Tuesday, 30 July 2013

Benarkah PAS sedang menghadapi krisis kepimpinan yang serius?

Rabu, 31 Julai 2013
Benarkah PAS alami perpecahan?
Mazlan Aliman
Teringat kata-kata Tuan Guru Haji Abd Hadi, “Maqam takwa ahli biasa yang kerjanya hanya penampal poster boleh jadi lebih tinggi dari Presiden parti.”
Ramai yang bertanya kepada saya, benarkah PAS sedang menghadapi krisis kepimpinan yang serius? Ada kelompok kepimpinan, kem tertentu, diresapi fahaman Islam Liberal, menganut ajaran Syiah dan lain-lain.

Saya mula berjinak-jinak dengan PAS sejak tahun 1985 dan secara rasmi sebagai ahli tahun pada tahun1986. Bermula sebagai ahli biasa yang menampal poster, pasang bendera, kutip derma masa ceramah, kawal lalu lintas dan berbagai-bagai tugasan yang diamanahkan.
Daripada ahli biasa, meniti hierarki kepimpinan sampai pada waktu ini. Bergaul dengan macam-macam jenis manusia melalui program pentarbiahan dan dalaman parti; hingga percampuran dengan masyarakat di luar. Latar belakang ahli tentulah berbeza. Ada yang dulunya Umno, Arqam, Tabligh, Jim, Abim; hingga kepada penganut Tarekat dan sesetengahnya beramal dengan ajaran yang pelik-pelik yang diwarisi sebelum menyertai PAS.
Alhamdulillah, manhaj tarbiah yang dipeloleh daripada PAS atas nama usrah, tamrin, kuliah dan lain-lain dapat menyelaraskan Wehdatul Fiqh dan Wehdatul Amal. Namun, bezanya dalam PAS ialah keterbukaannya. Sama ada pandangan pimpinan sendiri yang dinukilkan dalam buku-buku yang diterbitkan oleh Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Haji Hadi, Ustaz Fadhil Nor, Haji Yusof Rawa, Ustaz Yahya Osman (sekadar beberapa nama) atau tokoh gerakan Islam luar, antaranya Yusof Qardhawi, Syed Qutb, Hassan al-Banna dan lain-lain - dijadikan sandaran ilmu dalam memperkasa jemaah, khususnya dasar perjuangan PAS yang bersesuaian dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia.
Dalam tempoh lebih 25 tahun bersama PAS, hari ini PAS telah berada di landasan yg terbaik. Berkembang dengan pesat, organisasi yang kian tersusun dan tentunya jumlah ahli dan penyokong jutaan orang. Saya melaluinya sendiri dari zaman Yusof Rawa hingga ke era Tuan Guru Haji Hadi. Ahli PAS bebas memberi pandangan dan mengkritik parti menerusi program dalaman, penulisan; hatta mesyuarat parti hingga ke Muktamar Tahunan PAS. Seperti mana Ketua Cawangan PAS ditegur dalam mesyuarat hinggalah Presiden PAS pun turut di kritik dan dinasihati oleh AJK PAS Pusat dalam mesyuarat bulanannya.
Selain AJK PAS Pusat, saya juga adalah anggota Lajnah Politik PAS Pusat dan memegang pelbagai jawatankuasa lain yang ditubuhkan oleh parti. Ahli mesyuarat bebas memberikan pandangan berasaskan tahap intelektual masing-masing. Kehebatan berhujah adalah keistimewaan yang dimiliki termasuk Pesuruhjaya Negeri. Presiden PAS selaku pengerusi mesyuarat sangat terbuka dalam meraikan semua pandangan. Presiden parti tidak menggunakan kuasa Veto, akur keputusan bersama.
Saya merasai detik-detik mendebarkan dan perbincangan hangat tatkala memutuskan kedudukan Dato' Dr Hassan Ali, polemik Kedah dan isu kerusi Kota Damansara. Namun, bagaimana panas sekalipun, ia tetap dalam ruang lingkup akhlak. Maknanya, tidak benar jika ada yang menuduh sesetengah AJK PAS Pusat bersikap kurang ajar dan tidak wala' dengan keputusan mesyuarat.

Justeru, tidak benar, hanya perbezaan pandangan dan kritikan tajam dianggap berpecah. Pimpinan PAS kekal mantap dan dihormati kawan dan lawan
Kebiasaannya mesyuarat di mulakan dengan usrah, selesai mesyuarat yang kadang kala berlarutan lebih 5 jam; kami makan bersama dalam suasana santai dan penuh mesra. Apa-apa yang didebatkan dalam mesyuarat meskipun berbeza pandangannya, menjadi keputusan yang mesti dipatuhi. Semangat syura yang hidup dan segar, menjadi rahsia kekuatan PAS hari ini.

Adalah tidak benar apabila muncul tuduhan dalam facebookb, blog dan lain-lain, kononnya ada berbagai puak dalam parti, dakwaan tidak wala'; apatah lagi tuduhan sesetengah pimpinan menganut fahaman tertentu. Jika ada aduan rasmi, maka Jawatankuasa Disiplin parti akan bicarakan dengan adil. Sejarah pemecatan ahli dalam parti akibat kesalahan tertentu, ada dan jelas.
Saya tegaskan hal ini sebagai gambaran bahwa PAS sebenarnya sebuah parti dan gerakan Islam yg mantap dan tentulah cabaran mengurus organisasinya bukan mudah. Hakikatnya, PAS lebih mantap daripada Umno dan parti-parti lain di Malaysia. Meskipun bersikap terbuka, tapi ada peraturannya; kritiklah, tapi jangan membuat fitnah.

Melabel pemimpin tertentu hingga timbul cakap-cakap untuk menjatuhkan seseorang yang tidak sehaluan adalah hak perwakilan. Tetapi adalah menyedihkan, jika tokoh yang mahu ditolak itu adalah berdasarkan emosi semata-mata, marah atau sebab-sebab yang tidak jelas. Lebih malang, kalau tokoh itu sangat menyerlah, ada wibawa; tapi tidak disenangi kerana kelantangannya.
Kita sayang pada PAS, jamaah yang kita sertai berasaskan kefahaman dan kesedaran kita. Daripada menuding jari dan melabel orang, lebih baik tumpukan pada tanggungjawab yang diamanahkan. Tidak cukup masa kita untuk cari salah orang lain, kalau kita sibuk dengan urusan perjuangan!.
Kita sebuah parti yang kukuh, ada kerajaan yang kita kuasai pemerintahannya, harapan rakyat terlalu tinggi kepada kita. Jangan buang masa berbalah. Hentikan prasangka sesama kita. Eratkan perpaduan, perkukuh saf di semua peringkat. Mainkan peranan masing-masing, sama ada berjawatan atau tidak.
Sama ada kita ulama, profesional, aktivis atau siapa pun kita; semuanya bertanggungjawab kepada parti. Betulkan nawaitu, ikhlaskan diri kerana Allah.

Teringat kata-kata Tuan Guru Haji Abd Hadi, “Maqam takwa ahli biasa yang kerjanya hanya penampal poster boleh jadi lebih tinggi dari Presiden parti.”

Selamat Berpuasa

* Mazlan adalah AJK PAS Pusat dan Pengerusi Anak, NGO yang perjuangkan peneroka Felda. Beliau menang dengan undi tertinggi dalam muktamar PAS yang lalu.

Read More

Petisyen PRU13: DUN Manong, Pasir Panjang kekal milik BN...

Rabu, 31 Julai 2013
Kos ditanggung oleh pempetisyen

BATU GAJAH: Barisan Nasional (BN) mengekalkan kemenangan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manong dan Pasir Panjang selepas Mahkamah Pilihan Raya menolak petisyen terhadap dua kerusi itu semalam.
Hakim Abang Iskandar Abang Hashim membuat keputusan itu dengan kos ditanggung oleh pempetisyen.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 baru-baru ini, calon BN, Mohamad Kamil Shafie memenangi kerusi DUN Manong dengan majoriti 231 undi manakala Rashidi Ibrahim memenangi DUN Pasir Panjang dengan majoriti 304 undi.
Posted by Idham Lim at 5:37 PG
Read More

1 Hari Di Hari Raya Bersama Anjing?: Raikan bersama-sama...Orang Melayu terlebih sensitif!

Rabu, 31 Julai 2013
5:30 am
 Video itu adalah untuk memberikan pendidikan kepada masyarakat di luar sana mengenai penjagaan anjing...


Menurut wanita berusia 38 tahun ini, tujuannya memuat naik video itu adalah untuk memberikan pendidikan kepada masyarakat di luar sana mengenai penjagaan anjing seperti mana yang dilakukannya.

“Saya takde niat pun hina Islam sebaliknya video itu adalah pada mulanya saya memang buat suka-suka tapi alang-alang baik saya ‘educate’ orang di luar mengenai penjagaan anjing dan kebersihan,” katanya eksklusif ketika dihubungi Mynewshub sebentar tadi.

Selain itu, Chetz yang merupakan seorang jurutera, turut berasa pelik apabila video yang sudah lama dimuat naik sejak 2010 itu, hanya kini hendak diperkatakan.

“Benda ni dah lama kenapa dia (video) timbul sekarang? Orang Melayu terlebih sensitif,” katanya yang memiliki lapan ekor anjing yang semuanya merupakan anjing jalanan.

Chetz turut menyatakan tujuan video itu direkod adalah untuk menunjukkan kebersihan dalam menjaga haiwan peliharaan selain menyatakan anjing itu tidak haram untuk dibela.

Anjing-anjing yang dibela itu kesemuanya merupakan anjing terbiar dan dibuang di jalanan malah ada di antaranya yang buta serta pernah dilanggar orang.

“(Bela) Anjing ini tak haram, kalau basah, kita samak,” katanya lagi.

Ketika ditanya tidakkah dia takut sekiranya pihak berkuasa bakal mengambil tindakan terhadapnya, Chetz mengatakan, “saya risau ambil masa saya, buat report polis, kena buat ‘statement’ kepada polis, itu yang saya risau sebab ia mengambil masa saya”.

Chetz yang masih bujang ini tinggal bersama dua lagi rakan serumahnya yang beragama Islam malah mereka turut sama menjaga anjing-anjingnya yang merupakan baka Mix Breed atau Mongrel itu.

Menurutnya lagi, keluarganya turut menyokong tindakannya menyelamatkan anjing jalanan dan terbiar walaupun ada di antara ahli keluarganya tidak bersetuju pada mulanya.

“Ada ahli keluarga pada mulanya tak bersetuju, tapi bila saya terangkan, mereka boleh terima benda ini,” katanya yang mengharapkan semua pihak tidak cepat melatah dengan perkara ini.

Menerusi video berdurasi satu minit 14 saat itu, Chetz meraikan Aidilfitri bersama tiga ekor anjingnya dengan berlatar belakangkan audio Takbir Raya sekali gus menimbulkan kemarahan segelintir pihak kerana dikatakan menghina umat Islam di Malaysia ~ Mynewshub

Ke mana pergi pasukan sukarela SEMUT ini?
Bernama melaporkan SKMM akan segera menyiasat pemilik video ini..
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari, berkata SKMM diarah menyegerakan siasatan terhadap pemilik video yang dianggap boleh mengganggu sensitiviti Islam itu.

"Saya menerima banyak pertanyaan mengenai hal ini walaupun SKMM belum menerima laporan mengenainya. Oleh itu, saya mengarahkan SKMM untuk menyiasat video itu," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Pada 21 Julai lalu dengar katanya ada satu pasukan pemantau salah laku internet yang akan secara sukarela memantau kemudian membuat laporan kepada polis jika kandungan sesebuah bahan di internet itu menyentuh sensitiviti atau menghina kaum dan bangsa lain.

Pasukan yang digelar Sensible and Ethical Malaysians United Troopers (SEMUT) itu diketuai oleh Penyelarasnya Huan Cheng Guan.

Dengarnya seperti serius, tetapi sehingga tengahari ini, belum ada sebarang makluman dari pihak SEMUT tentang kemunculan video menghina ini.

Mereka sudah tidak buat kerja atau memilih video yang tertentu sahaja untuk dilaporkan kepada pihak berkuasa. Ke mana pergi pasukan sukarela SEMUT ini? 5:30am.
Posted by Anak Sungai Derhaka.


Jurulatih anjing nafi hina Islam dalam video
RK Anand
1:10PM Jul 31 2013
Individu yang melakonkan aksi sambutan hari raya bersama anjing dalam satu video kontroversi menafikan bahawa tindakannya itu merupakan satu penghinaan kepada Islam.
Maznah Mohd Yusof, 38, ketika dihubungi Malaysiakini berkata beliau berasa sedih kerana video berkenaan disalah tafsir.
NONE

“Saya sayang agama saya. Saya fikir orang perlu belajar mengenai agama mereka dulu dan tidak membuat tafsiran salah mengenai video saya, yang dibuat tiga tahun lalu," katanya.

Jurulatih anjing tersebut berkata, beliau membersihkan dirinya dan anjing berkenaan dalam video berkenaan kerana agama Islam menurutnya menganjurkan kebersihan.

Maznah berkata, beliau juga sedih kerana imam masjid berhampiran kawasannya juga marah dengan video berkenaan.

“Sebagai seorang pemimpin agama, tidakkah dia tahu mengenai undang-undang Islam? Sepanjang pengetahuan saya, agama saya tidak menghalang saya daripada membela atau menjaga anjing,” katanya.

Maznah yang juga dikenali sebagai Chetz berkata jirannya yang beragama Islam kini tidak berpuas hati walau mereka sebelum ini tiada masalah dengan tindakannya membela anjing.

"Video ini dibuat tiga tahun lalu, kenapa jadikannya sebagai isu sekarang?

"Saya percaya ini berkaitan dengan kes blogger Alvin Tan dan Vivian Lee... sebab pada awalnya, mereka yang menonton video tersebut menyangka saya seorang Cina,” katanya.

Beliau merujuk kepada pasangan blogger seks yang didakwa ekoran satu video didakwa menghina Islam.

SKMM diarah siasat video 'hari raya' dengan anjing
11:35AM Jul 31 2013
 Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata beliau menerima banyak pertanyaan berhubung satu video di Youtube yang didakwa menunjukkan seorang pemuda menyambut hari raya dengan tiga ekor anjing.

Laporan Bernama menyebut, beliau telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia menyiasat video yang didakwa menghina Islam itu.

“Saya menerima banyak pertanyaan mengenai hal ini walaupun SKMM belum menerima sebarang laporan mengenainya.

“Oleh itu saya telah mengarahkan SKMM mengambil tindakan untuk menyiasat video tersebut,” katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut.

Menurut laporan itu, video didakwa bertajuk '1 Hari di Hari Raya' itu menunjukkan seorang individu berjalan bersama anjing berkenaan dengan bunyi latar alunan takbir hari raya.

Video sepanjang hampir dua minit itu seterusnya menunjukkan aksi seorang individu membasuh kaki anjing dan juga kakinya sendiri.

Individu berkenaan yang diperkenalkan sebagai “Chetz” itu mengenakan baju Melayu dalam video berkenaan dan seterusnya menghidangkan kuih dan makan bersama anjing tersebut, menurut laporan itu lagi.

Video berkenaan menunjukkan keterangan: “Raikan Aidilfitri bersama-sama tanpa mengira spesies, warna kulit dan asal usul" dan turut menunjukkan gambar anjing tersebut.

Sementara itu, satu laporan Utusan berhubung video sama hari ini karya berkenaan sebagai "perbuatan biadab mempermain-mainkan kesucian agama Islam sengaja dilakukan dalam bulan Ramadan."
ADIRA BERI PENJELASAN MENGENAI GAMBAR 

GAMBAR NANU BAHARUDIN BERSAMA ANJING PELIHARAAN
Read More

Awas! Label Ulama, Profesional, Liberal, Erdogan, UG mahupun Syiah: Perang Saraf & Usaha halus untuk pecahkan PAS...

Selasa, 30 Julai 2013
Syiah: Usaha halus pecahkan PAS
"Kita mohon ahli PAS tidak termakan dengan fitnah dan berjaga-jaga dengan taktik jahat musuh" - Tuan Ibrahim Tuan Man
Awal tahun 2012, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pergi ke beberapa negara Timur Tengah. Di sana beliau dan rombongan menyertai persidangan antarabangsa yang melibatkan gerakan Islam seluruh dunia.
Sekembali dari lawatan itu beliau membuat satu catatan yang sangat bernilai tentang apa yang berlaku di Syria.
Bagi beliau, apa yang berlaku di Syria bukanlah pertembungan kerajaan Syria yang bermazhab Syiah dengan rakyatnya yang Sunni sebagaimana yang digembar gemburkan oleh sesetengah pihak di Malaysia.

"Pemerintahannya bersifat diktator bertopeng demokrasi, yang menekan rakyat dengan lesen yang diberi oleh kuasa-kuasa besar dunia di atas nama rakan strategik bagi keselamatan Israel yang dilindungi dengan cara paling istimewa.
"Syria mempunyai kedudukan yang agak berbeza dengan negara Arab yang lain, kerana tidak mengiktiraf Israel dan tidak mengadakan hubungan diplomatik dengannya.

"Syria juga menjadi pintu keluar bagi negara Iran yang dikepung, dalam masa yang sama mengizinkan buminya menjadi pangkalan bagi gerakan Islam Hamas dan Jihad Islami, serta pangkalan bantuan bagi Hizbullah yang berada di Selatan Lubnan.
"Hamas dan Jihad Islami bermazhab Sunni, tidak sama dengan Bashar Assad yang menganut mazhab Alawi. Begitu juga Republik Islam Iran dan Hizbullah yang bermazhab Syiah Imamiyyah yang bertentangan juga dengan mazhab yang dianut oleh Bashar dan keluarganya," tulis Ustaz Hadi dalam tulisan itu.

Bagi beliau, hubungan Iran dan Hizbullah yang Syiah serta Hamas dan Jihad Islami yang Sunni dengan Syria adalah hubungan strategik masing-masing.

Jadi apabila Bashar bertindak ke atas rakyatnya termasuk membunuh mereka, ia adalah kerana pertentangan antara Bashar yang jahat dengan rakyatnya yang mahu bebas dari kuasa jahat itu bukannya kerana perbezaan mazhab.
Persoalannya kenapa isu Syria dijadikan pertembungan Syiah dengan Sunni oleh sesetengah pihak?

"Sekarang ini sesetengah pihak dalam PAS sedang bergabung dengan sesetengah pihak dalam Umno nak 'bunuh' aku," kata Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS kepada The Malaysian Insider.

Beliau mengulas laporan yang melarat-larat tentang isu Syiah sejak kebelakangan ini. Mohamad diserang habis-habisan apabila beliau mengunjungi Menteri Wakaf Syria setahun lalu.

Beliau didakwa menyokong kerajaan Bashar di Syria dalam isu pertentangan di negara itu kerana beliau didakwa pengikut Syiah.
Mohamad beberapa kali menjelaskan beliau bukan Syiah tetapi menyokong pendekatan politik yang diambil oleh kerajaan Iran dan Hizbullah dalam memperjuangkan Islam dan melawan musuh Islam iaitu Israel dan Amerika.

Dalam kes Syria, ketika Amerika membantu usaha menjatuhkan kerajaan Bashar Al Asad, beliau bimbang akan lahir kerajaan boneka Amerika kedua di rantau itu selepas Iraq.

Bagi beliau, dari menjadi boneka Amerika lebih baik mengekalkan kerajaan yang ada dan membiarkan rakyatnya sendiri menentukan kerajaan di sana dari campur tangan Amerika.
Sudah tentu pendirian ini tidak popular di Malaysia kerana kita terdedah hampir setiap hari tentang kekejaman kerajaan Bashar yang membunuh rakyatnya sendiri termasuk wanita dan kanak-kanak.

Kini hampir setiap hari media memainkan isu Syiah. Kononnya Syiah sudah berjaya mengawal beberapa pusat pengajian tinggi dan pemimpin PAS juga diresapi pengaruh Syiah.

Kesan tuduhan ada kaitan dengan Syiah ini juga dikatakan antara sebab mengapa Mohamad kalah di kerusi Parlimen Pendang dalam pilihan raya umum ke 13 lalu.

Ini ekoran dakwaan yang mengatakan ada unsur-unsur sabotaj di kalangan penyokong PAS sendiri kerana tidak senang dengan label hubungan dengan Iran dan Syiah yang ada pada Mohamad.
Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini menegaskan, tidak ada pimpinan PAS yang terlibat dengan Syiah.

Beliau menyifatkan ia hanya serangan politik terhadap parti itu.
Ketua Penerangan PAS itu berkata tuduhan itu tidak berasas sama sekali, tanpa bukti dan hanya berpandukan andaian semata-mata.

"Saya kesal kenapa mereka memberi bayangan sebegitu. Ingin saya tegaskan sekali lagi tiada pemimpin PAS yang terlibat," katanya pada kenyataan media, hari ini.
Tuan Ibrahim berkata, beberapa pimpinan PAS yang ada hubungan peribadi dengan pimpinan Iran atau gerakan Islam Timur Tengah, bukan bermakna mereka pengikut Syiah.

Beliau juga berkata, "Kita mohon ahli PAS tidak termakan dengan fitnah dan berjaga-jaga dengan taktik jahat musuh untuk melaga-laga pemimpin dan ahli PAS dengan pelbagai label seperti ulama dan profesional, liberal, kumpulan Erdogan, UG mahupun Syiah.” – MalaysiaInsider

Mat Sabu jawab isu Syiah ..
Ikuti pandangannya yang diluahkan kepada wartawan AHMAD LUTFI OTHMAN, SAADON AKSHAH dan SALMIYYAH HARUN, di Pejabat Harakah, Kuala Lumpur.
June 22, 2011


Di samping sokongan dan harapan tinggi ahli parti dan rakyat terhadap sdr, terdapat juga suara-suara sumbang yang mengaitkan sdr dengan mazhab Syiah ....
Saya kebetulan membesar dalam perjuangan, menyertai PAS pada 1978 dan tahun 1979 berlaku revolusi Islam Iran. Perkembangan dan kebangkitan di sana menjadi tumpuan ramai. Kemudian kemunculan gerakan Islam seperti Hizbullah, yang juga dipimpin seorang ulama yang memakai serban.
Kita ambil contoh Imam Khomeini. Macam mana seorang ulama yang menggerakkan rakyat sehingga boleh buat revolusi. Isu apa yang dipakai? Mereka tidak sebut pertentangan kelas. Tetapi beliau mengemukakan isu Mustakbirin dan Mustad'afin, iaitu yang menindas dan yang kena tindas, 'oppressed and oppressors'.
Bagaimana Khomeini berjaya meletakkan semua golongan dibawahnya. Sama ada sosialis, komunis, liberal dan sebagainya berketuakan dia. Yang ini kita perlu belajar, bukan soal mazhabnya.
Saya juga menghormati, bahkan dalam ucapan-ucapan saya tidak lekang menyebut Imam Hassan Al-Banna. Dia seorang guru agama biasa tetapi dia berdakwah dan berjaya masuk sampai ke bar dan kelab malam. Bagaimana dia boleh memimpin semua peringkat, sehingga intelektual universiti, profesor juga ada di bawah naungannya. Pemimpin macam ini saya amat hormat.

Begitu juga dengan Hizbullah. Di Beirut, yang digelar 'Paris of the East', tempat tarian gelek, tarian separuh bogel, minum arak, pakai bikini, tiba-tiba di tengah kota ini muncul satu badan yang begitu disiplin dan begitu menitikberatkan hal kebajikan. Serta boleh mengumpul anak muda dan bagaimana mereka dilatih sehingga sanggup korbankan nyawa harta benda untuk melawan dengan Israel.
Kemudian, dari sudut politik, mereka boleh menarik golongan kristian Michael Aoun yang bersenjata dan kumpulan sekular yang lain berada di bawah naungan Hizbullah. Ini taktik dan strategi politik. Inilah yang saya kagum dan mahu belajar daripada mereka.

Begitu juga Sheikh Ahmad Yasin yang berjuang daripada muda sehinggalah beliau berkerusi roda terus berjihad. Sesetengah kita bila masuk umur tua sedikit cepat-cepat menyerahkan kepada orang muda, "biar kami tua-tua ni duduk di belakang". Tetapi Sheikh Ahmad Yasin ini menyemarakkan semangat jihad sehingga melahirkan Hamas.
Jadi contoh-contoh inilah yang saya kagum. Kadang-kadang saya tidak tahu pun latar belakang soal anutan mazhab mereka, tetapi saya melihat dari sudut ilmu bagaimana mereka mengorak langkah dan memimpin. Dan dalam dunia moden ini, bagaimana ulama ini boleh diterima umum.

Kita ambil contoh macam Hassan Nasrullah. Penyanyi, ahli sukan, artis, semuanya boleh menerimanya. Kita kena lihat di mana kekuatan mereka. Begitu juga dengan dunia intelektual. Saya minat pandangan Dr Kalim Siddiqui, ahli sains sosial daripada England yang meninggal dunia di Afrika Selatan.
Saya mengingati juga Dr Ali Shariati tanpa mengetahui apa mazhab dia. Beliau membuat kupasan yang menarik terhadap sejarah, haji, firaun, kerajaan Mongul yang jatuh di India. Saya minat membaca pemikiran seperti ini. Begitulah juga dengan Dr Fathi Yakan yang membicarakan langkah awal perjuangan Islam.
Bagi saya bukan melihat pemahaman, anutan dan sebagainya. Dan kadang-kadang saya tidak tahu apa pegangan dan anutan mereka tetapi saya melihat dari sudut kepimpinan.

Begitu juga di tengah-tengah kelemahan orang Islam yang tidak yakin langsung tentang nilai jati diri sehingga orang berkata "macam mana hendak merdeka, orang Melayu, jarum pun tidak boleh buat, sedangkan British ada kapal perang".
Di sini pula muncul Jamaluddin Afghani yang memberi nafas baru kepada orang Islam untuk yakin kepada kekuatan diri menuntut kemerdekaan: "Kamu boleh mencapai kemerdekaan sendiri, kalau bersedia untuk berjuang".
Inilah sikap saya dalam hal merujuk kepada pejuang-pejuang, yang tidak langsung melihatnya dari sudut latar belakang mazhab mereka.
Detikdaily
Read More

Anwar Akur Arahan Polis: Melawat pesakit pun dihalang...Arahan Siapa Agaknya?

Selasa, 30 Julai 2013
Anwar dihalang Polis dari melawat pengerusi Mywatch yang sedang dirawat di hospital Serdang...
Heboh satu dunia betapa pihak polis dari Ibu Pejabat Polis Dearah Kajang telah tidak membenarkan DSAI melawat mangsa tembak percubaan bunuh Pengerusi MyWatch Saudara Sanjeevan di Hospital Serdang petang tadi.

Apa alasan yang diberikan tidaklah diketahui.... Yang pasti pihak polis hanya membenarkan keluar terapat mangsa saja yang melawat beliau.

DSAI sebagai pemimpin yang berjiwa besar dan merendah diri akur akan kemahuan dan larangan pihak polis.
Posted by Shalehudin at 11:09 PM


Rupanya Suspek Tembak Pengerusi MyWatch Adalah Kenalannya?
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata siasatan awal membawa kepada petunjuk yang mengejutk
Sanjeevan parah akibat ditembak di Jempol tetapi keadaannya dilapor stabil. Gambar The Malaysian Insider, Afif Abd Halim.Suspek yang disyaki terbabit dalam kes cubaan membunuh Pengerusi MyWatch, R Sri Sanjeevan dipercayai kenalannya sendiri.

Mengikut laporan Free Malaysia Today (FMT), Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata siasatan awal membawa kepada petunjuk yang mengejutkan.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut berikutan siasatan sedang dijalankan dengan diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah.

Mangsa sedang memandu kereta BMW kelabu di satu persimpangan di Bahau, Jempol sebelum dihampiri dua lelaki bermotosikal yang kemudian melepaskan tembakan.

Sebelum kejadian itu, Sanjeevan ada membuat laporan polis mengenai ancaman nyawa terhadapnya.

Mangsa dikatakan merancang membuat pendedahan berkaitan dakwaannya mengenai sebahagian pegawai polis terbabit dalam sindiket jenayah berat.

Pada masa ini, Sanjeevan masih dirawat di hospital dan keadaannya dilapor stabil. ~the malaysian insider

Read More

POLIS...Kami Takut! - Senarai Kes Tembakan Sepanjang Tahun Ini & Kenyataan Zahid Hamidi: Polis tidak boleh dipersalahkan...

1Selasa, 30 Julai 2013
Polis tidak boleh dipersalah dalam peningkatan kes tembak - Ahmad Zahid
PUTRAJAYA - Polis tidak boleh dipersalahkan dalam peningkatan kejadian pembunuhan menggunakan senjata api yang dilihat seolah-olah berleluasa sejak kebelakangan ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebaliknya semua pihak perlu memahami bahawa polis di Malaysia menghadapi kekurangan jumlah anggota dan peralatan berbanding negara maju.
"Sebagai contoh, di New York, Amerika Syarikat, seorang polis berkhidmat untuk 35 penduduk berbanding seorang polis di Malaysia berkhidmat untuk 700 penduduk untuk sesuatu kawasan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Miles Kuppa, di pejabatnya di sini hari ini, sebagai mengulas kejadian tembak yang sering dilapor sejak kebelakangan ini termasuk melibatkan individu berprofil tinggi.
Semalam Pengasas Arab Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi maut manakala isterinya cedera ditembak dari jarak dekat di parkir kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina, Kuan Yin Temple, di Lorong Ceylon, di ibu negara.

Kejadian itu berlaku dua hari selepas aktivis antijenayah yang juga Pengerusi MyWatch R. Sri Sanjeevan cedera ditembak di persimpangan berdekatan Taman Awana Indah, Jempol, Negeri Sembilan.
Selain dua kes berprofil tinggi itu, satu lagi kes tembak dilaporkan semalam di Bukit Mertajam, Pulau Pinang menyebabkan seorang cedera dan pada Ahad malam pula seorang lelaki maut dan dua parah ditembak oleh lelaki yang menaiki sebuah kereta ketika ketiga-tiga mereka sedang minum di bahagian luar sebuah restoran di Kampung Simee di Ipoh. - Bernama

TEMBAK : Alahai MENTERI ada kami salahkan POLIS..skrg KEMENTERIAN yang bersalah sebenarnya..
Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Kalau dah kurang kakitangan, kerajaan tambahlah bajet, tambahkan bilangan polis. Benda senang pun tak boleh fahamkah menteri? Takkah sampai bila2 nak bagi alasan sama.
Posted by Kedah Lanie at 10:00 PM

Polis, Kami Takut!
Baca berita tadi beb. Ada satu lagi kes tembakan. Kali neh mangsa tembakan ada yang mati. Yang kena tembak 3 orang. 2 disahkan parah. Lepak2 kat kedai makan jek pun kena tembak. Kejadian berlaku di Ipoh.
Di tembak depan rumah, ditembak selepas menunaikan solat, ditembak selepas parking bas, di tembak selepas keluar lif, di tembak selepas beli tosai, di tembak semasa bawa kenderaan, di tembak semasa berhenti kat traffic light merah, di tembak semasa melepak kat kedai makan.
Ini antara sebab2 tembakan misteri yang tatau apa punca nya. Namun polis menyifatkan kes2 tersebut berkaitan dengan dadah.
Budak umur empat tahun pun kena tembak beb.
Itu tak masuk lagi kes jenayah2 tembakan akibat samun. Nak menyamun satu hal, menyamun sampai nak membunuh orang pula tue. Gila kejam.

Ada satu kes tembakan berpunca dari isu remeh temeh je. Pemandu lori taknak bagi jalan pada kereta, sekali pemandu kereta pergi tembak pemandu lori tersebut.
Gila betul. Sanggup nak bunuh orang pasal hal2 gini?
Memang kita sebagai rakyat berhak rasa tak selamat. Ia bukan satu bilangan yang kecil untuk kita remehkan.
Persoalan2 yang bermain di minda kita ;

1. Betapa mudahnya senjata api diperolehi.

2. 'Pekerjaan Pembunuh Upahan' semakin berkembang pesat di Malaysia.

3. Malaysia semakin terdedah kepada jenayah bunuh yang lebih serius.

4. Penjenayah semakin ganas dan tidak berperikemanusiaan.

5. Penjenayah berani mencabar polis secara terbuka dan langsung tak rasa takut.

6. Jenayah melibatkan dadah semakin meruncing di negara neh sehingga ada yang tergamak membunuh orang bagi melindungi diri sendiri.

Kita tak tuduh. Tetapi ada spekulasi juga. Kejadian tembakan yang berlaku ke atas pengerusi MYWATCH baru2 neh ada kaitan dengan pendedahan yang akan dibuat olehnya mengenai salah laku dan jenayah yang melibatkan anggota POLIS.. bahkan kes2 tersebut ada juga dikaitkan dengan DADAH..

Sejujurnya sebagai rakyat di negara neh aku rasa takut dan rasa tak selamat.. penjenayah semakin berani melawan dan semakin berani mencabar penguatkuasa.. kenapa ini berlaku? Tindakan yang keras tidak cukup jika pengawasan kita lemah.. yang paling penting dalam isu soal keselamatan negara ialah kita kena tingkatkan tahap keselamatan dalam negara sebelum kita sembang kencang bab undang2 yang tegas..

Penjenayah tak lut bab undang2 yang tegas sebab dorang sentiasa ingat dorang takan ditangkap.. sebab tue kita kena fikirkan bab pengawasan.. apa agaknya tindakan yang mampu kita buat agar ;

1. Penjenayah rasa susah nak melakukan jenayah di negara ini..

2. Penjenayah rasa teragak2 nak melakukan jenayah...

3. Penjenayah takut nak melakukan jenayah secara terbuka disebabkan faktor pengawasan yang menyeluruh..

Sekarang neh kita rewind balik kes tembakan yang berlaku sepanjang tahun neh oke. Dari Jan sampai Julai. Belum masuk hujung tahun lagi.. fikir2kanla sendiri.. apakah yang dikatakan selamat itu benar2 selamat dalam erti kata sebenar.
1.   http://www.sinarharian.com.my/semasa/kes-tembak-di-balakong-polis-tahan-penyelenggara-lif-1.145043

2.   http://www.sinarharian.com.my/nasional/najib-arah-polis-berkas-segera-penjenayah-tembak-mati-tkp-kastam-1.154465 

3.   http://www.sinarharian.com.my/semasa/polis-buru-4-lelaki-kes-tetak-ikat-dan-tembak-1.164871 

4.   http://www.sinarharian.com.my/5-kes-tembak-di-kelantan-ada-kaitan-kumpulan-dadah-1.179943 

5.   http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/tahan-seorang-lelaki-bantu-siasatan-kes-tembak-1.47708 

6.    http://www.sinarharian.com.my/kes-tembak-3-beradik-antara-7-ditahan-1.37550

7.   http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/kes-tembak-polis-minta-lelaki-serah-diri-1.161801 

8.   http://www.sinarharian.com.my/semasa/kes-tembak-polis-cari-lelaki-bantu-siasatan-1.157629 

9.   http://www.sinarharian.com.my/semasa/suspek-kes-tembak-guru-mungkin-pembunuh-upahan-1.180660 

10. http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130719/je_01/Lagi-guru-mati-ditembak-dalam-kereta 

11. http://www.sinarharian.com.my/semasa/kes-tembak-polis-minta-saksi-bantu-siasatan-1.179635 

12. http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/suspek-tembak-peraih-ikan-dikenal-pasti-1.163979 

13. http://www.sinarharian.com.my/lelaki-cedera-parah-kena-tembak-1.164731 

14. http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/nekad-tembak-tuan-rumah-1.128099 

15. http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/budak-kena-tembak-1.182017 

16. http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/ditembak-selepas-balik-bersenam-1.186586 

17. http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/pemandu-lori-peladang-ditembak-1.187327 

18. http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/lelaki-ditemui-maut-kesan-tembakan-di-kepala-1.184775 

19. http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/peniaga-kosmetik-cedera-ditembak-1.184705 

20. http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/guru-cedera-ditembak-1.179043 

21. http://www.sinarharian.com.my/mangsa-tembak-meninggal-1.177033 

22. http://www.sinarharian.com.my/tembak-perut-selepas-samun-1.171458 

23. http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/mangsa-tembak-stabil-1.161107

24. http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/nyaris-maut-kena-tembak-1.156004 

25. http://www.sinarharian.com.my/semasa/peniaga-runcit-anak-ditembak-1.182938 

26. http://www.sinarharian.com.my/semasa/lelaki-maut-ditembak-selepas-beli-tosai-1.179277 

27. http://www.sinarharian.com.my/semasa/pemandu-bas-sekolah-cedera-ditembak-1.167030 

28. http://www.idhamlim.com/2013/07/lelaki-ditembak-mati-dua-parah-ketika.html

29. http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pengerusi-mywatch-ditembak-berada-dalam-keadaan-kritikal  
Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2013/07
Zahid Hamidi: Polis tidak terlibat 
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena