Wednesday 5 September 2018

[Video 'Datuk' ugut roboh rumah, penduduk adu pada Dr M] Isu PETRON, Haprak #UmnoBNPembohongTegar! Kerajaan UmnoBN yg luluskan tatapi PH dipersalahkan? Satu Undi, Tiga Mesej–Tolak MCA, Umno, dan Pas

Rabu, 5 September 2018

Foto Suara Rakyat.

KANTOI !!!..
Rupa2nya Najib sendiri di bawah kerajaan BN yg telah meluluskan permohonan PETRON menjadi pembekal kerajaan sejak 3 tahun lps lagi !!!

Demi nak tutup pekungUmno-BN sendiri dituduhnya pula dipersalahkannya kerajaan PH .
NAMPAK TAK !!!.. Sendiri buat taik tp org lain disalahkannya.

FAKTA..
1) Kementerian Kewangan telah meluluskan permohonan Petron jadi pembekal kerajaan pada November 2015.

2) Petron Malaysia Refining & Marketing Bhd (Petron Malaysia) telah memaklumkan kepada Bursa Malaysia yang Mirzan Mahathir tidak memiliki sebarang saham ataupun beliau mempunyai peranan dalam syarikat.

#PASumnoPembohongTegar

Satu Undi, Tiga Mesej – tolak MCA, Umno dan PAS


Sokongan terbuka PAS kepada MCA pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong menguatkan lagi gesaan saya buat pengundi Balakong pada malam Ahad lalu untuk keluar mengundi beramai-ramai pada Sabtu 8 September 2018 bagi melakar sejarah dan menunaikan tanggungjawab kepada negara dengan menggunakan undi mereka untuk menolak politik tidak bertanggungjawab dan oportunis oleh MCA, Umno dan PAS.
Malaysia baru sahaja meraikan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos lalu, dan ia merupakan sebuah sambutan yang amat bermakna dan berbeza dengan enam dekad lalu.
Rakyat Malaysia yang tidak peduli atau tidak kesah dengan Hari Kemerdekaan sebelum ini kelihatan begitu teruja dengan kelahiran Malaysia Baharu, tanah tumpah di mana rakyat Malaysia boleh berbangga menjadi rakyat Malaysia.
Walaupun Pakatan Harapan secara aman dan demokratik menggantikan Umno/BN di peringkat Kerajaan Persekutuan, pemimpin dan pengkomplot Umno/BN sedaya upaya ingin menjatuhkan Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 berlangsung pada 2023, atau lebih awal lagi, mungkin dalam tempoh dua tahun akan datang.  
Kini pemimpin PAS, yang menyatakan sokongnya kepada calon MCA untuk PRK Balakong, menyertai pemimpin dan pengkomplot Umno/BN dalam konspirasi tidak bertanggungjawab dan oportunis untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan.
Di satu sudut, pemimpin MCA menuduh DAP kononnya mengabaikan hak dan kepentingan kaum Cina di Malaysia, sementara pemimpin Umno dan PAS bersubahat menyerang DAP dan Pakatan Harapan kononnya mengkhianati kepentingan dan hak kaum Melayu.
Kini, MCA mengorak langkah dengan bekerjasama dengan PAS untuk memusnahkan DAP dan Pakatan Harapan.
Saya menyeru pengundi di Balakong untuk membuang undi mereka pada 8 September ini dengan objektif serampang tiga – Satu Undi, Tiga Mesej – untuk menolak MCA, Umno dan PAS.
Kita memerlukan agen semak dan imbang dalam sistem demokrasi yang matang, tetapi MCA tidak boleh memainkan peranan itu, melainkan jika parti itu benar-benar bersedia untuk mengakui kesalahan lalu, khususnya dalam membantu dan bersubahat dengan Najib berhubung jenayah dan pengkhianat terhadap negara sehingga menjadikan Malaysia sebuah kleptokrasi global.
Kini MCA mendakwa bahawa kononnya hak dan kepentingan kaum Cina akan diabaikan oleh DAP dan Pakatan Harapan!
Pengundi Balakong tidak harus mengundi Umno yang mendakap ‘dasar bumi hangus’ dan bagi menghentikan serta-merta politik kaum, agama, kebencian, ketakutan dan pembohongan yang jahat dan toksik.
Mesej ketiga adalah untuk menolak jalur ekstrimis yang dibawa Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang yang meminta ahli PAS supaya mengundi calon MCA.
Benarkan pengundi Balakong untuk membuat keputusan mereka dengan membuang undi demi masa depan Malaysia dan menolak komplot jentera Umno/BN untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan dan mengembalikan rejim Umno/BN yang korup dan menyalah guna kuasa. – Roketkini.com
*Kenyataan Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang pada Rabu, 5 September 2018 di Kuala Lumpur.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena