Sunday, 28 September 2014

Pemimpin UMNO kata TIADA MINYAK DI NEGERI PANTAI TIMUR..? Sampai bila 'dibodohkan'!

Ahad, 28 September 2014
Gambar: Baru tahu rupanya selama ini PETRONAS bayar beribu juta wang pada kerajaan negeri Teregganu hasil dari pengeluaran keropok lekor....

Take Note: TIADA MINYAK DI NEGERI PANTAI TIMUR...
Baru tahu rupanya selama ini PETRONAS bayar beribu juta wang pada kerajaan negeri Teregganu hasil dari pengeluaran keropok lekor....

Take Note: TIADA MINYAK DI NEGERI PANTAI TIMUR...
Gambar: Pemimpin UMNO kata TIADA MINYAK DI NEGERI PANTAI TIMUR...???

Yang Teregganu terima wang dari PETRONAS sejak dari 1978 untuk bayaran apa... bayar untuk hasil KEPOK LEKOR ke???
Pemimpin UMNO kata TIADA MINYAK DI NEGERI PANTAI TIMUR...???

Yang Teregganu terima wang dari PETRONAS sejak dari 1978 untuk bayaran apa... bayar untuk hasil KEPOK LEKOR ke???

Gambar: Kata mereka,"Kelantan, Terengganu & Pahang TIADA Minyak""

HAKIKATNYA Terengganu DIBAYAR ribuan juta setahun oleh PETRONAS.. GAMBAR & Jawapan di Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu (DUN) sebagai BUKTI..

Namum Kelantan pula dinafikan HAK untuk terima Bayaran Tunai atau Royalti apabila Pengeluaran Minyak & Gas bermula di Perairan Negeri Kelantan bermula pada tahun 2005. Diskriminasi berlaku kerana "Perbezaan & Dendam Politik".

Anda yang menilaikan!! Share, Tag & Sebarkan - "Tolak PENGKHIANAT kepada Anak Melayu ini .!!!"

Take Note: Persembahan PALING BODOH umno abab ini...
Kata mereka,"Kelantan, Terengganu & Pahang TIADA Minyak""

HAKIKATNYA Terengganu DIBAYAR ribuan juta setahun oleh PETRONAS.. GAMBAR & Jawapan di Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu (DUN) sebagai BUKTI..

Namum Kelantan pula dinafikan HAK untuk terima Bayaran Tunai atau Royalti apabila Pengeluaran Minyak & Gas bermula di Perairan Negeri Kelantan bermula pada tahun 2005. Diskriminasi berlaku kerana "Perbezaan & Dendam Politik".

Anda yang menilaikan!! Share, Tag & Sebarkan - "Tolak PENGKHIANAT kepada Anak Melayu ini .!!!"

Take Note: Persembahan PALING BODOH umno abab ini...
Read More

Kit Siang & Suhaizan Kaiat beri amaran BN rampas Kelantan...

Ahad, 28 September 2014

Kit Siang beri amaran BN rampas Kelantan


Pemimpin popular DAP Lim Kit Siang memberi amaran bahawakerajaan PAS Kelantan 
mungkin jatuh ke tangan BN.
Katanya, perkara itu mungkin berlaku jika peralihan undi 4.5 peratus terhadap PAS dan Pakatan Rakyat, terus berlaku di kawasan-kawasan lain di negeri itu, selepas Pengkalan Kubor.

“Jika Pengkalan Kubor berlaku (di semua tempat di Kelantan), Pakatan hanya akan mendapat 20 kerusi dan BN pula 25 kerusi.

“Ini bererti kuasa untuk memerintah negara akan hilang,” katanya dalam majlis makan malam DAP di Petaling Jaya malam tadi.

Kenyataan Lim itu dibuat seminggu selepas Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat (kiri) memberi amaran bahawa sokongan terhadap PAS Kelantan turun ke paras 50 peratus, menurut bedah siasat oleh jawatankuasa pusat parti itu.

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menolak bahawa Kekalahan PAS di Pengkalan Kubor, dengan majoriti lebih besar, akibat tempias kemelut pentadbiran di Selangor.

Pada pilihan raya kecil itu, calon BN Mat Razi Mat Ail memperoleh 9,981 undi, menewaskan calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim yang mendapat 7,326 undi dan calon bebas Izat Bukhary Ismail (38 undi).

Mat Razi mempertahankan kerusi DUN itu dengan majoriti 2,635 undi, meningkat hampir 900 undi berbanding penyandang DUN itu allahyarham Noor Zahidi Omar yang mendapat majoriti 1,736 undi pada pilihan raya umum ke-13.
Malaysiakini.

Read More

Pengkalan Kubor: Tahniah PAS kerana mencatatkan PENURUNAN BILANGAN UNDI terkecil!

Ahad, 28 September 2014
Gambar: Satu perbandingan pada yang mahu berfikir....???
Satu perbandingan pada yang mahu berfikir....?

PAS KINI TERUS DI PERTIKAIKAN


PAS yang saya kenali Oleh Lim Hong Siang

Gelombang "Reformasi" meledak sebelum saya memasuki dewan peperiksaan SPM. Saya tidak mengenali PAS ketika itu. Imej PAS dibentuk melalui bacaan komentar dalam media bahasa Cina. Negara Islam, hukum hudud, konservatif, ektremis dan sebagainya, antara inilah yang paling memahat dalam minda.

Pengalaman bersemuka dengan orang PAS hanya bermula selepas memasuki universiti. Kami dibawa senior untuk menghadiri ceramah politik. Ketika itu saya amat teruja dengan ucapan Mahfuz Omar yang berapi-api. Kemudian kami diatur untuk berdialog dengan Hu Pang Chaw (bekas Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS), melawat ke Kelantan untuk melihat dengan mata sendiri keadaan sebenarnya.

Pemikiran kami dipengaruhi senior pada ketika itu, yang aktif dalam DEMA - satu pertubuhan mahasiswa. Kami lebih cenderung untuk mempertahankan Barisan Alternatif, maka DAP dianggap sebagai "penghalang", yang menggagalkan pertukaran kerajaan. Kami berkempen untuk calon Parti KeADILan ketika PRU11 pada tahun 2004. Seringkali kami ditanya oleh pengundi Cina yang tebal prejudisnya terhadap agama, bagaimana ulamak boleh mentadbir negeri, sedangkan mereka tidak tahu apa-apa tentang ekonomi?

Terpegun juga kami di situ, kerana gagal memberi jawapan. Akhirnya kami dicelikkan seorang senior, "Padahal pemimpin tertinggi hanya memainkan peranan untuk memastikan agar halatuju pentadbiran tidak terpesong dari landasan demokrasi. Soal teknikal dalam pentadbiran boleh diuruskan oleh teknokrat dan birokrat." Kami menganggap jawapan itu memuaskan, lalu kita menggunakan jawapan skema ini berkali-kali untuk meyakinkan mereka yang masih keraguan.

Ini kisah lama. Generasi kami melalui proses kematangan secara berperingkat-peringkat. Pada satu peringkat saya mulai bersikap kritis terhadap PAS. Saya masih ingat pengalaman saya sebagai wartawan, hadir di sidang media Mujahid Yusof Rawa, yang pada ketika itu bersungguh-sungguh untuk berdialog dengan masyarakat Cina selepas PRU11.

Beberapa soalan dilontarkan oleh wartawan Cina lain, berdasarkan prejudisnya terhadap PAS. Mujahid ketika itu berjaya menyanggah tuduhan-tuduhan dalam soalan itu dengan fakta, kerana sememangnya PAS tidak seburuk sebagaimana yang digambarkan.Akhirnya saya mengajukan soalan, bagaimana PAS mendakwa dirinya mendukung kebebasan bersuara, sedangkan dirinya mengharamkan tulisan Farish Noor dan Khalid Jaafar di Harakah, ketika itu.

Giliran Mujahid terpegun seketika dengan soalan itu. Bagaimanapun soalan-soalan sedemikian kerap ditimbulkan pada zaman pasca PRU11 dan sebelum PRU12. Saya masih ingat pengalaman Dr.Dzulkefly Ahmad diasak oleh NGO dalam satu forum, bagaimana PAS mendakwa dirinya memperjuangkan kebebasan berpersatuan, sedangkan PAS mengambil sikap yang agak keras terhadap Sister-In-Islam, sehingga mencadangkan agar ianya diharamkan?

Namun saya sedar keperluan politik ketika itu. Saya nampak bagaimana sekumpulan pemimpin PAS, seperti Mohamad Sabu, Hatta Ramli, Dzulkefly Ahmad, Syed Azman dan lain-lain lagi, turun untuk memprotes kenaikan harga minyak. Maka semakin yakinlah saya bahawa adanya sekumpulan pemimpin dalam PAS yang memperjuangkan nasib rakyat. Lebih penting, susuk tubuh pemimpin inilah yang dijadikan contoh untuk meyakinkan masyarakat Cina bahawa PAS juga komited dalam perjuangan pendemokrasian politik dan ekonomi. Ikon-ikon ini digunakan untuk memecah imej stereotaip masyarakat Cina, bahawa pemimpin PAS hanya memperjuangkan isu agama semata-mata.

Ia memakan tempoh bertahun-tahun untuk membina semula keyakinan khalayak umum terhadap PAS. Ramai Cina yang masih ragu-ragu, takut bahawa PAS akan bersikap angkuh seperti UMNO setelah berkuasa. Mungkin PAS tidak mengambil pendekatan perkauman, tetapi diganti dengan agama. Maka kami cuba menonjolkan betapa indahnya Islam yang ditampilkan PAS. Tokoh-tokoh seperti Mat Sabu dijadikan jambatan, untuk membawa masyarakat Cina mengenali semula Islam yang ditampilkan PAS. Barulah masyarakat Cina mula menghayati nilai Islam, dan menyanjung Tok Guru Nik Aziz melalui kesederhanaan cara hidup beliau.

Kesemua ini dilonggok sedikit demi sedikit, dari hari ke hari, dari minggu ke minggu, dari bulan ke bulan, dari tahun ke tahun - sehinggalah kita mengecapi hasilnya dalam PRU13. Hasil perjuangan ini bukan datang dengan tohmahan atau tuduhan tanpa bukti ke atas benda yang belum kita tahu. Ia datang dengan curahan titisan peluh mereka yang memperjuangkan perubahan dan pendemokrasian di Malaysia.

Secara terus-terang saya terkilan dengan apa yang berlaku dalam tempoh beberapa bulan ini, khususnya muktamar kali ini. Belum berkuasa sudah ada orang PAS yang menggunakan istilah "jentik" terhadap "non-muslim". Malah label-label dihamburkan begitu sahaja secara terbuka tanpa bukti. Ada pula yang secara angkuh mempertikaikan kelayakan Wan Azizah untuk mentadbir. Pemimpin yang selama ini menyumbang untuk menggilap imej PAS seperti Mat Sabu, cuba dihina. Malah muktamar PAS membenarkan perwakilan untuk membaca doa bagi mengutuk rakan seperjuangannya!

Saya tidak terdaya untuk mempertahankan gelagat sebegini. Molek bunyinya untuk mendakwa "kita meraih perbezaan pandangan", "mendengar luahan dari hati pemimpin" dan sebagainya. Namun orang umum tidak mempertikaikan perbezaan pandangan dalam PAS, yang dipertikaikan adalah cara untuk menangani perbezaan pandangan. Hatta Mahathir Mohamad, musuh politik kita sekalipun kita doakan agar beliau dipanjangkan umur, mengapa dibacakan doa untuk mengutuk pemimpin dalam parti?

Orang yang kuat agama sentiasa menyeru agar kita bersyukur. Bersyukur kepada Tuhan mempunyai maksud tersurat, bahawa apapun kejayaan kita padahalnya disempurnakan Tuhan, dengan mempertemukan kita dengan orang-orang yang sudi membantu kita. Maksud tersiratnya saya tafsirkan sebagai "padahal kehebatan kita tidak ke mana tanpa faktor-faktor lain yang turut sama menyumbang".

Hari ini kita menyaksikan bagaimana sekumpulan perwakilan cuba menyerang tokoh-tokoh yang membina semula keyakinan orang ramai terhadap PAS seketika dahulu. Mereka menyerang kedua-dua orang ADUN yang menyokong Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor, seolah-olah tidak sedar bahawa dua orang inilah yang menjadi "penyelamat Pakatan Rakyat di Selangor" di mata kebanyakan penyokong.

Saya tidak pasti apakah ini PAS yang saya kenali. Hu Pang Chaw yang seketika dahulu cuba membuktikan bahawa masyarakat Cina boleh menyokong PAS - kini sudah tiada tempat di dalam parti. Tokoh yang seketika dahulu turun untuk bertembung dengan FRU, kini dijadikan sebagai musuh dan parasit dalam parti.

Loceng amaran membingitkan telinga, apabila saya membaca komen-komen dalam laman sosial. Ada yang kata lebih baik PKR dan DAP meninggalkan PAS sebelum diheret untuk tenggelam bersama PAS.Saya tidak terkata apa-apa, melainkan menterjemahkan semula apa yang saya nampak kepada kalian. (Harakah versi cetak, 26-28 September 2014, edisi Jumaat) 


DIRECTER 
Read More

Saturday, 27 September 2014

PM buat U-turn kutuk ISIS di PBB...

Ahad, 28 September 2014
Gambar: This is Najib razak. Our PM ..

Tak guna....puih..
This is Najib razak. Our PM ...

Gambar: Ni menteri porfolio apa?

Ni menteri porfolio apa?



Mujahidin  Negara Islam di Iraq dan Suriah mengubah strategi gerilya  dalam menghadapi serangan udara AS di Iraq utara. 

Mereka tidak menggunakan telefon sejak serangan udara intensif  AS sejak kempen penyerangan yang dimulai pada bulan Ogos.

Seorang ketua suku dari sebuah desa di selatan Kirkuk mengatakan Mujahidn IS “meninggalkan salah satu markas terbesar mereka di desa” untuk hadapi  kempen serangan udara AS yang  menargetkan wilayah mereka.

“Mereka mengambil semua perlengkapan , kendaraan dan senjata. Kemudian mereka menanam bom pinggir jalan dan menghancurkan pejabat pusat, “kata ketua suku yang menolak disebutkan namanya.
“Mereka tidak bergerak dalam konvoi tentera seperti sebelumnya. Sebaliknya mereka menggunakan motor,  dan jika perlu, mereka menggunakan kenderaan yang disamarkan, “katanya.

Para mujahidin juga telah menyembunyikan  bendera hitam mereka di beberapa rumah tinggal , dan kebanyakan rumah tersebut dibiarkan kosong , untuk menciptakan kebingungan tentang keberadaan mereka yang sebenarnya.

Sumber-sumber intelijen Tribal dan setempat mengatakan serangan udara pada hari Khamis dekat kota Bashir, 20 km (12 mil) selatan Kirkuk, dikhabarkan telah membunuh dua pemimpin senior IS setempat .
Di desa lain dekat Haweeja di Iraq utara, sebuah sumber mengatakan para mujahidin tidak lagi menggunakan konvoi panjang kendaraan  dengan senapan mesin terpasang , mereka menggantinya dengan  motor.

Serangan udara AS dan sekutunya  tidak berarti telah melumpuhkan mereka. Para jihadisnya bahkan maju menuju kota strategis di perbatasan Suriah utara dengan Turki pada hari Jumat, memerangi pasukan Kurdi, sementara koalisi pimpinan AS lakukan serangan udara menghantam ladang minyak dan basis mereka di timur Suriah. (Arby/Dz/EM)

Read More

[Video] PAS dah tahu dapat 3 kerusi? & PAS perlu perluas pemahaman Islam, kata Dr Dzulkefly

Ahad, 28 september 2014


Pengarah Pusat Kajian PAS, Dr Dzulkefly Ahmad menafikan dakwaan PAS Selangor bahawa mereka tidak dimaklumkan mengenai keputusan Menteri Besar Azmin Ali untuk mengurangkan satu kerusi exco milik parti itu.

PAS perlu perluas pemahaman Islam, kata Dr Dzulkefly 
OLEH LEE SHI-IAN
Published: 27 September 2014 | Updated: 28 September 2014 7:38 AM
Tidak akan kurang Islam PAS walaupun melangkaui sempadan pemahaman Islam, kata Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Dzulkefly Ahmad. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 September, 2014.
Tidak akan kurang Islam PAS walaupun melangkaui sempadan pemahaman Islam, kata Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Dzulkefly Ahmad. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 September, 2014. 

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Dzulkefly Ahmad berkata PAS tidak akan dianggap sebagai sebuah parti yang kurang Islamik jika mereka melangkaui sempadan dan fokus untuk membawa mengenai pemahaman Islam yang lebih luas.
Beliau berkata, kelompok Islamis terlalu bimbang dan terkongkong dalam kuasa serta politik di mana mereka gagal untuk menyampaikannya dengan jelas.
"Saya yakin dengan mesej dan penyampaian yang jelas, parti pasti akan dapat memberi pemahaman yang jelas dan mendapat sokongan baik.
"Penyampaian tidak semestinya mengenai kuasa dan politik, tetapi mengenai sivil dan aspek pembangunan Islam, seperti membantu mereka yang tertindas dan menangani rasuah,” katanya.
Dzulkefly berkata, rakyat perlu memahami mengenai perjuangan dan matlamat yang mereka cuba sampaikan.
"Jika PAS mahu fokus kepada membawa pemahaman lebih luas mengenai Islam, mereka tidak akan dianggap parti kurang Islamik," katanya.
Dzulkefly berkata, Al-Quran menyatakan kekayaan negara tidak seharusnya berada dalam tangan golongan elit saja dan mereka yang kaya raya.
"Al-Quran mengajar mengenai pembahagian yang sama rata, tetapi rakyat tidak pernah dengar mengenai perkara ini daripada kumpulan Islamis kerana mereka bercakap mengenai hal lain,” katanya.
Katanya, kebanyakan kesilapan berpunca daripada diri mereka sendiri tetapi ia masih tidak terlalu lewat untuk memperbaikinya.
"Islam sudah tercalar untuk sekian lama hasil kesilapan kita sendiri, tetapi ini tidak bermakna ia sudah terlewat untuk memperbaiki persepsi mengenai agama.
"Al-Quran tidak dijelaskan secara betul dan ia berpunca daripada kesilapan kita. Tetapi isu urus tadbir dan kesaksamaan secara jelas dinyatakan dalam Al-Quran,” katanya.
Beliau memberi contoh tokoh politik Tunisia Rashid al-Ghannouchi, salah seorang tokoh pemikir Islam.
"Rashid menganjurkan penstrukturan kehidupan ekonomi yang asasnya lebih saksama, mengakhiri sistem politik satu parti dan penerimaan politik pluralismea serta demokrasi," katanya.
"Rashid menulis secara menyeluruh mengenai Islam dan kemodenan, demokrasi dan sekularisme, hubungan Barat dan Timur, hak asasi manusia dan kumpulan sivil,” katanya.
Dzulkefly berkata, sudah sampai masanya untuk PAS berubah menjadi lebih progresif bagi membantu Pakatan Rakyat mara ke Putrajaya. – 27 September, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-perlu-perluas-pemahaman-islam-kata-dr-dzulkefly#sthash.D9tcGP1W.dpuf
Read More

[Video] Dua 'broker, barua' PAS: Kamu bukan pengkhianat, kamu wira rakyat” - Bekas Exco S'gor

Ahad, 28 September 2014


DAP beri sambutan wira untuk dua 'broker, barua' PAS

Dua ADUN yang dilabel sebagai 'broker dan barua' oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencuri tumpuan apabila tampil pada majlis makan malam mengutip derma anjuran DAP.


Semasa memberikan ucapan penangguhan di Muktamar PAS ke-60 di Batu Pahat hujung minggu lalu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa ada pihak yang membeli 2 Adunnya dan ada barua dan broker yang terlibat dalam peristiwa itu.

Dua Adun itu, Saari Sungib dan Hasnul Ibrahim mengambil tindakan menyokong pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor dengan menandatangani akuan bersumpah (SD).

Ia tidak disenangi pemimpin PAS khasnya Hadi sendiri.



Dua MP PAS dapat sambutan wira dari DAP


Digelar pengkhianat oleh PAS, dua anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin mendapat sambutan sebagai seorang wira daripada penyokong Cina dalam majlis makan malam DAP malam tadi.
Duduk bersebelahan pemimpin popular DAP Lit Siang, hadirin bangun memberi tepukan gemuruh dan beberapa pemimpin DAP menggelar mereka sebagai “penyelamat Pakatan Rakyat”.

“Kamu bukan pengkhianat, kamu wira rakyat,” kata bekas exco Selangor Ronnie Liu di majlis makan malam yang dihadiri kira-kira 700 orang di Petaling Jaya malam tadi.

Sementara itu, ADUN Bukit Gasing R Rajiv berkata, mereka berdua harus menandatangani akuan berkanun (SD) bersama wakil PKR dan DAP bagi menghancurkan harapan kerjasama PAS-Umno.

“Jika tidak kerana mereka, kita sudah tentu akan lihat kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno,” katanya.
Kedahkini.
Read More

Kempen anti-GST di ekspo GST kerajaan 1 hingga 3 Okt Pusat Konvensyen KL...

Ahad, 28 September 2014

Kempen anti-GST di ekspo kerajaan

NGO Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) merancang untumengadakan kempen anti-GST di ekspo penerangan cukaibarangan dan perkhidmatan (GST) anjuran kerajaan.

Dalam kenyataan mereka semalam, JERIT merancang untuk mengedarkan risalah anti-GST kepada pengunjung ekspo tersebut.

Ekspo itu akan bermula dari 1 hingga 3 Oktober ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

"Untuk menguatkan lagi penolakan terhadap GST, gabungan ini merancang kempen risalah pada 1 dan 2 Oktober ini di hadapan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur," kata JERIT dalam kenyataan.

JERIT merancang untuk melaksanakan kempen itu berdekatan pintu utama ekspo mulai jam 12 sehingga jam 2 petang.

GST yang dikenakan ke atas pembelian barangan dan perkhidmatan akan dilaksana bermula pada April 2015.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena