Friday, 27 September 2013

"Protokol taik minyak hampa!"...Si Pemacak Bendera sudah naik angin...

Sabtu, 28 September 2013
Kalau tidak kerana Sang Pemacak Bendera sekalipun saya pasti anda tidak berada diatas...
Al-Fatihah & Takziah 
الفاتحة

Apa kejadahnya sampai bagi Dr. Mahathir siram air mawar di pusara Allahyarham Ust Azizan tu.

Belambak dok ada yang lain macam anak bini Allahyarham yang patut diutamakan selain dari rakan-rakan rapat Allahyarham termasuk pimpinan PAS.
Pemimpin jenis gila publisiti macam depa ni, sediakan masa khas untuk depa...


Kalau depa mai jugak waktu pengkebumian aku harap sangat tak payah la iring depa sampai ke tepi kubur sampai terpaksa tolak ketepi ahli keluarga allahyarham


Apa pun, aku nak panjangkan rungutan ahli PAS peringkat bawah yang tak puas hati dengan 'insiden' semalam. Ada sorang sahabat aku update facebook dia:

"Protokol taik minyak hampa !!!!!" Kalau nak protokol pi la ziarah masa dengan Sultan Kedah, masa tu memang masa protokol
Pengkebumian bekas MB Kedah Allahyarham Ustaz Azizan: Insiden kecil yang tak patut terjadi
Apa kejadahnya sampai bagi Dr. Mahathir siram air mawar di pusara Allahyarham Ust Azizan tu. Belambak dok ada yang lain macam anak bini Allahyarham yang patut diutamakan selain dari rakan-rakan rapat Allahyarham termasuk pimpinan PAS.
Harkahdaily melaporkan:
Ribuan rakyat hadir menunaikan solat jenazah mantan Menteri Besar Kedah, Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak di Markaz PAS Pokok Sena, Jalan Langgar, dekat sini jam 4.15 petang tadi.

Solat jenazah dimamkan anak lelaki Allahyarham, Izzatul Islam Azizan manakala doa dibacakan ulama tempatan, Tuan Guru Haji Salleh Musa.

Jenazah kemudiannya dibawa ke Muassasah Darul Ulum, 17 km dari sini yang menempatkan kubur mantan Presiden PAS, Ustaz Datuk Fadzil Mohd Nor untuk dikebumikan dengan diiiringi ribuan kenderaan. - Hrkh. 
Alhamdulillah, aku berkesempatan antara ribuan yang hadir bagi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Ust Azizan, dan mendoakan semoga dia ditempatkan bersama orang yang soleh.

Masa nak mula sembahyang jenazah di Muasasah tu aku teringat kawan-kawan terutama sekali dalam PAS yang belasah Ust Azizan sebelum ni. Bukan kata kawan-kawan, aku sendiri pun pernah belasah Ust Azizan dalam blog aku ni.

Aku harap depa yang belasah Allahyarham Ust Azizan tu termasuk aku jugak, cuma belasah tindakan politik dia yang kita rasa tak berapa nak kena berdasarkan maklumat yang sampai kat kita tapi tak sampai tahap benci dia. Pasainya pada aku walaupun tak sehebat Allahyarham Ust Fadzil Noor, Allahyarham Ust Azizan jugak seorang pejuang yang hebat.

“Mudah-mudahan beliau telah membenarkan janjinya kepada Allah SWT. Semoga segala jihadnya diterima oleh Allah SWT,”

Apa pun, aku nak panjangkan rungutan ahli PAS peringkat bawah yang tak puas hati dengan 'insiden' semalam. Ada sorang sahabat aku update facebook dia:



Sumber: facebook
Aku cukup setuju dengan member aku ni, aku pun panas hati dengar ahli dan penyokong PAS ditolak ketepi semata-mata nak bagi orang macam Dr. Mahathir, Mukhriz, Azeez dan yang sewaktu dengan depa yang aku cukup meragui keikhlasan depa, pi duduk keliling kubur masa tu, memang kompom kut jenis gila publisiti.

Apa kejadahnya sampai bagi Dr. Mahathir siram air mawar di pusara Allahyarham Ust Azizan tu. Belambak dok ada yang lain macam anak bini Allahyarham yang patut diutamakan selain dari rakan-rakan rapat Allahyarham termasuk pimpinan PAS.

Kalau ada yang nak bagi alasan 'protokol' aku cuma nak ulang kata member tu "protokol taik minyak hampa !!!!!" Kalau nak protokol pi la ziarah masa dengan Sultan Kedah, masa tu memang masa protokol.

Aku harap insiden macam tu tak berulang lagi lain kali. Aku harap sangat lain kali pihak yang berkenaan dalam PAS ambik berat pasai 'protokol' dengan puak-puak gila publisiti ni.

Aku nak cadangkan lain kali, masa pengkebumian ni dikhaskan untuk ahlli dan penyokong PAS saja, untuk pemimpin jenis gila publisiti macam depa ni, sediakan masa khas untuk depa sebelum solat jenazah dan pengkebumian.

Kalau depa mai jugak waktu pengkebumian aku harap sangat tak payah la iring depa sampai ke tepi kubur sampai terpaksa tolak ketepi ahli keluarga allahyarham. sebaiknya bubuh depa dalam satu bilik khas, pasang projektor kat dalam bilik tu, cukup.
Cenangau D'kari
Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2013/09
Read More

Malunya Yope!!! Perak negeri kedua isi rumah TERMISKIN di semenanjung, Ketua Pemudanya Kaya! Kaya! Kaya!...

Sabtu, 28 September 2013
Patut Lah Dilapurkan Perak Negeri Termiskin.......
Baru jer jadi Ketua Pemuda Ameno Perak...dah kaya raya,huurmmm...agak2nyer Ketua Menteri dan PM macam mana yer?
Dicatat oleh atsixty di 12:00 AM
vsivakumar

IPOH, 23 SEPTEMBER: Negeri Perak mencatatkan kadar kemiskinan dan miskin tegar tertinggi di Semenanjung Malaysia selepas Sabah dan Sarawak.

Ahli Parlimen DAP Batu Gajah, V Sivakumar berkata, kedudukan itu amat mendukacitakan memandangkan Perak bukan sebuah negeri miskin.

“Mengikut rekod yang diberi Parlimen Malaysia, terdapat seramai 908 bilangan isi rumah miskin tegar di Perak pada 2012.

“Pada tahun yang sama jumlah isi rumah miskin di Perak ialah 8,600. Jumlah ini adalah sangat tinggi dan membimbangkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Siva, perbandingan jumlah isi rumah miskin tegar di Malaysia Barat menunjukkan Perak merangkumi satu nilai yang memeranjatkan iaitu 16.36 peratus.

“Begitu juga dengan jumlah isi rumah miskin di negeri Perak dengan mencatat 16.22 peratus daripada jumlah yang direkodkan untuk keseluruhan Semenanjung Malaysia.

“Jumlah ini amat tinggi berbanding negeri lain di Semenanjung Malaysia,” katanya.

Negeri yang mempunyai bilangan isi rumah miskin tegar dan miskin yang paling ramai di Semenanjung Malaysia ialah Kelantan yang mencatat 1,048 dan 8,800 masing-masing.

Bagi kategori miskin tegar, Perak menduduki tempat kedua iaitu 908 isi rumah diikuti Pahang (720) dan Kedah (644) isi rumah.

“Negeri Perak juga menjadi naib johan bagi kategori miskin dengan mencatatkan 8,600 isi rumah diikuti Kedah dengan 7,400 isi rumah dan Johor 7,000 isi rumah.

“Statistik yang dibekal Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri membuktikan Negeri Perak tidak mempunyai pencapaian atau prestasi yang baik dalam menangani masalah kemiskinan,” ujar beliau yang juga Timbalan Pengerusi DAP Perak.

Justeru itu, Siva berkata, kerajaan Perak seharusnya malu kerana gagal mengembalikan zaman kegemilangan ekonomi yang pernah dicapai suatu ketika dulu.

“Perak pernah menjadi negeri terkaya dan termasyhur dan kini menjadi naib johan jumlah isi rumah miskin dan miskin tegar,” katanya.

Namun, dalam keadaan uzur seperti ini, Kerajaan Negeri Perak di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir masih lagi boros melaksanakan projek yang tidak berfaedah kepada rakyat.

“Kerajaan Perak harus mengambil langkah sewajarnya untuk mencapai ‘miskin sifar’ dalam tempoh lima tahun akan datang,” kata beliau lagi.-Roketkini.com
Read More

Jantan Glamour...Dikejar BINTANG...Untung kau Bro!... BATMAN pun Tunduk jer bila kena 'sound'!

Sabtu, 28 September 2013
Tunduk jer bila kena 'sound'
Bat man pun tau hormat orang tua... kihkihkih. Tunduk jer bila kena 'sound'

Syarikat keselamatan tetap saman isteri Mat Yo

Glamor sekarang beb.... Itulah rezeki orang. Walau pun bukan rezeki berbentuk kewangan dan harta benda namun pelbagai rezeki datang bergolek kepada Encik Azman yang diherdik isteri seorang pemain bola sepak popular tanah air.

Rezekinya yang pertama adalah dikunjungi ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Binti Anwar semalam. Kunjungan tersebut dirakan dan gambarnya diedarkan di internet tetapi gua cari semula tak jumpa dah... Selepas itu beliau dikunjung seorang pemain bolasepak sensasi negara yang kini bermain untuk pasukan tentera, Hairudin Omar bersama-sama sebahagian pemain ATM. (update 11.57 pm gambar En Azman bersama YB Nurul Izzah dah dapat... ada kat bawah tuuu)

Dan terkini beliau diberi peluang bergambar di dalam sebuah kereta sport canggih milik seorang pemuda melayu yang turut mengabadikan gambar bersama beliau. Sebuah blog mendakwa pemuda tersebut adalah seorang ushawan yang menghadiahkan kereta tersebut kepada Bro Azman. Tetapi gua sangsi dengan maklumat tersbut.

Itu pun rezeki juga.. Orang lain termasuk gua tak pernah rasa naik kereta secanggih itu... jeles la pulak... wakaka.. Sabar pokcik ya! Ada rezeki menang saman nanti merasa la pegang duit banyak ... In Shaa Allah..

Pergh bangga beb... YB paling jelita datang beri sokongan.. 

Sapa lawa... 
Awek yang sebelah pakcik atau bini orang yang tendang pakcik?

Selalunya bintang sukan dikejar peminat tetapi dalam kes Pakcik, Hai O sudi datang lawat pakcik

Team ATM.. sokongan padu untuk pakcik. Cukup sifat.. orang putih ada, orang hitam ada orang sawo mateng pun ada... wakaka
Posted by GeloraHatiMuda at 8:30 AM/Gendang Perang
Read More

Bro Azman Semakin galmour...memandu kereta RM400K!..& Bini Mat Yo maki Pak Guard, komen Dr Asri

Sabtu, 28 September 2013
Bini Mat Yo maki Pak Guard, komen Dr Asri
ko ingat kete cooper ko tu cangih? mai la tengok kete yang aku naik ni... wakaka. cooper ko tu boleh beli tiga la.... sebijik kete ni sama dengan 4 bijik kete ko, ko tau tak??? Begitulah agaknya kata hati Bro Azman... 
 Posted by GeloraHatiMuda
Adakah ini juga ego orang berduit?
Insiden Shahrul Aishah, bini Mat Yo atau Nor Shahrul Idlan Talaha maki seorang pengawal keselamatan di Subang Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) menjadi topik hangat pengguna internet. Setakat ini belum reda.

Ramai yang mengutuk Shahrul Aishah sehingga ada yang mengambil insiatif membuka akaun Facebook “Kami Benci Bini Mat Yo” sebagai bantahan atas perbuatan melampau perempuan tersebut. Page tersebut sehingga kini mendapat 58 558 like.

Dr Asri Zainul Abidin tidak terkecuali memberi komen di FB. Berikut komen beliau…
..saya simpati dengan pak cik guard di Airport Subang yang dimaki dan ditendang oleh seorang perempuan yang semua tahu tentangnya..saya kerap juga bertemu dengan pak cik tersebut di Airport Subang..saya tidak kenal nama pak cik tersebut tapi sekadar yang saya perasan, dia sangat menghormati, bertegur sapa serta bercakap dengan baik..memudahkan urusan saya dan sahabat yang mengiringi saya..itu sekadar pengalaman saya dengannya..Allah lebih mengetahui keadaan setiap insan..moga Allah rahmati dia dan berikan keadaan yang lebih baik..

Ada laporan menyebut isteri Mat Yo akan mengambil tindakan saman terhadap pengawal tersebut. Kenapa agaknya? Adakah dia ingin menambah lagi kemarahan orang ramai terhadapnya yang sepatutnya diselesaikan dengan cara lebih baik. Aadakah ini juga ego orang berduit?
EkELEH.COM
Read More

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2012-2015 dibidas Tun Dr Mahathir Mohamad...

Jumaat, 27 september 2013

Dr. Mahathir sindir PPPM Muhyiddin tapi senyap bab Rumah Terbuka Najib?
Photo: Perdana Menteri yang tak habis-habis memalukan negara!
Fb Solidariti Anak Muda Malaysia

Aku tak kata Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2012-2015 tu tak perlu, maksud aku dengan menggunakan kepakaran tempatan mungkin kos dapat dikurangkan tapi hasil yang lebih baik.
MalaysianInsider melaporkan:
Langkah Putrajaya membelanjakan RM20 juta melantik firma luar untuk menyediakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2012-2015 dibidas Tun Dr Mahathir Mohamad kerana tidak mengambil penasihat tempatan.

Dr Mahathir secara sinis mempersoalkan langkah tersebut, walaupun Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertahankannya sebagai "kos memadai". - TMI.

Aku langsung tak terkejut dengan cerita macam ni. Puak-puak Umno BN ni dalam bab nak nampak hebat dan dalam masa sama perabih duit depa memang cekap.

Dalam hal ni aku cukup setuju dengan Dr. Mahathir.

TheMalaysianInsider juga melaporkan:
"Saya boleh jadi pakar tempatan, kenapa dia (Putrajaya) tidak lantik saya?" kata bekas perdana menteri tersebut dalam sidang media di Sunway Universiti. - Ibid.
Takkan takdak kut pakar tempatan termasuk dipusat pengajian tinggi dalam negara yang boleh jadi penasihat dan bangunkan pelan macam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2012-2015. Lagi pun sebagai orang tempatan tentu depa lagi arif pasai permasalahan dan kekurangan yang kita ada.

Dengan RM20juta tu kalau digembeling 100 pakar tempatan tentu lebih banyak aspek yang boleh dikaji dengan lebih detail lagi sebelum pelan tu dibangunkan.

Tapi bila fikir balik apa sangat la kalau takat RM20juta tu. Tara kos rumah terbuka hari raya pun Najib tutuh sampai RM2.88juta untuk jamu 80,000 orang tetamu dengan kos satu kepala RM36.

Bab ni Dr. Mahathir tak bising pulak. Mungkin kut Dr. Mahathir takdak kepakaran dalam bidang katering kut ataupun mungkin Dr. Mahathir pernah buat dengan kos yang lebih tinggi sebelum ni.

Dalam keadaan kerajaan dok mengeluh pasai tak cukup duit sampai sanggup susahkan rakyat dengan kurangkan subsidi minyak tapi dalam masa yang sama sanggup pulak berbelanja mewah dan tak perlu.

Aku tak kata Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2012-2015 tu tak perlu, maksud aku dengan menggunakan kepakaran tempatan mungkin kos dapat dikurangkan tapi hasil yang lebih baik.

Dan kalau pun perlu keluarkan kos sebanyak tu jugak, sekurang-kurangnya duit tu berlegar dalam negara saja yang tentu sikit sebanyak merangsangkan jugak ekonomi negara.
Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2013/09/mahathir-sindir-kos-pppm-muhyiddin.

Read More

Perghh..Demi BN Aku gagahi jua.Berjalan kaki ni..Dari Kuala Besut ke Putrajaya sejauh 680 km selama 13 hari...Aduh!!! Bengkek!

Jumaat, 27 September 2013
Perghh..Demi BN Aku gagahi jua.Berjalan kaki ni..
Morning. !! Salam 1 tekanan... 

Walk4banglasia updated. NAMPAM TAK TU? berhujan bagai..kesuan sungguh mat misai jongos nih.

Dia berpayah jalan kaki, menteri dapat nama..warkah kah kah..

Badigol so'ot la korang ni. Orang runsing harga minyak naik.harga rumah mahal..hutang kereta yg tak habis..ko poyos jalan kaki..

Puih..
Morning. !! Salam 1 tekanan...

Walk4.sape tu ..update NAMPAK TAK TU? berhujan bagai..kesungguhan mat misai  nih.

Dia berpayah jalan kaki, menteri dapat nama..warkah kah kah..perabih nih RM 650 ribu je...kikiki

Ghoflah  la korang ni. Orang runsing harga minyak naik.harga rumah mahal..hutang kereta yg tak habis..ko poyos jalan kaki....

Berjalan kaki Di Taja atau Tanpa Tajaan .YANG MANA TERBAIK
Pejalan kaki luar negara sanggup berjalan kaki sejauh 5,700 km selama 314 hari seorang diri melalui beberapa buah negara kerana Allah SWT, untuk Islam, untuk Bosnia- Harzegoniva, ibu bapanya dan saudara perempuannya.. Wang keluar dari kocek sendiri tanpa sebarang tajaan.

Pejalan kaki Malaysia dari Kuala Besut berjalan kaki sejauh 680 km selama 13 hari diringi 40 orang melalui dua buah negeri Pahang dan Selangor kerana menunaikan nazar sebab UMNO/BN menang PRK DUN N01 Kuala Besut tempojh hari .. Perbelanjaan ditaja sebanyak RM650,000.TEPUK DADA TANYA IMAN  ... CUITKAN MINDA TANYA AKAL LOGIK 
Posted by Abu Luqman /Blog Apa Khabar Orang Kampung

Read More

#Banglo7Juta: Nazri Jr 'beli banglo RM7j', Nazri Sr: Bukan masalah saya

Jumaat, 27 september 2013
MEMOHON PENJELASAN DATO’ SERI MOHAMED NAZRI B. TAN SRI AZIZ



Kenyataan Umum

Tarikh: 26 September 2013

MEMOHON PENJELASAN DATO’ SERI MOHAMED NAZRI B. TAN SRI AZIZ MENGENAI PEMBELIAN RUMAH MEWAH LEBIH RM7 JUTA OLEH ANAK LELAKINYA.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memperolehi dokumen mengenai milikan harta kekayaan anggota keluarga dan individu - individu rapat dengan beberapa orang Menteri Kabinet kira – kira sebulan yang lalu oleh pihak yang tidak dikenali. Setelah diteliti diyakini beberapa dokumen tersebut ada kesahihannya dan SAMM tidak menolak kemungkinan ia ada kaitan dengan pertembungan dalaman Umno menjelang pemilihan parti itu.

Mengenepikan sentimen mengapa pemberi maklumat menyalurkan maklumat itu dan niat politiknya tetapi atas keinsafan mempertahankan kepentingan rakyat maka SAMM secara berperingkat akan menyiarkan dokumen dokumen tersebut sebagai persoalan untuk dijawab oleh Menteri terbabit.

Dokumen yang pertama ialah berkenaan pembelian sebuah banglow bernilai RM 7,242,555.07 yang dikaitkan dengan seorang yang bernama Mohamed Nedim B. Mohamed Nazri. Diperiksa dia ialah anak seorang menteri kabinet.

Bagi anak yang sangat muda dan setelah diteliti pekerjaan atau perniagaannya, adalah amat meragukan dari sudut kemampuan. Bagaimana anak menteri ini punya kemampuan untuk membeli banglow dengan harga yang sedemikian tinggi?

Maka perbagai persoalan muncul. Ini bukan tuduhan tetapi sebagai seorang Menteri sudah tentu rakyat berhak bertanya kepada Nazri mengenai banglow anaknya ini.

Bagaimana anaknya dapat membeli banglow ini? Adakah dia layak? Adakah dia membeli dengan tunai? Jika melibatkan pinjaman bank berapa banyak pinjaman dibuat dan berapa jumlah tunai yang dibayar? Bagaimana bank boleh memberikan kelulusan bernilai jutaan ringgit kepadanya, adakah kerana dia anak menteri?

Nasib kita sebagai rakyat biasa, untuk mendapatkan pinjaman bank bagi membeli kereta kancil atau rumah kos rendah pun bagai nak gila memanjat tangga dari bank ke bank bagai mengemis.

Semua persoalan ini juga seharusnya membawa kepada Jabatan Hasil dalam Negeri dan individu tersebut harus dipanggil untuk diteliti milikan sebenar pendapatannya. Juga melalui sumber rekod Jabatan Hasil Dalam Negeri ada terdapat keraguan bagaimana dia mampu memiliki kediaman mewah bernilai tinggi dengan pendapatan yang diistiharkan.

Menarik juga dilihat dari dokumen yang diperolehi ialah bagaimana dalam proses membeli rumah mewah ini pembeli menikmati diskaun RM500,9444.08 (-7%) selaku bumiputera. Orang biasa termasuk pimpinan Umno diperingkat cawangan yang gila–gila mempertahankan Umno ada yang hanya menikmati diskaun tak sampai RM10,000 atas nama bumiputera ketika membeli rumah kerana itulah sahaja kemampuan kita orang biasa - biasa.

Melalui kenyataan ini SAMM bagi pihak anak muda Malaysia yang bergelut dengan peningkatan kos hidup dan dihimpit perbagai masalah kewangan menuntut untuk Nazri tampil dan menjawab. Anaknya ini juga yang satu ketika dahulu pernah didedahkan oleh Rafizi Ramli berkenaan menggunakan kenderaan mewah milik seorang jutawan dengan siap pengawal peribadi.

Berkenaan perkara ini kami mempunya dokumen sebut harga, perjanjian dan gambar aset tersebut. Sekali lagi kami tegaskan ini bukan tuduhan tetapi persoalan yang perlu dijelaskan.

Selain itu berkenaan individu terbabit kami punya beberapa dokumen lain yang akan kami bangkitkan persoalanya dalam berperingkat. Kami juga dalam proses penelitian peringkat akhir beberapa dokumen lain yang mengaitkan anggota Kabinet yang lain.

Sekian.

Che’GuBard
Penyelaras SAMM Kebangsaan
Solidariti Anak Muda Malaysia shared Asrul Nizam Abd Jalil's status.


Dia Nak Beli Istanapun Bukan Masalah Saya

Nazri Jr 'beli banglo RM7j', Nazri Sr: Bukan masalah saya

Sekali lagi anak menteri pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz mencuri perhatian atas dakwaan negatif. Dan sekali lagi, bapanya menolak dakwaan itu dengan dengan gayanya tersendiri.

Kali ini, anaknya Mohamed Nedim didakwa membeli rumah banglo dengan harga RM7.2 juta.


"Dia boleh beli istana, ini bukan masalah saya," kata Nazri kepada pemberita ketika ditanya pemberita di lobi Parlimen hari ini. Bagaimanapun, beliau nampaknya seperti tidak tahu menahu berhubung laporan itu dan bertanya kembali: "Rumah apa?

"Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini mendakwa memperoleh dokumen mengenai pembelian banglo RM 7,242,555.07 yang didakwanya dikaitkan dengan Nedim.

Penyelaras NGO itu Badrul Hisham Shaharin (kanan) berkata, bagi seorang anak muda dan setelah diteliti pekerjaan atau perniagaannya, kemampuannya membeli harta tanah itu "amat meragukan",
Posted by Jeebond BLM at 8:01 pm
Read More

Akibat Artikel " LANGIT TERBUKA" tulisan Dr Mashitah Ibrahim, Sinar Harian Terpaksa Mohon Maaf!

Jumaat, 27 September 2013
Kerana Keceluparan & Kebiadapan Mashitah, Sinar Harian Terpaksa Mohon Maaf

Kerana keceluparan dan kebiadapan Mashitah Ibrahim, akhbar Sinar Harian terpaksa mohon maaf kepada TGNA dan Mat Sabu kerana diri mereka difitnah!!!!

Akhbar Sinar Harian dengan berjiwa besar akui akan kesilapannya menerbitkan suatu artikel bertajuk " SKANDAL SEKS, KRISIS POLITIK PAKATAN" mengaitkan Presiden dan Timbalan Presiden PAS,  dalam kolum " LANGIT TERBUKA" tulisan Dr Mashitah Ibrahim yang disiarkan oleh akhbar berkenaan pada 2hb Mac 2012
Akhbar Sinar Harian melahirkan rasa kesal atas penyiaran jijik, jahat fitnah itu dan memohon maaf kepada Dato' Seri Presiden PAS TGHA dan Timbalannya Tuan Hj Mohamad Sabu.

Kes saman fitnah oleh TGHA dan Mat Sabu keatas Dr Mashitah Ibrahim masih lagi berjalan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.-Omakkau /TKO


Monday, 5 March 2012
Mashitah, Ustazah Pencukur Bulu Kening Menjadi Pemfitnah!!

Membaca tulisan Dr Mashitan Ibrahim di akhbar Sinar Harian, terasa teramat pelik dengan Ustazah ini, tak padan dengan gelaran Ustazah dan Doktor. Sehingga ada yang memberi komen ustazah pencukur bulu kening menjadi penyebar fitnah. Inilah jadinya kalau ustazah masuk UMNO.

Kali ini dia menulis tentang skandal seks, krisis politik PR. Ceritan ulangan dan bercerita semula kes yang melibatkan pemimpin PR selepas Dr Badrolamin dituduh berkhalwat. Dia bercerita tentang skandal seks Anwar Ibrahim, dia mengulang semula kes khalwat Mohamad Sabu walaupun Mat Sabu tidak bersalah. Dia memfitnah Adun PAS Selising berzina dengan isteri orang di gerabak keretapi. Dia juga memfitnah Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah berskandal dengan anak dara 10 tahun lalu. Itulah cerita fitnah Ustazah Mashitah. Kebanyakkan cerita kedai kopi yang tidak mempunyai sandaran kukuh.

Tak pula disebut tentang cerita yang benar-benar berlaku di kalangan pemimpin UMNO tentang skandal seks mereka. Yelah takkan nak bercerita tentang perut busuk ahli parti sendiri. Cerita kahwin Najib, cerita rogol Rahim Thamby Chik, cerita Muhammad Taib, episod Ziana Zain dalam UMNO. Takkan UMNO syumul!!

Bahagian paling sesat tulisan Dr Mashitah melalui tulisannya di bahagian penutup.

Rakyat jelata tidak seharusnya terpengaruh dengan gelaran ustaz atau lebai hatta tuan guru daripada kalangan pemimpin parti pembangkang. Ataupun terpegun dengan jubah yang labuh, serban yang tinggi atau janggut yang panjang.

Maksud tulisannya boleh terpengaruh sekiranya ustaz atau lebai hatta tuan guru dari kalangan UMNO walaupun menjual agama kerana nafsu tembolok sendiri yang termasuk dirinya. Takkan juga Dr Mashitah boleh menghina sunnah sesuka hati!! -Rujuk tulisannya, KLIK!
-kerengga

Read More

Malaysia dan China berada pada paras teratas dalam skala RASUAH - Laporan Kajian Penipuan Asia Pasifik 2013.

Jumaat, 27 September 2013
 Malaysia disenaraikan sebagai salah sebuah negara yang kerap mengamalkan rasuah 
bonikacak.com
Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu) kerajaan gagal dalam peranannya mentransformasikan bidang ekonomi.

 Malaysia disenaraikan sebagai salah sebuah negara yang kerap mengamalkan rasuah dan mengambil jalan pintas bagi mencapai sesuatu sasaran sewaktu dalam kegawatan ekonomi, kata satu kajian baru-baru ini.

Kajian yang dibuat Ernst & Young itu sekali gus menunjukkan Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu) kerajaan gagal dalam peranannya mentransformasikan bidang ekonomi.

Malaysia dan China berada pada paras teratas dalam skala rasuah menurut penemuan terbaru Laporan Kajian Penipuan Asia Pasifik 2013. Kajian itu dijalankan kepada 681 eksekutif di China, Singapura, Australia, New Zealand, Indonesia, Vietnam, Malaysia dan Korea Selatan.


Separuh daripada eksekutif itu berpendapat China, Indonesia, Malaysia dan Vietnam paling banyak terlibat dalam rasuah.

Eksekutif yang terlibat dalam kajian ini mempunyai latar belakang dalam sektor industri, perbankan, peruncitan dan sumber asli.

"Kegiatan penipuan mencatatkan peningkatan dan hal ini tidak berkait di antara polisi ditetapkan dengan pematuhan polisi itu,"kata rakan pengurusan dalam laporan tersebut, Chris Fordham.

Kira-kira 39 peratus mendapati rasuah diamalkan secara meluas di Malaysia, dua kali ganda daripada purata Asia Pasifik iaitu sebanyak 21 peratus.

Malah, 29 peratus responden mendapati rasuah yang diamalkan di sini meningkat berikutan keadaan ekonomi yang semakin mendesak dan peningkatan dalam persaingan yang merupakan negara ketiga tertinggi dalam kajian itu.

Laporan itu mendapati sewaktu negara di Asia mengenengahkan polisi anti rasuahnya, pendekatan itu tidak dilaksanakan dengan berkesan.

Kira-kira 40 peratus responden mendedahkan syarikat mereka mempunyai etika anti rasuah dan 35 peratus lagi mengesahkan pegawai atasan mereka menyatakan komitmen terhadap polisi tersebut.

"Kajian juga mendapati risiko rasuah meningkat dalam pasaran negara membangun disebabkan kawalan persekitaran lemah dalam pelaksanaan polisi yang berbeza dengan kerangka kerja pematuhan global,” katanya.

Kajian berkenaan turut menunjukkan empat peratus responden bersetuju atau sangat bersetuju di mana bukan sesuatu yang salah menawarkan ganjaran wang dalam perniagaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (gambar) membentangkan enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang salah satunya mengurangkan amalan rasuah. – 27 September, 2013.
The Malaysian Insider.
Beza Hukuman Rasuah di China vs Malaysia

Rasanya tidak perlu diperjelas dengan lebih lanjut mengenai isu diskriminasi hukuman rasuah yang sedang berlaku di Malaysia. Samada ada sangkal atau tidak, sekurang-kurangnya gambar selepas ini boleh menceritakan segala-galanya antara beza hukuman rasuah di Malaysia dengan negara China

4773633521_d56bc16ac5

Zheng Xiaoyu yang merupakan Bekas ketua industri makanan dan ubat China telah pun selamat dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Beijing  kerana rasuah dan mengabaikan tugas. Zheng, 62, merupakan pengarah pertama jabatan pentadbiran negeri dan ubat (SFDA) pada 1998 sehingga dia diberhentikan pada Jun 2005. Zheng yang disiasat dan dipecat daripada parti komunis pada Mac, dibicarakan sejak 16 Mac kerana didakwa mengambil rasuah lebih daripada 6.4 juta yuan (RM2.9 juta) dan mengabaikan tanggungjawabnya terhadap tugas.

Apa yang anda semua boleh gambarkan dan jelaskan daripada 2 hukuman rasuah yang berbeza dari gambar-gambar di atas?
Sumber gambar : obefiend/BeritaSemasa.com
Read More

Bini Mat Yo Buat Lawak Di Balai Polis... & Azman (JANTAN DAYUS) pulak semakin terkenal!

Jumaat, 27 September 2013
Fb Ali Imran
Bini Mat Yo Buat Lawak Di Balai Polis
Fb I Love Tshirt

PADA 12/09/13 JAM LEBI KURANG 1150HRS SEMASA SAYA BERADA DI KAWASAN AIRPORT SUBANG BERSAMA SUAMI SAYA, KAMI MERANCANG DAN BERBINCANG DI DALAM KERETA UNTUK MEMBELI TIKET KAPAL TERBANG DI TERMINAL 3 SKYPARK.

SEMASA SAYA MEMBERHENTIKAN KERETA SAYA WVQ 9090 JENIS MINI COOPER BERHADAPAN DENGAN PINTU MASUK TERMINAL 3, TIBA TIBA SEORANG SEKURITI SKYPARK BERNAMA (AZMAN) DATANG KEARAH KERETA SAYA DAN MENYURUH SAYA MENGALIHKAN KERETA SAYA.

LALU SAYA MEMINTA UNTUK BERHENTI SEKETIKA. SELEPAS DUA MINIT SEKURITI ITU DATANG DAN MENGELUARKAN KATA-KATA KESAT TERHADAP SAYA, SEPERTI PEREMPUAN BODOH, SIAL, BANGANG, PEREMPUAN GILA DAN BANYAK LAGI.

SEMASA KEJADIAN TERSEBUT SEKURITI ITU CUBA MENYERANG SAYA BEBERAPA KALI WALAUPUN SUAMI SAYA ADA DI SITU, SAYA TERASA AMAT MALU DI PERLAKUKAN SEBEGITU SEBAGAI WANITA.

SAYA JUGA ADA MERAKAM KEJADIAN TERSEBUT. SAYA DATANG KE BALAI POLIS UNTUK BUAT LAPORAN UNTUK TINDAKAN PIHAK POLIS. SEKIAN LAPORAN SAYA.

Begitulah ayat yang ditulis oleh isteri Mat Yo terhadap insiden seorang Pengawal Keselamatan bernama Azman Nayan di maki hamun dengan perkataan .. SAYA BUKAN BODOH .. SAYA BUKAN BODOH .. SAYA BUKAN BODOH .. SAYA BUKAN BODOH ... SAYA BUKAN BODOH.. SAYA BUKAN BODOH ...PAK CIK BODOHLAH PAK CIK .. PAK CIK BODOH ... PAK CIK BODOH ... PAK CIK BODOH ..... JANTAN DAYUS ... JANTAN DAYUS .. JANTAN DAYUS ...JANTAN DAYUS.

Jika di dengar pada rakaman Youtube yang di muat naik sendiri oleh isteri Mat Yo tiada sepatah perkataan pun Pengawal Keselamatan itu memaki hamun isteri Mat Yo dengan perkataan perempaun bodoh, sial, bangang perempuan gila ..

Jelas sekali isteri Mat Yo berbohong ketika membuat laporan polis.Kalau dengan pihak polis pun beliau berani dan sanggup berbohong, apa jaminan perkara lain-lain beliau tidak berbohong.

Isteri Mat Yo jelas telah melakukan kesalahan dibawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu, boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
~ OMAK KAU
Kerana Isteri Mat Yo, Pakcik Azman jadi terkenal...

Allah Maha Besar!, segala kejadian didunia ini datangnya berpasangan. Pasangan Mat Yo adalah isterinya. Pasangan sikap biadab isteri Mat Yo adalah kesabaran Pak Guard di Subang Skypark.

Semua orang tahu yang baik dibalas baik dan yang jahat di balas jahat. Sikap jahat isteri Mat Yo di cemuh oleh ramai rakyat Malaysia. Rakaman sendiri rupanya memakan diri.

Kesabaran Pak Guard yang dikenali sebagai Pak Cik Azman pula mendapat simpati dan hasilnya dia menjadi seorang Pengawal Keselamatan yang paling terkenal di negara kita sekarang ini. Semua orang cakap pasal Pak Cik Azman dan boss Pakcik Azman turut membela pekerjanya itu.


Sana sini orang mula bercerita pasal Pak cik Azman yang baik lemah lembut dan terpuji. Orangnya sentiasa senyum dan selalunya ringan tulang membantu mereka yang memerlukan bantuan. Mungkin pertemuan dengan Isteri Mat Yo menjadi puca Allah mahu naikkan nama Pak Cik Azman.

Buat Isteri Mat Yo pula, dengar kata dah mohon maaf pada semua rakyat Malaysia atas sikap kurang ajarnya yang tidak disengajakan. Tak sengaja kerana sikap itu memang dah jadi tabiat dirinya, jadi semuanya berlaku secara spontan.

Satu lagi perkara menarik adalah kisah Isteri Mat Yo yang dikatakan bekerja sebagai pramugari Air Asia. Betul kah dia kerja dengan airasia. Saya dengar para pekerja airasia sentiasa sanggup pergi 'extra mile' untuk memberikan perkhidmatan pada pelanggan.

Sikap suka berikan khidmat bertaraf 'wow' itu saya dengar dalam satu seminar berkenaan branding yang disampaikan oleh seorang penasihat penjenamaan. Dia berikan pujian melangit pada para pekerja Airasia dan meletakkan sikap tersebut sebagai salah satu kejayaan Tony Fernandez membina perniagaannya.

Tetapi nampaknya sikap pramugari airasia yang ada pada Isteri Mat Yo membuatkan saya tertanya-tanya samada syarahan dan pujian consultant jenama itu benar atau hanyalah satu rekaan semata-mara!.

Pengajaran yang kita boleh ambil daripada kisah yang berlaku adalah, kita perlu berhati-hati bertindak dalam dunia canggih komunikasi tanpa batasan sekarang ini...anda sentiasa diperhatikan....!!!
Posted by Mohd Shubhi Abdul at 5:35 PM 

Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena