Thursday 16 May 2019

14 lagi laporan berkaitan land swap ke SPRM melibatkan 16 projek bernilai RM4.7 bilion! AMT Umno Lokman & Ketua Umno PJ ke mahkamah didakwa mencederakan seorang penuntut universiti [Video PTPTN mungkin perkenal semula sekatan ke luar negara]

Khamis, 16 Mei 2019
KiniTV
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional(PTPTN) mungkin akan memperkenalkan semula sekatan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam yang gagal membayar balik pinjaman jika perkara itu dimahukan orang ramai. Dalam taklimat media bersama pentadbiran tinggi PTPTN hari ini, termasuk pengerusi Wan Saiful Wan Jan, perbadanan itu sedang melihat beberapa cadangan lain untuk mengutip baki pinjaman pendidikan. Menurut Timbalan CEO PTPTN, Mastura Mohd Khalid, ini termasuk cadangan menyekat peminjam daripada memperbaharui pasport, lesen, cukai jalan dan lesen perniagaan kepada kabinet.
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks
KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 8 Julai untuk sebutan semula kes anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam dan Ketua UMNO Petaling Jaya Abdul Mutalif Abdul Rahim dan dua lagi individu yang didakwa atas dua pertuduhan mencederakan seorang penuntut universiti, Mac lepas.
Imej mungkin mengandungi: 4 orang, sut
Terkini...
14 lagi laporan berkaitan land swap ke SPRM.
Kementerian Pertahanan membuat 14 lagi laporan skandal ‘land swap’ (pertukaran tanah) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
Jurucakapnya yang juga Pegawai Tugas-tugas Khas Menteri, Mohd Nasaie Ismail berkata, ini merupakan tindakan susulan selepas dua laporan berkaitan land swap tanah kementerian dilaporkan ke SPRM kelmarin.
Mohd Nasaie yang ditemui pemberita di luar perkarangan SPRM berkata, hasil siasatan pihaknya mendapati kerajaan telah rugi sekurang-kurangnya RM515.21 juta berikutan skandal penyewelengan ini.
“Seperti yang anda semua maklum, MINDEF telah membuat pendedahan skandal land swap tanah-tanah kementerian ini pada Khamis lepas melalui Laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) yang diketuai Tan Sri Ambrin Buang.
“Beliau yang merupakan bekas ketua Audit Negara telah menyiasat tentang 16 kes land swap di kementerian ini, sekali gus telah memberikan impak kepada kita.
“Keseluruhan 16 projek ini melibatkan 2,923 ekar tanah milik persekutuan yang bernilai RM4.7 bilion dan nilai projek yang sepatutnya dibangunkan sebanyak RM4.8 bilion.
“Tetapi sehingga Disember, hanya 5 projek telah berjaya di siapkan, 2 masih dalam pembinaan bakinya 9 gagal di siapkan atau dalam proses ditandatangani.
"Juga menjadi tanda tanya dan kebimbangan apabila terdapat pertimbangan politik melebihi kepentingan kerajaan di 13 daripada 16 projek ini sehingga Suruhanajya Pilihan Raya (SPR) buat pengesahan beberapa kem telah digunakan untuk pemindahan pengundi.
“Kita pandang serius isu ini dan mahu SPRM siasat dan bawa pihak berwajib yang melakukan perkara ini ke muka pengadilan, bukan sahaja untuk kerajaan terdahulu sebaliknya juga kerajaan kini agar skandal seumpama ini tidak berlaku kelak,” katanya sebentar tadi.
Land Swap adalah satu kaedah pembangunan kem-kem tentera, perumahan anggota tentera dan kemudahan lain dibiayai melalui pertukaran tanah milik persekutuan yang diberikan kepada swasta untuk dibangunkan bagi tangani kekangan kewangan oleh kerajaan.
Jelas Mohd Nasaie lagi, pemilihan syarikat pelaksana projek ini tidak mengikut syarat iaitu berpengalaman dan mempunyai kedudukan kewangan kukuh iaitu minimum 10 peratus daripada nilai projek yang dibina.
“Ada empat projek yang nilaian tanah gantian yang diputuskan lebih rendah daripada nilai oleh Jabatan Pernilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) sehingga kerajaan rugi sebanyak RM166 juta.
“Kita bimbang kerajaan bukan sekadar kerugian wang, sebaliknya kedudukan strategik pertahanan terjejas kerana kegagalan projek tersebut,” ujarnya.
Khamis lepas, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu ketika membentangkan laporan akhir JKSTUPKK di Dewan Negara menjelaskan, pelaksanaan 13 daripada 16 projek ini didapati ada penglibatan anggota pentadbiran iaitu bekas Perdana Menteri dan bekas Menteri Pertahanan.

1 comments:

nick said...

Mangkuk2 yang dok jaga PTPTN ni masih lagi bebal ke? Masih lagi ada ura2 utk menyekat perjalanan ke luar negeri? Korang ingat budak2 melayu tu nak lari ke luar negara dan kemudian duduk sana cari kerja? Tolonglah hentikan buat kerja2 bodoh ni! Masih lagi dengan pendekatan hukum dan tindas? Janji utk peminjam mula membayar jika gaji atas RM4000 pun tak boleh nak dilunaskan tapi masih lagi nak dok berkeras dan berkepala batu? Tak boleh dengar luahan perasaan dan keluhan peminjam2 sebab kamu dah ada kuasa dan dah duduk kerusi empuk yang bergaji besar? Jika kamu dah senang lenang, peminjam2 pula semakin ditekan bukan ditolong? Pendidikan percuma ni sepatutnya adalah hak keistimewaan bagi rakyat yang bergelar warganegara. Cari penyelesaian dan usaha untuk menjadikan pendidikan percuma itu satu kenyataan bukannya dok menekan dan menindas peminjam2 dengan alasan kerajaan takde duit. kalau kamu tak pandai dan tak mampu nak selesaikan masalah ni, letak jawatan dan cari orang lain yang mampu untuk duduk jawatan tu! Balik2 buat kerja nak sekat, tindas dan hukum! Bagi penyelesaianlah! Bukan hukum! kalau nak buat sesuatu pun buatlah sessi penerangan dan soal selidik dulu! Bukannya hentam keromo sebab malas nak fikir dan malas nak usaha!

Nick.
Cape Tiger.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena