Monday 19 June 2017

[Video Tun M cabar Rosmah saman DOJ] Mahathir: Kalau ada, bagi baliklah berlian itu...

Isnin, 19 Jun 2017


Mahathir: Kalau ada, bagi baliklah berlian itu...


Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor supaya mengambil tindakan undang-undang terhadap Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat jika beranggapan dirinya difitnah.
Mahathir yang kini adalah pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berkata demikian selepas peguam Rosmah mengeluarkan amaran kepada pengguna media sosial bahawa mereka akan disaman jika memfitnah isteri Datuk Seri Najib Razak itu.
“Saya dengar Rosmah akan menyaman sesiapa yang menuduh dirinya dengan berlian yang disebut oleh DOJ itu.
“Kenapa dia tak cabar Jabatan Keadilan Amerika Syarikat itu?
“Di Malaysia dari dulu kita dengar cerita berlian RM25 juta itu. Sampai sekarang ini semua orang percaya itu benar. Kalau tak benar tunjuklah macam mana tak benar.
“Kalau ada patut bagi baliklah diamond (berlian) itu...,” kata Dr Mahathir melalui rakaman video yang dimuat naik ke laman Facebooknya.
DOJ memfailkan saman pada Khamis lalu, yang berkata isteri "Malaysian Official 1" menerima berlian bernilai AS$ 22 juta daripada individu berkaitan 1MDB, Jho Low, yang didakwa membelinya menggunakan dana yang diselewengkan.
Menurut pemfailan DOJ, Low membeli kira-kira AS$ 30 juta nilai barangan kemas untuk isteri MO1 dengan dana yang dicuri daripada 1MDB.
DOJ tidak mendedahkan identiti MO1 kecuali mengatakan beliau mempunyai pertalian dengan anak Rosmah, Riza Aziz, tetapi Menteri di Pejabat Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan tahun lalu mengesahkan bahawa MO1 adalah Najib.
Low berkata pemfailan itu adalah tidak berasas manakala Najib menafikan sebarang salah laku.
"Rosmah kata dia mahu saman pemfitnah tapi saya tidak takut kerana ini bukan fitnah. Saya berani kerana saya bercakap benar ...
"Saman kami jika dia berani. Saya bersedia," kata Mahathir.
Agensi berita, Reuters turut melaporkan bahawa barangan kemas dan berlian tersebut telah dibeli untuk Rosmah.
Artikel itu turut disiarkan oleh pelbagai penerbitan berita.
Sebelum ini, Rosmah pernah menggesa orang ramai supaya tidak mendengar fitnah.
Malaysiakini.


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena