Sunday, 29 March 2015

"#Pinjam konon" Tak habis-habis nak menipu ...Takkan gelojoh sangat nak 'SAMUN' duit rakyat...

Ahad, 29 Mac 2015

5 hrs · 
 ·

GST TU DATANG DARI DUIT RAKYAT YANG DIPAKSA UNTUK MEMBAYAR CUKAI PERBELANJAAN ....

SEKARANG AKU NAK TANYA ....

MANA KERAJAAN UBN? MANA PERGINYA DUIT NEGARA YANG SEPATUTNYA MEMBANTU RAKYAT TAPI BUKAN MINTA SEDEKAH DARI RAKYAT? 

KENAPA RAKYAT YANG KENA TAMPUNG SEGALA PEKHIDMATAN AWAM NI?

TAK ADA MAKNANYA .... BILA PERKHIMATAN AWAM INI DIBERI GAJI/PENCEN SETIAP AKHIR BULAN .... TAPI KEMUDIAN DISEDUT SEMULA SEDIKIT DEMI SEDIKIT TANPA RAKYAT SEDAR DALAM SATU BULAN TERSEBUT ...
JADI APA GUNA BAGI GAJI/PENCEN?

#pinjam konon .... tak habis2 nak menipu ...


Ini betul-betul ka DUGAAN ???
Kalau dah betul-betul, mmg sah punya KERAjaan UMNO/BN GELOJOH MENTAK KEDARAH DUIT2 RAKYAT.. Kalau yer pun nak BALUN, ROMPAK duit rakyat agak2 ler.. Tak kan gelojoh sgt nak samun duit2 rakyat..
Tunggu lah tengah mlm 12.01 pagi 1 April 2015 nanti nak start menyamun.. Penyamun kan suka menyamun di awal2 pagi buta..
SAMUN JANGAN TAK SAMUN..
ROMPAK JANGAN TAK ROMPAK...

Alhamdulillah syukur, dengan kelantangan suara rakyat, akhirnya kerajaan pusat akur dan mengalah. Satu kemenangan buat rakyat. Ilmu jangan sesekali dicukai!
Read More

Siap sedia ke Himpunan #KitaLawan 1 Mei...APA NAK JADI? Kerajaan Amno@Bn dah pokai ka!

Ahad, 29 Mac 2015
APA SUDAH JADI... KERAJaan Umno@Bn dah pokai ka !!!
GST perlu untuk tampung kenaikan gaji perkhidmatan awam, pencen ??? Sehingga sanggup perguna balun duit2 rakyat semata2 nak 'cover' bayar gaji2 mereka... 

Kata Najib Razakekonomi stabil, kewangan kukuh.. Kukuh tang mananya !!! Bagaimana pula dgn gaji2 rakyat yg tidak bekerja dgn kamu (kerajaan) ???.. 

INIKAH YANG DIKATAKAN ADIL, kenakan cukai pd semua rakyat, tapi hanya gaji2 'mereka' saja yg dapat kelebihan.. Kalau cukai sebegini dah tak adil agihannya, mana datang jadi HARUS !!!.. 

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Siap sedia ke Himpunan #KitaLawan 1 Mei

Himpunan #KitaLawan 28.03.2015 telah berlangsung dengan aman dan penuh semangat. Siri tangkapan dan kekerasan terhadap pimpinan rakyat dan aktivis menjelang perhimpunan ternyata langsung tidak memberi tekanan kepada anak muda untuk menyuarakan isu-isu rakyat, malah kami hadir dalam suasana harmoni sebagai simbolik untuk meraikan perkahwinan terulung negara sebelum pelaksanaan GST.

Selepas menerima pelbagai ugutan dan tindakan kekerasan, semalam telah terbukti bahawa #KitaLawan merupakan gerakan anak muda yang akan kekal menjadi igauan dan mimpi ngeri mereka yang zalim dan salah guna kuasa.
Kitalawan 

Walaupun pergerakan Himpunan semalam terbantut kerana KLCC telah dikepung polis, kami mengucapkan terima kasih kepada anggota keselamatan yang bertugas semalam. Ternyata arahan Ketua Polis Negara (IGP) untuk kerahan anggota maksima semalam memberi gambaran sebenar ketakutan Najib Razak dan terpisahnya kehidupan beliau yang penuh kemewahan disebalik kerakusan kuasa dengan realiti kehidupan rakyat biasa yang dihantui dengan kesusahan dan kesengsaraan.

Himpunan semalam yang bersurai dengan aman turut memberikan kemenangan kepada anak muda. Pihak polis telah bersiap sedia untuk melakukan tangkapan besar-besaran dan seolah-olah mengharapkan akan berlakunya kekecohan ternyata hampa. Ini jelas telah mengecewakan IGP yang telah hilang pedoman bagaimana untuk menghentikan semangat #KitaLawan yang terus meningkat bukan sahaja menuntut perletakkan jawatan Najib Razak tetapi juga lantang bersuara agar beliau dipecat sebagai Ketua Polis Negara.

Kebuntuan dan kekecewaan IGP adalah amat jelas. Selepas rakyat berhimpun dan bersurai secara aman, beliau masih ingin melakukan tangkapan sebagai peringatan kepada rakyat bahawa beliau masih relevan dan berkuasa. Syabas kepada Fariz Musa, Khalid Samad, dua mahasiswa yang ditangkap kerana memakai baju hitam dan lebih ramai aktivis yang akan ditangkap selepas ini. Tangkapan mereka adalah symbol dan manifestasi keberanian anak muda melawan pemerintah yang zalim yang terus menerus menindas rakyat biasa.

Walaupun anak muda terus ditekan, rencana #KitaLawan akan terus diperhebatkan. Selagi Anwar Ibrahim tidak dibebaskan, selagi Najib Razak tidak berundur, selagi Khalid Abu Bakar tidak dipecat dan selagi kerakusan GST tidak dihentikan, kami anak muda akan terus lawan. Kami percaya kebangkitan anak muda ini mendapat dokongan dan sokongan rakyat Malaysia.

#KitaLawan akan terus bina kekuatan dan kami akan terus merencanakan isu-isu rakyat. Maka, Sekretariat menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk bersiap sedia turun beramai-ramai ke Kuala Lumpur pada Himpunan #KitaLawan 1 Mei 2015.

Lagi ditekan, lagi #KitaLawan
29 MAC 2015
SEKRETARIAT #KITALAWAN
Read More

[Video] Pengajar Kelas Memandu L menjerit 'minta nyawa'...pelajarnya buat drife maut punye!

Ahad, 29 Mac 2015


BEBERAPA tenaga pengajar kelas memandu lesen L menjerit ketakutan dan 'minta nyawa' selepas seorang pelajar membawa mereka pergi 'pusing-pusing'.

Dalam sebuah video yang dimuatnaik pada 24 Mac lepas, pemandu rali, Leona Chin menyamar sebagai pelajar 'skema' dan berlakon lurus bendul.

Selepas membawa kereta 'abangnya' ke sebuah lokasi, Chin bersama-sama dengan dengan beberapa pengajar mula melakukan rutin latihan dan ujian memandu dalam sesi berlainan.

"Saya fikir anda perlu berlatih (memandu) lebih kerap," kata seorang pengajar lelaki. Chin hanya tersenyum.

Di luar jangkaan pengajar terbabit, Chin mula membuat aksi 'spin tyre' dan mula memasuki fasa pemanduan aksi yang dikenali sebagai 'donut'.

Chin melakukan aksi sama ke atas seorang pengajar wanita, yang sepanjang masa menjerit sambil berpaut pada tali pinggang kaledar.

Dua lagi tenaga pengajar warga asing, langsung keluar dari kereta selepas aksi 'donut' daripada Chin tamat.

"Anda hampir bunuh saya!," kata seorang pengajar lelaki yang segak berbaju kemeja biru. Beliau juga kelihatan memegang kepala dan tidak percaya apa yang telah dialami.

Senario yang terjadi merupakan aksi 'prank' yang diselia oleh maxman.tv, dimana semua aksi lasak Chin dipantau tanpa membahayakan nyawa orang awam dan mangsa prank.

Sehingga kini, video prank tersebut menarik lebih empat juta perhatian pelayar dan dikongsi di laman-laman sosial.
-sinarharian-
kerengga
Read More

EKJS : Penerangan tak cukup..."Saya tak reti nak bergaduh macam orang lain", kata Husam

Ahad, 29 Mac 2015

Jelas sudah...org melayu islam boleh menilai yg mana golongan org yg beriman dgn golongan sebaliknya...


22 hrs · 
 ·

Berkatalah benar walau terpaksa berdepan dengan pelbagai risiko.. DIGARI, DITANGKAP, Dibuang kerja serta-merta atau dilucutkan jawatan...

Sesungguhnya Allah s.w.t. pemberi rezeki,
BUKANNYA KERAjaan mahupun pemimpin yg bongkak...

Yang kejam harus disanggah dan ditegur silapnya.. Yang baik dan bagus harus dicontohi dan diikuti caranya..

Berani kerana benar, BENAR KERANA ALLAH..
Allahuakbar...!!!

Penerangan tak cukup sebab itu ramai tak faham apa PAS sedang buatkan sekarang nie

EKJS : Bukan Islam tak sokong kerana belum faham


IPOH: Cadangan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (EKJS) melalui Bill Persendirian yang akan dibawa oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di parlimen disifatkan sebagai sangat cantik.

Bagaimanapun kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, disebabkan masa tidak mengizinkan maka ia tidak dapat disampaikan untuk dikaji oleh semua pihak.

Beliau yakin, jika cadangan berkenaan EKJS itu berjaya disampaikan 100 peratus, semua pihak bukan sahaja Pakatan Rakyat malah tidak mustahil MCA dan Gerakan yang kuat menentang pun akan menerimanya.

Katanya, tugas PAS adalah mencari jalan agar agenda yang dibawa oleh Ustaz Hadi boleh difahami oleh rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

"PAS nak bawa pindaan itu ke parlimen, kita memerlukan sokongan sekurang-kurangnya daripada ahli parlimen yang beragama Islam.

"Ahli Parlimen beragama Islam itu termasuklah daripada DAP dan PKR. Jadi, saya berpendapat jalan memberikan penerangan adalah lebih baik untuk kejayaan pindaan yang dicadangkan.
"Saya tak reti nak bergaduh macam orang lain, saya mempertahankan dengan cara saya, iaitu supaya agenda Presiden PAS itu berjaya, orang yang tidak faham dan tidak menyokong bukan kerana dia menentang tetapi kerana dia belum faham," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Batu Gajah kali ke-29 di D'Hotel, Seri Iskandar, dekat sini semalam.

Husam juga berkata, parti komponen BN di Sabah dan Sarawak termasuklah PBB dan SUPP yang berdiam diri dalam isu ini membuktikan mereka boleh menerima EKJS bahkan diyakini akan menyokong jika BN menyokong bill persendirian tersebut.

Ini katanya adalah satu perkembangan yang sangat baik dan jika PAS berjaya memberikan penjelasan dengan baik, beliau yakin ia akan boleh diterima oleh kedua-dua belah pihak.

"Saya yakin bahawa semua pihak termasuklah dari kalangan komponen BN sendiri akan boleh menerima apa yang dibawa oleh Presiden PAS," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 29/3/2015

Posted by Kedahlanie
Read More

Prof Khoo Kay Kim kata buku Sejarah Tingkatan 5 TIDAK BETUL!

Ahad, 29 Mac 2015

Kes Mat Sabu: Banyak Hal Prof Khoo Kay Kim Bersetuju Dengan Peguam Hanipa



Prof Kay Kim kata buku Sejarah Tingkatan 5 tidak betul 

Perbicaraan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di Mahkamah Sesyen Butterworth, semalam berkaitan isu Bukit Kepong dan Mat Indera menyaksikan pihak pendakwa memanggil saksi terakhir mereka iaitu Tan Sri Prof Khoo Kay Kim.

Prof Khoo Kay Kim adalah saksi ke-11 pihak pendakwa di mana di dalam keterangan beliau semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwaraya beliau menceritakan panjang lebar berkenaan sejarah komunis di mana tesis PhD beliau adalah berkaitan sejarah perjuangan ekstrem dan anarki di Tanah Melayu 1915 hingga 1935.

Beliau juga menyatakan semasa Jepun menyerang Malaysia pihak British telah meminta bantuan Partai Komunis Malaysia (PKM) dan memberikan senjata kepada PKM. Sebaik sahaja Jepun mengundur diri dan British kembali memerintah, British telah enggan membenarkan permohonan PKM untuk terlibat dalam politik secara sah.

Tindakan British itu, menurut beliau, adalah kerana desakan atau ugutan Amerika yang menjadi sekutu British.

Amerika juga, katanya adalah pembeli utama getah dan bijih timah daripada British di mana kedua dua komoditi itu diambil oleh British daripada bumi Tanah Melayu.

Saksi tersebut juga menyatakan menurut pendapat beliau negeri negeri Tanah Melayu selain daripada negeri negeri selat bukanlah tanah jajahan British sebaliknya ianya hanya di bawah naungan British.

Alasan beliau kerana wujudnya perjanjian antara Raja-Raja Melayu dengan British di mana British mengakui kedaulatan Raja-Raja Melayu meskipun menerima British sebagai Penasihat.

Semasa pemeriksaan balas oleh peguambela Mat Sabu yang diketuai oleh Mohamed Hanipa Maidin saksi diasak secara betubi-tubi oleh Hanipa sehinggakan selepas perbicaraan tamat saksi dilihat bersalam dengan Hanipa di luar mahkamah dan menyatakan kepada Hanipa bahawa beliau rasa pening diasak oleh peguambela Mat Sabu tersebut.

Hanipa memulakan soalan beliau dengan meminta pengakuan saksi tersebut bahawa pengajian atau tesis beliau tidak melibatkan inside di Tanah Melayu selepas tahun 1935 di mana beliau bersetuju.

Beliau juga bersetuju dengan cadangan Hanipa bahawa beliau tidak pernah membuat kajian akademik atau menulis apa apa tesis berkaitan peistiwa Bukit Kepong dan sekali lagi saksi tersebut bersetuju.

Saksi tersebut juga bersetuju bahawa British dan negara-negara Barat terlibat dalam imperialisme di mana Tanah Melayu salah satu sasaran mereka di Asia Tenggara. Banyak lagi soalan soalan menarik yang ditanya oleh Hanipa kepada saksi tersebut sepertimana berikut:

Hanipa: Prof, anda kata Tanah Melayu tidak pernah dijajah, bagaimanapun saya katakan bagi rakyat atau orang awam di Tanah Melayu pada masa itu kedatangan British adalah sebagai penjajah, setuju atau tidak?

Prof: Ya, setuju, bagi orang awam British adalah penjajah.

Hanipa: Tetapi, Prof tak setuju British adalah penjajah?

Prof: Ya, saya tak setuju kerana Tanah Melayu hanya naungan British.

Hanipa: Baiklah Prof, saya katakan apa yang Prof katakan ini bahawa British bukan penjajah sebenarnya satu pendapat yang tidak diakui sebagai pendapat rasmi di negara ini, setuju atau tidak?

Prof: Ya, orang politik itu katakan begitu.

Hanipa: Prof saya katakan orang politik itu adalah Timbalan Perdana Menteri sendiri di mana dalam jawapan beliau kepada soalan di Parlimen beliau secara jelas menyatakan negara ini telah dijajah. Inilah pendirian rasmi Kerajaan...sila Prof lihat Hansard Parlimen ini (sambil tunjukkan Hansard kepada saksi)...Setuju atau tidak berdasarkan Hansard atau Penyata Rasmi Parlimen ini, pendapat Prof tidak disokong oleh Kerajaan?

Prof: (Sambil membaca Hansard) Ya, saya setuju.

Hanipa: Jadi pendapat Prof ditolak, setuju atau tidak?

Prof: Ya.

Hanipa: Setuju atau tidak Prof jika saya katakan jika kita terima logik atau teori Prof bahawa negara ini tidak pernah dijajah, maka rombongan pergi ke London meminta Kemerdekaan Tanah Melayu tidak ada makna, begitu juga sambutan Hari Kemerdekaan 31 Ogos 1957 juga tidak ada makna?

Prof: (saksi termenung) Ya lah..tapi saya anggap ia bukan merdeka.

Hanipa: Kalau begitu Prof, apa kita nak gelar pada Tunku Abdul Rahman, Bapa Kemerdekaan atau bapa apa? Bapa Naugan?

Prof: (saksi dilihat termangu dan ketawa kecil)

Hanipa: Baiklah Prof, saya juga ingin bertanya adakah Prof sedar dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 yang diperakui oleh Kementerian Pendidikan (sambil hulurkan buku tersebut kepada saksi) buku ini menggunakan istilah British dengan istilah penjajah...adakah Prof sedar?

Prof: Ya, saya sedar..

Hanipa: Adakah Prof juga ingin katakan bahawa buku ini juga tidak menceritakan sejarah yang betul bila ia kata British adalah penjajah?

Prof: Ya, bagi saya, buku ini tidak betul!

Hanipa: Tapi buku ini adalah buku teks rasmi sekolah di negara ini dan ditulis oleh para penulis antaranya Prof Dr Ramlah Adam, yang tertulis di sini adalah pakar sejarah juga.

Prof: Ya, tapi Ramlah Adam ini pemimpin nombor dua Perkasa!

Hanipa: So Prof tak terima Perkasa lah..tetapi Prof, cuba Prof lihat dalam senarai penghargaan dalam buku ini dinyatakan secara jelas bahawa nama Prof dan Profesor Ainudin Wahid adalah sebagai dua pakar rujuk yang telah dirujuk sebelum buku teks ini diterbitkan. Apa Prof nak kata?

Prof: (kelihatan terkejut ) err.. tapi saya tak pernah dirujuk..ini tak betul..pada masa itu juga Prof Ainuddin Wahid dalam keadaan uzur.

Hanipa: Jadi tak betullah bila dikatakan dalam buku ini Prof telah dirujuk..

Prof: Ya...tidak betul.

Hanipa: Tak mengapa Prof...kalau Prof nak saman nanti boleh bincang dengan saya (orang ramai di gelari awam dan saksi dilihat ketawa dengan gurauan Hanipa tersebut).

Hanipa juga mempersoalkan kenyataan saksi bahawa Mat Indera adalah seorang komunis.

Hanipa: Prof setuju dengan saya bagi orang Islam mereka tidak boleh menerima penjajahan British kerana apabila British datang ke Tanah Melayu mereka juga selain ambil khazanah dan hasil mahsul Tanah Melayu juga memperkenalkan sistem perundangan common law British menggantikan undang-undang Islam?

Prof: Ya.

Hanipa: Prof, apabila PKPMM diharamkan British anggota-anggota mereka menyertai PKM sebagai platform sahaja untuk melawan British.

Prof: British tidak haramkan PKPMM, hanya isytihar darurat.

Hanipa: Kesan darurat itu, British akan tangkap mereka yang menentang British termasuk British gubal Akta Hasutan 1948 menangkap mereka yang lawan British atas alasan menghasut orang ramai benci British dan undang undang ini diambil daripada India semasa British jajah India?

Prof: Ya, benar.

Hanipa: Saya katakan Prof, orang Islam yang menentang British seperti Mat Indera hanya gunakan platform PKM untuk lawan British bukan untuk mengganut fahaman British.

Prof: Bagi saya mereka melawan Raja-Raja Melayu.

Hanipa: Macam Tok Janggut lah Prof...dia digelar penderhaka oleh British sebab walaupun lawan British dikira lawan Raja.

Prof: Ya, Tok Janggut digelar penderhaka.

Hanipa: Prof, sebagai orang bukan Islam dan tak ada pengetahuan tentang Islam, saya katakan Prof tak tahu tahaluf siyasi yang Islam benarkan.

Prof: Ya, saya tak tahu, ia bukan pengajian saya.

Hanipa: Saya katakan mereka yang lawan penjajah British seperti Mat Indera bekerjasama dengan PKM bukan kerana sokong komunis tapi gunakan PKM untuk tapak mereka lawan penjajah British.

Prof: Tapi mereka langgar undang-undang.

Hanipa: Undang-undang zalim British...Islam benarkan lawan kezaliman, jadi saya katakan tidak semudah itu untuk kita katakan hanya kerana Mat Indera bersama-sama PKM maka terus dilabelkan sebagai komunis, setuju Prof...it is not as simple as that.

Prof: Ya, it is not as simple as that.

Selain Hanipa, peguam Nasar juga menyoal balas saksi tersebut.

Perbicaraan Mat Sabu kini ditangguhkan kepada 27 April depan untuk sebutan sementara menunggu tarikh penghujahan di akhir kes pendakwa.

Timbalan Presiden PAS itu diwakili oleh Hanipa Maidin, Nasar Khan dan Aminuddin Zulkifli manakala pendakwaan pula diwakili oleh Datuk Razali dan Yusaini Amir. Perbicaraan dijalankan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Butterworth, Tuan Meor. - HD 

Read More

'Penahanan Polis' 154 TANGKAPAN! ABIM gesa polis henti serta-merta tindakan provokatif...

Ahad, 29 Mac 2015

Abim gesa polis henti serta merta tindakan provokatif

KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mengecam kaedah penahanan secara provokatif yang digunakan oleh polis yang merujuk kepada beberapa kes penahanan di bawah Akta Perhimpunan Aman dan Akta Hasutan. Presidennya, Amidi Abd Manan berkata kaedah penahanan yang dilihat melampau boleh menimbulkan rasa benci masyarakat terhadap pasukan polis. 

"Ia sekaligus menghilangkan rasa hormat, memandangkan mereka yang ditahan rata-ratanya adalah ahli politik dan aktivis masyarakat bukannya penjenayah berbahaya," ujarnya dalam satu kenyataan. Beliau berkata, tambahan pula ada kalangan mereka tanpa gagal memberikan kerjasama kepada polis bagi melakukan siasatan atau merakam perbualan. 


"Apakah keperluan untuk mereka ditahan di tempat-tempat awam di waktu dinihari? Apatah lagi dengan aksi ala penculik upahan profesional?" tanya beliau. Sedangkan, ujarnya mereka akan ke balai polis cukup dengan satu notis panggilan. 

Ini, tambah beliau membuat imej polis kelihatan bodoh, ganas dan tidak bertimbangrasa. Persepsi ini, kata beliau bertambah negatif apabila tindakan sebegini dilakukan secara berpilih atau secara lebih jelas hanya terhadap parti politik tertentu. Tambahnya, Abim khuatir jika imej polis kembali ketika Tan Sri Abdul Rahim Noor menjadi Ketua Polis Negara yang terbabit dengan insiden mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

"Usaha membaiki imej polis yang telah terjejas teruk diikhtiarkan oleh beberapa KPN selepas itu telah mula membuahkan hasil," katanya. Justeru, kata Amidi Abim menuntut agar Menteri Dalam Negeri campur tangan sebelum imej polis rosak secara keseluruhan. 

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN
Read More

Mat Sabu dah keluar...'Kesalahan Prosedur' Khalid Samad juga dibebaskan

Ahad, 29 Mac 2015
 Mat Sabu dibebaskan
Khalid Samad ditahan, Mat Sabu dibebaskan

SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Khalid Samad ditahan polis kira-kira jam 3.20 pagi tadi di rumahnya, difahamkan di bawa ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi bagi membantu siasata.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan penahanan itu melalui kemas kini status Twitternya, awal pagi tadi. “Penangkapan terbaru Ahli Parlimen Shah Alam subuh ini di bawah Akta Hasutan dan pemimpin-pemimpin PKR yang masih ditahan amat tidak wajar,” tulisnya.

 Sementara itu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar memaklumkan bahawa Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu yang ditahan kelmarin telah pun dibebaskan malam tadi. “Tuan Haji Mat Sabu dibebaskan jam 11.30 malam. Beliau telah ditahan hampir 23 jam,” tulisnya di Twitter. Sebelum ini, Mohamad ditahan setelah keluar dari kereta Timbalan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Datuk Mohd Salleh Man  untuk minum di sebuah restoran berdekatan Pekan Sungai Dua.

Beberapa pemimpin PKR yang turut ditahan polis sebelum ini termasuk Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli dan Naib Presiden PKR, Tian Chua. 

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Kesalahan Prosedur: Khalid Samad dibebaskan
Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad dibebaskan hari ini setelah ditangkap awal pagi tadi tadi susulan penglibatannya dalam perhimpunan Kita Lawan semalam. Peguamnya Michelle Yesudas berkata, anggota Parlimen PAS itu dibebaskan kerana terdapat kesalahan dalam kertas siasatan,

“Peliknya kertas siasatan tidak lengkap, jadi mereka harus bebaskannya kerana terhadap kesalahan prosedur,” katanya kepada Malaysiakini. Khalid disiasat bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan. Anggota Parlimen Batu Tian Chua turut dibebaskan hari ini selepas diikat jamin, kata Michelle.

Sebelum itu, peguam Latheefa Koya berkata polis gagal mendapatkan perintah reman untuk terus menahan Khalid  dan dua lagi mahasiswa yang ditahan susulan perhimpunan sama. Justeru, ketiga-tiga mereka akan dibebaskan, kata Latheefa. 
Posted & copy by RAKYAT MARHAEN
Read More

Saturday, 28 March 2015

Suasana PANIK di pasaraya?...Adeh, kartun sungguh! Kena 'belasah' kerana buat kenduri kesyukuran menyambut GST

Ahad, 29 Mac 2015
Gambar sekadar hiasan...



SUASANA PANIK DIPASARAYA SEBELUM GST BERMULA


Beginilah suasana, pemandangan dan keadaan sebuah Pasaraya di Selayang dimana para pengguna mengambil sikap panik dan beli barang-barang keperluan sebanyak mungkin dan termampu demi menggelak didera dengan amukan GST 6% yang mula berkuat kuasa 3 hari lagi sehingga kehabisan stok. Jadi jelas betapa GST memberi impak dan kesan yang cukup mendalam kepada rakyat apabila dilaksanakan kelak.

Read more: http://www.kitabantai.info/2015/03/suasana-panik-dipasaraya-sebelum-gst.html#ixzz3Vks1eMPj

Read More

Kepada sesiapa yang masih 'Tidak Tahu'!..."Nak selamat di dunia & di M'sia, cepat-cepatlah masuk UMNO"...

Ahad, 29 Mac 2015
34 mins · 
 ·

WOWW !!!. Pantas & cekap keje Polis skrg.. Sanggup bersengkang mata di pagi2 buta cari datang rumah nak tangkap pemimpin2 Pembangkang..

Apa bezanya pula pemimpin BN yang keluar kenyataan berunsur rasis !!!.. Akta Hasutan UNTUK SIAPA SEBENARNYA !!!

Betul ka kesalahan berdemo 'lebih bahaya' daripada rasis ???

Sapa2 nak selamat di dunia & di M'sia, cepat2lah masuk UMNO..

Apa punya mandom Presiden.. sampai Timbalan dia kena tangkap pun tak tahu..!!

BismillahirRahmanirRahim


Kepada sesiapa yang masih 'Tidak Tahu'!!!
Sehingga saat ini Hj Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS masih ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dangwangi.

Sekian, Terima kasih.

Ini dari page peguam yang terlibat :

Syssss
Read More

"Kalau dah rupa ini"...BIARKAN SAJA Rakyat 'DIROGOL' oleh KERAJAAN BN...

Ahad, 29 Mac 2015
Image result for Gambar budak cina bawa bendera pas

PEMUDA PAS PERAK SEDIA PUTUSKAN HUBUNGAN DENGAN PEMUDA DAP PERAK.

Dewan Pemuda PAS Perak bersedia memutuskan hubungan dengan DAPSY Perak.Maka hubungan pemuda PAS Perak  dengan DAPSY Perak,tinggal sejarah.

Hubungan yang dibina sejak 2008 ,telah terungkai .Mesyuarat Lajnah Politik Pemuda PAS Perak itu telah membuat ketetapan itu, pada malam ini,25 Mac 2015.

Selamat maju jaya Pemuda PAS Perak dan DAPSY yang sebelum ini juga membuat keputusan  yang sama, memutus hubungan dengan Dewan Pemuda PAS Perak.

RESPONSES TO "PEMUDA PAS PERAK SEDIA PUTUSKAN HUBUNGAN DENGAN PEMUDA DAP PERAK."

  1. Aiioi....! PR.....Korang ni semua bermasalah dari lepas pilihanraya sampai lah ni. Tak habis2 dgn masalah......masalah......masalah....!
  2. Masalah yg dulu pun tak habis lagi selesai sampai lah DSAI tu dah masuk penjara masih lagi masalah tak selesai. Duit RAKYAT kerajaan keluarkan untuk 1MDB sampailah dah duit hanyutan dan menanggung rugi berbillion billion masalah PR tak gak selesai. 
  3. Ni duit RAKYAT kerajaan dah keluar beli JET baru pun PR MASIH TAK HABIS BERTEKAK SESAMA SENDIRI......!
  4. Kawan sebagai pengundi pun dah bosan dgn dgn cara politik PR ni. BN dalam diam2 dah pulun berbilion bilion duit rakyat.....!
  5. Yang pasti RAKYAT tetap kena GST,SOCSO,CUKAI ..... itu memang dah confirmed.
  6. PR istihar perbuatan BN pun benda dah berlaku....duit Rakyat dah sememang hanyut. Yg dapat projek tu pun mungkin dah beli berpuluh puluh rumah mungkin dah siap duduk bergumbira. 
  7. PR dok memekak dgn masalah DALAMAN yg bangang dan menunjukkan KEBODOHAN sikap pemimpin masing2.
    kalau dah tak boleh tinggal sebumbung bubar saja lah...... dan... 
  8. TUMPUKAN pada amanah yg diberikan oleh pengundi masing2. PRU akan datang biarkan pengundi pikirkan sapa yg dia nak undi. Kalau dah rupa ini perangai PR rakyat terpaksa lah RAKYAT MEMBIAR KAN SAJA DIROGOL OLEH KERAJAAN BN. 
  9. Bagi undi diharap dapat mengurangkan beban Rakyat rupanya bermasalah sampai kesudah tak selesai. Akhir nya Rakyat tetap jadi masa perkosaan oleh kerajaan BN.
  10. PEMIMPIN2 PR.......SEMUA SUDAH TERJADI.......RAKYAT SUDAH MENJADI MANGSA PERKOSAAN YG RAKUS DARI KERAJAAN BN.
  11. TAHNIAH BUAT SEMUA PEMIMPIN2 PR. 
    HIDUP PR
    HIDUP GST
    HIDUP PR
    HIDUP 1MDB
    HIDUP PR
    HIDUP JET BARU SAMPEI......!
    HIP HIP HOREY
    HIP HIP PR
    HIP HIP HOREY
    HIP HIP PR
    PENGUNDI JADI KARTUN PR Dan BN
Semua masuk perangkap Umno akhirnya. Yang rugi rakyat bawahan akhir. 
OKZ13 kena penjara 10 bulan hilang kerja, keluarga menanggung derita.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena