkan Najib mempunyai wang sebanyak RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya di Ambank. Juga wang sebanyak RM42 juta dari SRC ada bersama. Dakwaan kononnya semua wang ini adalah hadiah dari orang Arab tidak masuk akal. Perdana Menteri Malaysia tidak harus terima wang yang sebegitu banyak dari sesiapa pun,” katanya menerusinya posting terbaru di blog chedet.cc.
Menurut Dr Mahathir, pihak yang menimbulkan kepincangan dalam negara ini ialah Najib kerana menyebabkan negara menanggung hutang 1MDB lebih RM50 bilion.
“Sebilangan besar dari wang ini sudah hilang. Untuk menampung wang yang hilang ini, Najib menjual tanah kerajaan yang dibeli dengan harga RM60/- satu kaki persegi kepada Tabung Haji dengan harga RM3500/-.
Pada masa sama, Dr Mahathir sekali lagi mengingatkan sasaran utama yang perlu ditentang rakyat adalah Najib bukan parti pembangkang.
Katanya, Najib telah merosakkan imej negara dengan menjadikan negara terkenal di dunia sebagai mempunyai amalan rasuah tertinggi.
“Kita lihat di Timur Tengah orang Islam yang anggap orang Yahudi adalah musuh mereka yang sebenar tetapi mereka lebih utamakan permusuhan sesama sendiri sehingga berperang.
“Akhirnya Israel tepuk tangan melihat orang Islam membuat kerja mereka. Di Malaysia hari ini bukan parti lawan yang menjadi musuh utama tetapi Najib, kerana Najib merosakkan parti sehingga hampir kalah PRU 13. Parti lawan tidak boleh kalahkan kita. Tetapi Najib boleh,” katanya.
FMT.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena