Sunday 14 October 2018

[Video Fewiiittt, 'Ratu Syantik' Jo-Anna Henley Jadi Setiausaha Politik Shafie Apdal] Angkat sumpah Anwar buka tirai Dewan Rakyat & Usul 'kata kesat' Bung Moktar berada pada kedudukan ketiga dalam aturan mesyuarat.

Isnin, 15 Oktober 2018

Setiausaha Politik Shafie Apdal

Merupakan seorang lulusan undang2, ratu cantik, jurulatih kecergasan dan penyanyi.

Sebelum ini, Jo-Anna Sue Henley Rampas pernah viral apabila beliau satu-satunya bekas ratu cantik yang bertanding di PRU14 mewakili Kiulu, Sabah. Terbaru, sekali lagi bekas ratu cantik Unduk Ngadau ini menjadi perhatian netizen apabila kini sah menjadi setiausaha politik kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Beberapa keping gambar dimuat naik oleh Jo-Anna menerusi laman sosial instagramnya. Ini fakta yang menarik tentang gadis berusia 28 tahun ini.
Siapa sangka gadis sehebat ini sebenarnya mempunyai Sarjana Undang-undang dari University of West England. Sebelum ini, beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari University of London selepas dia menamatkan A-level di ATC (Advanced Tertiary College). Walaupun memiliki ijazah dari universiti di luar negara, Jo-Anna sebenarnya pelajar hasilan sistem pendidikan tempatan kerana dia menamatkan pengajian di sekolah rendah dan menengah di Malaysia.
Meskipun semua orang tahu gadis ini merupakan bekas ratu cantik, namun siapa sangka beliau juga penyanyi. Pada awalnya, Jo-Anna hanya menyertai pertandingan ini kerana desakan rakan-rakannya, namun tidak menyangka akan menang pertandingan itu. Menurutnya itu adalah pertama dan terakhirnya menyertai pertandingan kerana lebih fokus kepada kerjayanya.
Selepas memenangi gelaran Unduk Ngadau (Ratu Cantik), Jo-Anna meneruskan pengajian undang-undang sebelum kembali ke Malaysia untuk menyambung kerjaya dalam bidang muzik. Dia juga mengeluarkan lagu berjudul “Siou”. Boleh tahan juga lunak suaranya!
OHBULAN.
Sumber : WOB
Foto Suara Rakyat.
Anwar angkat sumpah sebagai MP esok... dan kembali ke Parlimen..
SIAPA YANG BERMISAI ITU?

Upacara angkat sumpah Anwar buka tirai Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Rakyat ke-14 esok, akan dimulakan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen.
Upacara dijadualkan jam 10 pagi itu diadakan selepas bekas Timbalan Perdana Menteri itu memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, semalam dengan majoriti besar 23,560 undi.
Kelayakan Anwar sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh terlucut selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun selepas menolak rayuannya terhadap hukuman penjara pada Februari 2015.
Selepas upacara itu, urusan mesyuarat Dewan Rakyat akan diteruskan dengan sesi pertanyaan jawab lisan antara Ahli Parlimen dengan Jemaah Menteri sehingga jam 11.30 pagi.
Antara isu yang dijangka dibangkitkan pada sesi berkenaan ialah lawatan kerja Perdana Menteri ke China, isu kewangan FELDA, Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) serta laporan akhir Majlis Penasihat Kerajaan (CEP).
Selain itu, Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah juga dijadual membentangkan usul berkenaan matlamat dan rancangan dasar luar Malaysia Baharu seperti yang digariskan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) Ke-73, untuk dibahaskan.
Usul itu akan memberi fokus bagi bersetuju dengan dasar luar berkenaan serta memutuskan ucapan Perdana Menteri di New York itu dijadikan sebagai kerangka asas dasar luar Malaysia.
Sementara itu, usul bagi merujuk Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana mengeluarkan perkataan tidak sopan pada sidang mesyuarat sebelum ini, berada pada kedudukan ketiga dalam aturan urusan mesyuarat dan usul.
Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Rakyat ke-14 akan berjalan selama 30 hari bermula esok sehingga 11 Disember depan.
Persidangan mesyuarat kali ini juga bakal menyaksikan Pakatan Harapan (PH) akan membentangkan belanjawan pertama sebagai kerajaan, dengan Bajet 2019 dijangka dibentangkan pada 2 November ini pada jam 4 petang.
BH Online.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena