Friday 12 October 2018

[Video 5 Tempat Dimana Jho Low Mungkin Bersembunyi] Kempen dah TERDESAK- Pas menyamakan Anwar dengan JALUT Zaman Bani Israel! Tidak sah kalau Pas tidak 'menjual agama' apabila berkempen & Pembantu buat laporan polis terhadap Najib.

Jumaat, 12 Oktober 2018

Foto Otai BERSIH.
TERDESAK KEMPEN - PAS MENYAMAKAN ANWAR DENGAN MENDIANG JALUT ZAMAN BANI ISRAEL 
" AURA dan kehebatan Anwar Ibrahim sekarang mungkin mengalahkan aura mendiang Jeneral Jalut di zaman Bani Israil dulu. Tiada yang menjangka dia boleh dikalah. Seperti tiada makhluk manusia boleh mengalahkan Abrahah yang hendak meruntuhkan Kaabah di Tahun Gajah dulu." 
(http://www.harakahdaily.net/index.php/rss-hd/13-pimpinan/kolumnis/8324-mengalahkan-anwar-seperti-mengalahkan-jalut )

Tidak sah kalau Pas tidak menjual agama apabila berkempen. Jika dahulu mereka jual nama jihad menentang Umno sampai ada yang mati di Memali tanpa dimandi dan disolatkan, akhirnya hari ini parti lebai inilah yang pertama memeluk cium Umno. Mereka juga menjual Hudud, jual RUU Akta 355, jual segala macam benda isu agama yang boleh dijual, asalkan parti ini mendapat undi setiap kali pilihanraya. Itulah stail Pas, parti yang kini menjadi parti sekutu Umno/Bn. 

Mereka tidak mampu berdepan dengan hujah Anwar, maka dicari isu-isu peribadi untuk buruk-burukkan Anwar. Mereka kejutkan semula fitnah yang sedang tidur, mereka mainkan semula kisah liwat Anwar yang dulu apabila mempertikaikan pembebasan dan pengampunan Agong terhadap Anwar. Hadi telah mula bercakap soal akhlak Anwar, seolah-olah Hadi adalah manusia paling berakhlak. Siapa paling banyak bercakap dengan bahasa kesat, Hadi atau Anwar? Kita boleh nilaikan sendiri. Bezanya Hadi bercakap bahasa kesat diselangselikan dengan ayt Al-Quran dan hadis untuk menghalalkan apa yang dia buat. Dia gunakan ayat Al-Quran untuk menyatakan Amanatnya itu betul dengan menyebut menentang Umno itu jihad dan boleh mati syahid menentang Umno. Sekarang, dia juga gunakan ayat Al-Quran untuk menyatakan betapa baiknya bekerjasama dengan Umno atas prinsip "Taawun". Istilah arab digunapakai untuk memperbodohkan orang-orang Islam.

Di PRK Port Dickson, Pas menyifatkan Anwar seolah-olah Panglima Perang Jalut (kafir) yang ditentang oleh Nabi Daud A.S. Dijualnya lagi kisah Nabi melawan kaum kuffar, seolah-olah itulah yang Pas hadapi di Port Dickson. Tujuannya tidak lain tidak bukan adalah untuk meraih simpati umat-umat Islam di Port Dickson agar mengundi Pas. Itu saja matlamat Pas. Parti ini akan melakukan apa saja asalkan dapat dua tiga undi. Tidak pelik jika di aas mimbar Jumaat pun mereka selamba menabur fitnah terhadap kerajaan PH. Pada waktunya, Pas menjual ayat " Jangan sesekali cenderung kepada kezaliman, kelak dibakar api Neraka". Ayat ini amat laris dibaca oleh penceramah-penceramah Pas sewaktu mereka bersama kita di dalam PR dulu. Tetapi, apabila mereka berpisah dengan kita dan tidak mahu bersama PH, mereka memilih untuk bersama Umno, maka ayat yang mereka jual adalah ayat berkaitan "Taawun" (bersangka baik) pula. Semoga Almarhum Ibrahim Lbya dan para pengikutnya yang terkubur di Memali tidak tahu kisah ini.

Alasan Pas tidak mahu bersama PH adalah kerana adanya Dap yang kononnya menentang Hudud. Tetapi, Pas terang-terangan boleh membantu MCA di PRK Balakong baru-baru ini sedangkan MCA lagi lantang menentang Hudud. Hujah Pas adalah MCA hanya menentang Hudud bukannya menentang Pas. Adakah Pas lebih tinggi dari Hudud? Menentang Hudud boleh asalkan tidak menentang Pas?

Kepada para pengundi di Port Dickson, jangan termakan dengan dakyah Pas. Biarkan Pas bersama Umno untuk bergantung hidup. Kita tidak perlu bimbang kerana Umno pun kini ibarat nyawa-nyawa ikan. Pas sendiri telah samakan diri mereka umpama anjing berebut tulang dengan Umno. Biarkan anjing-anjing berebut tulang, dan kita lihat nanti mereka akan bergaduh sesama sendiri hanya kerana mahu seketul tulang. Kita perkuatkan PH kerana misi kita untuk membawa negara ini jauh lebih maju ke hadapan. Kita mahu isinya, bukan tulang.

" Kita menentang Pas bukan kerana namanya Pas. Kita menentang Pas adalah kerana Pas menjual agama dan bersekongkol dengan Umno/Bn yang telah merosakkan negara ini sewaktu mereka memerintah, dan penentangan kita kepada puak-puak ini adalah jihad".

SELAMAT MENGUNDI.

Pembantu buat laporan polis terhadap Najib

Seorang pembantu peribadi kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini membuat laporan polis terhadap Najib.
Malaysiakini melihat laporan polis yang dibuat pembantu Najib terhadap bosnya itu di balai polis Hartamas di Kuala Lumpur sekitar malam ini.
"Saya... telah terbaca artikel yang ditulis oleh Lim Kit Siang yang disiarkan di portal Malaysiakini pada 8 Oktober 2018 yang bertajuk "If I am PM, I will reopen investigation: Kit Siang To Najib."
"Di dalam artikel ini, Lim Kit Siang mahu siasatan semula dijalankan untuk kes-kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, Kevin Morais, Hussain Najadi, Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbaini Mohamed yang pernah dikaitkan Pakatan Harapan terhadap majikan saya Datuk Seri Najib Razak.
"...saya mahu pihak polis membuka semula siasatan ke atas kes-kes (pembunuhan) ini.
"Jika hasil siasatan ini menunjukkan majikan saya tidak terlibat maka saya pohon polis untuk membersihkan nama Datuk Seri Najib Razak.
"Tetapi jika dakwaan Lim Kit Siang tidak berasas dan merupakan satu pembohongan politik, saya juga menuntut pihak polis mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau," kata pembantu peribadi Najib Razak dalam laporan polis itu.
Semalam bekas presiden Umno itu mengarahkan pembantunya untuk membuat laporan polis supaya membuka semua kes-kes pembunuhan yang membabitkannya.
"Esok, saya akan meminta pembantu saya untuk membuat laporan polis terhadap saya supaya pihak polis di bawah kerajaan Pakatan Harapan boleh menyiasat semula jika saya terlibat dalam semua kes-kes pembunuhan ini," katanya dalam suatu hantaran Facebook semalam.
Menurut Najib tindakannya membuat laporan polis terhadap dirinya sendiri itu selepas beberapa kali mendesak pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang supaya memujuk pihak berkuasa menyiasat semula beberapa kes pembunuhan berprofil tinggi.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena