Sunday, 31 August 2014

Senggarang Johor (Kubu Umno): Rakyatnya tak pernah rasa air paip sejak merdeka lagi...Kok Gitu!

Ahad, 31 Ogos 2014
DIMANA UMNO KUAT DI SITU RAKYAT HIDUP MEREMPAT...

Gambar: DIMANA UMNO KUAT DISITU RAKYAT HIDUP MEREMPAT DAN MELARAT ...Itulah ungkapan yang cukup amat popular ... akhirnya benar dan tepat!!!

Paling sedihnya air paip pun tak pernah mereka nikmati...Hanya dibekalkan dengan air berkarat...tapi malang sekali yang dijaja mereka negeri bawah pembangkang walaupun negeri dibawah pemerintahan mereka lagi TERUK...

DIMANA UMNO KUAT DISITU RAKYAT HIDUP MEREMPAT DAN MELARAT ...Itulah ungkapan yang cukup amat popular ... akhirnya benar dan tepat!!!

Paling sedihnya air paip pun tak pernah mereka nikmati...Hanya dibekalkan dengan air berkarat...tapi malang sekali yang dijaja mereka negeri bawah pembangkang walaupun negeri dibawah pemerintahan mereka lagi TERUK...

Krisis air di negeri TPM lagi teruk...



Sebenar krisis air ini berlaku di merata negeri, bukan di Selangor saja. Cuba lihat gambar di atas seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian tentang masalah air yang kian kritikal. 

Tak pernah pun Mahyuddin Yasin komen pasai masalah air di Johor, tapi di Selangor sikit punya celupar,malah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa khas oleh kabinet untuk meneliti isu air  di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya.


Nasihat aku,lebih baik Mahyuddin pergi tinjau2 masalah air di Johor dulu....

Ini lain pula cerita...masalah air di Kpg.Bukit Kelicap,
Senggarang,JOHOR yang tak pernah diselesaikan walaupun negeri Johor kubu kuat UMNO.
Muhyiddin Yasin Tipu BN Menang DUN Senggarang
Read More

[Video] PSS: Jumpa di mahkamah, kata LGE kepada IGP...Bagaimana dengan Rakan COP?

Ahad, 31 Ogos 2014



Jumpa di mahkamah, kata KM pada IGP

Kerajaan Pulau Pinang bersedia ke mahkamah bagi membuktikan keabsahan pasukan Peronda Sukarela (PPS) negeri apabila 152 anggotanya ditahan polis selepas perarakan hari merdeka pagi ini.

Bercakap kepada pemberita di ibu pejabat polis Timur Laut di Jalan Pantai hari ini, ketua menterinya Lim Guan Eng berkata, mereka yakin PPS sebuah badan sah.

Katanya, PPS dibentuk pada 2010 untuk menangani kes bencana alam dan memberikan khidmat masyarakat itu.

Lim juga berkata, kerajaan negeri bertanggungjawab penuh ke atas PPS, kerana ia dibentuk sebagai badan bawah kerajaan dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak perlu memberikan amaran untuk menyerbu rumah anggotanya.

Selepas lebih 150 anggotanya ditahan hari ini, Khalid menulis di Twitter, menggesa anggota PPS selebihnya menyerah diri sebelum polis menyerbu kediaman masing-masing.

Khalid pada 26 Ogos berkata PPS tidak berdaftar bawah Akta Pertubuhan 1966 dan oleh itu dianggap pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

Justeru, setelah dimaklumkan Pendaftar Pertubuhan (ROS), polis akan menyiasat aktiviti bawah kerajaan negeri itu dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang.

PPS menjelaskan, ia tidak berdaftar dengan ROS kerana ia bukan pertubuhan, tetapi agensi bawah kerajaan negeri.

PPS mencetuskan kontroversi selepas ahli perniagaan Ong Eu Soon, 51, mendakwa diserang dua lelaki berpakaian seragam unit itu di Air Itam minggu lalu.
Malaysiakini.

Komen
Whychy Soon ·  Top Commenter · Butterworth, Malaysia
mengikut budi bicara IGP PPS pertubuhan haram kerana tidak didaftarkan mengikut Akta Pertubuhan 1966. Hakikatnya Rakan COP di bawah naungan PDRM juga tidak didaftarkan mengikut Akta Pertubuhan 1966. Mengikut logik dan budi bicara yang sama Rakan COP tajaan PDRM juga pertubuhan haram, samseng dan mencabar undang-undang M'sia. Oleh itu pihak PDRM akan melancarkan operasi seluruh negara menangkap ahli-ahli Rakan Cop kira-kira 500,000 orang.


Fahmi Iskandar ·  Top Commenter · Massachusetts Institute of Technology (MIT)
Kita nak lihat apa penghujung certa IGP ni selepas mahkamah yg tentukan. Kalau x hormat pada LGE, hormatilah jawatan KM. Jgn lupa, task force parti2 politik semasa kempen, jkkk, belia 4b, rakan cop dan itu ini perlu di daftarkan. Mesti ikut Undeng2...
Read More

Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Haram?...Bagaimana dengan JKKK!

Ahad, 31 Ogos 2014
SAMM: “Jika PPS ‘haram’ bagaimana dengan JKKK?”
Posted on Sunday, August 31 @ 15:53:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
SHAH ALAM 31 OGOS: SAMM Pulau Pinang mengutuk tindakan Polis membuat tangkapan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) pada sambutan hari Kemerdekaan selepas aktiviti dijalankan.

Penyelaras SAMM Pulau Pinang, Aidil Fitri Ibrahim berkata SAMM  mempertahankan PPS yang di tubuh di bawah bidang kuasa kerajaan negeri bertaraf agensi negeri.

Katanya, penahanan mereka membuktikan sekarang ini polis tidak peka kepada mereka yang banyak membantu dalam semua hal ehwal keselamatan di kampung-kampung serta taman perumahan dalam membantu Polis mengawal jenayah serta kebajikan penduduk setempat.

“Bahkan untuk pengetahuan Datuk Seri Ketua Polis Negara, Jawatankuasa Keselamatan Kebajikan Kampung (JKKK) juga pertubuhan yang tidak berdaftar, adakah mereka juga pertubuhan haram?,” soal Aidil dalam kenyataan media.

Katanya, SAMM Pulau Pinang mendesak supaya polis membebaskan mereka segera tanpa syarat.


Hari ini, lebih 200 PPS ditahan sepasukan anggota polis ketika sedang menyertai perarakan Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri di Padang Kota, pagi ini.

Mereka ditahan kira-kira jam 10.15 pagi, berdekatan bulatan di Jalan Lebuh Pantai sebelum melintasi pentas utama.


Read More

Insiden di SMK Hutan Kampung: UMNO Baling Kerusi! Malunya M'sia dah Merdeka 57 tahun...

Ahad, 31 Ogos 2014

Gambar: Penyakit lembu gila berjangkit pulak kat umno. Haru biru kini melekat kat umno pulak dah.

Kurang kurang ada kawan kalau meroyan lagi ya dak?

#Kikikih..
 Baling Kerusi di Mesyuarat UMNO Bahagian Pokok Sena
Posted on Sunday, August 31 @ 15:02:00 MYT 
Dilulus untuk paparan oleh memo

Tumbuk-menumbuk, baling kerusi di mesyuarat UMNO Bahagian Pokok Sena kerana bekas Ketua Bahagian UMNO tak puas hati kontrak ubahsuai istana Menteri Besar

Sama ada bodoh keterlaluan atau tamak tahap mega, bekas Ketua Bahagian UMNO Pokok Sena, Ahmad Lebai Sudin mengetuai kumpulan samseng dalam mesyuarat UMNO Bahagian tersebut untuk menyerang, membaling kerusi, menumbuk dan menampal senarai nama G7 yang ditampalkan di pintu masuk Dewan SMK Hutan Kampung, Alor Star

Semuanya bermula apabila Ahmad Lebai Sudin dan kumpulannya mempertikaikan senarai G7 yang bakal dipilih kerana beranggapan ia telah diubah.

Keadaan mulai menjadi panas dan tegang apabila penjelasan yang diberikan, tidak dihiraukan. Ahmad Lebai Sudin kemudiannya mengetuai kumpulannya untuk membaling kerusi sebagai tanda tidak puas hati. Gelagatnya itu telah menimbulkan kemarahan ahli-ahli UMNO Pokok Sena yang lain, menyebabkan berlaku cabar-mencabar dan akhirnya tumbuk-menumbuk.

Tiada kecederaan parah tetapi Ahmad Lebai Sudin sekali lagi mengetuai kumpulannya keluar dari dewan dan mesyuarat kembali bersambung.

Mesyuarat tersebut dirasmikan oleh Shapie Apdal dan ketika insiden tercetus, perasmian telah pun selesai.

Punca sebenar masih lagi belum diketahui walaupun alasan 'cai' dijadikan punca kemarahan Ahmad Lebai Sudin dan orang-orangnya. Ahmad Lebai Sudin mendakwa senarai telah diubah tanpa diberitahu kepadanya. Senarai baru itu telah ditampal di dinding dan pintu masuk tetapi dikoyak oleh kumpulan Ahmad Lebai Sudin atas arahannya.

'Cai' tersebut sebenarnya tidak diubah sebaliknya telah disusun dan dicetak kembali mengikut turutan abjad.

Oleh kerana Ahmad Lebai Sudin adalah seorang yang bebal dan terlalu tamak, dia naik angin kerana menyangkakan orang-orangnya telah disisihkan atau didiskriminasi.

Untuk pengetahuan, projek lanskap kediaman rasmi Mukhriz Botak yang menelan kos berbelas juta ringgit itu telah diserahkan kepada Ahmad Lebai Sudin dan konco-konconya dengan harapan, Ahmad Lebai Sudin dan konco-konconya tutup mulut.

Bagaimanapun, Mukhriz Botak yang masih tidak faham politik UMNO Kedah telah melakukan kesilapan besar kerana pemberian dan hadiahnya kepada Ahmad Lebai Sudin menjadi senjata makan tuan. Walaupun mendapat untung berjuta-juta ringgit, Ahmad Lebai Sudin dan orang-orangnya difahamkan sedang menyusun gerakan untuk membuat berpuluh-puluh dalil mengapa Mukhriz harus meletak jawatan Menteri Besar Kedah.

Ahmad Lebai Sudin sudah lama mengidam untuk jadi Menteri Besar Kedah. Pada PRU-13 lalu, dia telah berkompromi dengan Mahfuz Omar untuk menang DUN Bukit Pinang manakala Mahfuz menang Parlimen Pokok Sena. Ahmad Lebai Sudin yang pernah digantung keahlian UMNO dan dilucutkan daripada jawatan Ketua Bahagian UMNO kerana rasuah politik, terpaksa juga diambil oleh Mukhriz Botak yang perasan dia boleh kontrol Ahmad Lebai Sudin.

Walaupun bapanya, Mahadeath dianggap sebagai orang pintar tetapi ternyata anaknya yang botak itu, langsung tidak tahu apa-apa kerana terlalu bergantung kepada 'BAPA SAYA KIRIM SALAM'.

Tapi apa nak diherankan. UMNO memang rasuah. Memang penipu dan penuh dengan samseng pun. Rasuah bermaharajalela dan penyelewengan wang rakyat untuk kroni-kroni UMNO termasuklah
untuk para pemimpin UMNO seperti Ahmad Lebai Sudin semakin berleluasa di seluruh Kedah.-erapasca 

TranungKite


Insiden baling kerusi mesyuarat Umno Pokok Sena disiasat!

Ariffin Man 
ALOR SETAR - Jawatankuasa khas akan ditubuhkan untuk menyiasat kekecohan ketika Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pokok Sena di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hutan Kampung kelmarin.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Pokok Sena, Datuk Ariffin Man berkata, jawatankuasa dianggotai kira-kira 10 ahli akan menyiapkan laporan mengenai kejadian itu sebelum dihantar kepada Umno negeri dan Pusat.

Menurutnya, tindakan yang akan dikenakan terhadap individu terlibat bergantung kepada Umno Pusat.

"Dari segi peraturan, persidangan mematuhi prosedur ditetapkan dalam tempoh notis 14 hari manakala  semua senarai nama perwakilan calon G7 adalah sah berdasarkan undian majoriti.

"Namun kita yakin masalah berpunca dari kesilapan teknikal hingga berlaku provokasi yang mencetuskan tindakan mengikut perasaan," katanya kepada Sinar Harian di sini, hari ini.

Terdahulu, Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pokok Sena dicemari insiden baling kerusi ketika persidangan bermula. Ia tercetus selepas perasminya, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal meninggalkan majlis.

Ariffin berkata, sepatutnya tidak berlaku masalah kerana mengikut senarai nama asal terdapat 16 calon perwakilan yang menawarkan diri untuk bertanding.

"Namun semasa hari mesyuarat, sebahagian nama itu tercicir kerana tidak dimasukkan ke dalam beg. Bagaimanapun semua ahli Umno mengenali semua nama calon.

"Daripada 16 calon, hanya tujuh terpilih untuk menjadi wakil ke perhimpunan agung di Kuala Lumpur. Pemilihan dibuat secara undian oleh kira-kira 700 perwakilan," katanya.
Posted & copy by 


Umno asyik baling kerusi...Rakyat perlu pembangunan...



Petani mahu jalan diturap Penduduk di sekitar Kampung Sena 
Read More

Terkini Merdeka 57: 250 PPS ditahan lepas perarakan merdeka...

Ahad, 31 Ogos 2014
Polis menahan kira-kira 250 anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang 

Polis menahan kira-kira 250 anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang selepas menghadiri perarakan hari merdeka di Esplanade di negeri itu pagi ini.

Pasukan itu, yang berpakaian ungu, dibawa ke balai polis Beach Street, beberapa meter daripada tempat itu, kira-kira jam 10 pagi, menurut Wong Hon Wai, setiausaha politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.


“Mereka semua diminta ke balai polis untuk memberikan kenyataan,” kata Wong, yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Air Itam.

Anggota parlimen Bayan Baru daripada PKR Sim Tze Tzin pula berkata, kumpulan itu tidak ditahan pada masa ini tetapi akan dihantar ke ibu pejabat polis Timur laut supaya kenyataan mereka dapat dirakamkan.

Kumpulan itu dikawal oleh anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang lengkap bercota dan berperisai.

Beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat menemani kumpulan itu di balai polis.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada 26 Ogos berkata PPS tidak berdaftar bawah Akta Pertubuhan 1966 dan oleh itu dianggap pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

Justeru, setelah dimaklumkan Pendaftar Pertubuhan (ROS), polis akan menyiasat aktiviti bawah kerajaan negeri itu dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang.

PPS menjelaskan, ia tidak berdaftar dengan ROS kerana ia bukan pertubuhan, tapi agensi kerajaan negeri negeri.

PPS mencetuskan kontroversi selepas ahli perniagaan Ong Eu Soon, 51, mendakwa diserang dua lelaki yang berpakaian seragam unit itu di Air Itam minggu lalu. ~mk


Statement ringkas Keadilan Cabang Bayan Baru
Keadilan Cabang Bayan Baru kesal dengan tindakan PDRM yang membuat tangkapan Pasukan Peronda Sukarela pada sambutan hari Kemerdekaan selepas aktiviti dijalankan di sini pagi tadi.Ini juga mengugat keharmonian ketika hari kemerdekaan sedang dinikmati semua rakyat.
Cabang B.Baru juga mempertahankan Pasukan Peronda Sukarela PPS yang di tubuh di bawah bidang kuasa kerajaan negeri bertaraf state agencies. Mereka membantu rakyat dalam pelbagai aktiviti seperti mengawal traffik, membantu mangsa kemalangan, meronda menjaga keselamatan komuniti. Ini semangat sumbangan kepada masyarakat dan negara yang harus dipupuk pada hari kemerdekaan.
Penahanan mereka membuktikan sekarang ini pihak polis tidak peka kepada mereka yang banyak membantu dan menyelesaikan masalah dalam semua hal ehwal keselamatan di kampung-kampung serta taman perumahan dalam membantu PDRM mengawal jenayah serta kebajikan penduduk setempat.
Bahkan untuk pengetahuan Datuk Seri Ketua Polis Negara, Jawatankuasa Keselamatan Kebajikan Kampung (JKKK) juga pertubuhan yang tidak berdaftar, adakah mereka juga pertubuhan haram?PDRM sepatutnya membantu Pasukan Peronda Sukarela untuk bekerjasama dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat.
Justeru itu Keadilan Cabang B.Baru mendesak supaya pihak PDRM membebaskan mereka segera tanpa syarat.
Aidil Ibrahim
Ketua Penerangan Keadilan Cabang Bayan Baru
Kedahkini.
Read More

[Video LGE] Terkini PPS: KPN - Serah diri atau kami serbu rumah...

Ahad, 30 Ogos 2014

TERKINI! KERAJAAN NEGERI PP BERTANGGUNG JAWAB TERHADAP PPS, HARAP KPN JELAS



PPS: Serah diri atau kami serbu rumah



Khalid Abu Bakar. - Foto Bernama

SHAH ALAM - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran kepada pihak yang terlibat dengan anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) supaya menyerah diri sebelum pihaknya membuat serbuan di rumah masing-masing.

“Tindakan segera Polis DiRaja Malaysia (PDRM) ke atas PPS di Pulau Pinang. Eloklah mereka yang bertanggungjawab ke atas PPS ini segera menyerah diri sebelum kami serbu kediaman,” ujarnya menerusi laman mikro Twitter miliknya, hari ini.

Pagi tadi, 250 anggota PPS Pulau Pinang ditangkap selepas menyertai perbarisan sambutan hari merdeka peringkat negeri yang diadakan di Georgetown.

Mereka ditahan oleh sepasukan polis pada jam 10.15 pagi sejurus selepas menamatkan upacara rasmi perbarisan yang merupakan sebahagian daripada perarakan tahunan diadakan di Padang Kota Lama.

Mereka ditahan di Balai Polis Lebuh Pantai yang berhampiran untuk disoalsiasat. Polis mengepong balai polis itu dari dimasuki orang luar dan dikawal Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).

Khalid pada 26 Ogos lalu berkata, PPS bukanlah pertubuhan yang sah kerana ia tidak berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebelum ini tegas mempertahankan PPS dan akan mengambil tindakan perundangan ke atas pihak yang mempertikaikan pasukan berkenaan.

Beliau juga turut mengingatkan Khalid supaya 'fikir masak-masak' sebelum mengambil tindakan. ~ Sinar Harian

Kedahkini.
Read More

Merdeka 57: Perbarisan PPS. Cepatnya tindakan! Ini yang buat orang benci UMNO...Kena 'batang hidung sendiri' baru menggelupur

Ahad, 31 Ogos 2014
SECEPAT KILAT... 
Kena batang hidung sendiri baru menggelupur...keadilan untuk semua lah tidak siapa, tidak kira parti apa, tidak kira bangsa apa..asal salah saja ambil tindakkan baru lah mereka tidak rasa seperti yang di ucapkan itu...

INI TIDAK KALAU MELIBATKAN PIHAK TERTENTU SECEPAT KILAT DIAMBIL TINDAKKAN SEBALIKNYA KALAU PIHAK LAIN TIADA RESPON PUN...

Pasukan Peronda Sukarela Pulau Pinang (PPS) ditahan polis...





Perkasa yg mengugut mcm2 usung kepala lembu tak kena tangkap pun?
Lebih dari 200 anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) ditahan Polis ketika sertai perarakan sambutan kemerdekaan di Pulau Pinang hari ini...

Cepatnya tindakan....
  • Mohd Fadhil Hariri suatu petang aku dpt panggilan dr isteri aku, cermin kereta dia retak seribu terkena batu lori, aku pun cepat-cepat p kat isteri aku, bila aku sampai dah ada pemuda cina dgn vest sukarela ni mengawal lalulintas memudahkan kesesakan yg berlaku, malah mengekori kami dgn motorsikal memastikan kami selamat tiba destinasi kami(workshop dah tutup, lewat petang dah, tinggal kereta rumah kawan). Aku hulurkan duit tanda terima kasih, tapi pemuda tersebut menolak dengan baik. Kewujudan mereka banyak membantu rakyat, malah memudahkan kerja polis juga...jika seorang antara mereka buat silap, takkan semua dipersalahkan? 1 polis makan rasuah...takkan seluruh pasukan kena berenti kerja...
    36 · 5 hrs
  • Syarifah Ismail Dah lama dpa wujud..di dlm n semua bngsa berkerjasama menjaga keselamatan negeri,msih. Ingat swaktu UAI mai penang,mereka tlg jaga jemaah sdg bersolat sdgkan pada masa tu ada sekumpulan mamak haprak mana sdg buat provokasi keliling pdg kota dgn healernya buat riuh..
    18 · 5 hrs
  • Baba Atiq Al-qadahi mcm unit amal yg pas tubuh..dh byk membantu dlm kes bencana alam dsb..jgn marah nyamok klmbu hangpa lempaq...
    13 · 5 hrs
  • Fadly Roduan Kenapa la racist sgt negara kita nie ..apa salah depa tu..jgn ego sgt
    9 · 4 hrs
  • Baba Atiq Al-qadahi apa salah bntu polis..mcm rukun tetangga jgk la..ditubuhkan bwh kjaan negeri pulau pinang...
    9 · 5 hrs
  • Low Chee Ming Low Kalau dengan PERKASA, abuk pun tak ada.
    8 · 5 hrs
  • Muhammad Muɀāmmil Malaysia ni umno punye. Kalo bwat sesuatu tanpa pengetahuan mereka mcmni la jdnya. Bangsat
    7 · 4 hrs
  • Azizan Baharom Negeri umno punya, sapa x ikut umno boleh tangkap, umno, perkasa buat kalut x pa ieh....
    6 · 4 hrs
  • Amer Denish kenapa JKKK tak di tangkap sekali...itu pun pertubuhan yang tak didaftar dengan ROS..kenapa x cakap JKKK pertubuhan haram...double standart betul la...
    4 · 3 hrs
  • Anak Sungai Derhaka Bagi aku yg tinggal di Pulau Pinang ni.. lebih mudah meminta bantuan dari PPS dari RELA...

    Kurang wajar rasanya kerana satu dua kes yg melibatkan kekasaran oleh anggota PPS terhadap awam seluruh PPS menjadi mangsa..
    ...Lihat Lagi
  • Nor Safee Rakyat skg semakin cerdik.. rakyat akan menilai sikap double standard yg dibuat..
    3 · 3 hrs
  • Kamalampang Paklongain Ini yg buat org benci UMNO.
    3 · 3 hrs
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena