Wednesday 17 October 2018

[Video Jawapan Menteri (Dr.Xavier) buat lawak, Parit Sulong & Kuala Krau pun ketawa lah] Mentaliti Umno dalam Malaysia Baru! The 5 Datuks - bintang glamour atau bintang perkhidmatan? BERSATU NS terima permohonan dari pemimpin Umno.

Khamis, 18 Oktober 2018
The 5 Datuks - bintang glamour atau bintang perkhidmatan...
Pertama diwakili oleh seorang Tun yang menghantar pesanan WhatsApp (tolong, bukan wasap) menyatakan kejelikan melihat menteri setahun jagung (sebenarnya baru empat bulan lebih kurang) dianugerahkan bintang kehormatan (honorific title) negeri Melaka. 

Kedua, seorang penggiat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang juga menghantar pesanan WhatsApp, menuduh langkah Parti Tindakan Demokratik (DAP) menolak bintang kehormatan sebagai “protes atas ketuanan raja-raja Melayu.” 

Saya amat setuju dengan orang tua bergelar Tun itu. Gunakanlah alasan dan kayu ukur apa pun, tindakan lima menteri itu menerima bintang kehormatan negeri Melaka adalah tidak bijak. 

Ia memberi gambaran bahawa tidak ada sebarang perbezaan di antara menteri Pakatan Harapan (PH) dengan para pembesar kerajaan Barisan Nasional yang gilakan pangkat, gelaran dan kekayaan. 

Maaf cakaplah kalau saya katakan ramai dalam parti masing-masing belum jelas apakah jasa mereka sehingga melayakkan mereka menerima darjah kehormatan itu. 

Namun begitu saya tidak menafikan ada sebahagian kecil mereka yang berjasa dan terbukti kerana lama berjuang dalam pembangkang. Tetapi yang rakyat nilai sekarang adalah jasa dan prestasi mereka sebagai menteri Kabinet PH. 
Image may contain: 1 person, text
Rakyat jelata jengkel. Perbahasan dalam media sosial jelas menunjukkan majoriti rakyat jelata tidak bersetuju malah berasa loya dengan penganugerahan dan penerimaan bintang penghormatan tersebut. 

Soalnya, apakah mereka ini diberikan bintang kerana pangkat mereka besar atau jasa mereka yang besar? Adakah bintang kehormatan diberikan kerana pangkat dan kedudukan atau jasa bakti kepada masyarakat, negeri dan negara? Kalau kerana pangkat mereka besar, siapakah yang memberikan mereka pangkat itu? 
Tumpang sekole. 

BERSATU NS terima permohonan dari pemimpin Umno

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan Tan Sri Dr Rais Yatim mengakui terdapat pemimpin dalam kalangan Umno yang memohon untuk menyertai BERSATU.
Rais yang enggan mengumumkan berapa ramai yang telah membuat permohonan itu berkata pihaknya tentu sekali akan membuat pertimbangan berhubung permohonan tersebut oleh Jawatankuasa Pemilihan Parti.
Saya tidak dapat umum jumlahnya, tetapi minat menggalakkan, salah seorangnya, bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Klawang Datuk Yunus Rahmat...yang lain-lain itu saya tidak mahu sebut siapa, ia tidak begitu selesa ketika ini.
"Permohonan menyertai BERSATU itu secara amnya di negeri ini, kita menerima akhlak dan latar belakangnya yang tidak menentang kemasukan mereka dari segi syarat," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran BERSATU bahagian Jelebu hari ini.
Sementara itu dalam perkembangan lain, Rais yang juga merupakan bekas Penasihat Sosiobudaya Kerajaan berkata pihaknya akan mengadakan program penerangan kepada ahlinya yang kini melebihi 3,000 dan akan diintensifkan susulan ada kalangan mereka yang menganggap parti BERSATU dan Umno itu adalah sama.
"Hal ini penting dihuraikan, begitu juga isu-isu manifesto, apa sebab setengah manifesto tidak dapat dilaksanakan ketika ini. Apa yang penting adalah meninggalkan di belakang amalan-amalan lama yang tidak memberi manfaat. Saya ingin mengelakkan percakaran, saya akan mengutamakan yang penting iaitu disiplin," katanya.
Tambahnya, BERSATU di semua bahagian di negeri ini akan diselesaikan pelancarannya menjelang 25 Okt ini, ia termasuk penyelesaian dalam usaha memulihkan kembali parti tersebut.
Bulan lepas, Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pembubaran Bersatu Negeri Sembilan kerana menimbulkan pelbagai masalah dan melanggar perlembagaan parti dan keputusan itu dibuat hasil mesyuarat pimpinan tertinggi parti berkenaan.
- Bernama

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena