Sunday, 30 November 2014

IJAZAH PENOREH - Presiden Umno 'Mungkir Janji', Wanitanya tak payah "minyak pelincir'...Ahmad Maslan 'lemah' pulak...

Ahad, 30 November 2014

Ahmad Assajri Mat Noh
Alhamdulillah..selepas 6thun belajar dan mempertaruhkan masa depan dalam IJAZAH SARJANA MUDA PENOREHAN DENGAN KEPUJIAN..akhirnya..majlis graduasi saya berlangsung dengan aman dan tenang.. walaupun tidak mendapat anugerah emas tapi saya mampu memberikan segulung ijazah kepada mak abah ..trima kasih. Muah3..
#berbangga menerima ijazah daripada canselor yg mempunyai pengalaman selama 40 tahun dalam jurusan yg sama dengan jurusan yg saya ambill..

lawak antara felda terbaik minggu ni... hehhehe..

Gambar: Akhbar Pekan Tribune di Indonesia hari ni.. siar najib mungkir janji..
"Najib Ingkar Janji' .. terpampar didada akhbar Indonesia..
Akhbar Pekan Tribune di Indonesia hari ni.. siar najib mungkir janji...

Gambar: Amacam ... kikiki
No komen ... wakaka
Amacam ... kikiki

Gambar: KINI GILIRAN AHMAD MASLAN KENA BELASAH SAMPAI LUMAT LUNYAI DARI UTUSAN ... KETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA PALING LEMAH DALAM SEJARAH.
http://omakkau.blogspot.com/2014/11/kini-giliran-ahmad-maslan-kena-belasah.html
KINI GILIRAN AHMAD MASLAN KENA BELASAH SAMPAI LUMAT LUNYAI DARI UTUSAN ... KETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA PALING LEMAH DALAM SEJARAH.
http://omakkau.blogspot.com/2014/11/kini-giliran-ahmad-maslan-kena-belasah.html

Utusan Malaysia hari ini mendakwa Datuk Ahmad Maslan merupakan ketua penerangan Umno paling lemah ekoran terdapat program yang dilaksanakannya lebih berupa syok sendiri. 

Pengarang akhbar berkenaan Zulkifli Jalil berkata, tanggapan itu diutarakan selepas terdapat pihak tertentu yang mendakwa Ahmad lesu dan tidak mencapai matlamat apabila penjelasan mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kurang menyerlah dan difahami rakyat. 

"Soksek-soksek mengatakan Biro Penerangan Umno diketuai Datuk Ahmad Maslan lesu hinggap di telinga penulis setahun dua ini. Kata ‘mereka’ dalam parti terutama bahagian, program penerangan lebih berupa ‘syok sendiri’," tulis Zulkifli dalam rencana bertajuk "Syok sendiri? 

Ketua Penerangan Umno paling lemah?" yang disiarkan akhbar milik Umno itu hari ini. "Tidak mencapai matlamat seperti mana diharapkan. Antaranya penjelasan mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan beberapa bulan lagi ini (April 2015) - kurang menyerlah dan difahami rakyat. 

Ini sehinggakan ada tanggapan dilontarkan beliau ‘ketua penerangan Umno yang paling lemah’,” katanya. Zukifli berkata, apabila beliau membangkitkan perkara ini kepada Ahmad, ahli Parlimen Pontian itu tidak begitu selesa dengannya. 

“Diajukan soksek-soksek begitu ketika ditemui penulis sebelum perbahasan ucapan dasar presiden berhenti rehat untuk solat Jumaat, Ahmad kelihatan kurang selesa dan sekadar menyambutnya: 

'Tak payah sebutlah'. “Bagaimanapun, beliau akui keberanian perwakilan Umno menegur pemimpin dalam Perhimpunan Agung parti kali ini agak `lebih’ berbanding tahun lalu. 

Mereka berani menegur dengan lantang, sambil Ahmad mengenal pasti wakil dari Perak, Pulau Pinang, Kelantan dan Melaka yang berbuat demikian," katanya seperti dilaporkan akhbar itu hari ini. 

SEMACAM SUDAH ADA DESAKKAN KERAS DARI AKAR UMBI UMNO MAU AHMAD MASLAN DI PECAT DARI JAWATAN KETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA. 

KENA AKUI BAHAWA AHMAD MASLAN ADALAH ANTARA MENTERI DAN TIMBALAN MENTERI DALAM UMNO YANG PALING TIDAK POPULAR DIKALANGAN RAKYAT SELAIN HASAN MALEK DAN SHAHIDAN KASSIM .. KATA-KATANYA SERING DIJADIKAN BAHAN LAWAK GURAU SENDA DAN EJEKAN ... 

DILIHAT MENJADI LIABILITI GRED UTAMA KEPADA UMNO/BN KINI. MEMPUNYAI CGPA 3.85 BUKAN BERMAKNA HEBAT DALAM POLITIK DAN BIJAK MENGATUR SUSUN CARA BAGI MENYAKINKAN RAKYAT MENYOKONG INSPIRASI PARTI.

Read More

[Video] "Blogger pro Umno" - Bengang digelar BANGANG...Pendedahan 'pembayaran' kepada bloggers PM

Ahad, 30 November 2014

Gambar: BLOGGER UMNO ADALAH BANGANG KATA NAJIB???????
http://omakkau.blogspot.com/2014/11/blogger-umno-adalah-bangang-kata-najib.html

Bengang dituduh Bangang...Ini pesanan dari Blogger UMNO buat Najib..

Tulisan ini merujukkan kepada laporan kekesalan presiden Umno terhadap “bloggers” pro Umno yang dikatakan menghentam Umno serta kepimpinan Umno dan dalam masa yang sama – mengakui “bloggers” Umno dibayar untuk tujuan mempertahankan Umno dan mempertingkatkan partisipasi penyokong Umno dalam media alternatif dan media sosial.

Pendedahan pembiayaan ini diulas Amin Iskandar di ( SINI ) dan kegagalan blogger mempertahankan Datuk Seri Najib Razak dan Datin Sri Rosmah Mansor turut disuarakan Young Blogger – Nur Farhana Mohd Anuar sewaktu PAU 2014.

Semua kritikan – teguran baik dari Najib sendiri perlu diambil secara positif. Persoalan pendedahan pembayaran kepada bloggers PM – adalah satu pendedahan yang akhirnya mendiamkan penafian bloggers besar yang mereka tidak dibayar.

Artikel saya sebelum ini di ( SINI )turut mengakui ada pembayaran yang dibuat, peruntukan banyak, konvensyen setiap negeri diadakan untuk bloggers, peralatan canggih – semua disediakan.

Namun – tidak salah kalau dikatakan “dengan segala peruntukan yang ada – kelengkapan yang diberi – pencapaian yang diharapkan tidak berjaya keseluruhan malah mungkin gagal dalam menangani isu, topik dan tuduhan pembangkang”

Hari ini – persoalan mengenai blogger tersebar luas – setelah dikritik Nur Fahana Mohd Anuar dan setelah disambut presiden Umno sendiri. Rentetan sebelum ini – kita lihat di laman media sosial – kritikan blogger turut wujud terhadap kepimpinan Umno yang mengendalikan PAU – dikatakan tidak menyediakan ruangan lengkap untuk “bloggers handalan” Umno.

Pertengkaran ini memang sedia ada dalam sirkulasi pengamal media sosial Umno. Peperangan sesama turut ada dan tindakan – tindakan menghentam satu sama lain turut wujud. Masing-masing dalam sirkulasi “blogger” Umno mahu menjadi “blogger” nombor satu dan ukuran adalah melalui ranking pembaca.

Justeru itu “blogger Umno” berusaha mensensasikan isu – bagi galakan untuk pembaca hadir ke laman mereka – malangnya kualiti yang ada tidak menepati – usaha mendominasi pembaca secara kritikal, gagal.

Terlampau banyak “blogger Umno” yang bertindak semata-mata untuk menepati bukan sahaja kehendak Umno tetapi kehendak “political master” tersendiri. Ada kumpulan “bloggers Umno” yang diurus mengikut teknik memandai-mandai – kepimpinan yang memegang kekuatan wang untuk semua menuruti kehendaknya dengan metodologi pertempuran yang ortodoks – dilakukan 16 tahun lalu pembangkang.

Mereka tidak mengetahui sebenarnya apa yang dikatakan mengurus persepsi dan tidak terurus dalam mainan media maya. Kepimpinan bloggers ini – amat asyik dalam menyampaikan kicauan-kicauan yang menyeronokkan kepimpinan Umno khususnya presiden Umno yang juga perdana menteri Malaysia dan akhirnya presiden Umno dibangangkan kepimpinan bloggers itu sendiri.

Banyak yang perlu dipelajari mereka – banyak teguran dibuat kepada kepimpinan yang diberi pertanggungjawaban untuk mengendali “bloggers Umno” namun seperti biasa – dalam Umno – teguran adalah pengkhianatan kepada mereka yang akhirnya di ketepikan. Tidak ada teguran sampai kepada Najib sehingga Umno tersasar dalam mainan media yang akhirnya merugikan Umno.

Ada ramai blogger Umno di peringkat bawahan sedar apa yang sebenarnya berlaku – namun untuk melakukan perang saraf menyeluruh adalah mustahil kerana cadangan dan pendapat mereka tidak akan sampai ke pucuk kepimpinan. Akhirnya “pengamal laman media sosial Umno” tersasar dengan seronoknya – melakukan tindakan yang sekadar menceriakan ruangan maya tetapi tidak memberi kesan besar kepada mendominasi pemikiran pembaca.

Banyak isu yang boleh menjadi kekuatan kepada Umno – untuk terus mendedahkan perkara-perkara yang mampu memberi Umno loncatan politik, tapi malang ia berlalu begitu sahaja kerana urusan perang siber ini diurus pengamal politik tegar yang mahu melihat keberuntungan terhadap politik diri dahulu.

Najib – harus mula keluar dari kepompong yang ada – satu desakan dari bawahan pula setelah beliau sering mendesak yang lain untuk keluar dari kepompongan minda yang tersekat. Buat pendekatan untuk patah semula – melihat kekurangan dan melihat semula jalan yang perlu diambil untuk memperkukuhkan media sosial dan media alternatif yang ada.

Bagi saya kedua-dua definisi ini juga kalut difahami kepimpinan Umno yang bertanggungjawab dalam melahirkan gerakan memerangi media pembangkang.

Najib harus keluar dari menurunkan mandat kepada politikus yang terlampau sibuk dalam menjalankan urusan seharian dan sepatutnya melihat perkembangan laman media sosial dan alternatif dari sudut berbeza – bukan sahaja menggunakan KPI atas ranking dan jumlah lawatan. Perebutan siapa popular tidak akan ada makna sekiranya ia tidak membantu memberi penerangan yang sepatutnya dan langkah untuk terus mendominasi minda.

Najib juga harus melihat sama ada hanya media alternatif dan sosial sahaja yang sebenarnya menjayakan kejayaan kepada pembangkang – apakah faktor-faktor konklusif lain yang membantu dan menyeluruh kan perjuangan bagi Umno untuk terus menjadi relevan.

Hari ini Najib berang dengan menggunakan – “bangang” ke atas bloggers Umno. Sebaliknya adakah Najib sanggup menerima kenyataan kalau dikatakan – Najib dibangangkan mereka yang tidak melaporkan keadaan sebenarnya.

Mungkin tulisan ini serta lain-lain penulisan seumpamanya, yang sedar kesilapan yang ada turut tidak disampaikan kepada presiden Umno yang juga perdana menteri Malaysia. Siapa lebih bangang.

Mungkin Umno perlu – kepimpinan tertinggi Umno mula mendengar suara di luar kotak dahulu, membuat pengiraan semula , berpatah balik serta evaluasi semula – dalam keadaan masa yang masih ada sungguh pun sedikit

Mungkin kesedaran perlu ada dan Najib harus memulakan langkah untuk mendengar semua pandangan – sebelum terikat dengan mem-bangang-kan keseluruhan industri bloggers yang wujud dalam Umno. 

Jangan sampai akhirnya – semuanya jatuh bangang dan bengang terhadap Umno.

~ Anuar Mohd Nor

Posted by Anak Sungai Derhaka 

Read More

[Video] "Blogger Umno BANGANG!!" Pecah tembelang...Pergilah tembak pembangkang - Najib

Ahad, 30 November 2014
Datuk Seri Najib Razak menyelar sikap blogger pro Umno yang menyerang kembali pemimpin parti Melayu itu dan kononnya bersifat “friendly fire”. 

Presiden Umno itu berkata, blogger pro Umno perlu melakukan tindakan sebaliknya dengan menyerang pemimpin pembangkang kerana mereka perlu tahu pihak mana yang membiayai mereka. 

“Saya setuju kata Datuk Zahid yang kata bloggers kita ni kadang-kadang tembak kita. Dalam istilah perang, friendly fire. Friendly fire is not friendly," kata Najib merujuk kepada Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. 

“Bloggers kita ni cari makan dengan siapa? Pergilah tembak pembangkang. Itu cara kita nak menang dalam peperangan. Jangan perang sesama sendiri. Tak masuk akal. Bangang,” katanya semasa berucap di Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini.
TMI/BLM.
Read More

[Video] Pemimpin masih boleh enjoy...Rakyat pula 'mati tergolek' di Jambatan Pulau Pinang - Ustaz Dr Ahmad

Ahad, 30 November 2014



Walaupun harga minyak dunia semakin menunjukkan kejatuhan sebaliknya harga minyak di negara kita DINAIKAN oleh pemimpin negara... akibat kenaikan itu barangan lain berebut-rebut mahu NAIK...

Namum ada pemimpin negara kita yang masih boleh enjoy dalam keadaan rakyat masih lagi mengikat perut setiap hujung bulan akibat kenaikan KOS SARA HIDUP.. minyak naik kos sara hidup turut naik yang para pemimpin tidak pernah merasakannya..

ℑσм pαкατ² ⇨ Ƭσηтση✔ ℒιкє✔ Cσммєηт✔ Sнαяє✔
and Support page Rιηтιнαη Rαкyαт untuk INFO seterusnya...

TERIMA KASIH.
 — with Aurora HitamMaya MaisaraAzmann YusoffRoslin AhmadAnak Seligi,Hanisya Abdul HamidSrikandi IslamRaja Mohd ShahrimKamilah MamatBaeyah OmarMat'Rony Abe'kuBdkjuruh Diey and Bulat Dusun.
Photo: Minyak dah turun 4sen woiiiii...

Jom sujud syukur berjemaah!!!

Harga RON97, RON95 turun, diesel naik mulai tengah malam ini

KUALA LUMPUR: Harga runcit RON97 turun sebanyak sembilan sen seliter kepada RM2.46 seliter dan harga runcit RON95 pula turun empat sen seliter kepada RM2.26 seliter, selepas 12 tengah malam ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hasan Malek berkata harga runcit bagi minyak diesel pula dinaikkan kepada tiga sen seliter kepada RM2.23 seliter.

Harga runcit RON97 kini ialah RM2.55 seliter, RON95, RM2.30 seliter manakala diesel ialah RM2.20 seliter.

Menurut Hasan harga baharu ini akan berkuat kuasa hanya untuk Disember.

"Kerajaan akan mengikuti perkembangan pasaran harga produk kos pada setiap masa dan kadar pertukaran matawang untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel bagi bulan-bulan berikutnya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, katanya semua syarikat minyak dan pengusaha stesen minyak diminta mematuhi penetapan harga baharu itu dan jika ingkar, tindakan tegas akan diambil mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Pada 21 Nov lepas, kerajaan mengumumkan akan melaksanakan penetapan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel mengikut kaedah pengampunan terkawal mulai 1 Dis.

Kaedah pengapungan terkawal yang diputuskan Kabinet itu adalah sebagaimana pelaksanaan penetapan harga runcit RON97 sejak Julai 2010, katanya.

"Melalui kaedah pengapungan terkawal, purata perubahan kos produk akan menentukan penetapan harga bagi bulan berikutnya, ini bermakna jika harga pasaran minyak mentah dunia meningkat, harga runcit RON97, RON95 dan diesel juga akan meningkat dan begitu sekiranya berlaku sebaliknya (harga pasaran minyak mentah dunia menurun)," katanya. - BERNAMA
Read More

Friday, 28 November 2014

[Video] 'Perangai Umno': Prof Madya Dr Azmi bidas Najib...Gagal Bumiputera bermakna Umno sudah gagal!

Sabtu, 29 November 2014




Profesor Madya Dr Azmi Sharom berucap di hadapan pelajar dan kakitangan Universiti Malaya membantah Akta Hasutan dan pelanggaran kebebasan akademik, ...

GAGAL BUMIPUTERA BERMAKNA UMNO JUGA GAGAL

Gagal Bumiputera bermakna Umno juga gagal, kata penganalisis



Perhimpunan Agung Umno 2014 melihat Umno membincangkan perkara yang sama dengan permintaan bantuan dari perwakilan berbahas, namun ekonomi Melayu-Bumiputera yang sering diperjuangkan masih belum berjaya. 


Hampir setiap kali perhimpunan besar parti pemerintah Umno, isu tidak selesai dibincangkan Umno adalah ekonomi Bumiputera dan pada masa sama pelbagai permintaan bantuan diajukan perwakilan yang berbahas.

Selepas pelbagai dasar, polisi dan bantuan diberikan, sasaran untuk mencapai ekuiti 30% Bumiputera menjadi tajuk perbualan dan perwakilan akan membangkitkannya.

Antara intipati ucapan dasar Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak juga menyentuh mengenai Bumiputera, beliau memberi komitmen memperjuangkan orang Melayu dan Bumiputera dengan bersidang bersama, sekurang-kurangnya sekali setiap bulan, demi menjamin hala tuju dan agenda pemerkasaan ekonomi Melayu Bumiputera.

Komitmen Najib memperjuangkan ekonomi Bumiputera bukan kali pertama disuarakan, tahun lalu di UiTM Najib menggariskan lima langkah bagi memperkasa ekonomi Bumiputera.

Sejumlah peruntukan besar diumumkan, antaranya Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) mendapat peruntukan sebanyak RM300 juta untuk lima tahun dan peruntukan tambahan kepada Tekun sebanyak RM700 juta.

"Dah banyak dana awam dibelanjakan, tetapi peningkatan masih tidak memberangsangkan," kata Pengarah Eksekutif Merdeka Center Ibrahim Suffian kepada The Malaysian Insider.

Ibrahim merujuk kepada kegagalan kerajaan membantu Bumiputera walaupun dengan pelbagai usaha dirancang dan dikemukakan.

Sebaliknya, Ibrahim menggariskan tiga perkara, antaranya:

"Apa-apa pun polisi yang bertujuan membantu mana-mana segmen, ia mesti ada 'termination date' (tamat tempoh) di mana bantuan itu akhirnya akan tamat, maknanya ia diberikan beransur-ansur dan dihentikan apabila mereka sudah maju.

"Kedua, mesti ada proses penilaian berterusan, ia mesti ada pemeriksaan dasar ini berkesan atau tidak, penerima itu meningkat atau tidak sebagainya, mengapa perkara ini masih bermasalah hingga kini.

"Ketiga, mesti ada ketelusan daripada segi proses."

Bagi penganalisis politik Dr Wong Chin Huat, masalah yang dihadapi Umno selaku parti pemerintah adalah mereka sering menjadikan bukan Melayu sebagai kambing hitam, khususnya dalam isu Bumiputera.

"Jika DEB (Dasar Ekonomi Baru) berjaya membantu Melayu, Umno pastinya sudah kuat sekarang. Dan mengapa perlu Umno rasa terancam walaupun jika bukan Melayu tidak gembira?

"Tidak kisah cara apa pun Umno cuba menyalahkan bukan Melayu, mereka perlu jawab mengapa DEB gagal mengangkat Melayu selepas hampir empat dekad," kata Wong.

Wong juga mencadangkan supaya tiba masanya polisi alternatif diperkenalkan bagi membantu Bumiputera dan bukannya kumpulan bangsawan Umno.

"Adakah perlu bantuan kepada Bumiputera untuk bantu Melayu? Atau kita perlu polisi alternatif untuk pastikan orang Melayu biasa mendapat bantuan dan bukan bangsawan Umno?" katanya.

Sementara itu, seorang lagi penganalisis politik Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff berkata persoalan yang perlu dilihat Umno bukan lagi sekadar membuat permintaan tetapi mengkaji perkara pokok mengapa masih Melayu mundur.

"Apabila kita lihat data, yang masih mundurnya orang Melayu.

"Apakah masalah sebenarnya sehingga kita tidak dapat capai sasaran? Apakah masalah polisi? Saya tidak tahu, cuma saya tahu setiap permintaan tertunai. Itu persoalannya," kata Agus kepada The Malaysian Insider.

Agus juga mempersoalkan mengapa setengah kelompok dalam Bumiputera sahaja yang semakin kaya tetapi tidak rakyat bawahan yang bergelut.

"Tujuan ekonomi Bumiputera ini bukan untuk memanfaatkan mereka (elit), tapi kenapa mereka juga yang naik," katanya ~TMI
Read More

[Video] MB yang 'sengih sana sini', cari nama di PAU KL, Tak peduli banjir di Kedah!

Sabtu, 29 November 2014




Anak Mahadeath Cari Nama Di PAU, Tak Peduli Banjir di Kedah

MB Kedah sibuk mempromosikan dirinya setelah dua kali gagal dalam pemilihan agung UMNGOK. Kali pertama sebagai Ketua Pemuda dan kali kedua sebagai Naib Presiden. Sekarang ini, MB Kedah lebih sibuk berkenalan, mempublisitikan dirinya dan mahukan para perwakilan ingat bahawa dia masih popular dalam UMNGOK.

Proposal kepopularitiannya wujud dan boleh ditemui dalam Facebook menerusi kerja-kerja para macainya yang tidak tahu apa-apa tentang keperluan rakyat sebaliknya hanya memikirkan bagaimana hendak mengampu si Botak dengan sedikit upah yang diperolehi mnerusi Azimi Daim, salah seorang Pegawai Khas MB yang turut memegang peranan penting bagi hal ehwal di selatan Kedah yang menjadi kunci kemenangan UMNGOK pada PRU-13 lalu.

Banjir telah melanda pekan Serdang, Kedah, pekan utama yang menghubungkan antara pekan Selama Kedah dan Bandar Baru serta transit dari Parit Buntar dan Selama Perak ke Kulim dan suatu masa dahulu, Pulau Pinang dari arah Selatan.

Lebih 18 pusat pemindahan banjir telah dibuka untuk menempatkan penduduk-penduduk kampung di sekitar pekan Serdang yang terjejas akibat banjir. Sedangkan pada masa yang sama, Menteri Besar Kedah yang terlupa bahawa Daerah Bandar Baru adalah salah satu daripada daerah di Kedah dan merupakan antara yang termundur dan tertinggal jauh, masih tidak menjengukkan diri kerana terlalu sibuk dengan kegiatan UMNO di Kuala Lumpur.

MB Kedah mempunyai rumah besar di Bukit Tunku, Kuala Lumpur. Rumah kaca yang mempunyai sofa mahal yang terletak di tepi kolam renang di rumah besarnya, bernilai jauh lebih tinggi berbanding kebanyakan rumah penduduk di Serdang.

Timbul pertanyaan, bila lagi MB Kedah hendak melawat mangsa-mangsa banjir di Serdang, berbanding bergelak sakan di PWTC yang terletak tidak jauh dari rumah besarnya. Ketika banjir melanda Kedah terutama sekali di Alor Star pada pertengahan 2009 dan 2011, bukan main lagi macai-macai UMNGOK mengutuk Arwah Ustaz Azizan yang pada waktu itu sedang uzur kerana tidak menunjukkan muka dan melawat mangsa-mangsa banjir walaupun Ustaz Azizan memang membuat lawatan.



Mengapa MB Kedah yang lebih mementingkan kerjayanya dalam UMNGOK, tidak dilayan sama seperti arwah Ustaz Azizan? Takkan jadi Menteri Besar Kedah dengan sengih sana sini kemudian menganjurkan program yang semuanya untuk mempublisitikan dirinya sebagai calon Naib Presiden UMNGOK pada PAU akan datang?

Dulu bolehlah kata Kerajaan PAS tak jaga longkang sampai banjir melanda. Sekarang ini, Kerajaan UMNGOK yang MB Kedah jadi Ketuanya, jaga sangat ke longkang dan sungai sampai banjir besar boleh melanda pekan Serdang?

Seteruk-teruk dan pemalas PBT di bawah Kerajaan PAS, Serdang tidak banjir tapi sebijak-bijak anak Mahadeath sebagai Menteri Besar, banjir besar melanda Serdang. Teruk-teruk arwah Ustaz Azizan, masa banjir dia tidak sibuk mempublisitikan dirinya dengan bantuan macai-macai tangga SUK untuk mempersiapkan dirinya sebagai calon Naib Presiden PAS, tetapi sehebat-hebat anak Mahadeath, tidak mustahil sekiranya ada mangsa banjir di Serdang yang terbunuh, barulah dia datang menjenguk.

Atau barangkali, MB Kedah itu tersilap faham kerana ingatkan pekan Serdang itu terletak di Selangor dan di bawah pentadbiran DAP, bukannya di Kedah dan di bawah UMNGOK.

** Gambar-gambar diambil dari Facebook macai yang dibayar upah untuk memuja dan mengampu MB

Posted by Era pasca
Read More

Fathul: "Najib Mencontohi Nabi"...Tidak timbul isu mungkir janji?

Sabtu, 29 November 2014
Photo: Ulama Muda UMNO @ustazfathulbari juga exco PEMUDA UMNO yang semakin merapu dek kerana HABUAN DUNIA... PM contohi Nabi dahulukan suara majoriti katanya..

Rasulullah saw mencadangkan, sedangkan Najib sendiri dalam ucapannya telah berjanji akan memansuhkan Akta Hasutan adakah sama... cadang dan janji?

Najib Mansuh Akta Hasutan- fb.me/1w8IgoJNd 

Antara tugas ulama penjual agama yang dibimbangi Rasulullah saw melebihi dajjal adalah mengolah pembohongan dan kebatilan PEMIMPIN PUJAAN MEREKA supaya dilihat sebagai kata-kata hikmat yangg indah dan mengasyikkan.

Nak benarkan kebatilan pemimpin sanggup keluar dalil yang mengelirukan pemikiran manusia lain... opss lupa ulama muda UMNO ini pun pernah membela penghinaan Chua SL menghina HUKUM ALLAH...
Ulama Muda UMNO @ustazfathulbari juga exco PEMUDA UMNO yang semakin merapu dek kerana HABUAN DUNIA... PM contohi Nabi dahulukan suara majoriti katanya..

Rasulullah saw mencadangkan, sedangkan Najib sendiri dalam ucapannya telah berjanji akan memansuhkan Akta Hasutan adakah sama... cadang dan janji?

Najib Mansuh Akta Hasutan- fb.me/1w8IgoJNd

Antara tugas ulama penjual agama yang dibimbangi Rasulullah saw melebihi dajjal adalah mengolah pembohongan dan kebatilan PEMIMPIN PUJAAN MEREKA supaya dilihat sebagai kata-kata hikmat yangg indah dan mengasyikkan.

Nak benarkan kebatilan pemimpin sanggup keluar dalil yang mengelirukan pemikiran manusia lain... opss lupa ulama muda UMNO ini pun pernah membela penghinaan Chua SL menghina HUKUM ALLAH...

Allahurobbi..celah mana najib contohi Rasulullah S.A.W... dgn isteri tak tutop aurat.. dgn pemerintahan tak adil dan amanah.. .dgn korupsi kerajaan dibawah pimpinannya.. .Allahuakbar..
Jgn menyebelahi pihak yang salah walau nyawa jadi taruhan... moga ustad bertaubat...
Photo: Najib Razak kata UMNO menjadikan ISLAM sebagai PANDUAN... benar kah? 

Bukan kah selama ini politik UMNO ...agama suku, politik suku, yang meninggalkan cara hidup Islam yang sebenar, meletakkan sistem ciptaan perlembagaan manusia lagi tinggi dari HUKUM ALLAH untuk mentadbir negara Malaysia, dan membiakkan korupsi, serta meninggalkan keadilan yang sebenar..

Bahkan pemimpin negara dari kalangan UMNO sendiri membiarkan maksiat berleluasa bebas, memudahkan urusan-urusan kemungkaran, membuka peluang kepada hedonisme untuk meracun kehidupan masyarakat, dan menyempitkan pandangan manusia terhadap Islam yang sebenar..

Pemimpin UMNO meletakkan agama atas nama bangsa, menyebabkan agama kelihatan lebih sempit, memberikan pandangan negatif terhadap Islam itu sendiri.

Ahli agama UMNO menggunakan agama bila ada keuntungan politik sebagai ‘senjata’ untuk menjatuhkan lawan, menjatuhkan saingan, menyebabkan akhirnya salah faham terhadap agama itu sendiri membiak.

Penyokong & ahli UMNO warnakan Islam dengan pelbagai warna, mengikut hawa nafsu pemimpin yang meninggalkan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai perlembagaan hidup...

Anda nilai la sendiri..
Najib Razak kata UMNO menjadikan ISLAM sebagai PANDUAN... benar kah?

Bukan kah selama ini politik UMNO ...agama suku, politik suku, yang meninggalkan cara hidup Islam yang sebenar, meletakkan sistem ciptaan perlembagaan manusia lagi tinggi dari HUKUM ALLAH untuk mentadbir negara Malaysia, dan membiakkan korupsi, serta meninggalkan keadilan yang sebenar..

Bahkan pemimpin negara dari kalangan UMNO sendiri membiarkan maksiat berleluasa bebas, memudahkan urusan-urusan kemungkaran, membuka peluang kepada hedonisme untuk meracun kehidupan masyarakat, dan menyempitkan pandangan manusia terhadap Islam yang sebenar..

Pemimpin UMNO meletakkan agama atas nama bangsa, menyebabkan agama kelihatan lebih sempit, memberikan pandangan negatif terhadap Islam itu sendiri.

Ahli agama UMNO menggunakan agama bila ada keuntungan politik sebagai ‘senjata’ untuk menjatuhkan lawan, menjatuhkan saingan, menyebabkan akhirnya salah faham terhadap agama itu sendiri membiak.

Penyokong & ahli UMNO warnakan Islam dengan pelbagai warna, mengikut hawa nafsu pemimpin yang meninggalkan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai perlembagaan hidup...

Anda nilai la sendiri...

Najib Mencontohi Nabi..


Tidak timbul isu mungkir janji jika hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 dan menggantikannya dengan Akta Keharmonian Nasional tidak menjadi kenyataan.

Pengerusi Biro Pendidikan Tinggi Pemuda Umno Malaysia, Fathul Bari Mat Jahya bagaimanapun berkata hasrat Presiden Umno itu hanyalah pandangan peribadi beliau dan tindakannya itu telah mendahulukan kepentingan suara majoriti.

"Soalnya sekarang ini, cadangan Perdana Menteri itu adalah pandangan peribadi beliau, setelah mendengar suara rakyat, suara majoriti dan ketetapan dalam Parlimen, maka sudah tentu kena dahulukan suara majoriti.

"Dalam konteks negara kita, pembangkang atau kerajaan, mempromosikan demokrasi, hak bersuara, hak memberikan pendapat dan pandangan, suara majoriti itu perlu didahulukan," katanya kepada Sinar Online pada Persidangan Agung Umno 2014, di PWTC, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas keputusan kerajaan yang mahu mengekalkan Akta Hasutan 1948 yang diumumkan Najib dalam ucapan dasar beliau pada Perhimpunan Agung Umno 2014, semalam.

Akta Hasutan bukan sahaja dikekalkan malah beberapa penambahbaikan akan dilakukan termasuk memasukkan dua perkara baharu.

Antaranya ialah melindungi kesucian Islam dan larangan menghina agama lain serta mengenakan tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba menghasut supaya Sabah dan Sarawak keluar dari Persekutuan Malaysia.

Mengulas lanjut, beliau turut membidas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkan Najib sebagai seorang yang mungkir janji.

Beliau berkata lagi, tindakan Najib juga tidak menyalahi Sunnah Nabi Muhammad SAW di mana baginda sendiri meraikan pendapat umum ketika berdepan dengan suasana peperangan.

"Nabi bagi cadangan berperang dalam peperangan Uhud di dalam bandar Madinah, oleh kerana majoriti sahabat Nabi tidak bersetuju.

"Mereka (sahabat) mahu berperang di luar bandar Madinah, jadi Nabi meraikan majoriti dan mengetepikan pendapat peribadi baginda.

"Ini menunjukkan bahawa kerajaan mengamalkan dasar terbuka dan sentiasa berusaha untuk berubah setelah menerima nasihat dan teguran," katanya lagi.

BLM

Read More

[Video] Muslimah Mesir disiksa dan diperkosa hingga mati di penjara-penjara Rejim Al-Sisi...

Sabtu, 29 November 2014
Muslimah Mesir disiksa dan diperkosa hingga mati....
KAIRO – Jika Fir’aun modern bernama Abdul Fattah Al-Sisi begitu terang-terangan membela “Israel” di depan media, diam-diam para polis dantentera Mesir secara keji menyiksa dan memerkosa para Muslimah tahanan di dalam penjara-penjara kejam mereka. 

Kekejaman terhadap Muslimah tahanan ini terdedah 4 bulan lalu melalui video dokumenteri yang dimuat-naik Ibrahim Elmasry ke Youtube dan mencuat ke permukaan hingga Jum’at (28/11/2014) di media sosial Facebook dan Twitter. 

Video berdurasi kurang dari 3 minit ini merakam beberapa Muslimah Mesir yang menjadi saksi hidup dari para tahanan Muslimah yang disiksa secara keji dan diperkosa sampai mati di penjara-penjara oleh polis dan tentera Mesir. 

Maasyaa Allah, laa hawla walaa quwwata illa billah. Menurut kesaksian salah seorang Muslimah dalam komentari atas video tersebut, para polis dan tentera Mesir selalu berteriak dan berbicara kasar kepada para Muslimah tahanan. 

“Mereka masuk ke sel sambil berteriak, lalu menelanjangi kami dan melampiaskan nafsu syahwatnya seperti anjing di jalanan.” 

“Beberapa tahanan bahkan tewas di dalam sel setelah dipukul, namun para polis dan tentera Mesir tetap merogolnya dalam keadaan sudah menjadi mayat,” ujar salah seorang Muslimah dalam kolom komentar.....lagi.

 “Alhamdulillah, Muslimah itu tidak merasakan bagaimana ditelanjangi dan diperkosa manusia-manusia biadab itu,” demikian komentar Akhowat yang masih mampu bersyukur meski terhimpit kesulitanitu . 

Hanya sedikit tahanan yang beruntung dapat menghirup udara segar kembali. Namun sebagian besar tidak diketahui kabarnya hingga kini. 

“Semoga dengan beredarnya video kesaksian ini, Muslimin sedunia dapat lebih mensyukuri arti kebebasan dalam beribadah seperti yang selalu kami impikan dan membantu kami lepas dari kekuasaan Sisi yang semena-mena,” ujar Akhowat yang menggunakan profile picture simbol Raba’ah (empat jari) itu. 

Wallahua’lam bish shawab. (adibahasan/arrahmah.com) - See more at: http://www.arrahmah.com/news/2014/11/28/video-kesaksian-muslimah-mesir-disiksa-dan-diperkosa-hingga-mati-di-penjara-penjara-mesir.html#sthash.dC2UTcQP.dpufDicatat oleh ustazcyber d

Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena