Sunday 14 October 2018

[Video Parlimen panas lagi! Usul Perkataan Kesat Bung Moktar sebut 'F*** You' dan Tuduh duduk minum dengan PELACUR kepada HARAPAN-Puncak Borneo] Kenapa PAS boleh #puashati dgn Arul Kanda & 1MDB? Lebuhraya Pan Borneo kekal tanpa tol - Baru Bian

Ahad, 14 Oktober 2018

Foto Suara Rakyat.
Foto Suara Rakyat.
Kenapa PAS boleh #puashati dgn Arul Kanda & 1MDB dalam penjelasan hutang2 1MDB dahulu & mudah diperbodohkan oleh mereka begitu saja ??!

Hakikatnya, hutang2 1MDB berpuluh2 bilion ringgit yg saban hari semakin bertambah setelah dibongkar & diteliti sedalam-dalamnya kini BAKAL DITANGGUNG RAKYAT LEBIH 20 TAHUN MULAI SEKARANG !!
TEPOKKK...

Lebuhraya Pan Borneo kekal tanpa tol - Baru Bian

Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak akan kekal sebagai lebuh raya tanpa tol, kata Menteri Kerja Raya Baru Bian.
Beliau berkata sebaik mengambil alih pentadbiran kerajaan Persekutuan, Pakatan Harapan (HARAPAN) tidak mempunyai sebarang niat untuk mengenakan kutipan tol bagi Lebuhraya Pan Borneo.
“Saya ingin memberi jaminan bahawa Lebuhraya Pan Borneo tidak akan dikenakan tol. Ini janji kami (kerajaan Persekutuan),” katanya dalam sidang media berhubung kemajuan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah di Kota Kinabalu, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini bahawa pembinaan lebuh raya tanpa tol tidak dapat diwujudkan.
Baru berkata kenyataan perdana menteri itu adalah merujuk kepada lebuh raya di Semenanjung, dan menurutnya, model pembangunan serta pembinaan Lebuhraya Pan Borneo adalah berbeza dengan lebuh raya di Semenanjung.
Lewat sebab proses ambil tanah
Mengulas lanjut, beliau berkata kerajaan Persekutuan komited untuk meneruskan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak sekali gus memastikan lebuh raya itu dapat disiapkan mengikut masa dijanjikan demi keselesaan rakyat di negeri berkenaan.
Di Sabah, Baru berkata, sebanyak 12 daripada 35 pakej dalam fasa pertama lebuh raya itu telah dimulakan dan baki pakej akan dibina secara berperingkat mengikut kedudukan kewangan negara.
Justeru, katanya kementeriannya akan berbincang dengan Kementerian Kewangan bagi menilai semula kos keseluruhan pembinaan lebuh raya berkenaan, namun, perbincangan itu tidak melibatkan perubahan jajaran Pan Borneo.
“Proses pengambilan tanah menjadi antara punca berlaku kelewatan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Sabah, dan kementerian akan bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi mengatasi masalah itu,” katanya.
- Bernama
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena