Wednesday, 26 June 2013

Seorang anggota Exco kerajaan negeri Terengganu Dr A Rahman Mokhtar meninggal dunia hari ini

Rabu, 26 Jun 2013
ADUN Kuala Besut meninggal dunia
azlan

Seorang anggota Exco kerajaan negeri Terengganu Dr A Rahman Mokhtar meninggal dunia hari ini, tujuh hari selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi di Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Laporan Bernama menyebut, A Rahman, 55, meninggal dunia pada jan 10.18 pagi ini akibat kanser paru-paru di hospital berkenaan di Kuala Terengganu.

Al Fatihah: Exco Terengganu, ADUN Kuala Besut
Laporan itu memetik kenyataan Pengarah Kesihatan Terengganu Datuk Dr Anwa Sulaiman yang mengesahkan perkara itu.

"Pagi ini keadaannya semakin kritikal sehingga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan dan disahkan meninggal pukul 10.18 pagi ini di HSNZ," katanya Anwa seperti dipetik Bernama.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kesihatan, Wanita dan Masyarakat negeri Terengganu itu meninggalkan seorang balu dan empat anak.

Jenazah dijangka  dikebumikan di tanah perkuburan Islam Masjid Teluk Bayu Kuala Besut selepas solat Zohor hari ini, lapor agensi berkenaan. 
Satu pilihan raya kecil dijangka akan diadakan ekoran kematian ADUN Kuala Besut itu, yang meninggal dunia hanya beberapa minggu selepas pilihan raya umum 5 Mei.

Dalam pilihan raya tersebut, A Rahman menewaskan calon PAS Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.
Kawasan berkenaan terdiri daripada lebih 17,000 pengundi, yang mana 99 peratus daripadanya terdiri dari pengundi Melayu.

BN berjaya membentuk kerajaan negeri apabila berjaya meraih 17 daripada 32 kerusi yang dipertandingkan.
Mk.

Read More

Tuesday, 25 June 2013

SAUDI PRINCE SPENDS ONE MILLION DOLLAR IN NIGHT CLUB & 'Sultan Melaka' pula dakwa gelaran 'Datuk' dijual dengan harga RM100,000

Selasa, 25 Jun 2013
SAUDI PRINCE SPENDS ONE MILLION DOLLAR IN NIGHT CLUB.

Raja Noor Jan Shah yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Melaka Ke-44 

Seorang lelaki yang mendakwa sebagai waris kesulatanan Melayu Melaka, Tuanku Raja Noor Jan Shah Raja Tuah mahu istiadat pengurniaan darjah kebesaran dianjurkan oleh Undang Luak Naning, Datuk Abdul Latif Hisham untuk diisytiharkan sebagai tidak sah dan terbatal.

Raja Noor Jan Shah mendakwa gelaran yang diberikan kepada ketua Naning oleh Belanda pada 1800 sebagai tanda penghargaan kerana membekalkan tenaga kerja untuk memperbaiki pelabuhan Melaka ketika itu dan pemegang gelaran tersebut tidak mempunyai darah diraja.
"Oleh itu keturunannya hanyalah seorang rakyat biasa dan tidak berhak mengurniakan gelaran diraja," kata Raja Noor Jan Shah.

Menurutnya jika terdapat sebarang gelaran diraja dikurniakan oleh keturunan Sultan Melaka, beliau sepatutnya yang melakukannya.

Raja Noor Jan Shah yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Melaka Ke-44 berkata, beliau merupakan Raja Kesultanan Perak yang sah dan telah mengurniakan pelbagai gelaran kepada individu yang layak sejak 2005.

"Istiadat pengurniaan saya diadakan untuk menghargai mereka yang memberi sumbangan kepada Melaka dan Perak," katanya.
Raja Noor Jan yang mendakwa turut memiliki persalinan Kesulatanan Melaka termasuk dua keris berkata, beliau akan mengadakan satu lagi majlis perjumpaan pada 19 November di Melaka.

Dakwanya, semua persalinan diraja disahkan sebagai harta pusaka oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti

Dalam perkembangan berasingan, dakwaan mengenai pengurniaan gelaran oleh Undang Luak Naning dijual dengan bayaran yang tinggi mula tersebar.
Setiausaha sulit kepada Abdul Latif berkata, terdapat segelintir individu yang mendakwa sebagai penerima gelaran itu tetapi nama-nama mereka tidak tersenarai dalam senarai penerima gelaran Datuk oleh Undang Luak Naning ke-19 tersebut.

Sementara itu, Datuk Paduka Seri Syahbandar Omar Ali yang mendakwa dirinya sebagai Setiausaha Lembaga Adat Naning berkata, Abdul Latif dipecat pada 2011.

Syahbandar mendakwa Abdul Latif merupakan warga Singapura dan menyebabkan beliau dipecat oleh lembaga tersebut selepas mendapati beliau tidak mempunyai keturunan darah Raja Naning.

"Dia dianggap sebagai Undang Luak Naning yang tidak sah kerana lembaga yang melantiknya pada 2004 mengetepikannya tujuh tahun lalu. Dia tiada hak untuk mengurniakan gelaran Datuk," katanya.

Laporan dari mStar ini tidak mendedahkan berapa harga untuk mendapatkan gelaran 'Datuk' itu tetapi ianya didedahkan oleh The Star..

Posted by Anak Sungai Derhaka at Friday, June 21, 2013 
Read More

Anwar: Titah Agong hanya pandangan untuk dibahas...

Selasa, 25 Jun 2013
"Kalau faham perlembagaan, ucapan pidato Tuanku Agong untuk dibahaskan, bukan arahan" - Anwar

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dalam majlis perasmian sidang Parlimen ke-13 bukan satu arahan kepada Dewan Rakyat.
Sebaliknya, ia hanyalah pandangan yang diusulkan dan dinasihatkan oleh Perdana Menteri untuk pihak kerajaan bagi membolehkan perbahasan terbuka di Dewan Rakyat diadakan, katanya.
NONE
"Ucapan Tuanku adalah titah Diraja atas usul oleh perdana menteri bagi pihak kerajaan. Dan itu membolehkan ada perbahasan terbuka. 

"Agong berucap berdasarkan usul oleh perdana menteri untuk pertimbangan Parlimen dan kita akan pertimbang dan bahas supaya Agong dapat maklumat tentang kecurangan besar pilihan raya.

"Kalau faham perlembagaan, ucapan pidato Tuanku Agong untuk dibahaskan, bukan arahan," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian persidangan pertama Parlimen ke-13 hari ini. 

Beliau berkata demikian bagi mengulas titah Tuanku yang menyeru kepada semua pihak untuk menerima dan menghormati keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu.

Baginda juga bertitah agar ahli Parlimen tidak melibatkan diri dalam aktiviti yang boleh memusnahkan negara. 

Timbalan speaker: Ucapan ini dari istana
Selain itu, Anwar berkata lagi, berdasarkan konvensyen demokrasi, menjadi amalan biasa bagi setiap titah Agong untuk dibahaskan dalam Dewan Rakyat. 

"Dalam semua konvensyen demokrasi, ucapan yang dicadangkan oleh PM adalah untuk berdebat di Dewan Rakyat. Ia adalah amalan biasa dalam mana-mana demokrasi berparlimen," katanya lagi. 
NONE
Sementara itu, bekas timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Jaafar (kanan) ketika ditemui pemberita berkata, titah yang diucapkan oleh Tuanku berasal daripada istana. 

Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa dalam perlembagaan, sebagai pemerintah, Agong akan melaksanakan tugasnya di atas nasihat perdana menteri. 

"Ucapan ini datang dari istana tetapi nasihat perdana menteri boleh diambil dari pelbagai cara," katanya.

Wan Junaidi juga bagaimanapun enggan mengulas ketika ditanya sama ada titah Tuanku itu daripada pejabat perdana menteri. 

Katanya, dalam titah baginda, Tuanku masih mempunyai budi bicaranya sendiri ketika membaca titah tersebut dan hanya menerima nasihat daripada ketua eksekutif. Mk.

Read More

Anwar Batal Hasrat Boikot Sidang Parlimen…BN pula lebih suka jika Anwar dan PR boikot angkat sumpah...

Selasa, 25 Jun 2013
BN lebih suka jika Anwar dan PR boikot angkat sumpah
Syabas diucapkan kepada sekumpulan anak muda yang berkhemah di Padang Merbok sejak perhimpunan Blackout 2206, yang telah berarak menuju ke bangunan Parlimen yang jaraknya 1km dari situ.
Mereka telah dihalang masuk ke perkarangan parlimen bagi menyampaikan memorandum menuntut menuntut dua pegawai tertinggi SPR berhenti kerana gagal mengurus tadbir urusan PRU yang adil dan bebas daripada penipuan.
Mereka adalah bakal-bakal pemimpin kerana punyai keberanian dan ketabahan dalam memperjuangkan kebenaran dan keadilan. Syabas !
Dalam pada itu, Anwar telah dituduh menganiaya penyokong sendiri kerana hadir ke majlis mengangkat sumpah. Sebelum ini beliau telah menyeru pengikutnya agar terus membantah keputusan pilihanraya dan mempertikai kewibawaan SPR.
Kehadiran Anwar Ibrahim (gambar dari MK) serta kesemua 89 Ahli Parlimen PR lainnya mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen pada 24 Jun 2013 telah dianggap sebagai mengiktiraf keputusan pilihanraya.
Pada…kesemua 88 Ahli Parlimen PR (melainkan seorang) telah tidak hadir taklimat sebagai simbolik bantahan penipuan SPR semasa PRU-13. Anwar sebelum ini pernah bercadang untuk memboikot majlis angkat sumpah parlimen, namun tidak dipersetujui oleh rakan komponen, PAS dan DAP.
Anwar tentunya bukan mudah untuk membuat keputusan, samada mahu memboikot sebagaimana kehendak sesetengah penyokongnya, atau bersetuju dengan konsensus rakan komponen PR. Banyak perkara perlu diperhitungkan. 
Ada yang kata, angkat sumpah boleh dibuat dilain hari. Tapi bilakah hari itu? Apakah Anwar dan rakan-rakan perlu boikot sehingga tuntutan kedua orang SPR itu dilucutkan jawatannya?
Risikonya terlalu tinggi kerana menurut akta Parlimen 59, mana-mana ahli parlimen tidak mengangkat sumpah dalam tempoh 6 bulan, mandat sebagai ahli parlimen akan digugurkan secara automatik. Apakah ini yang mereka mahukan?
Tentulah BN seronok kerana itulah yang BN harapkan sangat berlaku. Jika ini yang akan terjadi, BN akan dapat mengadakan semula pilihanraya kecil waima SPR tetap dengan keadaan yang belum lagi dibersihkan lagi. Rekod PR dalam menghadapi pilihanraya kecil tidak ada yang istimewanya.
Justeru itu, Anwar tiada pilihan, selain terpaksa mengikut konsensus rakan komponen PAS dan DAP.@ Tindakan Anwar tidak jadi memboikot angkat sumpah patut dipuji beliau khabarnya telah mencuba pula untuk mendapatkan calon speaker pilihan PR. Katanya nanti akan dapat sokongan 20 ahli parlimen BN. 
Bahawa disini membuktikan, Anwar tidak memaksa rakan-rakan mengikut jari telunjuknya sahaja. Dan rakan-rakan DAP dan PAS bukan kuda tunggangan Anwar sebagaimana anggapan sesetengah pihak.
Namun,sokongan 20 ahli parlimen tersebut tidak tercapai berikutan kertas undi itu memerlukan ahli Parlimen menulis nama.
Keadaan bertukar kecoh apabila ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, bangun memulakan bantahan. Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin turut bangun membacakan peraturan 4 itu yang sepatutnya undi dibuat secara rahsia.
"Kita lawan di Parlimen, di luar kita lawan, kita lawan at all level, tetapi 
jangan kita serah pada dia apa yang dah kita menang.." 

Sementara itu, Khalid Samad menyatakan bahawa jika PR tidak angkat sumpah nanti BN akan spin. BN akan ambil kesempatan untuk buat persempadanan semula.
Posted by Kedah Lanie.



Read More

Monday, 24 June 2013

Ucapan Anwar: Semangatnya macam kalau dia jumpa Najib paling kurang pun lebam kena belasah kut tetapi bersenda gurau dengan Najib pulak!

Selasa, 25 Jun 2013
Semangatnya macam kalau dia jumpa Najib paling kurang pun lebam
Aduka Taruna tulis dalam facebook dia:
Gua melihat sendiri bagaimana Syauqie APBM merempuh 'polis tanpa uniform' yang sedang mengasari aktivis wanita cina. Kemudian menyebabkan dia dibelasah teruk oleh polis uniform.

Gua melihat polis uniform menumbangkan Safwan. Safwan tidak melawan dan sedia ditangkap. Tetapi, jurukamera tiba2 ambil peluang membelasah, atas nama polis, menyebabkan gua terpaksa melawan.

Hancur kamera tu akibat ditarik aktivis. Sedangkan pelakunya lari ke belakang dengan perlindungan polis uniform.

Aktivis Royalti, Mohd Adnan juga luka di kelapa akibat diserang jurukamera secara tiba2. Semuanya mendapat perlindungan polis uniform.

Ini adalah permulaan. Fahaman aktivis hidup dengan darah dan peluh. Fahaman politikis hidup dengan air liur dan pakaian. - FB Aduka.
Kalau tengok ke ucapan Anwar Ibrahim yang kat bawah ni, bunyi semangatnya macam kalau dia jumpa Najib paling kurang pun lebam kena belasah kut.

Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2013/06/anwar-pemimpin-munafik-bergurau-senda-gengan-najib-rakyat-berperang-dengan-polis.
Tapi realiti kejadiannya, boleh pulak dia bersenda gurau dengan Najib kat dalam dewan berair-cond banggunan parlimen depan hidangan berstatus bangsawan.

Kalau takat masuk parlimen untuk angkat sumpah pasai takmau 'derhaka kepada Agong', rakyat yang berhimpun di luar bangunan parlimen boleh terima lagi kut walaupun depa berhimpun tu di bawah terik matahari dan perit hidung sedut udara berjerubu.

Tapi kalau dah sampai sanggup bergurau senda dengan Najib sedangkan rakyat diluar terpaksa bertempur dengan polis sampai ada yang lebam muka dan ada yang patah kaki kena, itu dah boleh dikira aksi seorang munafik yang kononnya bersama rakyat menentang penipuan pilihanraya oleh Umno BN yang diketuai oleh Najib Rosmah tu.

Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2013/06/anwar-pemimpin-munafik-bergurau-senda-gengan-najib-rakyat-berperang-dengan-polis.

Read More

Asap Kembali ke Tuannya! - Menteri Alam Sekitar Indonesia Balthasar Kambuaya

Selasa, 25 Jun 2013



Syarikat Malaysia tak terlibat pembakaran di Riau

JAKARTA 24 Jun - Syarikat-syarikat Malaysia tidak terlibat dengan sebarang pembakaran terbuka di kawasan ladang sawit di Riau, yang telah menjejaskan dengan teruk kualiti udara di sebahagian wilayah di Semenanjung Malaysia dan Singapura, kata Persatuan Pelabur Perladangan Malaysia di Indonesia (Apimi).

Setiausaha Eksekutif Apimi, Nor Hazlan Abdul Mutalib berkata, walaupun ada kejadian pembakaran terbuka dalam kawasan ladang sawit milik syarikat dari Malaysia, ia dilakukan oleh pekebun kecil di kawasan tanah yang mereka usahakan sendiri.

"Ingin saya maklumkan bahawa di dalam ladang milik syarikat Malaysia (Inti- atau pemilik ladang) telah diperuntukkan sebanyak 20 peratus untuk masyarakat di sekitar ladang Inti yang dimiliki oleh syarikat Malaysia itu.

"Sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat untuk melakukan pembakaran terbuka untuk kegiatan penanaman semula tanaman mereka," katanya kepada Bernama di sini, Isnin.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Alam Sekitar Indonesia Balthasar Kambuaya yang mengatakan bahawa lapan syarikat Malaysia adalah antara 14 syarikat dikenal pasti terlibat dalam kejadian pembakaran terbuka di kawasan ladang mereka di Riau.

Nor Hazlan berkata, pihak syarikat Inti tidak mempunyai kuasa untuk menahan masyarakat pekebun kecil daripada melakukan pembakaran terbuka dan apa yang dapat mereka lakukan ialah memaklumkan kepada pihak berkuasa tempatan tentang kegiatan itu supaya tuduhan tidak dikenakan ke atas mereka.Utusan.
JEREBU KENA KEPADA TUANNYA...DAKWA AKHBAR INDONESIA !!!
Jerebu: Syarikat Malaysia terlibat mesti dihukum
KUALA LUMPUR: Dakwaan Menteri Alam Sekitar Indonesia, Balthasar Kambuaya bahawa lapan syarikat milik rakyat Malaysia menyumbang kepada pencemaran jerebu menggunakan cara murah tetapi salah dengan menebang dan membakar hutan untuk mencerahkan kawasan baru bagi ladang mereka mesti disiasat sepenuhnya.

“Jika benar, bukan sahaja Indonesia, Malaysia juga mesti mendakwa dan menghukum mana-mana syarikat perladangan Malaysia yang telah dibuktikan terlibat dalam jenayah tebang dan bakar untuk mencerahkan hutan untuk ladang-ladang mereka di Sumatera,” ujar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan.

Beliau mengulas kenyataan Balthasar yang memberitahu bahawa dakwaan tersebut akan disiasat oleh pihak polis Riau. - harakahdaily

Asap & abu pembakaran hutan makin bahayakan warga Dumai Riau ...
Kebakaran Hutan di Riau Segera Dipadamkan 
Read More

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa yang ditahan sejak awal pagi semalam di lokap Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu dibebaskan...

Isnin, 24 Jun 2013
Husam bebas dengan jaminan polis
Husam diiringi isteri bersama pimpinan PAS Kelantan dan para penyokong bertemu Tuan Guru Nik Abdul selepas dibebaskan.
KOTA BHARU: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa yang ditahan sejak awal pagi semalam di lokap Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu dibebaskan kira-kira jam 5.00 petang ini dengan jaminan RM3,000. 

Menurut peguamnya, Hisham Fauzi, Husam dibebaskan dengan jaminan polis selama sebulan.

Husam diiringi isteri, Datin Rohana Abdul Rahman dan Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Nasaruddin Daud.
Photo: Husam dibebaskan. Beliau bersama ustaz nasa dan beberapa pimpinan lain.

Allahuakhbar!
Husam dibebaskan. Beliau bersama ustaz nasa dan beberapa pimpinan lain.

Laungan takbir bergema oleh lebih 300 penyokong yang menunggu sejak awal lagi.

Perasaan sebak juga turut dirasai oleh orang ramai apabila seorang lelaki tiba-tiba memeluk Husam sambil menangis tanda bersyukur dan terharu.

Sebelum ini, isteri beliau yang telah lama berada di ruang pekarangan IPD Kota Bharu untuk menyambut pembebasan dan kepulangan suami tercinta berharap Husam dibebaskan hari ini.
Photo: Husam dibebaskan dengan jaminan polis.
Husam dibebaskan dengan jaminan polis.
Sementara itu, Pertubuhan R Kelantan dan Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (Royalti) akan menganjurkan program menyambut pembebasan Naib Presiden PAS itu malam ini.

Program berkenaan akan diadakan di Masjid Sekolah Menengah Ugama (Arab) Taqaddum Maarif Pasir Tumboh.

Presiden R, Nazri Deraman ketika menghubung Harakadaily berkata, program berkenaan bermula selepas solat Isyak berjemaah dan solat hajat.
Photo: Difahamkan ini adalah perjumpaan pertama tg nik aziz dan datuk husam.
Difahamkan ini adalah perjumpaan pertama tg nik aziz dan datuk husam.
Jelasnya, selepas itu juga ceramah daripada 15 orang pimpinan masyarakat juga akan diadakan malam ini.

“Semua dijemput hadir beramai-ramai dan sebarkan,” ujarnya.

Malam tadi, seramai 150 orang termasuk bekas Anggota Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Abdul Rahman Yunus, Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim dan Adun Mengkebang, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman membaca surah Yasin beramai-ramai di luar pagar IPD Kota Bharu.Harakahdaily.
Photo: Datuk husam menziarahi pusara bondanya.
Datuk Husam menziarahi pusara bondanya.
Read More

Tengok Je Lah...Nazri Kantoi Tunjuk Isyarat Lucah Kepada Jurugambar Di Parlimen!

Isnin, 24 Jun 2013
Tengok Je Lah...

Apakah ini contoh terbaik yang ditunjukkan oleh seorang yang bergelar menteri kanan dalam kabinet Najib Razak?

Menunjukkan isyarat tidak senonoh kepada jurugambar yang merakamkan gambarnya di parrlimen hari ini sempena persidangan angkat sumpah ahli-ahli parlimen dan melantik Speaker Dewan Rakyat yang baru. 

Dia memegang jawatan Menteri Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. 

Sudah pasti isyarat ini bukan molek dan indah untuk tarik pelancung ke negara kita serta jauh sekali bukannya budaya kita. 

Betapa sombong, bongkak dan angkuhnya pemimpin UMNO ini. 

Tidak tahu nak kata apa lagi... speechless. -omakkau

Ulasan GB

Bagi orang-orang, video lucah, gambar lucah dan isyarat lucah macam sudah menjadi budaya bagi mereka sehingga kita tertanya-tanya agama apakah orang-orang UMNO ini?

Jika Islam apakah itu akhlak yang diajar oleh Rasulullah saw dan bagaimana tergamaknya mereka memalukan Islam dan umat Islam dengan perbuatan-perbuatan sedemikian di depan mereka yang bukan Islam?
Posted By Greenboc.

Nazri Tunjuk Simbol 1Malaysia yang Baharu???

Gambar ini tersebar secara meluas di FB dan media sosial yang lain. Walau bagaimana pun saya peroleh  foto ini di sini.

Foto ini dirakam di kawasan Parlimen bersempena dengan upacara mengangkat sumpah 222 anggota Parlimen yang memenangi kerusi masing-masing dalam PRU13 yang lalu.

P/s: Pak Menteri ini menerajui Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. Hebat!!!
DCM.

RAKAMAN GAMBAR NAZRI AZIZ SENGAJA TUNJUK ISYARAT TIDAK SOPAN KEPADA JURUGAMBAR YANG RAKAM GAMBARNYA DI PARLIMEN, TERSEBAR LUAS DI INTERNET DAN MENJADI PERBUALAN UMUM KINI!!!!!!
Apakah ini contoh terbaik yang ditunjukkan oleh seorang yang bergelar menteri kanan dalam kabinet Najib Razak?

Menujukkan isyarat tidak senonoh kepada jurugambar yang merakamkan gambarnya di parrlimen hari ini sempena persidangan angkat sumpah ahli-ahli parlimen dan melantik Speaker Dewan Rakyat yang baru.

Dia memegang jawatan Menteri Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Sudah pasti isyarat ini bukan molek dan indah untuk tarik pelancung ke negara kita serta jauh sekali bukannya budaya kita.

Betapa sombong, bongkak dan angkuhnya pemimpin UMNO ini.

Tidak tahu nak kata apa lagi... speechless.
Posted by OMAK KAU!!!! at Monday, June 24, 2013
Read More

AdukaTaruna Koordinator Program: PUNCA KEKECOHAN DEMO DEPAN PARLIMEN TERBONGKAR...SIAPA AMBIL KESEMPATAN ?

Isnin, 24 Jun 2013
Ini sebabnya kenapa demo depan Parlimen menjadi kecoh...

Suasana Kecoh Aktivis Di Tahan Di Hadapan Parlimen

Menurut Aduka Taruna, sebenarnya para aktivis yang berhimpun di hadapan Parlimen itu hanyalah mempertahankan diri sebelum menyerahkan diri kepada Polis lantaran mereka telah dilayan secara kasar tanpa sebab. 

SPR diselamatkan oleh polis yang tiada pengalaman.
1. Pihak NGO Royalti kecewa apabila objektif perhimpunan menentang penipuan SPR dan JPN telah menjadi acara permusuhan antara peserta dengan pihak polis.

2. Keadaan awalnya berjalan baik. Polis mengatakan pihaknya membenarkan 10 wakil gabungan aktivis untuk masuk ke parlimen bagi menyerahkan memorandum.

3. Tetapi keadaan menjadi curiga apabila terlalu lama. Apabila wakil gabungan aktivis cuba mendapatkan penjelasan, kumpulan polis muda yang membentengi jalan masuk menjawab dalam keadaan mengejek.

4. Gabungan aktivis memutuskan untuk menyusun peserta sehingga 5 meter dari sempadan benteng polis. Ini bagi menunjukkan objektif aktivis adalah serius. 

5. Apabila gabungan aktivis mara, polis muda yang menjadi benteng menjadi cemas dan menyerang aktivis.

6. Keadaan menjadi buruk apabila terlalu ramai orang tidak beruniform memukul aktivis atas nama polis. Ini menyebabkan aktivis melawan mempertahankan diri kerana tidak wujud tanda rasmi polis. 

7. Yang direkodkan, seramai 37 aktivis cedera termasuk aktivis Royalti bernama pena Lan Cass. Beliau mendapat kecederaan patah kaki akibat dipukul 'polis berpakaian biasa'.

8. NGO Royalti menyeru semua pihak berhimpun di Lokap Bersepadu Jinjang bagi menyatakan solidariti kepada aktivis yang cedera dan ditahan. 

AdukaTaruna 
Koordinator Program




Read More

Panas: Aktivis Tersiksa Di Luar, Anwar Gelak Sakan Di Dalam !!

Isnin, 24 Jun 2013
Protes Di Hadapan Parlimen 25 Di Tahan
Aktivis Tersiksa Di Luar, Anwar Gelak Sakan Di Dalam !!
Ramai yang pasti terkejut dengan adengan yang disaksikan ini. Di kala beberapa orang aktivis Black 505 berhadapan dengan pihak polis di luar bangunan parlimen, tetapi dua pemimpin utama politik negara iaitu Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Daruk Seri Anwar Ibrahim kelihatan mesra bersarapan bersama pagi tadi. Mungkin bagi sesetengah pihak, ia dianggap perkara biasa apabila seorang Ketua Pembangkang dijemput bersarapan dengan Ketua Kerajaan yang memerintah. Namun, bagi mereka yang hadir ke parlimen untuk menghantar memorandum mendesak Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR meletakkan jawatan, pasti akan benci melihat adengan ini. Ternyata ia satu senario biasa dalam sesebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini sebenarnya. 

Apapun, apa salahnya para pemimpin pembangkang yang berada di dalam dewan turun melihat aktivis yang ditahan ketika berhadapan dengan pihak polis. Kini ramai yang musykil apabila Anwar awal-awal lagi mengatakan tiada lagi himpunan membantah SPR akan diadakan selepas ini. Apakah ia bermakna Pakatan Rakyat kini sudah sedia menerima kenyataan bahawa BN menang pilihanraya umum ke-13 lalu secara sah?. Inilah yang memusykilkan ramai pihak sekarang sebenarnya. Apa yang jelas, selain Anwar beberapa orang lagi pemimpin pembangkang turut kelihatan mesra dengan barisan pemimpin kerajaan. Sepatutnya adengan sebegini ditangguhkan terlebih dahulu bagi menghormati aktvivis yang sedang berjuang untuk menuntut keadilan PRU-13 di luar parlimen. Kenapa perlu bermuka-muka ketika mereka tersiksa diluar sana. Adalah lebih elok ahli parlimen pembangkang turun melihat adengan yang berlaku diluar daripada bermesra di dalam parlimen!.
Jika Copy Paste, Sila Nyatakan Sumber Artikel Ini: http://pahangdaily.blogspot.com/2013/06/panas-foto-najib-anwar-minum-di.html#ixzz2X43yNdNa

RAKAMAN GAMBAR NAJIB, MUHYIDDIN DAN DSAI DUDUK SEMEJA MINUM PAGI SELEPAS ANGKAT SUMPAH AHLI PARLIMEN CUBA DIJADIKAN ISU BESAR!!!!!!




Rakaman gambar Dato' Seri Najib bersama-sama dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin, minum pagi duduk semeja dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim di bangunan Parlimen selepas angkat sumpah cuba diputarkan menjadi isu politik oleh seorang ahli Parlimen veteran yang baru menang dari Kelantan sebagai kisah pemimpin duduk seronok minum pagi bersama pihak lawan tetapi rakyat berjemur di luar panas berjerebu lawan penipuan SPR.

Hakikatnya DSAI duduk semeja kerana mengikut protokol sebagai Ketua Pembangkang.

Paling ketera dalam rakaman gambar diatas betapa begitu ramai "bodyguard" DSNR dan TSMY mengelilingi kawal ketat keselamatan meja tersebut.

Menunjukkan betapa profesional dan matangnya politik DSAI.
Posted by OMAK KAU!!!!
Read More

Gambar Anak Muda Baring Atas Jalan Raya Protes di Pintu Masuk Parlimen - 24 Jun 2013...

Isnin, 24 Jun 2013
Blackout 505 - Baring atas jalanraya depan Parlimen tanda protes

Gambar dan video sekitar protes di parlimen


Gambar dan video sekitar protes di parlimen


Gambar dan video sekitar protes di parlimen sekarang ini 24.6.2013










Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena