Wednesday 17 October 2018

[Video Bung Moktar Tampil Mohon Maaf Isu Insiden Sebut ''F**k Yang Lalu (min 4.03)] Lima anggota SPR setuju berhenti awal.

Khamis, 18 Oktober 2018

Lima anggota SPR setuju berhenti awal

Tempoh perkhidmatan lima anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan dipendekkan dan mereka akan mengosongkan jawatan masing-masing berkuat kuasa 1 Januari 2019.
Kelima-lima mereka adalah Timbalan Pengerusi SPR, Tan Sri Othman Mahmood dan ahli-ahli suruhanjaya, Datuk Md Yusop Mansur, Datuk Abdul Aziz Khalidin, Datuk Sulaiman Narawi dan Datuk Leo Chong Cheong.
Bagaimanapun ahli suruhanjaya, Datuk K Bala Singam masih meneruskan perkhidmatan.
“Keputusan pemendekkan tempoh perkhidmatan ini telah dicapai dan dipersetujui oleh mereka yang berkenaan dalam satu perbincangan yang telah diadakan pada 15 Oktober.
“Ia sebelum berita mengenai penubuhan tribunal khas disiarkan oleh pihak media pada 17 Oktober.
“Sehubungan itu, surat memohon perkenan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk tujuan pemendekkan perkhidmatan itu telah dikemukakan kepada pihak Istana Negara pada hari ini, ” kata pengerusi SPR yang baru dilantik, Azhar Azizan Harun dalam satu kenyataan media, hari ini.
Semalam, Malaysiakini melaporkan kerajaan akan menubuhkan sebuah tribunal bagi menyiasat dakwaan ke atas SPR.
Ia termasuklah dakwaan salah laku oleh anggota suruhanjaya itu, terutamanya ketika pilihan raya umum (PRU) sebelum ini.
Langkah itu dilihat sebagai memastikan pembaharuan sistem pilihan raya dapat dilaksanakan, dan bagi menyingkirkan pegawai SPR yang disyaki terlibat dalam salah laku.
Sumber memberi gambaran bahawa beberapa bekas hakim Mahkamah Persekutuan akan terlibat dalam mengendalikan tribunal berkenaan.
Sumber memberitahu Malaysiakini bahawa sebuah pasukan telah ditubuhkan oleh Pejabat Peguam Negara bagi membantu tribunal berkenaan.
Sebuah tribunal ditubuhkan kerana seseorang pesuruhjaya seperti juga hakim, hanya boleh dikenakan tindakan oleh tribunal.
Seseorang pesuruhjaya boleh menjawat jawatannya sehingga bersara pada umur 66 tahun.
Pada PRU ke-14, SPR diterajui oleh Tan Sri Mohd Hashim Abdullah sebagai pengerusi.
Mohd Hashim pada Jun lalu memilih untuk meletakkan jawatan dan digantikan oleh Azhar, seorang peguam kanan.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena