Friday, 30 August 2013

Gempar Anwar Ibrahim Sertai PAS ? & PERUTUSAN KEMERDEKAAN Presiden Pas dan Ketua Umum Keadilan...

Jumaat, 30 Ogos 2013
Gempar Anwar Ibrahim Sertai PAS ?
Anwar memakai kopiah PAS  yang dihadiahkan oleh ahli PAS..
Posted by Abu Luqman at 4:15 PM
http://www.kachipemas.blogspot.com/2013/08/gempar-anwar-ibrahim-sertai-pas.html


PERUTUSAN KEMERDEKAAN PRESIDEN PAS
Merdeka: Bebaskan diri daripada penjajahan minda

Tuan Guru Abdul Hadi Awang,
30 Ogos 2013
Setelah kejatuhan Kerajaan Uthmaniyyah pada 3 Mac 1924, umat Islam berhadapan dengan cabaran baru yang amat hebat. Umat Islam diserang dan dikepung dari kiri dan kanan, utara dan selatan. Sempadan geografi negara umat Islam dipecah-pecahkan, negara dibahagi-bahagikan, khazanah negara pula dijadikan hasil mahsul para penjajah, manakala rakyat pula berdepan dengan masalah baru yang mengepung mereka di setiap masa.

Di saat inilah pihak yang bermusuh dengan Islam merencana pendekatan baru bagi mengawal pemikiran umat Islam supaya selari dengan perencanaan mereka walaupun secara fizikalnya para penjajah ini telah meninggalkan bumi mereka berpijak. Senjata ini dikenali sebagai senjata pemikiran yang lebih halus dan memberi kesan jangka masa yang amat panjang.

Ketika inilah diwujudkan barangan dengan jenama baru - Islam suku agama suku, politik adalah berpisah dari agama, Islam tanpa negara, negara tanpa politik, negara tanpa syariat, dan sebagainya. Ditanam proksi-proksi mereka di serata negara umat Islam dan diberi mandat memerintah dengan mudah. Kemudian diberikan kemerdekaan bersyarat, wajib mengikut dan melaksanakan segala yang ditetapkan oleh mereka.

Setelah penjajahan pemikiran berlangsung beberapa dekat, manusia mula terasa bahang seksa dan mula mencari solusi. Ramai yang membicarakan topik keadilan dan kesejahteraan tetapi masih teraba-raba faktor utama bencana tersebut. Sedangkan dalam satu hadith riwayat Tabarani, Nabi SAW telah mengingatkan tentang bahana sekularisasi: “Sesungguhnya (di zaman pemisahan Islam dan pemerintahan) pemimpin-pemimpin kamu hanya bekerja untuk diri mereka bukan untuk diri kamu. Jika lawan kamu akan dibunuh. Jika taat kamu akan sesat”.

Inilah realiti yang berlaku serata dunia umat Islam. Penindasan dan penafian hak berpunca dari ideologi yang berperanan sebagai berhala moden. Kegagalan manusia untuk berlaku adil adalah kerana mereka tidak hidup beracuan wahyu.

Sedarlah kita, misi yang amat berat masih terpundak di bahu-bahu kita. Memerdekakan negara dari penjajah seterusnya memerdekakan jiwa manusia dari penjajahan pemikiran. Konflik yang berlaku di rantau Asia Barat adalah antara siri-siri perjalanan umat membebaskan diri mereka dari ajaran pemisahan antara manusia dan Tuhan. Malangnya kini, umat Islam yang dibunuh tetapi umat Islam yang dituduh sebagai pengganas. Mereka dikhianati oleh demokrasi sendiri, kemudian dituduh sebagai pengkhianat. Darah mereka sebagai modal kemenangan Islam kelak.
Sempena Sambutan Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia, marilah kita menyatakan ikrar kesungguhan membebaskan diri dari belenggu penjajahan minda yang masih berlangsung. Perjuangan kita belum tamat. Selagi wujud kuasa yang menafikan Islam sebagai solusi, selagi itulah penindasan tetap akan berlaku.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
TEKS PERUTUSAN ANWAR
Perutusan oleh Anwar Ibrahim sempena sambutan ulangtahun Kemerdekaan ke-56 pada 31 Ogos 2013
Sekali lagi menjelang 31 Ogos, kita akan meraikan Hari Merdeka, hari yang cukup gemilang dan bermakna untuk seluruh rakyat Malaysia. Kini adalah masanya untuk kita menghimbau kembali pencapaian dan kegagalan kita dan memandang ke depan untuk hari-hari dan bulan-bulan yang mendatang. Kini adalah masanya untuk bermuhasabah dan bertanya apakah sebenarnya erti Merdeka dan apa yang boleh kita pelajari dari masa silam dan harapan di masa depan.

‘Merdeka’ memiliki makna yang lebih dalam berbanding perkataan ‘Kebebasan’. Ia bukan sekadar persoalan dibebaskan dari cengkaman penjajahan atau penindasan asing jika ianya kemudian digantikan dengan penindas di tanah air sendiri yang barangkali lebih rakus dan tamak. Merdeka bermaksud bebas dari sebarang bentuk kezaliman dan penindasan dalam apa jua bentuk dan negara dipacu ke arah baru menuju keadilan, kebebasan, demokrasi dan kemuliaan insan.

Di atas cabaran ini, ramai yang bersetuju bahawa kita masih jauh untuk mencapainya. Setelah lebih dari setengah abad, kita masih lagi bertanya samada prinsip-prinsip asas di dalam Perlembagaan Persekutuan masih dijunjung dan samada kebebasan dan hak-hak yang termaktub di dalamnya masih utuh dan dihormati. Justeru, apa kebaikan Merdeka seandainya asas perlembagaan dicabuli dengan sewenang-wenangnya?

Tatkala kita seharusnya meraikan perpaduan sebagai sebuah negara pelbagai kaum dan pelbagai agama yang telah menjangkau 56 tahun usia kemerdekaan, kita sebaliknya kini melihat polarisasi masyarakat yang dahsyat dan perpecahan dalam hal-hal berkaitan agama. Tanggungjawab dan peranan pemimpin politik sewajarnya menjernihkan keadaan ini namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Terdapat segelintir daripada mereka yang mengeruhkan lagi keadaan dengan mengeksploitasi hal-hal agama dan isu-isu sensitif untuk kepentingan mereka sendiri. Kini wujud perkembangan yang membimbangkan bila mana terdapat parti-parti politik yang mengupah kumpulan-kumpulan ‘hak istimewa’ dan media untuk meneruskan agenda mereka memecahbelah dan menyemai perbezaan di kalangan rakyat.

Kesannya, setelah 56 tahun mencapai Merdeka, berlaku lebih banyak provokasi perkauman, hasutan yang menjurus kepada kebencian terhadap agama dan secara umumnya semakin banyak ucapan dan penulisan berbaur hasutan yang disiarkan oleh media cetak. Apa yang malang adalah ia bukan sekadar kelemahan kepimpinan dalam menjernihkan keadaan, tetapi tampak seolah-olah kerajaan sedang menggalakkan fenomena ini supaya menjadi lebih parah.

Sebagai contoh, ketika pelbagai tuntutan dan bantahan dinyatakan dari kalangan rakyat prihatin dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan, kerajaan sebaliknya membenarkan juga penayangan di seluruh negara sebuah filem yang hanya akan menyajikan mesej berbaur perkauman walaupun nilai keseniannya masih boleh dipersoalkan. Di sebalik kebanggaan tentang negara, terdapat sensitiviti yang lebih besar yakni perkauman dan perasaan khalayak. Suara-suara melampau berbaur kebencian dan yang bersifat tidak toleran sedang menenggelamkan suara-suara kesederhanaan dan keterbukaan.

Peningkatan mendadak kes tembakan dan jenayah berat, rompakan dan jenayah ragut adalah hal yang membimbangkan. Manakala kita mendukung usaha pihak polis dalam memerangi dan mencegah jenayah, adalah penting juga untuk mereka melakukannya dengan menuruti proses yang sewajarnya. Semua pihak perlu bekerjasama mencari jalan penyelesaian namun demikian penggunaan undang-undang yang lebih berat bukanlah jawapannya. Perkara tersebut perlu diteliti dengan lebih menyeluruh.

Menyentuh isu tatakelola, ketelusan dan kebertanggungjawaban, rasuah kekal menjadi barah yang merisaukan kita. Merujuk kepada perkara ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mesti melaksanakan tugas mereka tanpa rasa takut dan memihak namun kita mendesak Peguam Negara supaya tidak menghalang pendakwaan yang melibatkan amalan rasuah di kalangan pimpinan atasan.

Negara kita tidak kebal daripada ribut ekononi yang melanda di sekeliling kita. Kita lebih perlu berhati-hati daripada berada di dalam keadaan tidak bersiap sedia. Kita boleh menerapkan tata kelola, hemah dan kebertanggungjawaban dalam pengurusan kewangan awam dan ekonomi kita. Kerajaan bersalah terhadap kecurangan ekonomi – menyatakan fakta yang separa benar dan memberikan statistik tidak sempurna untuk mengaburi perbelanjaan melampau yang tidak mampu lagi ditanggung oleh negara.

Penilaian Agensi Penarafan Kewangan Antarabangsa (FITCH) yang mendedahkan kemerosotan prospek ekonomi negara sewajarnya mempercepatkan kerajaan untuk bertindak lebih terbuka dalam mendepani cabaran sebenar ekonomi. Sebaliknya, kerajaan memperlekeh penilaian tersebut dan menyifatkannya sebagai kerja “penganalisa muda yang tidak mendengar pandangan kerajaan”. FITCH bukanlah satu-satunya firma penganalisa yang menyatakan kebimbangan terhadap prospek pertumbuhan ekonomi dan kesannya kepada kejutan luaran.

Terdahulu, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) telah menolak unjuran pertumbuhan 2013 daripada 5.6% sebelumnya kepada 4.8%. Bank Negara pula baru-baru ini telah mengurangkan ramalan pertumbuhan 2013 daripada 5-6% sebelumnya kepada 4.5-5%. Ini selari dengan ramalan terkini Bank Dunia untuk tahun 2013 iaitu daripada 5.6% sebelumnya kepada 5.1%. Selain daripada ancaman berganda defisit fiskal yang tinggi secara berterusan dan peningkatan hutang kerajaan secara langsung dan tidak langsung, lebihan akaun semasa kita berada pada tahap paling rendah sejak 1997. Oleh kerana kita terlalu bergantung pada nilai dan komoditi eksport yang rendah di pasaran global, kejatuhan berterusan dalam ekonomi global mewujudkan ketidaktentuan terhadap pertumbuhan kita.

Pengurangan defisit fiskal memerlukan komitmen sepenuhnya dalam membasmi rasuah daripada perolehan dan projek-projek kerajaan. Penjimatan 10% dalam perolehan dan projek-projek dengan mudah dapat diterjemahkan kepada perolehan RM20 bilion setahun (berdasarkan perolehan dan perbelanjaan tahunan projek RM200 bilion di bawah kawalan kerajaan Persekutuan).

Pengurangan hutang kerajaan dan pemotongan defisit fiskal hanya boleh dimulakan menerusi perolehan hasil kerajaan yang lebih tinggi yang diraih melalui pertumbuhan yang lebih tinggi. Malangnya pertumbuhan Malaysia akan terencat di skala 4-5% untuk seketika melainkan reformasi struktur secara menyeluruh terhadap ekonomi dilaksanakan sebaiknya dengan segera.

Di ambang ulangtahun kemerdekaan yang ke-56 ini, reformasi ekonomi bukan lagi berkisar kepada pertandingan dasar dan retorik politik. Ianya berkait dengan kepentingan negara yang seharusnya menembusi politik kepartian dan ideologi kerana kita tidak mampu untuk mundur ke belakang sedangkan negara-negara jiran kita maju ke depan.

Persoalan kepimpinan adalah amat penting dalam memacu negara ke hadapan dengan memperkukuhkan asas ekonomi dan menjadikan kita lebih berdaya saing. Malah lebih penting lagi, pemimpin-pemimpin kita mesti dilihat serius menjaga kesejahteraan negara dan memacu hala tuju yang betul. Untuk memastikan perkembangan tidak sihat tidak berlaku di bawah kepimpinannya, seseorang pemimpin itu mesti menunjukkan ketegasan dan iltizam moral yang tinggi.

Meski pun kami membantah sekeras-kerasnya tentang kesahihan keputusan pilihanraya yang lepas, kami bersedia untuk mengetepikan perbezaan kami demi negara kesejahteraan dan masa depan. Dalam hal ini, kami percaya bahawa adalah penting bagi Perdana Menteri untuk segera mengadakan rundingan meja bulat antara kerajaan BN dan Pakatan Rakyat bagi membincangkan isu-isu yang dibangkitkan dan merumuskan satu penyelesaian yang menyeluruh.

Meraikan Merdeka semestinya dengan mengiktiraf kebaikan yang telah dilakukan dan tidak mengulangi kesilapan masa lalu. Iltizam untuk melakukan apa yang baik untuk negara perlu menjadi agenda utama kita semua.

Semangat Merdeka bukan sahaja toleransi atau kompromi. Ianya adalah mengenai pemahaman yang lebih besar, menerima perbezaan kita dan meningkatkan persamaan kita serta menggerakkan negara ke hadapan untuk menghadapi cabaran yang mendatang.

ANWAR IBRAHIM


blog2-politik.blogspot.com
Read More

KUIN (Kedah) Bermasalah! KISDAR/KUISAS (Perak) juga Kalut: PANAS! Pensyarah Kisdar disyaki merogol pelajar pada awal Ramadhan lalu...

Jumaat, 30 Ogos 2013
PANAS! Pensyarah Kisdar/Kuisas disyaki merogol!

Kolej Islam Darul Ridzuan [KISDAR]
Pelbagai masalah dan salah laku kakitangan telah berlaku dalam kolej tersebut antaranya kes dadah, minuman keras, mencuri minyak, LGBT, pondan, dan yang terbaru ialah kes rogol.
Gambar: Transformasi KISDAR kepada KUISAS
Fb Kuisas
IPOH: Ketua Pembangkang, Dato' Seri Nizar Jamaluddin mendakwa, terdapat pelbagai kepincangan yang berlaku dalam urus tadbir Kolej Universiti Antarabangsa Sultan Azlan Shah.

Menurutnya, pentadbiran kolej dibawah urus tadbir kerajaan negeri itu seolah-olah bersifat kroni.

Adun Changkat Jering itu berkata, beliau meragui akan pemilihan kakitangan dan pensyarah yang dilihat tidak mengikut pekeliling perkhidmatan awam.

Fb Kuisas
Menurutnya, pelbagai pihak musykil tentang kenaikan pangkat empat orang pegawai tadbir gred N41 telah dinaikkan pangkat N44 secara mengejut dan tergesa-gesa dalam jangka masa pendek.

Proses kenaikan pangkat tersebut juga katanya mempunyai kesalahan antaranya tiada ujian kelayakan ataupun penilaian kompitesi kenaikan pangkat dan dilakukan secara eksklusif, berkelompok dan menafikan hak pegawai-pegawai lain yang jauh lebih senior serta tiada polisi kenaikan pangkat.

"Kami melihat berlaku keadaan tidak telus dalam perkara ini, pengambilan juga tidak berdasarkan kepada merit dan kelayakan tetapi lebih berunsur kroni.

Fb Kuisas
"Pengambilan itu juga tidak berdasarkan keperluan penjawatan dan permintaan suatu jabatan pengajian ataupun fakulti," katanya ketika berucap dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak.

Tambahnya, oleh kerana pengambilan secara rambang ini, terdapat kakitangan kolej yang tidak berkelayakan, tidak berkualiti dan tidak berakhlak sehingga berlaku kes-kes yang tidak diingini.

Pelbagai masalah dan salah laku kakitangan telah berlaku dalam kolej tersebut antaranya kes dadah, minuman keras, mencuri minyak, LGBT, pondan, dan yang terbaru ialah kes rogol.

Nizar menyatakan, seorang pensyarah telah disyaki merogol seorang pelajar pada awal Ramadhan lalu dan kini sedang dalam siasatan polis.
Prof. Dr. Jamil Bin Hashim
Fb Kuisas
"Kejadian ini bukanlah pertama kali, saya difahamkan sebanyak empat kes berlaku membabitkan pensyarah yang sama namun sehingga hari ini belum ada tindakan yang diambil oleh pihak kolej terhadap pensyarah tersebut," jelasnya.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu menggesa agar pihak kolej dapat mengambil tindakan terhadap pensyarah tersebut kerana ianya telah menjejaskan nama baik kolej yang berteraskan Islam itu.

Fb Kuisas
Tegasnya, beliau hairan bagaimana individu yang bermasalah diambil oleh pihak kolej untuk menjadi kakitangan dan ini mempunyai menggambarkan ada permasalahan dalam pentadbiran kolej.
Posted by Mohd. Kamal bin Abdullah at 8:41 PM/Malaysians Must Know the TRUTH



Isu Insaniah - Pas Cabar Kerjaan Kedah


ADUN Anak Bukit
ALOR SETAR - Kerajaan negeri digesa mengambil tindakan undang-undang sekiranya benar berlaku penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dalam pengurusan anak syarikat Insaniah Holdings Sdn Bhd (IHSB).

Ketua Pembangkang Dun, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata, kerajaan negeri perlu bertindak tegas dalam menangani perkara itu termasuk membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika perlu.
Photo: Brsama ARC Kedah sebelum mengedar kanji d sg baru
“Kalau berlaku penyelewengan yang dikesan dalam IHSB, saya minta kerajaan negeri ambil tindakan undang-undang,” katanya kepada Sinar Harian, kelmarin.

Beliau yang juga Adun Anak Bukit berkata, biarpun perkara itu perlu diberi perhatian serius, namun perkara berkaitan kegagalan pembayaran gaji kepada kakitangan IHSB juga tidak wajar diabaikan.

“Pada masa sama, masalah kakitangan IHSB juga perlu diberi perhatian. Saya difahamkan lebih 200 orang yang masih belum dapat bayaran gaji mereka ditambah pula status mereka sebagai kakitangan IHSB masih menjadi tanda tanya.

“Kita minta kerajaan negeri tolong segera selesaikan masalah mereka yang gagal dibayar gaji sejak empat bulan lalu,” katanya.

Kelmarin, Sinar Harian melaporkan, kepincangan pengurusan dan kewangan dalam anak syarikat IHSB didedah secara terperinci dan turut mengejutkan pemimpin pembangkang.

Menurut laporan itu, Exco Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya, Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata, kewangan yang meruncing berpunca daripada kos operasi yang tinggi, antaranya pembayaran gaji kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) IHSB yang juga CEO Insan Medic mencecah RM35,000.

 Summary only...
Posted by Jeebond BLM at 11:15 am , 0 comments
Read More

Thursday, 29 August 2013

‘Patriotisme' adalah jalan akhir bagi penyangak & penipu sebenar dalam negara....

Jumaat, 30 Ogos 2013
Click on the slide!
Hormati patriotisme 51 peratus rakyat undi Pakatan Rakyat
KUALA LUMPUR, 30 OGOS: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menyifatkan kelesuan rakyat untuk menyambut Hari Kebangsaan ke-56, Sabtu ini, bukan disebabkan hilangnya semangat patriotisme tetapi wujudnya sesuatu yang tidak kena dalam kepemimpinan negara.

Katanya, beliau juga curiga dengan ‘patriotisme’ pemimpin yang bersedia memperkayakan diri menerusi korupsi dan penyalahgunaan kuasa sehingga mengorbankan hak rakyat dan kepentingan negara.
“Kalangan yang paling nyaring melaungkan ‘patriotisme’ selalunya adalah penipu sebenar dalam negara. Ada benarnya ungkapan Dr Samuel Johnson bahawa ‘Patriotisme adalah jalan akhir bagi penyangat’,” katanya dalam kenyataan sempena sambutan Hari Kemerdekaan.
baerita lks
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, kerajaan seharusnya berpijak di bumi nyata dan kembali kepada realiti sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-56 ini.
“Selepas lebih 100 hari Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei lalu, majoriti rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum yang mengundi Pakatan Rakyat (PR) dipandang serong dan menjadi sasaran fitnah.
“Selain menghentam kaum Cina dan India, Perdana Menteri juga gagal membuktikan beliau dan kerajaannya berkhidmat untuk semua rakyat Malaysia.
“Bagaimanapun, belum terlambat untuk rakyat Malaysia merayakan Hari Kebangsaan ke-56 dalam perpaduan dan keharmonian tetapi langkah sulung yang perlu diambil ialah mengakui dan menghormati patriotisme 51 peratus rakyat yang mengundi Pakatan Rakyat dan 47 peratus mengundi Barisan Nasional (BN) pada PRU-13 baru-baru in,” ujarnya.
Menurut Kit Siang, patriotisme bukan semangat yang boleh dipaksa-paksa tapi ia lahir dalam diri setiap rakyat.
Beliau bersetuju dengan Kee Thuan Chye yang menulis artikel terbarunya mengenai patriotisme dan kemerdekaan yang menyatakan ‘patriotisme’ adalah semangat yang kita sematkan dalam jiwa kecintaan terhadap negara, ia adalah semangat yang membuatkan kita memutuskan untuk mempertahankannya, barangkali juga untuk mati deminya’
“Saya berkesempatan menyebut di Parlimen bahawa disebabkan semangat patriotisme dan cinta saya terhadap negara, demi mengejar Impian Malaysia untuk mewujudkan sebuah negara yang lebih baik bagi semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan daerah, saya bersedia hilang kebebasan apabila ditahan sebanyak dua kali mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri,” ujarnya.
“Saya rasa ada sesuatu yang amat tidak kena dalam menyambut Hari Kebangsaan, Sabtu ini.
“Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek telah memperkenalkan undang-undang mewajibkan setiap premis mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang bulan Merdeka ini, tetapi tiga hari kemudian hasratnya kendur dan mengakui kecewa kerana pejabat kerajaan di Putrajaya sendiri tidak menunjukkan contoh mengibarkan bendera kebangsaan.
Ambil Tindakan Terhadap Orang Yang Hina Pemimpin Pakatan

“Mengapa perkara ini boleh terjadi? sedangkan pada perhimpunan raksasa Pakatan Rakyat sebelum ini dan selepas PRU-13, rakyat tanpa mengira kaum, agama, daerah, usia, atau jantina berdiri bangga menyanyikan lagu kebangsaan, ini menunjukkan semangat patriotisme dan kecintaan mereka terhadap negara. Ini membuktikan semangat mereka belum lesap,” katanya.
Posted & copy by Rakyat Marhaen at 8/30/2013 12:26:00 PTG

Pemimpin PEKIDA Sertai PAKATAN

Read More

Nenek, dua cucu ditemui mati dibunuh hari ini ...ditikam di perut, tetakan di kepala & dikelar di leher!

Khamis, 29 Ogos 2013
Nenek, dua cucu ditemui mati dibunuh...
DENGKIL: Seorang nenek dan dua cucunya ditemui mati dibunuh di sebuah rumah di Taman Dengkil Jaya, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Supt Imran Abd Rahman berkata dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari ini, nenek berumur 64 tahun itu ditikam di perut, cucu lelakinya berumur 21 tahun turut ditikam dan terdapat kesan tetakan di kepala manakala cucu perempuannya berusia dua tahun dikelar di leher.
"Ketiga-tiga mereka ditemui di tiga tempat iaitu di ruang tamu (nenek), dapur (cucu lelaki) dan bilik (kanak-kanak) di dalam rumah teres tiga bilik itu oleh seorang ahli keluarga mangsa berumur tujuh tahun yang pulang dari sekolah kira-kira jam 2 petang.

"Kanak-kanak itu kemudiannya menghubungi kakaknya berumur 19 tahun sebelum polis menerima laporan kira-kira jam 2.30 petang," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata rumah yang diduduki lapan beranak itu didapati tiada kesan pecah rumah, samun dan pergelutan dan polis sedang mengesan senjata yang digunakan serta menyiasat motif kejadian. - Bernama
Katanya individu yang mempunyai maklumat boleh menghubungi ASP Han Yan di
talian 03-8772422 bagi membantu siasatan.
Read More

Isu Kongsi gelap: 'Waspada!' kata polis...

Khamis, 29 Ogos 2013
40,313 ahli kongsi gelap
40,313 ahli kongsi gelap
PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri mendedahkan senarai 49 kumpulan kongsi gelap di seluruh negara memiliki 40,313 ahli berdaftar.

Ketua Setiausahanya Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata, daripada jumlah itu 28,926 menyertai kongsi gelap India, 8,214 (kongsi gelap Cina) dan 1,923 (kongsi gelap Melayu).

Manakala, 329 dan 921 masing-masing menyertai kongsi gelap di Sabah dan Sarawak.

Beliau turut mengesahkan Geng 08 dan Geng 04 adalah geng paling berbahaya dengan aktiviti termasuk penjualan dadah dan penggunaan senjata api ketika melakukan jenayah.

Khalid Abu Bakar
Khalid Abu Bakar
SHAH ALAM - Polis akan mengambil tindakan terhadap anggota 49 kumpulan kongsi gelap yang dikenal pasti, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini.
 
Beliau berkata tindakan akan diambil terhadap mereka di bawah Akta Pertubuhan dan akta-akta berkaitan jenayah.
 
"Jadi kalau mereka mahu jadi ahli kongsi gelap, kena bersedialah, selain akta berkaitan jenayah, kami juga akan ambil tindakan mengikut Akta Pertubuhan terhadap mereka," katanya kepada pemberita dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini.
 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman nama 49 kumpulan kongsi gelap yang dibuat oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini.
 
Khalid menyifatkan kesemua kumpulan berkenaan sama kerana terbabit dalam aktiviti jenayah seperti peras ugut, merusuh, membunuh, bergaduh, memukul dan penyalahgunaan dadah.

Beliau berkata polis akan memburu kesemua yang terbabit secara serius melalui Op Cantas.
 
Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dalam sidang media hari ini berkata kesemua 49 kumpulan itu dikategorikan haram mengikut Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966 pada 28 Ogos.
 
Khalid juga berkata polis sedia mengambil tindakan tanpa kompromi terhadap ahli politik yang didapati terbabit dalam kegiatan kongsi gelap termasuk menjadi ketua kumpulan itu.
 
"Setakat ini kami tidak dengar lagi ahli politik yang terlibat dalam kongsi gelap, tetapi kalau kami siasat dan didapati benar, kami akan ambil tindakan yang betul," katanya mengulas laporan akhbar semalam yang mendakwa terdapat kumpulan kongsi gelap diketuai ahli politik di negara ini. - Bernama

Read More

Guru lebih CERDIK dari MP - Aku tergelak sambil terguling-guling...kelakar nak mampos!

Khamis , 29 Ogos 2013

CIKGU KENA SOKONG BN? APA PUNYA PANDANGAN NI....
DARI AMENOWORLD KELAKAR NAK MAMPOS.MALAS AKU NAK ULAS PANJANG-PANJANG SEBAB TELAH DIULAS. AKU AMBIL TEKS INI SEBAB NAK TERANGKAN MINDA CIKGU-CIKGU

SISTEM RAJA BERPERLEMBAGAAN
Institusi Raja Berperlembagaan merupakan institusi tertinggi dalam Perlembagaan Malaysia. Pemerintahan Raja Berperlembagaan yang disuburi dengan amalan Demokrasi Berpalimen di negara ini mempunyai keistimewaan tersendiri dan menjadi lambang kedaulatan, perpaduan, kebesaran dan kemuliaan negara.

Kedudukan Raja Berperlembagaan dalam sistem pemerintahan di negara ini amat penting dimana institusi Yang DiPertuan Agong menduduki tangga teratas hierarki kuasa pemerintahan Persekutuan Malaysia dan mempunyai kedudukan istimewa seperti yang diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan. Raja Berperlembagaan adalah sistem beraja mengikut peraturan-peraturan yang digariskan dalam Perlembagaan Malaysia.

Sistem ini mula berfungsi dengan peristiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 dan diteruskan apabila gagasan Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963. Sistem Raja Berperlembagaan ini telah diiktiraf oleh Perlembagaan Persekutuan dengan mewujudkan institusi Yang DiPertuan Agong, mengekalkan sitem Raja di negeri dan menubuhkan Majlis Raja-Raja.

Baginda juga lambang kekuasaan dalam pemerintahan negara, kebesaran dan kemuliaan negara dan payung pelindung kepada keseluruhan rakyat.

Sistem kerajaan Raja Berperlembagaan adalah satu kesinambungan kepada semangat berkerajaan dan bernegara yang telah sedia bertapak di negara ini dan sebahagian daripada budaya warisan serta lambang sebuah negara yang bebas merdeka.

Sistem Raja Berperlembagaan telah membentuk salah sebuah tonggak utama kestabilan serta keteguhan negara dan mengukuhkan perpaduan negara yang terdiri daripada berbilang kaum, bangsa, agama serta adat resam dan dapat mengekalkan keamanan serta kemakmuran negara.

Bukannya BN yang bayar gaji guru-guru tersebut & Guru dibayar gaji oleh pembayar cukai...Ada reti?

Ahli Parlimen Sri Aman, YB Masir Kujat mendedahkan ada segelintir guru yang mengajar dan menetap di Bahagian Sri Aman secara terang-terangan berkempen untuk parti Pakatan Pembangkang dalam PRU-13 lepas.

Atas dasar prihatin, beliau hanya merujuk nama beberapa orang guru kepada Pejabat Pelajaran di kawasan Sri Aman sahaja dan tidak membawa kes tersebut kepada Kementerian Pelajaran bagi tindakan lanjut.

Jelas Masir lagi memang setiap rakyat bebas menyokong mana-mana parti yang mereka sokong. Tetapi, para guru yang berkhidmat dengan kerajaan BN seharusnya menyokong komponen BN.

“Mereka boleh dikenakan tindakan berat jika dirujuk kepada pihak kementerian.

Namun, atas dasar keprihatinan terhadap mereka yang terlibat (guru) Ahli Parlimen Sri Aman itu tidak akan berbuat demikian.

Masir juga mahu para guru seharusnya memfokuskan kepada tugasan dan amanah diberikan kepada mereka dalam mendidik anak bangsa dan bukannya sibuk berpolitik.
 
Untuk rekod, ini artikel copy paste dari laman ini ==>  http://cetusankenyalang.blogspot.com/2013/08/masir-kujat-guru-yang-menyokong.html


Laman pro BN. Aku petik artikel tue, lepas baca, aku tergelak sambil terguling2 dekat seratus kali sebab kelakar nak mampos. Pandai dorang buat lawak eh.
!
Guru kena sokong BN = sebab kerja dengan BN.

BN = parti yang mentadbir negara neh. Yang di pilih melalui peti undi. Peti undi = pilihanraya = peluang yang datang 5 tahun sekali untuk tukar pucuk pimpinan pihak yang mentadbir dan menentukan hala tuju negara neh.

Ini bermaksud BN berada disitu sebab di undi. Mereka tak diletakkan disitu kerana diri mereka, tetapi kerana undian. Kebetulanya mereka menang setiap kali PRU, setiap kali mereka menjadi kerajaan pusat. Jadi adakah kerana itu mereka ada hak untuk besar kepala sampai menentukan secara peribadinya siapa patut seseorang GURU itu sokong dan siapa pula tidak?

Seseorang guru apabila dia bekerja dengan satu2 sekolah di bawah kerajaan Malaysia, dia bekerja dengan kerajaan MALAYSIA yang diuruskan oleh BN yang dipilih berdasarkan kepada proses demokrasi [PRU] di negara neh.

Bukan bermaksud dia bekerja dengan BN, tidak. Dia bekerja dengan kerajaan MALAYSIA yang di uruskan oleh BN yang terpilih menjadi pemerintah di negara neh melalui peti undi. Guru dibayar gaji oleh pembayar cukai, BN juga tiada beza. Kenapa? Sebab kedua2nya bekerja dengan KERAJAAN MALAYSIA. Bukannya BN yang bayar gaji guru2 tersebut. 

Faham tak perbezaan neh? Tak faham? Takpe. Sebab aku dah terima nasihat. Kewujudan dan pemikiran2 bodoh sombong oleh sesetengah wakil2 rakyat pro UMNO dan BN bukan untuk difahami oleh aku, sebaliknya aku kena raikan. Raikan bukan bermaksud aku kena terima jika mereka zahirkan komen2 yang tidak cerdik, sebaliknya raikan dengan membuktikan betapa tidak cerdiknya pemikiran2 mereka dengan hujah. 
Posted by WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI at Thursday, August 29, 2013 

Sebenarnya logo dacing dipakai oleh Freemason
Dalam Black Masonry, simbol dacing itu digunakan oleh Grand Inspector Inquisitor commander.

Saya sudah lama juga memerhati tentang perkara ini, tetapi belum cukup BUKTI untuk membuat RUMUSAN.

Walaubagaimana pun saya masih TIDAK MENUDUH sesiapa berkenaan soal ini. Kerana yang PASTI , kita semua umat ISLAM dipermain-main dan dilaga-lagakan oleh Illuminati (British dan kuncu-kuncunya) agar bertelagah dan tuduh menuduh sesama sendiri.

Semoga kita dapat celik, kembali kepada ISLAM yang sebenar dengan menggunakan ALQURAN dan HADITH sebagai sumber HUKUM UTAMA, dan kenali siapa MUSUH Islam yang sebenar yang sedang melaga-laga kan kita
Unikversiti.blogspot.com

Pengaruh Illuminati
logo UMNO Illuminati
Foto kredit: ruangbicarapriamalaya.blogspot.com
Read More

الفاتحة Eksekutif 'Air Asia X' tunang kepada Pegawai Keselamatan mati di bunuh malam tadi....

Khamis, 29 Ogos 2013
Eksekutif Air Asia X Mati Di Bunuh Ketika Kerajaan Giat Perangi Penjenayah
Posted by Addin Deen at 8/29/2013
Shahrinawati Abu Bakar
Gambar Shahrinawati Abu Bakar

الفاتحة
Shahrinawati's mother is inconsolable at the funeral. The Malaysian Insider pic by Afif Abd Halim. August 29, 2013.
Shahrinawati's mother is inconsolable at the funeral. The Malaysian Insider pic by Afif Abd Halim. August 29, 2013.


Eksekutif AirAsia Meninggal Dunia
Gambar Lokasi Kejadian Eksekutif AirAsia X Dibunuh


Perompak bersenjata membunuh seorang eksekutif syarikat penerbangan AirAsia X berhampiran kediamannya di Ampang malam tadi ketika Putrajaya sedang berusaha memerangi jenayah berhubung penggunaan senjata api.
AirAsia X Starts KL-Adelaide Route
Shahrinawati Abu Bakar meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital selepas perompak dipercayai menyerangnya selepas beliau meletakkan kenderaannya di luar rumah.

"Mereka menyerangnya menggunakan parang," menurut emel Air Asia X kepada The Malaysian Insider.Ketua Eksekutif AirAsia X Azran Osman-Rani berkata, Shahrinawati, sebagai "seorang anak muda yang berbakat" dan telah dihantar ke Melbourne untuk mendapatkan pengalaman antarabangsa.

"Beliau juga telah bertunang dengan pegawai keselamatan kami dan akan berkahwin dalam tiga bulan akan datang," kata emel tersebut.Pembunuhan gadis tersebut berlaku ketika insiden bunuh menggunakan senjata api memuncak di Malaysia dengan sekurang-kurangnya 22 kematian direkodkan sejak Mei.
AirAsia X First Flight to Osaka, Japan ~ Malaysia Asia
Statistik Putrajaya mendapati kes bunuh dan rompakan menggunakan senjata api meningkat pada suku ketiga tahun 2013, berbanding tempoh sama pada 2012 walaupun kadar jenayah keseluruhannya menurun.

Statistik yang dikeluarkan Pemandu menunjukkan jenayah indeks sebanyak 74,127 bermula Januari hingga Jun 2013, menurun 2,120 kes daripada 76,247 yang dilaporkan bagi tempoh sama tahun lalu.

Kes jenayah bagaimanapun meningkat daripada 14,811 kepada 15,098 bagi tempoh sama.Daripada jumlah itu, rompakan (termasuk samun berkumpulan) menggunakan senjata api turut meningkat daripada 69 kepada 74 kes.
Fly Air Asia X
Kes bunuh meningkat daripda 291 pada 2012 kepada 322 kes bagi tempoh enam bulan pada 2013.Jun 2013 menunjukkan kes tertinggi dengan 14 kes rompakan berkumpulan menggunakan senjata api dan tiga kes rompakan menggunakan senjata api.

Jenayah indeks merujuk kepada jenayah yang kebiasannya berlaku. Jenayah kejam adalah sub kategori jenayah indeks, termasuk kes bunuh, rogol, rompakan berkumpulan, dan rompakan tanpa atau dengan senjata api.
Air Asia X launching quiet “kids-free” zone 
Putrajaya telah mengisytiharkan perang terhadap 40,313 individu yang dikenalpasti daripada 49 organisasi yang dipercayai geng penjenayah.Antara geng berkenaan adalah Geng 04, Geng 08 dan Geng 36.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi berkata ahli geng berkenaan dipercayai terlibat kes bunuh dan juga aktiviti melibatkan dadah.Mereka melanggar peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 5(1) Akta Persatuan 1966, yang digazetkan semalam. ~the malaysian insider


Kematian Eksekutif Penerbangan AirAsia X Penuh Tragis
Rakan dan keluarga di upacara pengebumian Shahrinawati petang tadi.

Kematian eksekutif penerbangan Shahrinawati Abu Bakar semakin bertambah tragis.Polis petang ini mengesahkan beliau bukan sahaja dilanggar malah barangannya turut dirompak.

Ketua Polis Ampang Amiruddin Jamaluddin berkata seorang saksi bersama rakannya membawa Shahrinawati ke hospital namun sudah terlambat.

"Saksi melihat dua lelaki cuba merompak beliau. Dia kemudian mengundurkan kereta bagi menghalang penjenayah tetapi malangnya terkena mangsa," kata Amiruddin.

Laporan awal mendapati mangsa maut disebabkan cedera parah namun hasil penyiasatan mendapati sebaliknya.

Dua penjenayah melarikan diri menggunakan motosikal Yamaha LC berwarna hitam dan seorang daripada mereka keciciran dompet.

Kejadian berlaku di hadapan kondominium Palm Villa di Taman Cempaka di mana mangsa tinggal bersama tiga adiknya.

Shahrinawati, 30, diserang ketika keluar dari kenderaan pada jam 2.45 pagi. Siti Mariam Mohd Hanif, 23, rakan kepada mangsa, berkata Shahrinawati seorang pemimpin yang baik.

"Dia seorang yang tegas bila bekerja dan dihormati ramai," katanya yang kali terakhir berjumpa mangsa pada petang Rabu ketika sesi taklimat.

Bapa mangsa, Abu Bakar Jemain, 53, ketika ditemui di rumah mayat Hospital Kuala Lumpur kelihatan tenang. "Ini sudah ditakdirkan. Biar polis yang menyiasat," katanya.

Rakan dan saudara hadir ke Masjid Nurul Hidayah Pandan Indah petang tadi bagi memberikan penghormatan terakhir. ~the malaysian insider
Read More

Petisyen PRU 13: PR Perak tanggung kos hampir RM1,000,000.00...

Khamis, 29 Ogos 2013
Petisyen Dun Manjoi
Pakatan Perak tanggung hampir RM1j kos petisyen p'raya
Petisyen Dun Rungkup

Parti Pakatan Rakyat di Perak perlu menanggung hampir RM1 juta sebagai kos dalam 11 petisyen pilihan raya di negeri itu, yang kesemuanya ditolak atas alasan teknikal.

MP DAP Taiping Ng Kor Ming berkata keseluruhan kos yang ditanggung Pakatan itu berjumlah hampir RM965,000.

Kos paling tinggi yang dikenakan adalah untuk petisyen pilihan raya bagi kerusi parlimen Tapah, sebanyak RM150,000.

Ia diikuti dua petisyen pilihan raya di Pasir Panjang (masing-masing RM120,000 dalam bentuk kos) dan Selama, di mana Pakatan diarah membayar RM110,000 dalam bentuk kos.
Dicatat oleh ELBI RISALAH di 8/29/2013 08:38:00 PTG
Read More

Hari Pertama Tayangan "Tanda Putera" DI MID VALLEY MEGAMALL SAMBUTAN CUKUP "HEBAT" penontonnya 12 orang aje?.. Kah! Kah! Kah!

Khamis, 29 Ogos 2013
FILEM TANDA PUTERA SUDAH MULA DITAYANGKAN DI PAWAGAM ... DI MID VALLEY MEGAMALL SAMBUTAN CUKUP "HEBAT" KERANA BERJAYA MENARIK 12 PENONTON!!!!!!
Photo Tawaran Hebat!
Photo: Alhamdulillah, kita semakin menghampiri tarikh tayangan filem TANDA PUTERA. Kami tidak sabar tibanya tarikh 29 OGOS. Sebagai tanda kesyukuran kami, Pesona Pictures ingin menawarkan secara PERCUMA 10 tiket dan poster pada 29 Ogos, dan 10 tiket dan poster pada 30 Ogos ini untuk tayangan TANDA PUTERA di pawagam Golden Screen Cinemas, Mid Valley Megamall! Anda hanya perlu tekan ‘Like’ pada gambar ini dan kami akan memilih pemenang secara rambang. Anda perlu tinggal di kawasan Lembah Klang untuk memenangi tiket tersebut. Selamat mencuba dan semoga berjaya!

Bagi mereka yang tinggal di luar Lembah Klang, jangan bimbang. Nantikan tawaran hebat yang akan diadakan di page Facebook kami bagi peminat TANDA PUTERA di seluruh negara!

 PESONA PICTURES SDN. BHD.
Fb T/Putera
Filem kontroversi Tanda Putera mula ditayangkan hari ini dengan dewan tayangan di Mid Valley Megamall pada jam 11 pagi hanya menarik  12 penonton.

Tinjauan The Malaysian Insider mendapati kebanyakan penonton juga adalah komuniti Melayu yang terdiri daripada kakitangan kerajaan.

Mereka bagaimanapun melihat filem kisah hidup Tun Abdul Razak, perdana menteri kedua itu tidak membawa sebarang mesej perkauman, sebaliknya segala dakwaan rasis dan perkauman dalam jalan cerita filem itu adalah untuk menunjukkan latar belakang dan jalan cerita.

"Saya melihat tiada isu perkauman, saya tidak nampak jalan cerita menyentuh  isu perkauman, ia hanya menunjukkan jalan cerita, lagipun ia adalah fakta  sejarah sebenarnya," kata Mohd Razif Ahmad Fuad, 30, seorang penjawat awam ketika ditemui The Malaysian Insider.

Filem berkenaan sebelum ini menerima kritikan keras pelbagai pihak termasuk DAP yang mendakwa fakta berkenaan insiden 13 Mei dalam filem itu diseleweng, termasuk babak "kencing di tiang bendera."
Babak berkenaan bagaimanapun masih dipaparkan dalam filem itu.

Hanim Azira, 29, bagaimanapun menegaskan filem berkenaan adalah hasil yang baik menunjukkan bagaimana tokoh negara akan melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan negara.

"Ia filem yang bagus. Menunjukkan tokoh sanggup lakukan apa sahaja demi negara," katanya yang bekerja sebagai broker.

Rakan Hanim, Zaidi Sidek, 33, juga melihat filem itu tidak menimbulkan isu perkauman sebaliknya lebih menjurus kepada semangat patriotik.

Kedua-dua mereka turut mengakui mengambil cuti semata-mata untuk menonton Tanda Putera.
Isu dan kontroversi yang menyelubungi filem arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba itu juga berjaya menarik penonton apabila seorang remaja mengakui menonton filem berkenaan selepas kontroversi itu dipaparkan media.

"Saya tonton kerana dengar kontroversi dan selepas menontonnya saya berpendapat tiada isu rasis, tetapi ia bergantung kepada penerimaan penonton," katanya yang enggan dikenali.

PUNYALAH DIA PUNYA DIBERIKAN PELBAGAI PROPAGANDA ... AKHIRNYA SETAKAT 12 ANAK MELAYU YANG SANGGUP DATANG TENGOK DIHARI PERTAMA IANYA DITAYANGKAN KEPADA UMUM.

JANGAN MIMPI AKAN CAPAI TAHAP BOX OFFICE .. DAPAT MODAL BALIK DAH KIRA UNTUNG!!!!... ORANG UMNO SENDIRI PUN TAK TERLIUR NAK TENGOK!!!
Posted by Mohd. Kamal bin Abdullah at 1:15 AM
Fb T/Putera
Read More

Panas!!! Filem 'Tanda Putera' tidak akan ditayangkan di Pulau Pinang?...Golden Screen Cinemas (GSC) akur dengan “arahan” kerajaan Pulau Pinang!

Khamis, 29 Ogos 2013
Syarikat berkenaan akan memulangkan wang pelanggan yang telah membeli tiket lebih awal
Photo: Lihatlah sendiri...Surat dr Si bongkak!
Pawagam di Pulau Pinang masih mempunyai poster filem Tanda Putera tetapi dengan pelekat
Pawagam di Pulau Pinang masih mempunyai poster filem Tanda Putera tetapi dengan pelekat "tidak ditayangkan" kepada 13 tahun ke bawah. - Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 29 Ogos, 2013.
Rangkaian pawagam Golden Screen Cinemas (GSC) akur dengan “arahan” kerajaan Pulau Pinang untuk tidak menayangkan filem kontroversi 'Tanda Putera' di kesemua panggung wayangnya di negeri tersebut.

Satu kenyataan GSC pagi ini menyebut, syarikat berkenaan akan memulangkan wang pelanggan yang telah membeli tiket lebih awal.

"Selari dengan arahan Kerajaan Pulau Pinang semalam, filem filem 'Tanda Putera' tidfak akan ditayangkan di Pulau Pinang," kenyataanitu dipetik.

Tindakan untuk menghalang penayangan filem berkenaan diumumkan oleh exco kerajaan negeri Chow Kon Yeow, semalam.

Menteri penerangan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dalam reaksinya semalam menyifatkan tindakan berkenaan mencerminkan "kebodohan" kerajaan negeri itu.

"Itu membayangkan kebodohan mereka. Orang yang membuat keputusan itu, mereka sendiri tidak menonton filem tersebut. Seharusnya mereka mendengar pandangan profesional terlebih dahulu sebelum membuta-tuli mengharamkan," katanya lagi.

 Summary only...
Posted by Jeebond BLM at 11:51 am , 0 comments
Guan Eng: Pulau Pinang keluarkan nasihat, bukan larangan Tanda Putera

LATEST UPDATE: AUGUST 29, 2013 11:50 AM
Pulau Pinang tidak melarang mana-mana panggung wayang menayangkan Tanda Putera yang bermula hari ini dan Ketua Menteri, Lim Guan Eng (gambar) berjanji, tiada tindakan terhadap panggung yang berbuat demikian.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan negeri itu mengeluarkan nasihat supaya pawagam tidak menayangkan Tanda Putera kerana filem itu menggunakan dana awam dan mempromosikan kebencian berbanding keharmonian kaum di Malaysia.

“Seperti mana tidak ada tindakan diambil terhadap orang yang membahayakan diri mereka dengan mengabaikan nasihat perjalanan itu, tidak ada tindakan akan diambil terhadap pengendali panggung wayang yang mengabaikan nasihat Kerajaan Negeri,” kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.
Bandingkan...Antara Lim Guan Eng dengan Pemimpin BN - P/s: Rendah diri! 
Rakyat bertambah yakin jika negeri mereka ditadbirkan oleh pemimpin yang mempunyai sikap rendah diri. In sya Allah, mereka tidak bimbang duit mereka disalahgunakan untuk kepentingan pemimpin dan kroni.

“Kedua-dua pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai tidak akan menghukum pengendali panggung wayang di Pulau Pinang kerana menayangkan filem itu,” katanya.

Menurut Setiausaha Agung DAP itu, Tanda Putera filem diterbitkan dengan kos RM4.8 juta yang dibiayai Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDEC) itu dilihat sebagai suatu pengesahan rasmi filem itu, termasuk babak yang pengarah sendiri mengakui tidak benar dan sebenarnya dibuat dengan menggunakan “lesen kreatif”.

“Lesen kreatif ini tidak membolehkan penyebaran fitnah yang boleh mengancam keharmonian dan mencetuskan konflik.

“Ini menimbulkan soalan sama ada dengan mempromosikan kebencian kaum terhadap minoriti, menyalahkan minoriti sebagai punca segala masalah serta mempergunakan minoriti itu sebahagian daripada kewajaran dan alasan untuk penyalahgunaan kuasa dan rasuah,” katanya.

Sementara itu, semakan di Pulau Pinang mendapati Golden Screen Cinemas (GSC) tidak akan menayangkan Tanda Putera di dua pawagam di pulau itu berikutan permintaan daripada kerajaan negeri.

Semalam, kerajaan negeri Pulau Pinang menasihatkan semua panggung wayang di negeri itu tidak menayangkan filem kontroversi Tanda Putera, berikutan filem itu bernada perkauman.

Exco negeri, Chow Kon Yeow, berkata beliau akan menulis surat kepada pihak berkuasa tempatan di Pulau Pinang dan Seberang Prai untuk mengeluarkan notis kepada panggung wayang menasihatkan supaya tidak menayangkan filem yang dijadualkan berada di pawagam seluruh negara hari ini.

Chow berkata, beliau bertindak atas arahan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Filem yang diarahkan Datin Paduka Shuhaimi Baba, menerima maklum balas negatif kerana mengandungi adegan dan dialog yang dikatakan sensitif terhadap perkauman.

Shuhaimi tegas menyatakan bahawa filem itu adalah interpretasi daripada kejadian sejarah yang diambil daripada pelbagai pendapat. Ia adalah fiksyen yang berlaku ketika rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.

DAP mengkritik keras filem itu dan mendakwa ia boleh mencetuskan ketegangan kaum apabila meletakkan punca rusuhan kaum 1969 kepada masyarakat Cina.

Adegan dalam filem itu mengaitkan Lim Kit Siang yang masih muda kencing di tiang bendera di luar rumah bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris.

Kit Siang yang juga Penasihat DAP, menafikan wujudnya kejadian itu. Shuhaimi bagaimanapun, mempertahankan karyanya dan meminta masyarakat memberi peluang kepada filem itu sebelum menjatuhkan hukuman terhadapnya.

Tanda Putera sepatutnya ditayangkan tahun lalu tetapi ditangguhkan sebanyak tiga kali berikutan bantahan terhadap beberapa adegan dalam filem itu. – 29 Ogos, 2013.
The Malaysian Insider.


Pada tahun 1974, Allahyarham Tun Abdul Razak melawat China dan disambut mesra oleh Pengerusi Mao Zedong.
Apakah tujuan lawatan Allahyarham Tun Razak ke China untuk bertemu dengan Mao Zedong?
Photo: Pada tahun 1974, Allahyarham Tun Abdul Razak melawat China dan disambut mesra oleh Pengerusi Mao Zedong.

Apakah tujuan lawatan Allahyarham Tun Razak ke China untuk bertemu dengan Mao Zedong?

"TANDA Putera BERSAMA Puteri UMNO"
Fb Tanda Putera
"TANDA PUTERA BERSAMA PUTERI".. Jom Semarakkan Sambutan Kemerdekaan Anda!! Saksikan Tayangan Filem Tanda Putera anjuran Perg. Puteri UMNO Bhg Pasir Gudang pd 30/8/13 (Jumaat), Tayangan Jam 8.30mlm di Suara Screens Cinema, Kompleks Pusat Bndr Pasir Gudang, Bkumpul jam 8.00mlm. Pakaian : Sopan dan Pink. Jika anda seorg Wanita berumur 18-35tahun, dan tggl dlm kwsn Parlimen Pasir Gudang bminat utk Mnyertai?? Sila hantarkn Nama, No KP & No. HP

pm --- https://www.facebook.com/normah.kassimputeh
Normah KassimPuteh
Sampai Gitu Sekali!!!!
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena