Sunday 14 October 2018

[#LIVE Parlimen 15 Oktober 2018 Sesi Pagi] Anwar angkat sumpah sebagai ahli Dewan Rakyat.

Isnin, 14 Oktober 2018

Anwar angkat sumpah sebagai ahli Dewan Rakyat




Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai anggota parlimen Port Dickson di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berbuat demikian pada pukul 10.04 pagi tadi di hadapan Speaker Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.
Ia merupakan aturan urusan mesyuarat pertama bagi sidang hari ini sebelum sesi soal jawab lisan.
Anggota Parlimen yang hadir memberi tepukan apabila namanya dipanggil untuk mengangkat sumpah dan juga ketika acara itu selesai.
Beliau dilihat duduk di kedudukan anggota parlimen senior, iaitu di barisan depan, antara Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dan Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Timbalan perdana menteri yang juga isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menyatakan kegembiraannya dengan kembalinya Anwar ke Dewan Rakyat selepas menurutnya dinafikan hak untuk menjadi anggota parlimen.
"Alhamdulillah, gembira (kerana) sebelum ini dia dinafikan hak untuk bertanding dan kini kembali ke Parlimen selepas mendapat pengampunan atas asas miscarriage of justice(ketidakadilan ketara)," katanya.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena