Friday 12 October 2018

[Video Timb. Speaker: Aktif politik tak pengaruhi perjalanan Dewan Rakyat & PAS tak puas hati isu 'derma' dibangkitkan] PERBINCANGAN MUFTI WP Dengan PEGUAM NEGARA Berhubung Urusan Pewartaan Fatwa & Kajian Ilham Centre, Pas mungkin hilang deposit.

Jumaat, 12 Oktober 2018


Foto Suara Rakyat.
PERTEMUAN DAN PERBINCANGAN MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN DENGAN PEGUAM NEGARA BERHUBUNG URUSAN PEWARTAAN FATWA PADA 9 OKTOBER 2018.
"Alhamdulillah pada petang ini kami berasa amat gembira dengan pertemuan bersama YBhg. Tuan Tommy Thomas, Peguam Negara atas tujuan perbincangan beberapa urusan pewartaan fatwa. Sebagaimana yang terakam dalam gambar, begitulah kemesraan dan keharmonian perbincangan kami."
"Sekalung penghargaan kepada Dr. Arik Sanusi, Ketua Bahagian Syariah dan Pengharmonian Undang-Undang, Jabatan Peguam Negara yang turut hadir sebagai pemudahcara."
"Slogan 'Kami yang Menjalankan Amanah"'sebagaimana yang diperkenalkan YAB Perdana Menteri akan terus dijunjung dalam memartabatkan Islam di Wilayah Persekutuan," kata Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri.
Foto Suara Rakyat.
Foto Suara Rakyat.

Kajian Ilham Centre, Pas mungkin hilang deposit

Kajian Ilham Centre, Pas mungkin hilang deposit
Tinjauan yang dilakukan Ilham Centre ketika waktu berkempen di PRK Port Dickson, mendapati jentera lokal lumpuh dan tapak sokongan Pas semakin mengecil selepas majoriti ahli PAS terutama di kawasan Telok Kemang menyertai AMANAH sejak tiga tahun yang lalu.
Menurutnya, kempen kali ini banyak digerakkan oleh jentera luar terutama dari Pas Selangor dan Pas Terengganu manakala jentera lokal iaitu Pas Port Dickson serta Pas Negeri Sembilan kelihatan hilang kemampuan dan arah dalam memacu kemenangan Pas.
Katanya, gerak kerja Pas hanya tertumpu dalam kalangan segmen orang Melayu khususnya pengundi Umno yang boleh memilih Pas sebagai alternatif yang dirasakan boleh mempertahankan Melayu dan Islam setelah Umno membuat keputusan memboikot pilihanraya kali ini.
“Menyedari sukar menyaingi Anwar, fokus utama Pas hanyalah untuk mengekalkan undi yang diperolehi oleh mereka dalam PRU14 dan memastikan mereka adalah pencabar terdekat Anwar Ibrahim.
“Percaturan asal Pas melihat pertembungan mungkin dua penjuru selepas Umno memboikot pilihanraya ini. Tetapi keputusan mengejut Isa Samad keluar Umno dan tampil menawarkan menjadi calon bebas telah merencatkan strategi PAS ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Justeru katanya, Pas gagal mendapat sokongan undi Melayu yang mencukupi dan berada di kedudukan ketiga selepas Isa selain berkemungkinan tinggi untuk kehilangan deposit.
Dalam kajian ini, yang dilakukan secara secara tatap muka bermula 8 Oktober sehingga 11 Oktober 2018, kami telah menemui 817 responden di P132 Port Dickson meliputi semua segmentasi kaum, jantina dan umur pengundi serta lokaliti.
Dengan menggunakan teknik persampelan rawak berstrata, ralat kajian yang ditemui ialah 2.03 peratus.
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena