Wednesday, 30 October 2013

Muhammad Taib Belasah Umno - "Umno hanya jadi parti yang ikut-ikut sahaja...

Khamis, 31 Oktober 2013
Muhammad Mohd Taib Belasah Umno

IPOH: Mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Mohd Taib berkata, Umno tidak pernah merujuk kepada al-Quran dan Hadis dalam perjuangannya.

Menurutnya, perkara tersebut berbeza dengan PAS yang menjadikan al-Quran dan Hadis sebagai pegangan dan rujukan utama setiap masa.


Itulah antara penyebabnya mengambil keputusan menyertai PAS setelah bergelumang dalam Umno sejak tahun 1964 lagi.

"Masa saya jadi Menteri Besar (Selangor), saya tidak pernah buka (rujuk) al-Quran untuk mentadbir negeri, begitu juga semua Perdana Menteri sehinggalah Najib ketika ini.

"Tetapi dalam PAS berbeza, Tok Guru Nik Aziz, Ustaz Hadi selalu rujuk al-Quran ketika mereka memerintah negeri masing-masing," katanya ketika membentangkan kertas kerja di Konvensyen PAS Perak di Hotel Tower Regency, Ahad lalu.

Mantan Naib Presiden Umno itu menjelaskan, beliau mengambil keputusan menyertai PAS apabila telah menyedari akan perjuangan Umno yang semakin menyimpang.

Katanya, beliau ingin membetulkan dirinya kembali dalam pengakhiran usianya dan ingin membantu PAS mencapai hasrat memerintah negara dan memimpin ummah.

PAS katanya diwakili golongan berkemahiran agama dan profesional yang cerdik pandai tetapi Umno hanya menjadi parti ikutan tidak berdasarkan pemikiran.

"Umno hanya jadi parti yang ikut-ikut sahaja, mereka yang masuk Umno bukan yang berfikir. Tidak seperti orang yang menyertai PAS.

"Saya melihat, PAS adalah parti yang paling relevan dan sesuai untuk memimpin masyarakat di negara ini khususnya orang Melayu," ujarnya lagi.

BN katanya hanya berjaya dalam pembangunan fizikal semata-mata sebaliknya gagal untuk mendidik rohani serta akhlak masyarakat.

Tambahnya, Rakyat perlukan usaha daripada kumpulan baru yang berani untuk merubah suasana masyarakat dinegara ini.

Jelas Muhammad, PAS sangat diyakini dapat melahirkan masyarakat yang selamat di dunia dan akhirat disamping mengukuhkan aspek modal insan dan membangunkan kemanusiaan.

Justeru, beliau menggesa agar PAS lebih bersedia dan mengukuhkan lagi kedudukannya agar dapat meyakinkan rakyat khususnya orang Melayu.

"Kita kena kerja daripada sekarang untuk meyakinkan pengundi dan masyarakat tentang keperluan untuk berubah.

"Kita perlu hebahkan tentang kelebihan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat berbanding BN antaranya betapa cekap dan amanahnya pemimpin Pakatan Rakyat membelanjakan duit kerajaan," jelasnya lagi.

Posted by Jeebond BLM at 7:57 pm

Best Seller Pertama (2011) - Najib Perdana Menteri Terakhir ...
Read More

Malaysia jadi pusat RISIKAN Amerika : Jangan buat bodoh, bertindaklah ke atas perbuatan “jijik" itu - Anwar Ibrahim

Khamis, 31 Oktober 2013
Edward Snowden dedah Malaysia jadi pusat RISIKAN Amerika laknatulah
KUALA LUMPUR - Pentadbir di Malaysia terkejut dan bingung berikutan khabar bahawa Amerika Syarikat bermungkin besar menggunakan kedutaannya di Kuala Lumpur untuk mengintip.

"Kami amat bimbang dan mengharapkan penjelasan segera dan kenyataan balas daripada duta AS. Jika benar Kuala Lumpur menjadi sebahagian daripada PRISM atau mana-mana program pengintipan Amerika Syarikat yang lain, ini bermaksud kedaulatan negara kita telah dicerobohi," Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin memberitahu Malaysia Chronicle.

"Ini bukan masanya untuk kerajaan terutamanya Najib Razak, membutakan mata terhadap apa yang berkemungkinan besar adalah pelanggaran hak asasi dan syarat-syarat penubuhan misi AS di sini.

Najib mestilah berhenti daripada cuba mengambil hati Obama sehingga ke tahap membuka peluang untuk Malaysia digunakan sebagai stesen mengintip ke atas negara-negara jiran kita. Lebih baik kita menjadi tanah jajahan Amerika Syarikat jika begitu."

Sim, ahli parti pembangkang PKR, mengulas berita dari media Australia bahawa AS telah mengesan perbualan telefon dan memantau rangkaian komunikasi dari fasiliti pengawasan elektronik dari kedutaan dan konsulatnya di seluruh timur dan tenggara Asia.

Menurut Sydney Morning Herald, maklumat itu telah dibocorkan oleh pemberi maklumat perisikan Edward Snowden.

Diam membisu
Setakat ini, tiada sebarang maklum balas daripada Kementerian Luar Malaysia, manakala Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedang berada dalam lawatan kerja ke London.

Pemimpin Malaysia itu telah dijangka mengalu-alukan kedatangan Presiden Barack Obama ke Kuala Lumpur pada awal bulan Oktober, dimana sesetengah pengkritik percaya adalah umpan AS untuk Najib supaya menandatangani perjanjian Trans Pacific Partnership atau TPPA Obama yang berkontroversi.

Walau bagaimanapun, lawatan itu terbantut kerana penutupan sebahagian kerajaan Amerika Syarikat yang memaksa Obama untuk berada dalam negara bagi menyelesaikan pertelingkahan dasar ekonomi dengan pesaing Republikannya.

Presiden Amerika Syarikat itu merupakan tokoh yang popular di Malaysia di mana dia dianggap sebagai 'hero' dalam isu perkauman.
Pegawai-pegawai kedutaan AS di Kuala Lumpur sehingga kini tidak memberi sebarang ulasan mengenai khabar 'mengintip' itu.

Jangan buat bodoh, bertindaklah ke atas perbuatan “jijik" itu
Ketua Pembangkang Malaysia Anwar Ibrahim dengan lantang , menuntut tindakan daripada pentadbiran Najib.

"Orang ramai meluat dengan cara perisikan yang digunakan untuk mengintip ... terbaru yang berlaku di Sepanyol, " Malay Mail melaporkan Anwar sebagai berkata.

"Saya fikir perisikan Malaysia, khususnya Perdana Menteri, tidak harus membiarkan sahaja isu ini dan tunduk tanpa berani berkata apa-apa. Mereka mesti membuat bantahan, tidak ada sebab untuk mana-mana negara asing , sama ada Amerika Syarikat atau mana-mana negara lain terlibat dalam perbuatan mengintip ke atas mana-mana negara . "

Nik Nazmi , seorang lagi pemimpin dalam PKR atau Parti Keadilan Rakyat pimpinan Anwar, menggesa pegawai-pegawai AS untuk memberi penjelasan.

"Ini mencemarkan kedaulatan Malaysia. Kedutaan AS tidak perlu menunggu Najib atau Kementerian Luar Negara Malaysia untuk meminta penjelasan. AS perlu bertanggungjawab menjelaskan kepada rakyat Malaysia jika benar mereka menggunakan KL sebagai pusat untuk mengintip kita dan jiran kita. Dalam pada itu, adakah sesiapa dalam kerajaan Malaysia telah memberi kebenaran terhadap aktiviti rahsia itu?" kata Nik Nazmi kepada Malaysia Chronicle.

Peta rahsia Snowden
Peta rahsia dari Snowden menunjukkan 90 fasiliti pengawasan di seluruh dunia, termasuk fasiliti komunikasi perisikan di kedutaan di Jakarta , Kuala Lumpur, Bangkok , Phnom Penh dan Yangon.
Bertarikh Ogos 13, 2010, peta itu menunjukkan tiada fasiliti seperti itu diletakkan di Australia, New Zealand , Britain , Jepun dan Singapura – negara-negara sekutu rapat AS .

The Sydney Morning Herald berkata Australia menyedari sepenuhnya tahap pengintipan elektronik Amerika Syarikat terhadap jiran-jiran dan rakan-rakan dagangannya dan mempunyai akses kepada banyak data-data yang telah terkumpul.

Menurut peta yang diterbitkan oleh majalah Der Spiegel di Jerman pada hari Selasa, Agensi Perisikan Pusat bersama - kumpulan Agensi Keselamatan Negara yang dikenali sebagai " Perkhidmatan Koleksi Khas" menjalankan operasi pengawasan yang luas, serta operasi rahsia terhadap sasaran risikan tertentu.

Peta , yang pada mulanya diterbitkan dalam versi penuh di laman web Der Spiegel , kemudiannya telah digantikan dengan versi yang ditapis , menyenaraikan fasiliti Perkhidmatan Koleksi Khas di 90 lokasi di seluruh dunia , termasuk 74 fasiliti yang dikendalikan, 14 fasiliti yang dikendalikan dari jauh dan dua pusat sokongan teknikal.

5- pusat rangkaian: China tumpuan utama
Hanya dikeluarkan khas untuk " FVEY " - Rakan "5- pusat" perisikan Amerika Syarikat adalah termasuk Australia - peta mendedahkan AS melakukan operasi sulit di fasiliti perisikan dan komunikasi di kedutaannya di Jakarta , Kuala Lumpur, Bangkok , Phnom Penh dan Yangon.

Kedutaan Amerika Syarikat di Bangkok juga mempunyai pasukan sokongan teknikal yang di kendalikan dari jauh iaitu di konsulat AS di ibu kota Thai wilayah Chang Mai.

Di timur Asia, usaha pengumpulan perisikan AS bertumpu kepada China, dengan fasiliti yang terletak di kedutaan AS di Beijing dan konsulat AS di Shanghai dan Chengdu, ibu kota wilayah Sichuan di barat daya China. Satu lagi fasiliti pemantauan terletak pejabat diplomatik tidak rasmi AS di Taipei.

Peta mengesahkan isyarat risikan AS yang berada di hampir serata dunia dengan fasiliti mengumpul khas yang bertempat di kebanyakkan ibu kota di setiap benua.

Terdapat lapan fasiliti di selatan Asia termasuk di kedutaan AS di New Delhi dan Islamabad. Timur Tengah dan Afrika Utara yang mempunyai tidak kurang daripada 24 fasiliti , manakala sub –Sahara di Afrika mempunyai sembilan lagi fasiliti.
Malaysia Chronicle. - malaysia-chronicle.com.
Read More

N20 Sg Limau : 4 Nov. (Isnin) Aik! Kedah Tak Cuti... Kelantan Pulak Cuti?

Rabu, 30 Oktober 2013
Berbakti Kepada Tanah...
Setelah selesai berdoa awal musim padi, Tuan Guru Presiden bersama Ustaz Azam dan pimpinan PAS turun ke bendang menabur benih padi di Kg. Pulau Tembun di dalam UPU Kabu 10.
Photo: Setelah selesai berdoa awal musim padi, Tuan Guru Presiden bersama Ustaz Azam dan pimpinan PAS turun ke bendang menabur benih padi di Kg. Pulau Tembun di dalam UPU Kabu 10.

Pesta Menyeksa Itik di Bendang...

K'tan umum cuti 4 Nov final Piala Malaysia

7:35PM Okt 30 2013
Kerajaan Kelantan mengumumkan cuti peristiwa pada 4 November sempena perlawanan akhir Piala Malaysia membabitkan  Kelantan dan Pahang, di Stadium Shah Alam, pada hari Ahad.
  
Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Dr Zainuddin Ibrahim berkata pekeliling mengenai cuti berkenaan akan dikeluarkan, esok.

"Cuti peristiwa ini diputuskan dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob hari ini.
  
"Ia sebagai memberikan kemudahan kepada rakyat Kelantan khususnya peminat-peminat bola sepak untuk menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia di Shah Alam, Selangor," katanya kepada Bernama hari ini.
  
Dr Zainuddin berkata ia juga sebagai memberikan kemudahan kepada penjawat awam untuk merancang aktiviti bersama keluarga sempena cuti yang agak panjang, bermula Jumaat.
  
"Kepada peminat-peminat TRW (The Red Warriors), diharapkan dapat memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan kesayangan rakyat Kelantan ini. Jagalah adab-adab kesukanan dan jangan tinggalkan solat," katanya.
  
Perlawanan akhir itu akan diadakan di Stadium Shah Alam pada pukul 8.45 malam.
- Bernama/Mk.

PRK Sungai Limau: Tiada cuti umum pada hari mengundi - Mukhriz
2013/10/27 

YAN: Kerajaan negeri mengumumkan tiada cuti umum pada hari mengundi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau pada 4 November ini.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir pada sidang media selepas merasmikan Jentera Puteri di Sungai Limau Dalam di sini, sebentar tadi.
Bagaimanapun, Mukhriz berkata, Kerajaan negeri akan memberikan pelepasan khas kepada pengundi DUN Sungai Limau untuk membuang undi sebelum mula bekerja.

"Kita akan bagi pelepasan khas kepada pengundi supaya mereka boleh mengundi pada sebelah pagi dan masuk kerja selepas itu. Ini bagi memastikan proses membuang undi berjalan dengan lancar," katanya.
BH.
Read More

Undi Umno BN Umpama Undi Naik Harga - TG Nik Aziz

Rabu, 30 Oktober 2013


Pas mendakwa, satu undi untuk Umno-BN pada PRK Dun Sungai Limau bermakna satu undi untuk kenaikan harga barang.

Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata demikian dalam satu kenyataan di dalam laman Facebooknya, hari ini.

Dakwanya, pengundi Dun Sungai Limau wajib melakukan pemilihan yang tepat bagi menunjukkan rakyat tidak sokong kenaikan harga barang.

"...kenaikan harga barang yang berlaku selepas pilihan raya seperti harga minyak, pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan banyak isu lain membuktikan bahawa Umno-BN tidak berniat untuk meringankan beban rakyat bawahan.

"Justeru, pengundi Dun Sungai Limau wajib buat pilihan yang tepat bagi membuktikan rakyat tak reda dengan kenaikan harga barang," dakwanya.

Pada bulan lalu, penyandang Adun Sungai Limau, Tan Sri Azizan Abdul Razak telah meninggal dunia akibat masalah kesihatan sekaligus menyebabkan kerusi Dun di kawasan itu menjadi kosong.

Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz yang juga bekas Menteri Besar Kelantan turut merayu pengundi di Dun Sungai Limau supaya mengekalkan undi terhadap Pas, pada PRK depan.

"Saya benar-benar menggantungkan harapan kepada para pengundi agar terus mengekalkan Pas di Dun Sungai Limau sebagaimana pengundi-pengundi telah membuat pilihan yang tepat apabila mengundi Almarhum Ustaz Azizan Abdul Razak di dalam PRU yang lepas.

"Insya-ALLAH, keikhlasan tuan-tuan di dalam membuat pengundian di dalam pilihanraya yang lepas akan dikira sebagai amalan kebaikan oleh ALLAH SWT sekalipun kesempatan untuk bersama-sama Adun Sungai Limau tidak lama kerana beliau dipanggil mengadap ALLAH SWT kemudiannya," katanya lagi.
IdaMan.
Read More

Abby Abadi : Umno Punca Dunia Hiburan Sesat...& 8 years old Hazury strumming and singing

Rabu, 30 Oktober 2013
Music Malaysia-8 years old Hazury strumming and singing
Abby dengan lantang menyalahkan Umno kerana membiarkan gejala maksiat berleluasa...
ohartis.com 
YAN: Penyanyi dan pelakon, Abby Abadi yang kini menyertai pembangkang mendakwa Umno bertanggungjawab menjadikan golongan selebriti di Malaysia mengabaikan tanggungjawab sebagai umat Islam.

Menerusi ceramah sempena kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Abby dengan lantang menyalahkan Umno kerana membiarkan gejala maksiat berleluasa dalam industri hiburan tanahair.

"Dulu saya berlakon tak berfikir sangat tentang dosa dan pahala. Tak apa bila suami orang buat suami kita, suami kita pula orang lain boleh buat macam suami sendiri.

"Dalam dunia hiburan, kita dipisahkan oleh Islam. Kita hanya berurusan tentang duit. Ini berlaku dalam dunia hiburan di Malaysia dan kita boleh tengok sendiri. Di Malaysia kita dididik oleh Umno dan BN (Barisan Nasional) bahawa maksiat nampak macam benda biasa," katanya ketika berceramah di Kampung Dulang Kecil di sini, Sabtu malam.

Abby yang kini menjadi ahli PAS seumur hidup tampil membantu kempen calon parti itu, Mohd Azam Abdul Samat yang berhadapan saingan satu lawan satu menentang wakil BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim pada PRK DUN Sungai Limau yang akan diadakan pada 4 November depan.

Selain itu Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan menyeru pengundi DUN Sungai Limau supaya tidak memberi undi kepada calon BN kerana menurutnya adalah berdosa jika memilih parti kerajaan yang ditunjangi Umno.

"Dulu saya tak pernah mengundi, kali ini (PRU-13) baru saya mengundi PAS. Jadi dulu saya tak mengundi Umno maka tidaklah berdosa sangat.

"Kalau kita salah pilih kerajaan...berdosa. Kalau dia (kerajaan) buat pelik-pelik turut berdosa sebab kita sokong dia," katanya.
-mStar 
Read More

Gaji pegawai kanan JPM melampau RM69,000 sebulan, subsidi rakyat dipotong... kos sara hidup tinggi!

Rabu, 30 Oktober 2013
Photo: Bentang la macam2 kenaikan cukai bla bla itu ini naik..naik ..naik.. tapi HAIRAN hutang negara TAK BERKURANG KURANG jugak.

Naikkanlah harga minyak sekalipun. Hutang negara makin bertambah jugak.

Kononnya buat pembanhunan bla bla bla bina Putrajaya konon.. last2 Putrajaya tu all aset aset di Putrajaya rupanya SEWA dari Putrajaya Holding yang penasehatnya Madey Kutik.

Kalu bab BAPAK PENYAMUN dan bab MEMBAZIR WANG RAKYAT serah pada Melayu islam agama umno!!!!
Gaji pegawai kanan JPM melampau, subsidi rakyat dipotong
(Oleh Masdar Wahid)
azrilnazli.blogspot.com
KUALA LUMPUR 29 OKT: Tidak wajar gaji terlalu tinggi dibayar kepada pegawai kanan termasuk berstatus kontrak di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam keadaan subsidi rakyat terbanyak dipotong, kata Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak harus sama mengurangkan perbelanjaan tidak perlu jika beliau serius mahu membantu rakyat yang kini berdepan kos sara hidup tinggi ekoran tindakannya memotong subsidi gula, minyak masak dalam bajetnya baru-baru ini.

“Najib harus ingat peruntukan jabatannya melonjak 13 peratus berbanding tahun lalu iaitu RM250 bilion kepada RM264 bilion,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau mengulas gaji pegawai kanan JPM yang disifatkannya melampau kerana lebih tinggi berbanding gaji penjawat awam.

Manakala pada pembentangan Bajet 26 Oktober lalu, Najib memotong subsidi rakyat sebanyak RM7.3 bilion.

“Pada 1 Oktober lalu, saya diberitahu gaji tahunan, elaun dan bonus Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Agensi Inovasi Malaysia RM830,500 (gaji bulanan kira-kira RM69,000).

“CEO Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bergaji tahunan RM480,000 (sebulan RM40,000, elaun tahunan RM162,000, bonus RM60,000).

“CEO TalentCorp bergaji bulanan RM30,000 tidak termasuk elaun kereta RM5,000 sebulan.

“Gaji bulanan semua CEO ini lebih tinggi daripada penjawat awam seperti Ketua Setiausaha Negara bergaji sebulan hanya RM23,577,” katanya.

Beliau turut mendedahkan pegawai JPM berstatus kontrak yang dibayar gaji setaraf pegawai tinggi penjawat awam.

“Contohnya, gaji Pengarah Pengurusan Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) setaraf dengan JUSA A/B penjawat awam bergaji maksimum RM49,000 sebulan, Pengarah Bersekutunya bersamaan JUSA C penjawat awam bergaji maksimum RM31,600 sebulan.

“Jawatan Pengurus Kanan pula bersamaan penjawat awam Gred 54 bergaji maksimum RM21,000 sebulan,” katanya.

Ong turut mendesak Najib menjimatkan wang rakyat dengan menghentikan kewujudan agensi baru Yayasan Hijau kerana fungsinya bertindih dengan agensi sedia ada seperti Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA) serta Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MAGIC).

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=56443

Read More

Kerajaan Umno tak malu ker guna duit rakyat.... & Gila murah Internet data di Kemboja.

Rabu, 30 Oktober 2013
Kalau pelajar bantu pembangkang marah!
Photo: Pelajar pula bantu jadi pencacai lemVuno.

Macai : aii kenapa tak boleh ker? Dia belajar bantuan kerajaan. Semua kerajaan bantu apa salahnya balas balik?

Rakyat : errr.. kerajaan tu sapa cai?

Macai : kerajaan tu umno la. Tak tahu ker?

Rakyat : oo umno.. umno belanja buat sekolah.. buat pembangunan guna duit sapa?

Macai : duit rakyat lah..err.

Rakyat : habis tu umno tak malu ker guna duit rakyat p ngaku duit sendiri? 

Macai : errrr.. errr.. gulp!!!
Dialog Kerajaan tu Umno la. Tak tahu ker?
Macai : aii kenapa tak boleh ker? Dia belajar bantuan kerajaan. Semua kerajaan bantu apa salahnya balas balik?

Rakyat : errr.. kerajaan tu sapa cai?

Macai : kerajaan tu umno la. Tak tahu ker?

Rakyat : oo umno.. umno belanja buat sekolah.. buat pembangunan guna duit sapa?

Macai : duit rakyat lah..err.

Rakyat : habis tu umno tak malu ker guna duit rakyat p ngaku duit sendiri? 

Macai : errrr.. errr.. gulp!!!
Fb King Jason


Gila murah Internet data di Kemboja..

Kat Malaysia. . Maxis 1gb RM48.
Amik kaw.



Boleh hidup ke Cai!
Read More

Pengawal Keselamatan Bank Terlepaskan Tembakan 'Pump Gun' lagi...di George Town pulak!

Rabu, 30 Oktober 2013
Polis Tahan Pengawal Keselamatan Terlepas Tembakan Di George Town
Datuk A Thaiveegan


GEORGE TOWN, 30 Okt (Bernama) -- Polis menahan seorang pengawal keselamatan yang melepaskan tembakan secara cuai dalam sebuah bank di Jalan Datok Keramat di sini Rabu untuk siasatan.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A Thaiveegan berkata dalam kejadian pukul 11.30 pagi, lelaki berusia 53 tahun terbabit secara tidak sengaja melepaskan satu das tembakan menggunakan pump gun di bahagian belakang kaunter juruwang.

"Ketika kejadian pengawal itu ditugaskan berkawal di ruang antara bilik kebal di ruang belakang kaunter juruwang dan siasatan lanjut mendapati dia mempunyai lesen senjata api yang sah.

"Kita turut menyiasat berapa lama dia telah bekerja dengan syarikat kawalan keselamatan yang beribu pejabat di Kuala Lumpur itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.

Beliau berkata tembakan itu menembusi lantai jenis playwood dan tiada kecederaan dilaporkan.

-- BERNAMA
Read More

Tuesday, 29 October 2013

Seram! Kelibat ‘Shasha’ : Hospital Putrajaya gunakan khidmat 40 perawat menjalankan upacara ‘memagar’...

Rabu, 30 Oktober 2013

Hospital Putrajaya berhantu? Benarkah dakwaan ini? 
Difahamkan sebuah hospital di Putrajaya telah mengalami gangguan yang dikatakan telah menakutkan segelintir petugas yang bekerja syif malam.

Gangguan ini dikatakan bermula apabila seorang wanita wanita berambut panjang sering muncul di koridor bangunan Institut Kanser Negara (IKN).

Ada juga yang memperkatakan bahawa wanita berkenaan bernama Shasha. Siapa Shasha sebenarnya?
Meskipun boleh dikategorikan antara pusat perubatan paling moden dan canggih di Malaysia, Hospital Putrajaya telah mengambil pendekatan spiritual berlandaskan agama apabila menjalankan upacara ‘memagar’, minggu lepas.

Memagar, upacara yang tidak asing lagi dalam kalangan umat Islam untuk mengelakkan gangguan makhluk halus itu dilakukan oleh 40 perawat yang dijemput dari pusat perubatan alternatif terkenal, Darussyifa’.
Difahamkan, ia adalah ikhtiar daripada pihak pengurusan hospital setelah menerima banyak laporan berkaitan gangguan makhluk halus daripada kakitangannya sejak dua tahun lalu.

Antara makhluk halus atau ‘hantu’ yang dikatakan popular mengganggu kakitangan hospital adalah entiti berambut panjang menyerupai wanita cantik yang digelar ‘Shasha’.

Shasha diceritakan sering muncul merayau di koridor bangunan Institut Kanser Negara (IKN) pada waktu malam dengan memakai baju berwarna putih atau kuning.

Walaupun rata-rata kakitangan hospital menolak menyatakan secara terang-terangan upacara memagar telah dijalankan, mereka mengaku ada melihat perawat perubatan yang berkopiah merenjis air di sekitar kawasan hospital berkenaan.

Darussyifa’ yang dinaungi oleh Datuk Dr Haron Din, sememangnya terkenal di negara ini sebagai ikhtiar untuk merawat gangguan makhluk halus menggunakan cara Islam dan berlandaskan al-Quran.

~wallahualam
pen buruk online 


Read More

Kerajaan BN beli gula mentah MAHAL punca subsidi dipotong...

Rabu, 30 April 2013
Petugas pemadam kebakaran memadamkan api di gudang gula milik Copersucar yang terbakar (AFP/Ricardo Noguera)
Gudang Gula Mentah Terbakar di Brasil
Pemadam kebakaran berjuang memadamkan api di sebuah gudang gula yang terbakar di pelabuhan Santos, Brasil (18/10/2013). Kebakaran tersebut menghancurkan hingga 300.000 ton gula,  gudang yang terbakar tersebut milik Copersucar pedagang gula terbesar di dunia. REUTERS/Paulo Whitaker/ip /SABTU, 19 OKTOBER 2013 03:03 WIB
Foto:  Azman Ayub

Kerajaan telah menandatangani perjanjian mengimport gula mentah dengan harga yang terlalu tinggi...
Tony Pua

Pengurangan subsidi gula sebanyak 35 sen setiap kilogram yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Bajet 2014 adalah disebabkan kerajaan telah menandatangani perjanjian mengimport gula mentah dengan harga yang terlalu tinggi, kata DAP.

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua (gambar) berkata pada Januari 2012, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Penggunaan dan Koperasi, Datuk Ismail Sabri telah mengumumkan bahawa kerajaan menandatangani perjanjian tiga tahun untuk mengimport gula mentah dengan harga US$26 setiap 100lbs berbanding harga pada ketika itu, US$23.42.

“Saya telah mengeluarkan kenyataan mengkritik kerajaan ketika itu kerana kerajaan membeli gula mentah dengan harga lebih mahal daripada harga pasaran.


 “Perbezaan harga kontrak melebihi 10% daripada harga pasaran menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM64 juta setiap tahun. Saya juga pada masa itu telah menyarankan kepada kerajaan bahawa laporan penganalisis antarabangsa meramalkan harga gula akan menurun akibat pengeluaran gula mentah yang terlampau tinggi.


“Tetapi, perkara ini tidak dihiraukan oleh kerajaan malah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Datuk Mukhriz Mahathir membidas dengan berkata harga gula mentah dunia dijangka terus meningkat pada masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Pua berkata sejak Januari 2012, harga gula antarabangsa telah menjunam sehingga serendah US$16.70 setiap 100lbs pada September 2013 dan itu bermakna kerajaan telah membeli gula 55.7% lebih tinggi daripada harga pasaran bulan lalu.

Katanya, kerajaan perlu bertanggungjawab kerana telah membuat keputusan tidak wajar dan menyusahkan rakyat Malaysia.

“Ismail pada Januari tahun lalu bersikap angkuh apabila berkata 'biar saya ingatkan kamu bahawa kerajaan adalah bijak' kerana menandatangani perjanjian tiga tahun tersebut. Namun ia membuktikan keputusan tersebut adalah salah dan amat merugikan Malaysia.

“Kerajaan tidak boleh terus menggunakan alasan tidak munasabah untuk menjelaskan kenaikan harga gula.
“Punca kenaikan harga gula disebabkan kerajaan mengimport gula mentah bagi pihak pengilang gula dengan harga jauh lebih tinggi daripada harga pasaran.

“Kerajaan perlu mengaku kesalahan yang dilakukan dengan menyiasat punca gula mentah diimport dengan harga lebih mahal dan mengumumkan dasar pemulihan yang akan dilaksanakan agar perkara yang menambahkan beban rakyat tidak akan diulangi pada masa hadapan,” katanya.
TMI
Dicatat oleh ELBI RISALAH di 10/29/2013 09:48:00 PTG  
Read More

Apa Barang? Harga Gula di Thailand TANPA SUBSIDI LAGI MURAH Berbanding Malaysia!

Rabu, 30 Oktober 2013
Menurut sumber di khabarkan negara Thailand 
yang juga tidak memberikan satu sen pun subsidi 
kepada gula harga runcit dipasaran negara
tersebut ialah  ialah RM2.10 sen sekilo sedangkan 
negara Malaysia yang di tadbir urus oleh UMNO 
dibawah kepimpinan pemimpin yang paling di 
puja, julang dan dikagumi oleh para penyokong,
pendokong dan ahli UMNO kini Dato' Seri Najib 
Razak, menjualnya kepada rakyat dengan 
harga RM2.84 sen sekilo.

Jika berita dan laporan ini benar lagi sahih ..... 
Mengapa boleh terjadi jauh beza harganya?????

Adakah negara kita mengimport gula dengan 
membayar melebihi 10% harga pasaran terbuka 
sehingga terpaksa rakyat membayarnya dengan 
harga RM2.84 sen sekilo??????

Apakah selepas ini akan berlaku penyeludupan 
gula dari negara Thailand masuk kenegara kita?

P/S :  apa lagi alasan nak sokong BN???

Malaysia Hari Ini

Photo: Yolah tue makcik, selamat malam le di ucapkan. Mari la kita tutup tingkap dan sama2 bersyukur. Esok bangun pagi tengok takde sniper depan rumah bersyukur lagi. BN dan PTPTN kan hadoooo
Yolah tue makcik, selamat malam le di ucapkan. Mari la kita tutup tingkap dan sama2 bersyukur. Esok bangun pagi tengok takde sniper depan rumah bersyukur lagi. BN dan PTPTN kan hadoooo
Fb Saya Benci Harga Barang Naik!
Read More

Kena Rejaman!: MP Lenggong beri 'bola tanggung' - Diskriminasi kerajaan BN...dia cekik kita...Aeek!

Selasa, 29 Oktober 2013
Diskriminasi kerajaan BN pusat di negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat...

MP Lenggong beri 'bola tanggung' 
KUALA LUMPUR: 'Bola tanggung' yang diberikan Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada sidang Dewan Rakyat semalam, 'dilibas' dengan baik oleh Ahli Parlimen Marang itu sehingga Dewan Rakyat digegarkan dengan tepukan sokongan ahli-ahli Dewan Rakyat daripada Pakatan Rakyat.

Shamsul Anuar yang juga Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)mempersoalkan janji Kerajaan Negeri Kelantan untuk membina Lebuh Raya Rakyat yang menghubungkan Kota Bharu dengan Kuala Krai ketika mencelah ucapan Ustaz Abdul Hadi di Dewan Rakyat, semalam.

"Ini bola tanggung yang kamu berikan kepada saya... Bukankah itu sebenarnya tanggung jawab Kerajaan Pusat. Kerajaan Pusat yang tidak menunaikan tanggung jawab ini," bidas Ustaz Abdul Hadi disambut tepukan meja dan sorakan sokongan anggota Dewan.

Menjelaskan diskriminasi kerajaan BN pusat di negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat, Ustaz Abdul Hadi memberi contoh projek pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) yang sepatutnya menghubungkan negeri Pahang, Terengganu sehingga ke Kelantan.

"Selepas BN kalah (di Terengganu) pada tahun 1999, lebuh raya itu tidak dibuat maka Kerajaan PAS Negeri Terengganu ketika itu membuat inisiatif sendiri untuk membina lebuh raya daripada kewangan anak syarikat dan konsortium luar negara, namun ia tersekat kerana perlu melalui MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri) dan Bank Negara.

"Berikan kebebasan kepada negeri. Berikan kembali royalti kepada Terengganu dan Kelantan. Dia suruh kita buat, tapi dia cekik kita!" tegas Ustaz Abdul Hadi. -HD

Read More

Hee Yeak! Susu Tarikh Dah LUPUT - AZEEZ RAHIM Menyumbang susu untuk PETUGAS BN di SG LIMAU!!!!

Selasa, 29 Oktober 2013
Program Susu 1Malaysia: Panduan Minum Susu Kotak
'Tak guna kejaan buat iklan cikgu nasihat murid jgn minum susu tamat tempoh kat tv tur!!'
edtv-zahidizakariya.blogspot.com 
Begitu sekali para petugas UMNO/BN dilayan oleh pemimpin mereka ... di beri makanan yang sudah luput tarikh ... apakah para petugas UMNO/BN tidak rasa terhina?

YAN: "Susu pekat tersebut adalah untuk kegunaan jentera pilihan raya kecil yang berkampung di Rumah Baling. Saya tidak tahu bagaimana ia boleh terlepas." jelas Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.
Susu pekat tersebut dikesan telah pun luput tarikhnya pada 26 Oktober yang lalu dan ianya dikatanya mengejutkan penerima berkenaan.

Tambah Azeez lagi, "Sekiranya susu pekat tersebut telah pun luput tarikh, buangkan saja. Ia bukannya untuk dijual. Lagipun secara teknikal barangan dalam tin walaupun telah luput tarikh ia masih boleh digunakan dalam tempoh dua minggu lagi."

Azeez menasihatkan Mahfuz agar tidak menggunakan taktik politik sempit kerana tarafnya sebagai seorang Naib Presiden PAS.
Terdahulu, sumbangan bantuan barangan keperluan asas oleh jentera parti Barisan Nasional (BN)  kepada penduduk Sungai Limau di sekitar kawasan Sungai Dedap dicemari dengan penemuan susu pekat didakwa telah luput tarikh dalam pemberian itu.

Pengarah Jawatankuasa Induk PAS Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar berkata penemuan susu pekat tersebut disedari oleh seorang wanita yang mendapat sumbangan tersebut.

“Susu pekat tersebut merupakan antara barangan keperluan asas seperti beras, tepung gandum dan gula dan diberikan oleh petugas jentera BN yang berkempen ke rumah mereka semalam,” kata Mahfuz

Susu pekat tersebut dikesan telah pun luput tarikhnya pada 26 Oktober yang lalu.

“Sumbangan tersebut dipercayai diberikan oleh jentera parti BN dari Baling kerana tertera nama Ahli Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan apa yang dikesalkan disini, mengapa susu yang luput tarikhnya pun diberikan juga kepada orang kampung,” katanya lagi.

Mahfuz berkata ini merupakan satu penghinaan kepada orang kampung kerana mereka tidak mengambil kira soal keselamatan dan kesihatan penduduk disitu.

“Takkanlah mereka ini (BN) kedekut sangat sampai nak memberikan penduduk dengan susu yang luput tarikhnya. Saya menyeru kepada penerima-penerima sumbangan tersebut supaya memeriksa susu pekat yang diterima melalui sumbangan tersebut. Takut nanti, habis satu DUN Sungai Limau mengalami keracunan,” kata beliau.

Beliau percaya kira-kira 500 keluarga yang menerima sumbangan tersebut di kawasan Sungai Dedap ada menerima susu-susu yang luput tarikhnya itu dan Datuk Abdul Azeez digesa meminta maaf kepada penduduk kampung.
Posted by OMAK KAU!!!! at Tuesday, October 29, 2013
Read More

PRK N20 Sungai Limau : Munajat Perdana 1 Nov, Forum Rakyat 2 Nov & 24 Nov Caj ASTRO Naik!

Selasa, 29 Oktober 2013

Gambar: Jom Munajat memohon pertolongan Allah!!

Gambar: Jom pakat pi dengaq pembongkaran penyelewengan KERA jaan UMno/BN!!!

BIL ASTRO AKAN NAIK LAGI MULAI 24HB NOVEMBER 2013 INI!!!!
Mungkin agaknya terbeban dan terkesan dengan kenaikan harga gula, Astro dengan segera bakal menaikkan harga bil baru diantara RM2 hingga RM6 bermula 24 November 2013. 

Bagi pengguna astro berikut info terbaru berkaitan caj untuk 2 pakej astro ( Pakej Sukan dan Pakej Keluarga)

Dengan perkhidmatan Astro yang sangat teruk, tayangan berulang, perkhidmatan pelanggan teruk dan pakej menguntungkan pihak Astro  ... mereka dengan senang lenang dan sesuka hati menaikkan harga perkhidmatan mereka yang tidak seberapa dan mempunyai nilai wang ( money worth).

Pihak kerajaan Malaysia perlu mengkaji keperluan satu lagi khidmat televisyen berbayar kerana jika hanya ada Astro, pengguna tiada pilihan, maka perkhidmatannya sangat teruk dan bersifat monopoli dan akhirnya merugikan pihak pengguna. 

Lihat syarikat telekomunikasi di Malaysia iaitu Digi, Celcom dan Maxis yang bersaing hebat dan berlumba-lumba sesama mereka untuk memberikan kelebihan kepada pengguna.

Caj baru yang akan dikenakan bagi setiap pakej ialah :

Sport Pack – Tambahan RM 6 sebulan
Family Pack – Tambahan RM 2 sebulan.

Tahniah dan jutaan syabas kepada para penyokong, pendokong dan ahli UMNO/BN yang siang malam bertungkus lumus berhempas pulas siang malam tanpa penat lelah dan kenal erti bosan dan jemu memenangkan UMNO/BN pada PRU 13 lalu.

Kini penat lelah kalian dibalas dengan hadiah yang lumayan sepadan dengan sumbangan iaitu kenaikan bil baru ASTRO.

Siapalah rakyat tanpa sokongan kalian. .. Yang membantah dipersilakan berhijrah dari negara ini atau pun duduk dalam hutan!!!!

Awat boleh mati ka kalau rakyat Malaysia tak guna ASTRO?!
Anonymous 29 October 2013 21:30
Posted by OMAK KAU!!!! at Tuesday, October 29, 2013
Read More

"Banjir Di Madinah" Jasad Para Sahabat Nabi Timbul Masih Utuh Dan Berdarah di Gurun Uhud...

Selasa, 29 Oktober 2013
“Janganlah sekali kali kamu mengira bahwa orang orang yang gugur di jalan Allah itu mati, tetapi mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rizki.” (QS. Al Baqarah, 169)
JASAD SYUHADAA’ dengan kulit nya, rambut nya dan kuku kuku nya tersebar bergeletakan di gurun Uhud.  



Waktu terjadi banjir di Madinah, kubur 70 orang keluarga Perang Uhud itu dilanda banjir. jasad para sahabat timbul keluar dalam keadaan masih utuh kerana mereka dikuburkan di kawasan padang pasir. Selepas banjir surut, darahnya masih mengalir harum dan dikuburkan semula tetapi sudah tidak ditandai nama-nama jenazah tersebut dan yang ditandakan kerana dikenali cuma 2 sahaja iaitu Saidina Hamzah RA kerana diketahui dengan luka didadanya, badannya tinggi besar. Jasadnya masih berdarah dan harum. Bahkan tangannya masih menekup lukanya akibat terkena tombak, yang masih keluar darah. Walaupun sudah lebih seribu tahun. Dan yang satu lagi adalah Abdullah bin Jaz RA kerana diketahui telinga dan hidungnya terpotong akibat diikat benang. Kedua orang inilah yang sekarang nisannya ada di Uhud. Jadi kalau sekarang kita berziarah ke Gunung Uhud, hanya ada 2 nisan saja. Sebuah “Kesaksian” Dr Thariq As-Suwaidan dalam kasetnya yang amat berharga “Qisshatun Nihayah” yang dinukil secara langsung dari Syaikh Mahmud Ash-Shawaf menyebutkan peristiwa besar yang dialami oleh sebahagian ulama dalam penguburan semula sebahagian sahabat yang gugur syahid di perang Uhud. Bagaimana mereka menyaksikan para sahabat setelah 1400 tahun berlalu, bagaimana jasad mereka seperti sedia kala tanpa perubahan, tanpa pembusukan. Sebagai bukti nyata atas kebenaran berita gembira dari Nabi Muhammad SAW kepada para syuhada, bahawa bumi tidak memakan jasad mereka.  Berikut adalah sebahagian dari kaset pembicaraan Dr Thariq As-Suwaidan tentang peristiwa tersebut. “Syaikh Mahmud Ash-Shawaf telah menyampaikan kepada kami bahwa dia adalah salah seorang yang diundang daripada kalangan ulama besar untuk pemakaman semula para sahabat yang gugur syahid di perang Uhud di kompleks kuburan syuhada Uhud iaitu kawasan perkuburan yang terkenal.

Kerana dilanda banjir, maka sebahagian jasadnya timbul ke permukaan. Para ulama diundang untuk menguburkan semula para sahabat tersebut. Beliau berkata ”Di antara orang yang aku kuburkan adalah Hamzah RA, badannya besar, kedua telinga dan hidungnya terpotong, perutnya terbelah, dia meletakkan tangannya di atas perutnya. Ketika kami menggerakkannya dan mengangkat tangannya, darahnya mengalir. Aku menguburkannya bersama sahabat-sahabat lainnya yang gugur syahid di Uhud.” Dr Thariq As-suwaidan berkata, ”Ini adalah perkara yang terbukti secara mutawatir dan dengan mata kepala. Semoga Allah SWT menyampaikan kita semua ke darjat para syuhada. Syaikh Mahmud telah menyampaikan kepada kami tentang aroma harum misk yang berasal darinya ketika darah mengalir dari jasad Hamzah RA.” SubhanAllah, setelah 1400 tahun lebih, betapa agungnya Engkau ya Allah. Alangkah besarnya kekuasaan-Mu, Maha suci Engkau. Betapa utamanya, betapa mulianya, Allah memberikannya kepada para syuhada. Jika seperti itu kemuliaan jasadnya yang terpendam di perut bumi yang tak seorang pun melihatnya, lalu bagaimanakah dengan kemuliannya di surga yang luasnya seluas langit dan bumi. Selamat bagi yang telah melihat sahabat mulia ini, Hamzah bin Abdul Mutthalib RA pakcik Rasulullah SAW.

Jasad Syuhada Yang Tidak Mengalami Pembusukkan 

Jabir bin Abdillah bercerita, ”Menjelang perang Uhud, ayahku memanggilku pada malam hari.  Ia berkata: ’Aku merasa akan menjadi orang yang paling pertama gugur di antara para sahabat Nabi SAW. Sungguh aku tidak meninggalkan sesuatupun yang lebih kusayangi selain engkau, disamping Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya aku memiliki hutang, maka lunasilah. Dan bersikap baiklah kepada saudara-saudara perempuanmu.’ 

Keesokan harinya, ia pun menjadi orang yang pertama gugur. Ia dimakamkan bersama orang yang lain dalam satu lubang kubur. Tetapi hatiku merasa kurang selesa membiarkan ayahku berkongsi lubang kubur bersama orang lain. Enam bulan kemudian, aku membongkar makamnya dan mengeluarkannya. Ajaib, jasadnya masih tetap utuh sama seperti pertama kali aku menguburkannya.” (Hadis Riwayat Bukhari, Fathul Bari, 3/214 ) Petikan hadis di atas membuktikan di mana ayah Jabir RA terbunuh dalam perang Uhud dan ketika enam bulan kemudian makamnya dibongkar, maka jasadnya tetap utuh. Enam bulan adalah waktu yang lama di mana tubuh mayat seharusnya sudah hancur. Penelitian membuktikan bahwa 24-36 jam pertama mayat dikuburkan, maka bola mata mulai menonjol dan kornea menghitam. Cabang-cabang urat nadi mulai terlihat di perut dan dada. 2-5 hari berikutnya, wajah dan seluruh tubuh menggelembung, dari tubuh mayat keluar bau busuk. Setelah melewati 5-10 hari, kulit mulai rapuh dan tubuh dilitupi larva. Organ-organ tubuh meleleh ke tanah dan mulai menyisakan tulang saja. (dinukil dari buku Ushuluth Thibbisy Syar’i, Dr. Muhammad Ahmad Sulaiman) 

CATATAN - Dalam buku sejarah bencana banjir pertama kali terjadi pada tahun 46 Hijrah atau 667 Masehi atau 43 tahun setelah Perang Uhud yang ceritanya mirip, iaitu jasad jasad mereka mengapung. 

- Dalam cerita DR. Thariq ini saya tidak tahu banjir yang keberapa dan tahun berapa.
- DR. Thariq
http://palangiran.blogspot.com/2012/05/jasad-para-sahabat-masih-utuh-di-uhud.html?spref=fb
Posted by: peribadirasulullah
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena