Thursday 29 March 2018

[Video RUU ANTI BERITA TIDAK BENAR - Apa kata MEDIA LUAR NEGARA?] Pakar sedang analisis audio suara Nik Abduh, akan bawa ke mahkamah London.

Jumaat, 30 Mac 2018

Pakar sedang analisa audio suara Nik Abduh, akan bawa ke mahkamah London

Naib Presiden AMANAH Husam Musa berkata, rakaman audio percakapan Nik Abduh Nik Aziz berhubung kerjasama politik Pas-Umno dan dana diterima pemimpin Pas daripada Umno kini sedang dianalisa di makmal sebuah universiti dan bakal dijadikan bukti di mahkamah London pada April depan.
Pendedahan perkembangan audio suara yang dipercayai milik Ahli Parlimen Pasir Mas itu, dimaklumkan Husam, ketika menyampaikan ceramah di Dun Tanjong Mas, Kelantan malam tadi.
Menurut Husam, beliau difahamkan secara saintifik suara audio yang dipercayai menyamai suara Nik Abduh itu telah dihantar ke makmal di City University, London.
“Saya difahamkan audio Nik Abduh di hantar kepada seorang pensyarah bahagian fonetik (suara) Profesor Allen Hirson.
“Saya tengok dalam google beliau telah kendalikan 1,100 kes di mahkamah berkaitan mengecam suara orang. Insya Allah kita tidak
perlu berbalah di Kelantan ini.
“Saya difahamkan suara Nik Abduh ini akan dibawa ke makmal City UniversitY dan akan dibawa ke mahkamah London pada 30 April
akan datang.
“Bukan saya yang nak bawa, orang lain suruh saya cakap…saya tengok dalam internet jer (mencari sumber nama Allen Hirson)…takut tiba 30 hari bulan, tak seorang pun naik mahkamah di London,” ujarnya yang tidak mahu beliau dipersalahkan sekiranya apa yang disampaikan itu tidak berlaku.
Pencarian di google menemui laman sesawang Expert Witness Institute yang mencatatkan latarbelakang kerjaya dan pengalaman Allen Hirson.
Carian di Google mendapati Allen Hirson ialah seorang pensyarah kanan fonetik di City University di London.
Beliau telah mengendalikan sebanyak 1,100 kes yang melibatkan rakaman percakapan dan berpengalaman selama 23 tahun sebagai seorang pakar di bidang tersebut.
Pensyarah di bidang fonetik dan Pengarah Makmal Akustik Ucapan itu juga merupakan pengasas makmal di institusi tersebut.
Beliau juga merupakan ahli pengasas persatuan profesional di dalam Fonetik Forensik di peringkat antarabangsa (IAFPA) dan
ahli Lembaga pakar di Witness Institute.
Beliau pernah mengendalikan 21 bahasa selain bahasa Inggeris di mana beliau telah bekerjasama dengan pakar bahasa yang sesuai.
Pada 1 Mac lalu, Nik Abduh menafikan audio rakaman berdurasi 18 saat yang didakwa mengandungi ucapannya mengenai penyaluran wang dari Umno kepada Pas.
Penyebaran audio yang tular itu disifatkan Nik Abduh sebagai sampah di kalangan pemfitnah.
Beliau turut mendakwa  AMANAH  bertanggungjawab mendedahkan audio itu sebelum menjadi viral di media sosial dan mendapat liputan media.
Bagaimanapun sehingga kini Nik Abduh tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan rakaman audio beliau itu.
Husam Musa ketika menyampaikan ceramahnya di Dun Tanjong Mas malam tadi, mendedahkan perkembangan terkini berkaitan dakwaan audio suara yang menyamai suara Nik Abduh.
Husam yang juga Adun Salor berkata, walaupun Nik Abduh membuat penafian dan disokong oleh beberapa pemimpin Pas, Husam secara peribadi mendakwa yakin rakaman audio itu adalah suara Nik Abduh.
“Ada orang kata bukan suara dia, ada kata suara dia. Suara dia…dia tidak ngaku lagi.
“Kalau nak harapkan dia, dia tidak akan mengaku jadi macam mana kita nak tentukan perkara ini?
“Kenapa perkara ini penting khususnya ahli Pas nak menentukan perkara ini.
“Jika kandungan audio itu betul, Nik Abduh kata ustaz Hadi terima duit dari  Umno, dia dan ayahnya terima duit daripada
Umno, dia berhubung dengan CIA, Pas dan umno bekerjasama, dalam pilihan raya Dun Sarawak Pas kerjasama dengan Umno jatuhkan DAP, terima duit Umno RM2juta.
“Jadi perkara ini kena ditentukan khususnya rakyat Kelantan yang nak mengundi sebulan lagi.
“Nak undi Pas jika betul terima duit dari Umno nak ke undi Pas? Ini yang mustahak kena tahu. Jika tak betul, undilah Pas.
“Tetapi jika Pas ambil pitih (duit) dari Umno patutkah kita nak undi Pas?…serupa kita undi Umno. Jadi kita rakyat kena tahu
audio ini betul ke tidak.
“Nik Abduh ambil jalan mudah kata bukan suara dia.Saya dengar suara dia masa dia kecik lagi…suara dia tu,” ujar Husam dihadapan lebih kurang 300 hadirin.
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena