Thursday 11 October 2018

[Video Hari ke-5 Zahid ke SPRM lagi! Waaduh, waduhhh] Rasuah Pas akan terbongkar tak lama lagi?

Jumaat, 12 Oktober 2018
Image may contain: 1 person
Image may contain: one or more people, people standing and text
POLIS akan menyiasat dakwaan transaksi sebanyak RM2.5 juta antara Umno dan PAS untuk kemungkinan hubungan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), lapor The Star hari ini.
Timbalan Ketua Polis Negara Noor Rashid Ibrahim dilaporkan berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwan Pengarah Komunikasi Pemuda Amanah Terengganu Muammar Qaddafi Nasir bahawa laporan polis telah dibuat mengenai transaksi itu.
TMI.

Polis akan siasat transaksi RM2.5 juta Umno-PAS

Foto Otai BERSIH.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan berkaitan penyelewengan dana Yayasan Akal Budi.

Zahid hadir ke SPRM kali kelima

Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kembali ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya hari ini untuk menyambung proses memberi keterangan.
Berpakaian kemeja lengan panjang berwarna putih, Zahid tiba di bangunan SPRM kira-kira pukul 9.20 pagi menaiki kereta Lexus berwarna putih dengan diiringi seorang pengawal.
Zahid kelihatan tenang dan tersenyum kepada media di pekarangan bangunan SPRM dan sempat bersalam dengan beberapa pegawai yang menunggunya.
Ini kali kelima beliau memberi keterangan kepada SPRM berhubung dakwaan penyelewengan dana Yayasan Akal Budi milik keluarganya.
Semalam, Zahid telah memberikan kenyataan selama sembilan jam, serta lapan jam pada hari yang sebelumnya selain dipanggil untuk kali pertama dan kedua pada 2 dan 3 Julai lalu.
Untuk rekod, anak perempuan Zahid Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid serta menantunya Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff turut hadir memberikan keterangan berkenan kes sama semalam.
Zahid sebelum ini disoal atas dakwaan menggunkaan dana Yayasan Akal Budi bagi menjelaskan hutang kad kreditnya.
Zahid juga dikatakan disoal siasat berhubung dakwaannya bertemu dengan kerabat Arab Saudi yang didakwa memasukkan wang RM2.6 bilion ke akaun bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena