tag:blogger.com,1999:blog-8415436470748019471.post1355158883729115257..comments2024-03-28T02:14:04.738-07:00Comments on Briged Kibaran Bendera: [Video Nik Abduh jadi egen siapa dalam Pas?] Hadi tarik balik saman TANPA SR PERLU MEMOHON MAAF! Di manakah maruah Pas? Adakah telah berada dalam tong sampah? Bermula hari ini "Aku keluar dari Parti PAS". Briged Kibaran Benderahttp://www.blogger.com/profile/08690184373583184688noreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-8415436470748019471.post-66632798261918601192019-02-03T21:39:26.695-08:002019-02-03T21:39:26.695-08:00Membaca keluhan ahli PAS yang kecewa sehingga bert...Membaca keluhan ahli PAS yang kecewa sehingga bertindak keluar parti itu, aku simpati tetapi dalam masa yang sama berasa sedih dan terkilan ramai umat2 islam didalam PAS sudah terpesong dan tercemar prinsip dan moral mereka. Bayangkanlah ahli2 PAS tidak kisah langsung jika PAS mengambil duit UMNO dan kononnya digunakan untuk parti (mereka marah kerana pemimpin2 dok membaham duit tu sendiri). Itu adalah satu kenyataan jelas bahawa prinsip2, moral dan islam ahli2 PAS banyak yang sudah rosak. Sebagai parti islam yang berseteru dengan UMNO demi menegakkan Islam, sangat buruk dan tercela jika mereka tidak kisah kalau mereka menerima duit UMNO itu. Ianya satu percanggahan nyata dengan ajaran Islam. Mustahil kedua2 pihak itu berseteru kalau salah satunya menerima duit dari pihak yang lain. Ia sedikit sebanyak membuka ruang untuk korupsi prinsip malah korupsi perjuanagan jika ia berlaku. Cuba kita banyangkan kemungkinan gerakan Intifadah Palestin menerima duit dari pihak zionis Israel, adakah ia dibenarkan dan tidak menggugat prinsip perjuangan mereka kerana "cash is king"? Subhanallah, ia tidak mungkin dan Allah serta Rasulnya menolak pendirian itu. Ahli2 PAS perlu menilai iman serta prinsip2 yang mereka pegang kerana jika mereka merasakan bahawa adalah halal dan tidak bercanggah dengan prinsip serta moral mengambil duit dari musuh yang besar sekali dari hasil curi ataupun syubhah, sesungguhnya itu adalah sangat menyimpang dari seruan "amar maaruf dan nahi mungkar". Wahai ahli2 PAS! Bermuhasabahlah! Jangan dok sibuk menghukum orang2 bukan Islam sebagai ahli neraka sedangkan diri kamu sendiri telah dipalit dengan noda penyelewengan dan kerosakan prinsip serta terpengaruh dengan konsep "cash is king". <br /><br />Nick.<br />Cape Tiger.nickhttps://www.blogger.com/profile/12798444688989301278noreply@blogger.com