Sunday 21 October 2018

[Video Pemilihan PKR S'gor 'panas'] Pertemuan dengan Anwar hanya ucap tahniah kata Anifah...Rundingan kami hanya berkisar masalah pelarian IMM13 di Sabah dan Perjanjian Malaysia 1963.

Ahad, 21 Oktober 2018
Pertemuan dengan Anwar hanya ucap tahniah kata Anifah.
 Oct 20, 2018   By SabahKini2
Pertemuan dengan Anwar hanya ucap tahniah kata Anifah
Ahli Parlimen Kimanis itu, yang kini bebas, menafikan khabar angin bahawa pertemuan dengan Anwar di Petaling Jaya semalam bertujuan untuk merampas kuasa daripada kerajaan negeri yang kini dipimpin Parti Warisan Sabah.

 BEKAS ahli parlimen Umno Anifah Aman berkata pertemuan baru-baru ini dengan Anwar Ibrahim hanya bertujuan untuk mengucapkan tahniah kepada beliau kerana berjaya kembali ke Parlimen.

Pertemuan itu bagaimanapun tidak menyentuh mengenai pembentukan pakatan politik bersama pemimpin PKR itu.

Ahli Parlimen Kimanis itu, yang kini bebas, menafikan khabar angin bahawa pertemuan dengan Anwar di Petaling Jaya semalam bertujuan untuk merampas kuasa daripada kerajaan negeri yang kini dipimpin Parti Warisan Sabah.

Reaksi Anifah itu bertujuan menjelaskan spekulasi mengenai gambar beliau dan Anwar, bersama lima ahli politik kanan lain, yang kini tular di Sabah.

Gambar itu mencetuskan perbincangan bahawa gabungan parti pembangkang negeri, Gabungan Bersatu Sabah (GBS) yang baru dibentuk, bercadang untuk membentuk satu pakatan dengan Anwar, yang dijangka menjadi perdana menteri selepas Dr Mahathir Mohamad.

Empat pemimpin lain dalam gambar tersebut ialah presiden Parti Solidariti Tahnah AirKu Dr Jeffery Kitingan, pemangku presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Dr Maximus Ongkili, Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Arthur Kurup dan pemimpin Umno Sabah Zakariah Edris.

“Kami hanya pergi untuk melawat dan mengucapkan tahniah kepadanya. Kami ada lakukan sedikit perbincangan, tetapi bukan berkaitan politik.

“Rundingan kami hanya berkisar masalah pelarian IMM13 di Sabah dan Perjanjian Malaysia 1963,” katanya kepada The Malaysian Insight, merujuk kepada pas khas untuk pelarian Filipina di negeri ini.

Anifah, yang juga bekas menteri hal ehwal luar negeri, meninggalkan Umno bulan lalu dengan alasan parti Melayu yang memerintah sebelum ini gagal menegakkan Perjanjian Malaysia.- TMI

Pada ceramah baru-baru ini, beliau telah membayangkan membina “Rumah Baru” dan membayangkan beliau akan bekerjasama dengan GBS.

GBS tidak memasukkan bahagian Umno Sabah, yang mahu menyertai gabungan baharu itu namun tidak dapat berbuat demikian pada masa ini kerana halangan perlembagaan parti.

Perbincangan yang wujud di Sabah ketika ini ialah sama ada platform baru itu akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan atau menunggu perpecahan dalam pakatan kebangsaan tersebut.

Ia juga dikatakan akan mengkaji sama ada ia sejajar dengan dasar Dr Mahathir Mohamad atau Anwar Ibrahim sekiranya berlaku perebutan kuasa di peringkat persekutuan.

Perkara itu juga hangat dibincangkan apabila Sabah menyaksikan beberapa ahli Umno Sabah dilihat meninggalkan parti itu, termasuk Adun Sukau Saddi Abdul Rahman yang kini bebas. 

[http://sabahkini2.com/en/news/1336/pertemuan-dengan-anwar-hanya-ucap-tahniah-kata-anifah/view]

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena