Wednesday 23 November 2016

Lebih 40% orang Melayu menyertainya Perhimpunan Bersih 5 MESKIPUN Pas BERKECUALI! Isu Amoi, "Pi la duk kat hutan Endau-Rompin".

Rabu, 23 November 2016

Baik tinggal di Endau Rompin saja, tak jumpa amoi seluar pendek

Pihak-pihak yang berkata tidak boleh hadir ke perhimpunan Bersih 5 kerana ada gadis Cina (Amoi) yang pakai seluar pendek dinasihatkan supaya tinggal di hutan Endau Rompin sahaja.
Suhaizan Kaiat jengkel dengan pihak yang mencari alasan.Suhaizan Kaiat jengkel dengan pihak yang mencari alasan.Setiausaha Organisasi Amanah, Suhaizan Kaiat dalam facebooknya berkata, alasan bahawa umat Islam khasnya lelaki tidak boleh hadir Bersih 5 'sebab ada amoi pakai seluar pendek' menjengkelkan.
"Sedangkan amoi tu semua tempat pun pakai seluar pendek," katanya.
Menurut Suhaizan, "bukan kita suka dia pakai seluar pendek tapi itu perkara biasa pada mereka. Bukan suatu kesalahan pada mereka."
"Kalau kita tak boleh pergi tempat di mana amoi ada memakai seluar pendek di Johor Baharu, Kuala Lumpur, Melaka, Seremban, Ipoh dan Pulau Pinang maka kita kena tinggal di dalam hutan Endau Rompin sahaja lah," tulis beliau.
Suhaizan dipercayai mengulas kenyataan sesetengah pihak yang cuba mempertahan tindakan sebuah parti politik yang tidak membenarkan ahlinya menyertai Bersih 5.
Pada Bersih 4 dahulu, parti itu menempelakkan, kerana mereka tidak sertai perhimpunan Bersih, kekurangan yang nyata berlaku kepada penyertaan orang Melayu dalam perhimpunan itu.
Namun, walaupun parti berkenaan tidak menyertai perhimpunan Bersih 5, orang Melayu ramai menyertainya sehingga melebihi 40 peratus dari peserta perhimpunan itu.
Bagi menghiburkan hati, sesetengah penyokong parti itu berkata, "kita tidak boleh sertai Bersih kerana ada amoi pakai seluar pendek."

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena